Followers

Thursday, December 24, 2009

Result Peperiksaan & Keberkatan Ilmu Seorang Guru


Result PMR dah pun keluar siang tadi. Lepas tengok berita tv3 tadi, terus my mak call adik sepupu yang PMR tahun ni. Alhamdullilah, dia dapat 8A. Tak sia-sia belajar jejauh kat mrsm muazam tu. Bila cakap pasal PMR teringat pulak la zaman belajar mase form 3 dulu.

Masa tu struggle sangat-sangat la untuk PMR. Dan fokus mestilah pada subjek yang kita tau kita lemah kan. Macam biasa, English la yang paling lemah. Jadi untuk pastikan result PMR tidak menjadi cacat akibat English, aku pun join la study group khas untuk English. Study group aku ni 3 orang sahaje ye iaitu aku, Irene Wong Su Kin dan juga Rajeswary. 1 Malaysia tak kami? Hehe..


Selain English, subjek lain pun aku struggle jugak kecuali subjek Bahasa Melayu. Sangat la malas. Aku rase bosan sangat belajar subjek Bahasa Melayu masa tu. Aku rase subjek tu belajar benda yang same je dari sekolah rendah sampai la aku form 3. Punye la jahat aku ni, kadang-kadang time subjek Bahasa Melayu kat kelas, aku boleh buat latih-tubi matematik kat belakang.

Akibatnye, masa PMR aku menangis jawab kertas Bahasa Melayu karangan. Idea tak keluar-keluar, stuck sangat otak mase tu. 15 minit terakhir baru aku dapat mula buat karangan tu. Itu pun, aku sendrik tak tau ape yang aku mengarut dalam karangan tu. Masa tu baru aku sedar ni mesti balasan sebab tak ada keberkatan ilmu yang aku dapat dari cikgu Bahasa Melayu sebab time die mengajar kat depan, aku sibuk buat kerja lain, buat latih-tubi matematik kat belakang. Teringat pasal tu yang buat meleleh air mata tu. Huuuuuuuuuu...

Beberapa bulan pastu masa yang ditunggu pun tiba. Keputusan pun PMR keluar. Perkataan pertama yang keluar dari cikgu sebelum beri aku result tu adalah "awak ni memang tak patut, macam mane yang lain boleh score tapi Bahasa Melayu tak? ". Ye cikgu saya dah tau..huuuuuuuuuuu...sedey.. Subjek lain sume A tapi Bahasa Melayu B. English dapat B masih boleh terima lgi, tapi ni Bahasa Melayu. Apakah??


Kesimpulan daripada entri ini ialah, selain belajar dengan bersungguh-sungguh, kita juga kena hormat guru yang mengajar kat depan walaupun kite rase ape yg die ajar tu kita dah tau, dah terer tahap gaban sekalipun. KEBERKATAN ILMU DARI SEORANG GURU itu sangat lah penting ye adik-adik untuk kejayaan kita.. Oleh itu, renung-renungkan dan selamat beramal..hehe






4 comments:

Nizaa said...

wahh tahniah to ur adik sepupu...

Si budak Aboi said...

emm bpe kamu score..? saye emm=(

D'Blaze said...

gmbar di atas tu result siapa? nak kata result ko, aku tgk BM dapat A. Ko kata result ko B.

Aini said...

bukan result sahaye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails