Oleh kerana terlebih excited, kami yang dari jb dan jugak KL hari jumaat tu dah gerak ke Batu Pahat dengan alasan takut tak sempat nak borak panjang dengan pengantin kalo pergi Sabtu time hari majlis. Janji dengan si Nisak nak gerak dari JB pukul 11 pagi, diorang dari KL pukul 8 pagi. So kire sampai BP same-same.Tapi itu hanya janji...haha.. Kt JB, Pukul 12 tghari baru semua berkumpul. Dah la tu, bukan terus ke BP, sempat lgi melilau ke Angsana, Jusco bagai mencari hadiah Kahwin. Last-last sampai BP dalam pukul 3 lebih. Gile Kejam..haha
Lepas bergadoh-gaduh dengan Nisak, Paan dan Ateq yang drive dari KL kerana tak puas ati mereka sampai dulu dari kitorang yang drive dr JB yang sekangkang monyet dr bp, kitorang pun gerak ke rumah fara (Pengantin kat BP). Dekat umah fara kitorang berborak tak hingat dunia, macam2 cerita keluar, gelak tak ingat tuan rumah. Pengantin pun tak segan silu ketawa sepuas hati.
Paan yang galak bercerita sehingga membuat nenek pengantin tertarik hati dengan nye.
Nisak bercerita tak agak-agak sampai tak sedar die dah menghabiskan buah Oren Satu tray
Petang, dekat nak maghrib, gerombolan 2 lagi kerata dari KL pun sampai. Sangat havoc. Pening kepala bila dah ramai-ramai berkumpul, sangat riuh di situ!!Nisak bercerita tak agak-agak sampai tak sedar die dah menghabiskan buah Oren Satu tray
Pukul 7 macam tu kitorang bergerak ke rumah ain, kitorang dah booking awal-awal dah nak stay situ malam tu. Mak ain memang sporting habis. Macam-macam die masak untuk kitorang. Semua orang makan dengan lahapnye kerana sudah ketiadaan tenaga akibat over limit ketawa dan terjerit terpekik siang tadi.
Malamnye, kitorang selongkar album-album lame kt rumah ain sebab nak cari gambar zaman MRSM dulu. Sume orang tau, ain sudah menjadi seperti anak angkat apek kedai gambar masa kat Pontian dulu kerana sangat rajin snap gambar untuk ape sahaje aktiviti kitorang kat sekolah. Maka ketawalah kami terbahak-bahak sekali lagi melihat gambar-gambar kami yang sangat selekeh comel di zaman sekolah dulu..
Esoknye kitorang pun mula berkonvoi ke majlis fara kat Dewan Bomba Batu Pahat. Nah hamik tengok gambar-gambar kat bawah ni. Cerita panjang bukan korang suka membaca pun.. =)
Nak bertolak pun tetap nak posing jugak!!
Allololoh cutenye..
Fara & Husband. Semoga Bahgia Ke Anak cucu..
Kami Kekenyangan
Kami yang riang gumira lagi
Sekali lagi riang gumbira
Pic terakhir sebelum meninggalkan Fara di BP, untuk teruskan konvoi ke JB pulak
Allololoh cutenye..
Fara & Husband. Semoga Bahgia Ke Anak cucu..
Kami Kekenyangan
Kami yang riang gumira lagi
Sekali lagi riang gumbira
Pic terakhir sebelum meninggalkan Fara di BP, untuk teruskan konvoi ke JB pulak
p/s : Entri ni dah cukup panjang, jadi sambungan entri ini akan diupdate dengan kadar segera =).
2 comments:
kenapa musim mengawan?huhu
emm cute nisak itu ahakz..!
Post a Comment