Followers

Thursday, December 10, 2009

Setiap Kesulitan Itu Pasti Ada Hikmah di Sebaliknya

Tajuk tak boleh blah kan..huhu. Baru-baru ini, seseorang yang agak dekat dengan aku di timpa sesuatu musibah yang aku kira tidak mampu di tanggung oleh seseorang yang tidak berjiwa cekal. Sebagai kawan, aku cuma mampu nasihatkan dia bersabar menghadapi hari-hari selepas ni, sebab aku yakin akan datang satu keajaiban yang akan melapangkan dadanya selepas ini, insyaAllah...

Tak berhajat pun nak bercerita lanjut tentang masalah orang lain, cuma kesulitan ni mengingatkan aku sedikit sebanyak cabaran-cabaran yang datang bertimpa-timpa kat aku masa semester akhir di UTM yang membuat aku hampir hilang semangat dan mengalir air mata.

Bayangkan, awal sem lagi handset boleh buat hal, terpaksa lah beli handset baru, dh melayang beberapa ratus dari bajet PTPTN. Sem akhir ni biasa la kebanyakkan student sibuk dengan final projek atau kat UTM lebih glamer sebagai Projek Sarjana Muda (PSM). Projek bagi student Sains Komputer biasa la tak lari daripada membangunkan sistem.Tengah sibuk-sibuk develop sistem ni, laptop pulak buat hal. Tak pe, masih boleh bersabar, hantar la ke kedai. Orang kedai tu cakap, 2 minggu lagi baru boleh amik, dh bertangguh projek aku mase tu walaupun aku dah berkobar-kobar nak siapkan.

Lepas 2 minggu, amik laptop, bawak balik, check2 still problem lagi.. tahap kesabaran ade sikit lagi ni, g kedai tu balik, mintak dia betul kan gak sampai buleh. Seminggu lepas 2 kedai call, Amoi aa...ni laptop, control board dia problem meh.. Wa kasi tau dulu, kalau u nak repair, RM500 untuk kasi tukar yang baru. U mau repair tak? Aku amik masa sehari jugak nak buat keputusan tu. Last-last aku wat jugak, melayang 5 ratus. Amik masa plak tu dia buat. Smngu ada la 3 kali aku call kedai tu. Risau weh, projek tak jalan-jalan lagi, dah dekat separuh sem dah tu.

Ok, pas kedai kata dah siap, aku pun berkobar la amik, dalam kepala dah assume duit dah melayang 5 ratus comfirm tak ada masalah lagi. Tapi sangat la hampeh, tak sampai sehari pun ok, dh problem balik. Kali ni tahap kesabaran sudah tiada lagi. Petang tu jugak g kedai tu balik, hantar balik laptop dengan muka yang agak bengis menahan menangis..haha..

Lepas 2 aku malas pikir lagi pasal laptop Compaq aku tu. Aku guna laptop Ftech abang aku yang hidup segan mati tak mahu (Sudah lah patah, tak boleh bukak tutup dengan selalu, lebih lembab dari kura-kura belaan adik aku dan besar gedabak..huh). Aku bangunkankan Sistem E-Pembelajaran Sains Tahun Empat dengan penuh sabar dan berdedikasi dengan laptop itu. Masa aku guna laptop Ftech tu, sikit pun aku tak keji kelembapan die, keburukan dan kegedabakan die tu. Malah aku cium-cium untuk amik ati dia, supaya dia tak merajuk dan buat hal macam laptop Compaq yang sedang tenat dan nazak di kedai. Lama aku biarkan dekat kedai, sikit pun aku tak call, keciwa ngan dia sebab wat hal time aku memerlukan dia sangat2. Boleh bayangkan kekeciwaan aku masa tu? Sudah la serabut dengan PSm, duit dah melayang 5 ratus untuk betulkan laptop tapi hasil sangat hampeh...

Tak cukup dengan itu, ada lagi cabaran datang. Masa aku dah mula tekun buat projek guna laptop abg aku tu, ramai pulak kawan-kawan yang drop final projek untuk sem tu. Sangat-sangat la ramai... Member depan bilik, member bawah bilik, roomate sendrik pun drop.Dalam blog hostel aku tu, aku rasa cuma aku sorang melayu yang tak drop. Boleh dikira berapa kerat je yang tak drop. Bie dah drop tu, hati mereka sangat gumbira, riang ria sebab tak perlu struggle mcm aku siapkn projek before final.. Bayangkan aku yang sedang dalam kebizian melapau ni di kelilingi mereka-mereka yang sedang free dan bergembira sakan. Semangat jadi kurang tau, bila ade problem pasal sistem nak refer kat kwan2 pun susah sbb ramai yang drop dan tak mulakan lagi projek, jawapan diorang tak tau. Kalo tak kuat hati, aku pun dh drop jugak. Tapi bila pikir kan, aku tak nak buang masa extend time cuti nanti, lagipun kalo drop banyak gak pakai duit, beratus juga melayang, oleh itu, aku gagahi jugak siapkan..

Dalam kesusahpayahan menyiapkan projek tu, aku sempat lagi meniaga kecik2,goreng keropok ikan, packing2 kan, lepas2 letak bawah blok hostel bersama bekas kosong untuk pembeli letak duit. Biasa la kat utm meniaga mcam ni, selain aku, banyak lagi orang buat, ada yang letak roti, air sume. Aku ni konon-konon nak cover balik duit 5 ratus yang telah melebur tu. Masa first dan second buat, modal 8 ringgit, dapat untung rm22, 22 bungkus habis licin. Ok la tu kan, memberangsangkan..huhu. Kali ketiga, modal sama, tgok2 untung cuma rm14. Aik? Mana lagi? Masa letak tadi mmg dah kira ckup 22 bungkus = rm22 la patutnye. Mmm..dalam ati, x pe la, aku halalkan.. Kali kempat, modal sama, untung Rm 0. Hati sesangat sedeh..tgok bekas duit kosong, bungkusan keropok pun satu tak tinggal.. Sape yang songlap, sampai ati. Dalam ati, tak baiknye la sapa yang amik 2, kalo nak duit cari la sendrik, aku pun crik sendrik dgn cara halal... tak takot ke dia dgan doa orang yang teraniaya?? Oh dunia....sabar je la.. Lepas hari tu, no more keropok dh..ceh.

Macam-macam cara aku lepaskan stress. Stress sebab duit 5 ratus melayang, laptop terbengkalai dan semestinya kerana masalalah projek yang kadang kala membiolkan dan tak lupa juga kes penganiyaan terhadap hasil jualan keropok di bawah blog hostel..hehe..

Pung pang pung pang tungkus lumus siapkan projek yang penuh cabaran,akhirnya siap jugak sistem aku. Alhamdulillah sangat-sangat, rasa gembira yang tak terhingga lepas pesentation projek tu berjalan dengan lancar sekali. Selesai sudah satu perkara besar. <--- Hikmah yang pertama Lepas presentation, tengah sibuk pulak siapkan thesis untuk dijilid, kedai komputer call.. Baritahu berita yang sangat menggembirakan aku. "Amoi aa, u dah x mau upunya laptop ka? kita tak boleh buat la u punya laptop 2.. U datang kadai amik u punya laptop sama duit u 5 Ratus wa pulangkan balik ok.." Yahoooooooo... pokcik kaya semula...haha.. Masa tu tuhan je tau ape perasaan aku , tak mo kisah dah pasal laptop Compaq tu. <------ Hikmah yang kedua Lepas siap final projek 2, sedang aku sibuk study untuk final exam, aku dapat plak call dari ZNN(tempat aku kerja sekarang). Kerani tu cakap aku dapat kerja sebagai programmer kat situ. Lupa nak cerita, masa sibuk2 buat final projek, aku jugak menyibukkan diri mengisi jawatan kosong dan pergi interview dengan harapan aku akan cepat dapat kerja. Dan Alhamdullilah, syarikat pertama kau pergi interview offer aku kerja, Aku habis final khamis, 30 April dan bos mintak aku star keje esoknya, Jumaat.. Aku bersyukur sangat-sangat masa tu. Sangat-sangat bersyukur.. <----- Hikmah yang ketiga
Kesimpulanya dari cerita di atas, insyaAllah pasti ada hikmah yang kadang-kadang kita sendiri tak dapat jangka daripada kesulitan yang Allah beri kat kita... So, be strong okeh....

Kolej Tun Razak, 1001 memori kat sini

Abaikan perempuan2 cantik ni, fokus pada view kolej sahaja..huhu

Geng-geng SCS




4 comments:

Didi Nadhirah said...

be strong gurl...jgn mls...jdlah hebat seperti kitaorg...hahah tak le blah nk angkut bakul sendiri gak tu huhuhu

Aini said...

ceh... itu la didi kodi...

Pn Hafizah said...

hahha.. PSM mmg boleh wat kita giler :p ape2 pun congrat! kenal aku lg ker tak ni?

Aini said...

msti la knal.. antara geng yg pulun psm smpai siap sblm final..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails