Followers

Thursday, December 24, 2009

Diet Berkesan Turunkan Berat Badan

Diet Kasi Kurus

Apakah diet yang paling berkesan yang boleh buat proses penurunan berat badan berjalan dengan jayanya? Kemajuan berat badan yang semakin naik menggila ini selalu membikin perasaan gundah gulana. selain itu, mood untuk membeli belah pakaian semakin merundum. Tengok baju lawa pun boleh jadi sedih. Sedih kenape? Sedih kerana bila di sarung ke badan, rasa macam dah serba tak kena je.. Stress melampau bila dipikir-pikirkan.. Apetah lagi musim YES (Year End Sales) sudah mula menggila di seluruh negara. Masa ni la patutnya shopping sakan, berbaloi-baloi kate orang kalau membeli-belah time zale macam ni.

Berbalik pada tajuk diet kita, apa sebenarnya diet yang paling berkesan ye? Selalu search kat makcik google dan selalu juga try tapi biasenye berjaya bertahan selama beberapa minggu je.. Lepas tu, yang adooo je la kan..hehe. Memang jenis tak kuat semangat betul perempuan ni. Baru je berjaya kurangkan berat 1 kilo, dibalas pulak dengan makan sepuas ati sampai naik 2 kilo plak. Apakah??

Diet ni sebenarnya memang nak kena kuat semangat, tak boleh mudah cair dengan godaan makanan-makanan enak. Selain tu kemalasan bersenam mengeluarkan peluh juga satu punca. Dulu mase kat UTM rajin jugak berjoging dengan kawan-kawan. Tapi sekarang bila dah kerja, dunia sudah berubah, pagi pergi kerja, mghrib hari baru sampai rumah. Sabtu ahad pulak adalah saat untuk bermalas-malasan di rumah..ape nak jadi?? Jadilah ikan buntal yang buntal perutnya..huuuuuuuuuuuu...

Banyak sebenarnya cara-cara diet yang berbeza-beza. Ada diet karbohidrat, diet dengan mengawal kalori, diet Atkins dan macam-macam lagi. Search saja ke internet, makcik google pasti ada jawapannya. Pilih je mana nak bersesuaian dengan cara hidup kita tapi disiplin mesti kena kuat la. Orang yang hangat-hangat tahi ayam seperti sahaya ini memang tidak boleh dijadikan contoh okeh, cakap saje lebih.. Bagi dia, diet tetap diet, tapi makan tetap mau makan jugak ikut tekak.. boleh gitu??

Sekian entri saya untuk kali ini kerana saya tidak suka menulis entri yang panjang lebar yang menyerupai kandungan buku teks sejarah tingkatan 5. Daaa...

12 comments:

Aidi-Safuan said...

hahaha...last2 suruh google gak.huhu

zella said...

slalu xkuat semangat hahahahha

Hang TuARC said...

sama la
kalau dkt uni mmg rajin lari sana lari sini
tp lepas exam hampassssss
sluar saiz 30 da ketat da haihhhh

=(

kk said...

hikhikhik..
tak pernah diet tapi penah ingat nak diet

Didi Nadhirah said...

hirup sup je pagi petang n malam hahahaha..how i wish leh kuatkan smenagat

..nOj.. said...

meh nk bg tips yg ai amalkan... ni kisah benar ni... dlu ai gemok gak la... skang ni dh selim n cikiding even dh ade anak (huhuh)

yg penting pg2 mkn berat2 kalo leh nasik... tengahari mkn la snek2... ptg mkn goreng pisang pn dh cukup... air plak kalo leh minum semaksimum mungkin... tp no air masa tgh mkn... ai xpenah minum air masa tgh mkn...

basically, air air air

Aini said...

Aidi : Mood rajin menaip belum tiba..hehe
Hang TuARC : zaman Uni memg best
kk : yok berdiet
Didi : Ingatkah kamo kita berjogging kat UTM sambil kutip buah ciku tepi jalan ? =)

noi : thanks for the tips =)

Si budak Aboi said...

try num jus mate 5 aaa.........

Aini said...

jus mate? Modal banyak 2..hehe

Legasi Piston Pecah said...

diet pon perlukan senaman yang berterusan..lebih cepat untuk lebih kurus dan penurunan berat badan...

zuwairiaiman said...

thanks for the tips

ayisy said...

salam. saya plak asyik cekeding jek. selalu gak org ckp apesal kau kurus. dah makan byk pun cekeding gak. skrg bila masuk umur 20 thn baru naik sikit. huh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails