Followers

Tuesday, December 29, 2009

Maaf! Kerana Terpaksa Membenci Kau.


Memang Allah tak suka kita membenci sesama mahkluk. Aku tau, tapi aku terpaksa. Aku memang tak boleh tengok muka kau walaupun muka kau licin mengalahkan perempuan. Sikit pun tak boleh. Bila tertengok, pasti satu jelingan maut yang kau dapat. Kau tau pasal pe aku tak suke kau? Kau tau kenape aku sangat anti dengan kau?

Kau ingat tak peristiwa masa aku study kat UTM dulu? Kau la punca segala-galanya. Kau tahu tak??!! Kau buat aku fobia, buat aku benci yang amat, buat aku geli separuh mati, buat aku anti dengan seluruh keturunan kau. Kenapa kau tergamak buat aku macam ni..

Kau ingat peristiwa tu? Masa tu aku kan sedang stay up, study sampai pagi. Untuk menyegarkan mata, aku buat air milo. Milo tu aku letak kat tepi meja study. Tekun aku study, aku ta kaco sesiape pun time tu, kenape ini balasan yang aku dapat? Bile tekak kering, aku capai mug berisi air milo tu. Dan pada ketika itulah aku nampak kau! Nampak kau sedang BERENANG DALAM AIR MILO aku!! Apekah??

Kau sangat huduh ketika itu. Dengan warna yang tak de bezanya dengan air milo tu. Di tambah lagi dengan perut kau yang membuncit bagai nak pecah sebab dah kenyang telan air milo aku, sumpah aku geli! Kau, milo berserta mug tu sekali aku campak ke tong sampah. Lepas peristiwa hitam tu, sebulan aku geli nak minum milo kau tau?? Atas sebab ape? Sebab kau la si Cicak!!

13 comments:

Aidi-Safuan said...

euwwwww....geli mak~

Adya A. said...

kat umah nadia, ramai tukang lastik benda alah nih....hehehehe pemburu rmai sgt...jadik takut2 nk kuar....

eiysya zasya's said...

adoyai..geli gle..hish..

Uruchimaru @ kf said...

cicakman ko suke tak?

Aini said...

memang gile geli.. wuuuekkkk

Didi Nadhirah said...

pengajaran jangan study smapai lewat malam hahaha..die suh tido awal

Aini said...

bukan sengaje nak study smpai lewat malam akak didi ku... dah siang membuta je, malam kena la strugle..hehe

idans said...

uihh!!tragis sngguh al-ksahmu.. mngkinkh begini berakhirnye kisah idup seekor cicak?.. klau cick umah aku dgr citer nie, harus trase hati mereka..:p

Aini said...

harus kasi dengar kepada semua keturunan cicak supaye tak melakukan kesalahan yg same lagik dan mengundang kebencian. =)

sYu said...

hahaha

Anonymous said...

aku lak pernah kena ngan cicak masa minum neslo.. sama r cam ko. dkat sebulan aku xminum neslo. bencissss sungguh masa tu. rupanya cicak ni kalau masuk air neslo kaler pon tukar cam kaler neslo gakla. haish.. tetiba lak anak tekak aku rasa macam kena geletek.

Anonymous said...

aku lak pernah kena ngan cicak masa minum neslo.. sama r cam ko. dkat sebulan aku xminum neslo. bencissss sungguh masa tu. rupanya cicak ni kalau masuk air neslo kaler pon tukar cam kaler neslo gakla. haish.. tetiba lak anak tekak aku rasa macam kena geletek.

Anonymous said...

kahkahkah...awal2 baca tertnya SIAPAKAH MAKHLUK YG U BECIKAN ITU...RUPA2NYA IA ADALAH SEEKOR CICAK...hahahahhaa...kelakar bercmpur geli (i pun elergik makhluk perosak nie :D )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails