Followers

Monday, December 14, 2009

Kura- Kura Dalam Perahu

Ini ada satu cerita. Cerita tentang si kura-kura. Macam ni, my adik yang sekolah darjah lima tu suda ada hobi baru. Hobi membela binatang-binatang yang kecik cinonet. Mula-mula dia beli sekor ikan pelaga, sesedap dia je letak ikan tu dalam balang kueh my mak tau. Sebab baik hati dan kesian, aku pun beli kan la satu bekas kaca yang sangat cantek kat kedai 5ringgit yang slalu ade promoter berdiri kat depan kedai sambil bercakap tanpa henti camni "Selamat datang, satu barang 5 ringgit,jemput masuk tengok-tengok, tak beli tak ape..." (Sila baca sambil meniru cara mereka bercakap okeh).

Tapi balang kaca yang cantek tu tak lama hayat dia, pecah suda masa adik tengah tukar air ikan tu. Nevermind, kakak yang baek hati belikan lagi yang baru, kali ni aquarium yang plastik punya kat kedai haiwan. Lantaran daripada itu, my adik suda jatuh cinta sama kura-kura kecik cinonet yang dia nampak kat kedai haiwan masa tu. Aku jua suda merasa getaran cinta melihat kura-kura cinonet itu dan terus belikan adik sekor. Melayang suda beberapa keping note merah kerana di paksa beli sekali rumah kura-kura + makanan die.
.huh

Incik kura-kura di dalam rumahnya yang siap ada jambatan & pokok kelapa

Kucing yang sangat sedeh di kurung kat kedai haiwan tu.

p/s : Gambar ikan pelaga dengan aquarium barunya terlupa nak snap lantaran aku dan adik kini lebih memberi perhatian kepada cik kura-kura..haha. Deskriminasi sungguh.

2 comments:

Didi Nadhirah said...

kura2 dalam perahu cik non...pura2 tak tau kunun...sekian pantun sy hari ini

Anonymous said...

mcm bdk2...mgalahkan dayat...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails