Followers

Thursday, September 30, 2010

Char Kuew Tiaw Kerang

Dari jauh dah dengar abang kedai terjerit tepekik telolong panggil pelanggan ke gerai char kuew tiaw penang dia.. Mari adik, mari kakak,, singgah gerai ni.. Hari ni last ni, esok tak jumpe dah ni... Kak fatimah di hujung sana, kak milah di tepi situ, kak ju, kak markonah, dekat-dekat mari dekat-dekat!

Beria promosi... Kecoh macam pasar.. Kami melabuhkan punggung ke bangku dalam gerai mereka... Datang seorang abang nak amik order... Ye dik nak order char kuew tiaw ape dik? Pilih dik pilih..

Saya nak char kuew tiaw udang

Maaf dik udang habis dah.

Ok, kalao gitu char kuew tiaw special la.

Special punya habis dah dik.

Hait sume habis!

TInggal char kuew tiaw kerang jek.. Boleh ek dik?

Baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Cis kek sungguh. Dah tau tinggal char kuew tiaw kerang je tak payah la suro kami pilih wahai kakanda. Cakap je la cuma ada char kuew tiaw kerang.

Nasib baik sedap char kuew tiaw kerang itu. Terubat juga luka lara tak dapat yang udang punya. Kalau tak, mau terbelah dua meja gerai itu kami karate. Promosi bagai nak gila sampai aku terjebak dan terliur char kuew tiaw udang dalam gambar tu...hullah..


Tuesday, September 28, 2010

Teacher Shida Yang Makin Glamour

Sape-sape yang kaki facebook rasanya ramai yang dah kenal dengan Teacher Shida yang rajin upload video miming dia tu. Kelakar oo teacher Shida ni.. Selamber dan sempoi habes! huhu.. Wah sekarang dah makin maju, siap ada fan page Teacher Shida lagi kat facebook sekarang.

I love making myself and other people happy with my miming videos. Tu kata teacher shida. Kepada yang tak suka tak payah la tengok..huhu. Kepada yang nak ketawa, sila la tengok video miming teacher shida =)


Teacher Shida miming Cek mek Molek


Teacher Shida miming lagu Jahat - Stacy


Teacher Shida miming lagu Yank - Wali Band

Oh ada lagi video miming teacher shida ni. Nak tengok yang lain pergi la kat facebook teacher shida ni.

Monday, September 27, 2010

Mood Persiapan Bertunang

Gambar di atas adalah salah satu punca kebizian hujung minggu yang lepas. Oii jangan kutuk dulu. Tu projek terbengkalai. Belum siap lagi. Baru try letak-letak je. Yang dah complete siapnye cuma tapak segiempat tu je...huhu.

Ohoohoooooi..... Kan sebelum ni aku kata cerita hujung minggu aku kali ni tak best tanpa gambar kan? Of course lah.. Penat I snap-snap gambar kalau tak masuk dalam blog apekah faedahnye kan? Jadik harus la tunggu gambar baru boleh membebel kat entri baru.

Ceritanya, sabtu ahad lepas sangat la bizi tahap diva. Diva la sangat. Bizi meggila la. Non stop. Sampai nak masuk kerja pagi Isnin sangat la tak laratnye. Mana taknye, hari sabtu dah la kerja half day kan. Balik kerja terus pergi Perling cari barang nak buat hantaran.

Sampai kedai jual barang perkahwinan ni dah pukul 2 petang macam tu. First time aku pergi sini ni. Ye la ni la first family aku sendiri buat majlis bertunang kan, jadi macam excited la tengok barang cantik-cantik kat kedai tu. Besar kedai ni. Macam-macam ada. Senang. satu tempat jek. Ape? Tak nampak rupa kedai nye?


Ha.. Gini la rupanya. Besar kan? Bukan aku je excited, mak aku pun sampai pening-pening kepala memilih barang.. Berpinar mata dik ooi... Itu cantik, ini cantik..huhu.. Paling tak boleh belah ialah adik lelaki aku la. Bosan gila babas dia kat situ. Mau taknye, 2 jam setengah aku, mak ngan adik perempuan aku membelek barang dalam kedai tu..haha.



Ni kaunter bahagian hantaran. Banyak gila pilihan. Sampai nak gado-gado ngan mak pilih riben..huhu. Masa pilih bakul lagi la, amik, letak, amik, letak. kejap kata nak yang ni, kejap kata nak yang ni pulak. Padahal dah set nak buat macam mana, nak kena beli apa tapi bila dah sampai sana masing-masing rambang mata pulok...huhu

Ni bahagian hiasan-hiasan, bunga-bunga macam tu. Banyak lagi bahagian dalam kedai ni, macam renda, manik, beg goodies, bekas telur, bunga telur, kain, cenderamata dan lain-lain lah tapi tak dapat nak amik gambar. Pasal ada la pekerja kedai tu yang duk mengekor kitorang je. Rimas betul. Muka kerek gila. Macam takut sangat kita ni nak mencurik.

Aku tak kisah tau kalau ada pekerja kedai yang follow time aku cari barang tapi muka dia manis, dan sambil follow tu dia suggest yang best2 kat aku. Macam peramah la gitu, baru best nak memilih kan. Tapi kalau follow dengan muka kerek yang mintak penampar, memang aku pun akan buat muka balik la... Buat muka sampai dia tak tahan dan blah..haha..

Balik dari kedai tu singgah kip mart cari barang masakan, lepas tu singgah pulak rumah sepupu beraya. Balik rumah , lepas maghrib keluar lagi beraya rumah makcik. Kul 10 lebih baru sampai rumah. Oleh sebab excited, terus start buat hantaran sampai tak sedar dah pukul 4 pagi. Maut kan? Haha..terlebih excited punya pasal..

Gitu la kisah hari sabtu. Hari Ahad aku tak cerita lagi ni. Next entri la pulak yek. Eh, korang tau ke ni persiapan bertunang siapa? Tahu ke tak tahu? Tauhu? Tauhu tak pe, tempe tak nak... =)

Cerita Hujung Minggu

Niat hati nak upadate blog cerita hujung minggu yang baru lepas ni. Tapi sangat bizi ni kat opis. Nak update entri baru mesti nak letak gambar baru best. Nak letak gambar kena transfer dari handphone. Nak transfer dari handphone kena cari cable, nak cari cable kena amik masa, nak transfer pun amik masa.

Oleh yang demikian, karang-karang la tak pun malam nanti je la entri bergambarnye itu.. Sekian terima kasih=)

Saturday, September 25, 2010

Amazing Skin With Vaselin Party


Wah akhirnya entri
ARE YOU MOIST ENOUGH terpilih juga antara 75 entri terbaik contest vaselin nuffnang. Dapat Invitation untuk ke Amazing Skin With Vaselin Party. Bestnye.. Nak sangat pergi! Tapi kalau la KL tu belakang rumah aku je memang comfirm pergi dah..huwaaaaa..

Macam best ooo... Ada game yang boleh dapat hadiah, ada cabutan bertuah lagi kat party tu... Bestnye la. Nyampah tau semua event buat kt KL je tau. Nak pindah KL la macam ni.. Semata-mata pasal tu nak pindah? Haha..memang tak boleh belah la kan.

Gambar dari Entri Are You Moist Enough

Ape pun terima kasih la kepada Nuffnang dan Vaselin kerana menjemput, tapi perginya tu macam tidak je la kan.. Hurmm.. tapi kalau tak pergi ni masih ada chance tak nak menang hadiah Best Written Post tu?

Best Written Blog Posts
1st Prize - RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize - RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize - RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes - RM200 cash + Vaseline products

Best ooo kalau menang.. Dapat Vaseline product tu banyak2 ckup buat stok setahun pun dah best dah tu sebagai pengguna tegar vaselin..huhu

Friday, September 24, 2010

Diet Lagi? Kali Ni Kerana Di Cabar!


Cuba cakap betul-betul, saya ni gemok ke?

Gemok la.. Badan Besor.

Betul ke ni. Gemuk sangat ke saya ni?

Tak la, tapi gemok la.

Habis tu tak cantik la saya ni?

Cantik. TAPI GEMOK.

Betul ke gemok?

Gemok la.

Sampai hati. Gemok tu macam si B*** tu. Saya kurus lagi.

Cuba tengok gambar masa matrik, tu baru kurus.

Memang la. Masa first time kita jumpa gemok tak?

Kurus Je

Cantik?

Cantik Sangat-sangat.

Yela tapi sekarang berat dah naik dekat 10 kg. Benci. Nak pergi derma lemak la nanti.

Nak derma kat mane?

Kat kak cik yang keding tu.

Boleh ke?

$&^%#$%^%&

Lanjutan dari isu itu, beliau telah mencabar sahaye untuk menurunkan berat badan macam masa pertama kali berjumpa. Dannnnnnnnn jika sahaye berjaya, maka dia akan menunaikan IMPIAN RAHSIA sahaye dengan segera! Ya Segera!

Apa IMPIAN RAHSIA tu? Cuma kami berdua yang tahu. Nak tau apa IMPIAN RAHSIA tu? Eh anda ini, dah kate rahsia kan, mana boleh bagitau. Sampai masa baru boleh beritahu. Mantik la beliau kalau mungkir janji ye kerana sahaye tengah bersemangat gila vavas ni..


Diet bermula hari ni. Oh baru setengah hari berdiet sudah terasa ringan sedikit. <--- Sila muntah. Perasaan si perasan =)

Wednesday, September 22, 2010

Awek Gadis Melayu BeRiang Ria Hari Raya

Owh ini bukan gadis melayu tv9 tu ye. Tapi gadis-gadis melayu skudai..huhu. Suka la tengok gambar ni sebab muka semua orang ceria je.. Happy semacam je. Ye la kata raya kan, mesti kena lebih ceria kan? Gambar ni di snap lepas awek-awek ni semua beraya kat rumah aku.

Ain sasuke Ain Sasuke, kenapa awak memendekkan diri awak yang sedia comel itu? Hehe.. Adekah kerana saya yang sedang menekan bahu anda dibelakang itu? Oh saya nampak kejam di situ.. Ampun..Tapi ape pun gambar ni tetap sweet sebab semua senyum dengan sweet belaka. =)

Ni pulak gambar masa kat rumah Zaharah. Kami berkonvoi 4 kereta ke sini dari rumah sahaye. Meriah betul.. Dan yang paling best, abang baju cokelat tu yang datang jauh-jauh dari pahang tu sudi menjadi driver saye hari itu. Oh terkantoi di situ dia main mata dengan Thaneshwary di belakang saye!

Hari tu aku dan abang baju cekelat cuma sempat ikut rombongan raya ke rumah zaharah je. Sebab lepastu kami harus ke Kota Tinggi ikut famly aku pergi rombongan merisik bakal kakak ipar aku pulak. Diorang yang lain meneruskan perjalanan beraya ke rumah kawan-kawan yang len.

Sangat jeles tengok gambar konvoi raya diorang hari tu yang melambak lambak kat facebook sedangkan gambar yang ada muka aku cuma ada 3 keping je. Mana tak nye, diorang konvoi dekat 10 rumah tapi aku join 2 rumah jek... Jeles jeles dan jeles! Tapi nak buat cam ne, ada urusan lain.

Raya tahun depan aku nak 20 rumah okeh kita konvoi... Kasi sampai tak boleh bangun kekenyangan ye..huhu

Gambar Bunga Citra Lestari Mengandung Comel Seksi


Kali pertama tengok gambar bunga Citra Lestari mengandung ni tadi, terbeliak mata aku ye. Terbeliak pasal ape? Pertama sebab muka si Bunga Citra Lestari @ BCL ni lain benar, tak nampak macam muka dia..huhu. Kedua, ya ampun seksi bangat. Dah sarat 8 mengandung lapan bulan tu.

Ohh comel ta mummy? Comel tapi seksi la mummy.. Sian baby kat dalam tu kesejukkan.. =)



Besar kan perut? Anak perempuan ke anak lelaki yek? Gambar kredit kepada KapanLagi.com

Tuesday, September 21, 2010

Anak Sepupu Cik Noy @ Aini Memang Comel Macam Cik Noy Dia Juga =)


Ini gambar anak-anak kepada sepupu-sepupu aku. Comel kan semua? Oh yang besar baju biru tu bukan kategori anak sepupu ye tapi adalah salah sorang sepupu. Macam-macam gaya. Kalau sekali harung serbu rumah aku macam hari raya tahun ni, memang la riuh rendah dan tunggang terbalik la rumah.

Mana tak nye, mana nak kejar yang panjat tangga, mana nak selamatkan kucing yang kena pijak, mana nak selamatkan ikan aku dari diberi makan gabus, mana nak lerai yang bergaduh rebut mainan, mana nak melayan yang gembeng kuat nangis... Oh memang kecoh la...

Kecoh-kecoh tapi aku tetap suka la ngan diorang ni. Comel-comel belaka. Favourite aku macam biasa la si Aina. Aina hujung sebelah kanan tu. Comel tapi ganas. Dia boleh tumbangkan pasu bunga yang 3 kali lebih tinggi daripada dia. Hebat tak hebat?

Apa pun yang penting kecomelan diorang mesti ada ikut dari cik Noy dia ni sikit-sikit..haha.. =) Eh, nak tengok gambar-gambar super comel Aina dan yang lain-lain lagi? Baca kat entri-entri disini. Klik jangan tak klik..

p/s : Tak lama lagi dapat kakak ipar, lepas tu merasa la ada anak sedara pulok.. Yihaaaa! =)

Monday, September 20, 2010

Merak Dan Gagak Dalam Belog Aku

Tadi aku tak masuk office langsung sebab ada meeting kat KL. Perjalanan pergi KL dari JB dengan kereta bos cuma amik masa 2 jam lebih je. Tapi oleh kerana aku sorang je pompuan dalam kereta tu, jadi mati kutu la aku sensorang.

Dalam kematian kutu dalam kereta tu, aku jumpe buku ni dalam kereta bos. Dekat seat belakang la, tempat aku duduk. Buku cerita anak bos la ni... Mula-mula aku buat bodoh je tengok buku ni.. Tapi lama-lama tengok,terpegang pulak. Dah terpegang, terbaca la pulak...haha


Oh sungguh comel buku ini. Jadi aku pun membaca buku cerita bertulisan besar itu sepatah sepatah macam budak baru pandai mengeja. Dah tulisan dia besar gedabak kan, kena la amik mood,huhu. Tapi baca dalam hati jek la... Korang nak tau ke cerita dia? Ah Len kali je la aku citer...huhu.

Ending buku cerita kanak-kanak ni mesti la ada moral of the story kan. Jadi moral of the story nya ialah seperti kat bawah ni lah... Simple je kan. Comel betul cerita budak-budak. Senang pulak tu. Tak pasal-pasal kan cerita Merak dan gagak masuk dalam blog aku..


Jadi, selain agenda meeting pada hari ni, aku juga dapat pengajaran baru dari cerita Merak dan Gagak ni... Sekian untuk hari ini =)

Saturday, September 18, 2010

Contest Baju Raya Itikkejam


Hai. Makan kuih raya ke cik kak cik abang. Sudah-sudah la tu. Makin kembang badan nampak..haha. Cakap orang aku pun sama je. Baik minggu raya macam ni aku tertarik nak join kontest yang diajurkan oleh itik kejam ni iaitu kontest baju raya itikkejam.

Senang je kontest ni. Tak ada slogan bagai. Just tepek gambar kamu dan baju raya saje. Jadi gambar yang aku pertaruhkan adalah gambar kat atas ni la... Gambar baju raya tahun ni la. Masa ni hari raya pertama kat kampung.

Ok kreatifnya gambar ni kan cik itikkejam, saye berjaya memberikan kesan sedikit kurus kepada badan saya tanpa perlu pergi ke London Weight Management atau pun slim centre yang lain. Hanya perlu tarik nafas dan letak tangan di pinggang ketika snap gambar untuk mendapatkan kesan itu..haha

Baik, sebagai syarat, jangan lupa tepek gambar ni dalam entri kontest kan. So dah setle. Eh lupa plak, kena tag 3 orang member kan. Oleh yang demikian, saya nak tag CiklilyPutih, Nabiel dan juga elissme.

Ok, siap =)

M Rajoli Meninggal Dunia Semalam - Al Fatihah


Pelakon M Rajoli meninggal dunia malam tadi. Terkejut aku dengar berita ni kat radio Hot fm tadi. M Rajoli ni aku minat sangat lakonan dia. Apa saje watak yang diberi memang menjadi. Daripada berlakon jadi orang alim sampai jadi orang tua gatal, semua menjadi.

Tapi sekarang beliau dah pun meninggalkan kita. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah M Rajoli.. Al Fatihah....

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

“Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah “bintang yang sentiasa menyinar”.

M. Rajoli (gambar) atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber - Bernama


Friday, September 17, 2010

Selamat Kembali Bekerja Untuk Diri Sendiri

Hari Jumaat yang mulia. Mula kerja setelah lebih seminggu bercuti. Perasaan hati aku sekarang ialah? Rasa nak sambung cuti sebulan. Bestnye duduk rumah. Bestnye cuti raya. Berat betul mata nak bangun pagi tadi. Sangat la malas.

Korang pulak bila start kerja? Lama dah ke? Atau senin depan baru naik cuti? Melampau la korang ek bercuti sakan gitu sekali. Bos, sila pecat diorang yang lama sangat bercuti tu.. Haha.. Jeles dan dengki punya pasal kan.

Hurm habis dah beraya? Aku baru start beraya rumah kawan-kawan semalam. Eh kawan-kawan ke? Bukan baru raya rumah Zaharah sorang je ke? Haha... Rilek la, semalam bizi sket ada urusan keluarga risik merisik..huhu.. Jadi tak boleh nak join kawan-kawan beraya.

Malam ni InsyaAllah raya beraya akan bersambung. Target rumah pertama ialah rumah cik Maisarah nak mintak duit raya tertunggak.

Kawan-kawan.. Bersedia!


Tuesday, September 14, 2010

Sup Kaki Lembu - Oh Habis Rumahku Bau Lembu

Hari kelima raya. Bangun pagi je aku tengok-tengok ayah tengah mengerjakan kaki lembu kat dapur. Uhh so scary okeh tengok kaki lembu fresh malam tadi. Sebijik macam gambar kat atas ni ha. Kaki lembu tu Pak cik sedara yang datang beraya ke rumah semalam beri.

Bukan main la susah nak makan kaki lembu ni yek. Mula-mula malam semalam ayah rebus kaki lembu tu. Pagi ni dia duk proses buang kulit kaki lembu tu. Oh kuku atau kasut kaki lembu tu bukan main susah lagi nak buang ye. Dari pagi sampai nak ketengahari ayah duk mengerjakan kaki lembu tu.

Bau lembu harum semerbak satu rumah oooo... Tak tahan. Dalam pukul 11 lebih aku keluar nak pergi The Store jap mengambil udara segar, melepaskan bau lembu..huhu. Tapi sampai kat The Store pun aku rasa bau tu masih ikut. Sah la, bau tu dah melekat kat aku dari rumah...wakakaka...

Siap-siap beli barang skit kat The Store aku pun balik rumah. Hilang dah bau lembu. Bau sup pulak semrbak! Wahaaaa... itu yang kita tunggu. Apa lagi, capai la mangkuk terus. Mak hai, sedap bukan main. Kaki lembu ni tak ada daging tau. Cuma ada macam otot2 yang kenyal macam tu.

Sedap oo makan ngan roti. Dia macam sup tulang jugak. Cuma bezanya tak ada la daging. Otot semata. Tapi memang superb. Bagus punya anak, balik terus makan... Haha.. ape nak jadi anak dara zaman sekarang... =)

Sosilawati Disembelih Sebelum Dibakar

Itu yang aku baca kat Harian Metro hari ni. Gila! Bukan manusia la diorang yang buat macam tu. Binatang. Kalau betul la Datuk Sosilawati dan 3 yang lain termasuk pegawai bank CIMB, driver ngan peguam Datuk Sosilawati tu dibelasah, disembelih dan lepas tu dibakar memang sahlah yang buat tu syaitoooon.

Harap kes ni diselesaikan segera supaya yang betul bersalah dihukum dengan setimpal. Orang datang beraya rumah aku pun semua duk brcerita pasal ni. Semua geram. Mak Uteh aku cakap, orang yang buat tu patut kea seksa sebelum dihukum bunuh. Kasi kerat kaki tangan dia dulu baru hukum bunuh. Hambik ganas tak ganas la kan. Baru dia rasa seksa macam mana dia menyeksa mangsa Dato Sosilawati da 3 orang yang lain tu..

Uh sape tak geram. Kepada ahli keluarga magsa, tabah lah menghadapi dugaan dibulan mulia ni. Betul, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Pertama Tanpa Atok

Selamat hari raya semua. Baik ini gambar versi pertama hari raya 2010. Pagi raya di rumah atok di Gelang Patang Johor Bahru. Raya tahun ni tak berapa nak meriah sebab tahun pertama arwah atok meninggalkan kami. Kali pertama beraya tanpa atok.


Sepupu-sepupu pun tak ramai balik kampung tahun ni sebab masing-masing rasa tak best bila atok dah tak ada. Diorang datang sekejap je pagi raya pertama tu. Famili aku, famly abg ngah ngan abang long je yang ada dari malam raya sampai pagi raya.

Jadi gambar aksi aku dengan anak-anak abang ngah n abang long je la... Yang bestnye, tnap dirancang semua baju raya seakan-akan je warna dia. Sedondon gitu..huhu..


Khasif, Cik Noy dan Alia


Kesian hasif, pergi sembahyang raya ikut paklong nye naik motor. Balik basah lencun baju raya sebab hujan masa dalam perjalanan. Ingatkan dia nak nages sebab baju raya dah basah, rupanya lagi suka sebab dapat maen hujan..huhu

Oh depan rumah atok. Bersedia untuk mengumpul duit raya. Eh tak tahu kenapa budak lelaki zaman sekrang pakai songkok nampak jambul macam tu..huhu

Dan lastly, gambar cik noy nye berposing ddengan baju raya sambil bercekak pinggang untuk memberikan impak kurus di dalam gambar...haha

Sunday, September 12, 2010

Berita Kes Bunuh Dato Sosilawati

Setakat ni polis dah mengesahkan beberapa individu dah ditangkap untuk siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang yang lain tu. Kes ni masih dalam siasatan lagi.

Mengikut siasatan, suspek yang dah ditahan mengaku bertanggungjawab membawa semua mangsa termasuk Sosilawati ke kebun kelapa sawit, kemudian memukul diorang sampai mati lepas tu bakar mayat diorang. Ya Allah.. Kejam, zalim. Binatang pun tak zalim macam ni lah.

Motif dan punca kejadian kes bunuh Datuk Sosilawati ni adalah lebih kepada saingan perniagaan dan urusniaga kewangan menurut siasatan polis. Hiash.. Pasal duit, pasal harta, nyawa manusia tak ada harga..

Kronologi Kes Sosilawati

11.30 malam: Berita penemuan empat mayat telah tersebar dipercayai Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.

12.30 malam: Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat.

3.00 pagi: Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat dan pihak media masih dilarang memasukinya.

8.00 pagi: Penduduk kampung mula memenuhi lalauan masuk Ladang Gadong.

9.10 pagi: Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira-kira 10 minit kemudian.

12.10 tengah hari: Sepasukan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki lokasi penemuan mayat.

2.20 petang: Sidang akhbar bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.


Untuk berita lanjut tentang kes Sosilawati ini boleh baca kat Bernama - Peguam Bergelar Datuk, Adik Dan Enam Pekerja Ditahan Ekoran Kematian Sosilawati dan Mstar - Kronologi Penemuan 4 Mayat Dipercayai Berkaitan Sosilawati.



Dato Sosilawati Dibunuh & Dibakar?


Berita yang masih samar dan sangat mengejutkan. Dan aku berharap berita ini adalah tidak benar. Ya Allah, bulan baik hari baik macam ni jangan lah benda buruk macam ni terjadi. Tadi dekat berita cakap masih dalam siasatan tapi dalam akhbar ada bercerita macam dah disahkan.

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Sumber utusan

Aku harap pihak polis akan segera bagi kenyataan yang pasti tentang kes Dato Sosilawati ni supaya tidak timbul lah macam-macam spekulasi lain. Kesian keluarga Dato Sosilawati dan 3 orang lain yang terlibat sama tu.

Dan sekiranya berita ini benar dan telah disahkan, takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa.. Dan pihak polis sila pastikan yang bersalah tu di cari walau ke lubang cacing dan di berikan hukuman yang setimpal.

Lagi berita tentang misteri kehilangan Dato Sosilawati

Sosilawati Mati Dibunuh Di Morib - Kosmo

JUmpa Empat Mayat - Berita Harian

Sosilawati Dibunuh, Tujuh Ditahan - Utusan

Monday, September 6, 2010

Akuarium Baru Pakej Dengan Guard Sekali Ha

Rumah sahaye sudah ada sebuah lagi aquarium baru ya. My ayah la yang beria nak sangat. Jadi pagi sabtu tu kami anak beranak telah ke kedai ikan beli akuarium ngan ikan-ikan sekali. Eh ape kes Si Bulat yang gemuk itu tercongok depan akuarium tu?


Begini, setelah akuarium dibawa balik rumah, dipasang, diletak atas meja di sudut ruang tamu, terus je si Bulat yang gemuk tu berlegar-legar disekeliling akuarium itu. Teruja benar nampanknya si Bulat itu dengan ahli keluarga baru kami yang bewarna warni dalam akuarium tu.


Mula-mula dia pandang dari depan macam tu je... Kepala dia bukan main mengikut ikan-ikan tu berenang ke sana ke mari. Lepas beberapa saat, dia mula mengatur strategi. Tawaf keliling akuarium, konon nak cari lobang mana dapat masuk untuk tangkap ikan-ikan tu la tu.



Tapi kesian, tak jumpe pun. Puas la dia memanjat semua. Geram la tu tengok ikan..haha.. last-last dia penat terus dia landing depan akuarium tu. Cantik jek dia punya landing tertonggeng macam tu.. Dia tengok ikan-ikan tu sampai tertido kat situ.

Kesian pulak tengok.. Tapi maap la Bulat, ikan-ikan tu bukan untuk dibakar bagi kau makan. Ikan kau dalam aisbox nun. Yang dalam akuarium ni jangan berangan nak merasa okeh =)

Iklan Hari Raya TV 3 Yang Di Tarik Semula

Selamat pagi Isnin. Pagi ni buka-buka blog orang sibuk duk cerita pasal Iklan Promo Hari Raya TV 3 yang boleh memesongkan akidah. Iklan ni dah di tarik balik. Seriously, aku belum pernah tengok iklan raya ni kat TV 3, tapi bila first time tengok video iklan hari raya tv3 ni kat youtube tadi, awal-awal iklan lagi dah terperasan macam iklan krismas.

Ye la kan, siap ada macam kereta santa clouse boleh terbang-terbang, lepas tu ada tulisan jawi yang diterbalikkan. Memang jelas la nampak sangat macam ada agenda tersembunyi. Kenapa perlu macam tu? Harap pihak TV3 akan lebih peka lepas ni dalam kes-kes macam ni. Apa sahaja yang boleh memesongkan akidah umat Islam perlu dipandang serius.

Kalau nak tengok video iklan raya tv 3 yang ditarik balik tu, boleh tengok kat link ini. Tengok la, mesti korang akan perasan iklan tu ada yang tak kena. Dan kalau nak baca lebih detail dan tengok snapshot isu-isu yang sensitif dalam video ni, boleh jenguk blog cikgu dahlia atau sharinginfo. Dekat situ ada detail pasal iklan hari raya tv 3 kontroversi ni.

Saturday, September 4, 2010

Katy Lim Li Lian Hina Islam Di Facebook. Melampau.


Ada yang kata keratan status dan komen facebook Katy Lim Li Lian ni di edit guna photoshop je, tapi yang pasti satu laporan polis dah dibuat. Kalau perkara ni betul, harap pihak berkuasa cepat-cepat lah ambil tindakan. Kata-kata Katy Lim Li Lian kat facebook tu memang melampau kan.

Hurm.. Mungkin juga penggunaan Facebook perlu dipantau untuk mengelakkan lebih banyak kontrovesi yang tidak menyenangkan hati pihak lain tercetus lagi. Ape la hina Agama orang, hina Allah. Manusia tak tahu hormat macam tu patut di ajar, diberi pengajaran. Nak sangat ke kita rakyat Malaysia ni bergaduh sesama sendiri.

PUTRAJAYA 3 Sept. - Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) hari ini membuat laporan polis berhubung satu akaun laman sosial Facebook yang dikesan menghina Islam dan Allah menggunakan kata-kata kesat.

Presidennya, Mohd. Hisamudin Yahya berkata, polis perlu menjalankan siasatan segera ke atas akaun Facebook yang didaftarkan dengan nama Katy Lim Li Lian kerana pemilik akaun itu telah memaparkan komen yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

"Walaupun laman web ini telah ditutup dan tidak boleh dibuka, tetapi terdapat blog lain yang memuatkan keratan komen daripada Facebook Katy Lim Li Lian.

"Komen-komen ini tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif dan nampaknya berniat untuk menghasut bagi menimbulkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu.

Sumber - Utusan Online

Friday, September 3, 2010

Are You Moist Enough?


Wah posing macam model. Tak tahan..haha. Kontes baru dari nuffnang. Melibatkan produk Vaselin. Ouh aku memang pengguna tegar Total Moisture Vaseline lotion ni jadi haruslah aku join kan. Memang best losyen Total Moisture Vaseline ni. Are you moist enough like moist choclate cake? Itu persoalannye...hehe

Kalau korang rasa korang tak cukup moist, sila la try produk Vaselin lotion ni. Sebab utama yang membuatkan Total Moisture Vaselin Lotion ni best bagi aku mestilah sebab keberkesanannya dalam melembut dan melembabkan kulit. Memang tak dapat di sangkal lagi la. Kalau tak bagus tak ada la 24 jam lotion ni ada bersama aku okeh.


Lagi pulak dia ada bermacam saiz kan. Aku memang beli saiz yang paling kecil tu sebab mudah nak di bawa ke mana-mana. Memang losyen ni sentiasa ada dalam beg aku la.. Pergi mana pun mesti bawak punya la. Kalau tak ada losyen dalam beg, memang la rasa macam cacat je perjalanan aku ke mana-mana.

Harganya sangat lah ok. Tak sampai pun RM 5 untuk saiz yang aku selalu beli tu. Oh ada yang tak yakin dengan produk murah ke? No no.. tak boleh pikir macam tu sebelum mencuba okeh.. Kuantiti tidak melambangkan kualiti, itu yang cikgu aku ajar dulu.. Sila ingat itu. Tak semestinya yanga mahal itu bagus dan murah itu tak bagus.

Dan yang paling best Total Moisture vaselin Lotion ni ialah bau dia. Sangat soft. Tak kuat dan sangat selesa digunakan. Ha lagi satu dia tak melekit dan sangat-sangat cepat meresap pada kulit. Itulah yang penting dalam pemilihan lotion sebenarnya.

Ok itu semua adalah pandangan ikhlas dari aku sebagai pengguna setia Total Moisture Vaselin Lotion ni.

Jadi, are you moist enough? Of course yes with Total Moisture Vaselin Lotion ini.. =)

Mengantok Yang Amat. Adakah Syaitan Sedang Bertenggek Di Mata?

Ya Allah mengantuknye mata pagi ni... Mengantuk sangat-sangat tahap tidak boleh blah lagi ni ha. Rasa nak balik rumah sambung tidor je.. Pasal ape mengantuk sangat ni. Nak kata tidur lambat, sebelum pukul 12 dah tido dah..

Nak balik laaaaaaa.... Suka hati mak cik je nak balik rumah.. Ingat company ni makcik punya? Ahmad Albab yang punya okeh... Hah..Menguap untuk kali ke 12 pagi ni...

Sekian,
Aku yang ngantok

Thursday, September 2, 2010

Rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India Dan Yang Lain-lain Juga, Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh


Negara kita Malaysia baru 53 tahun merdeka. Entah kenapa akhir-akhir ni banyak sangat isu perkauman yang mula timbul yang tidak enak didengar. Secara jujurnya aku rasa takut dengan keadaan ni semua. Tidak menghormati rumah ibadat agama lain, Facebook Melayu babi, kutukan menghina bangsa lain dan sebagainya.

Facebook Melayu Babi yang di create oleh manusia durjana yang tak bertangungjawab itu contohnya aku rasa satu medium yang dicipta sengaja untuk melaga-lagakan kita sesama rakyat Malaysia. Admin page tu tak pernah bersuara, cuma menggunakan nama Melayu Babi untuk tarik perhatian masyarakat.

Benda macam ni boleh buat satu negara bertelagah, bergaduh antara kaum. Ape yang aku nampak kat wall facebook tu, ramai yang mengkomen, pelbagai bangsa. Dan most of them adalah menentang tindakan admin page tu. Kaum Cina ngan India jugak menentang. mereka juga tidak gembira ye bila timbul isu racist macam ni.

Kepada yang lain-lain, sila la sedar mungkin ada pihak yang tak senang tengok keharmonian bangsa di negara kita ni yang sedang mengambil kesempatan dalam apa saja cara untuk memporakperandakan kemakmuran negara kita. Kita kena kuat, kena bersatu untuk pastikan usaha pihak itu tak akan berjaya.

Berpeganglah pada kata-kata BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Jangan biar dan jangan sampai kita berpecah belah. Berusaha bersatu. Mungkin pihak kerajaan perlu cari inisiatif serius untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya bersatu. Inisiatif yang berserta dengan tindakan dan bukan hanya kata-kata atau cogan kata tanpa tindakan.

Sekian, rakyat perihatin....

p/s : Aku ramai kawan Cina dan India jugak. Sangat seronok ye hidup harmoni tak kira kaum. Jangan racist la.. Jom bersatu. Aku sayang Malaysia!

Emak Kata Kuih Raya Nak Lebih Dari Sepuluh Jenis

Owh malam tadi buat kuih raya ke enam. Sangat la lenguh badan. Lagi pulak malam tadi bukan main ramai customer cik emak yang datang ambik tempahan baju yang dah siap. Tambah lagi sepupu 2 family datang berkunjung. Macam pra raya.


Aku siap hidang kuih raya belen-belen yang tak muat masuk balang kat anak-anak sepupu aku yang comel itu. Aku memang suka tengok budak kecik selera makan. Bukan main la sukenye mereka. Hilang penat buat kuih tengok diorang suka makan.


Khasif dan kakak berebut popia simpul..

Lepas diorang dah balik dalam pukul 10 aku pun start buat kuih raya ke enam. Buat cornflakes cokelat je. Dah penat kan. Dalam pukul 1 pun siap dan tidor la. Masa nak pergi kerja bagitau mak kuih dah siap 6 jenis. Biskut kacang tak payah buat la yek...

Pastu cik Emak mengatakan bahawa beliau mahu lebih dari 10 jenis kuih okeh... Tak cukup 6 jek tu. Bak kata abang aku setakat kuih-kuih aku yang bersusun atas esbox tu sekali kawan-kawan dia yang lahap tu datang dah habis..haha

Ye memang. Rumah aku setiap tahun tiap kali raya akan buat paling-paling 4 kali open house. Selalunya buat khas. Mula-mula open house untuk saudara belah emak, lepas tu untuk saudara belah ayah, lepas tu untuk kawan-kawan tempat kerja abang kat utm, lepas tu kawan-kawan aku pulak, lepastu officemate adik aku..

Memang buat asing-asing sebab lagi mudah nak melayan. Kalau buat serentak tak dapat nak berborak dan melayan semua.. Itulah tradisi raya famly aku.. Lagi pulak sekali gerombolan umat manusia yang datang bukan sikit. Kalau buat serentak memang gamat dan haru tak muat rumah..huhu

Wednesday, September 1, 2010

Murah Rezeki Bulan Ramdhan


Hari ape ntah hari tu, bukan main melimpah ruah rezeki makanan untuk berbuka kat rumah. Mula-mula mak cuma masak nasi ngan lauk ikan sembilang masak asam pedas je. Lepas tu jiran belakang rumah kasi lauk ayam masak lemak cili padi pulak. Wahaaa kata aku kan, sangat mabeles la lauk..

Eh jiran jugak kasi nugget goreng, buah salak dengan buah duku okeh. Kira macam dah lengkap la juadah berbuka puasa hari tu degan pencuci mulut sekali kan. Lepas tu boleh pulak abang aku balik kerja singgah bazar ramadhan beli murtabak, roti john, ayam percik, nasi ayam, kueh lopes, air khatira ngan kuih pulut ape ntah..

Hambik.. Tak muat meja dah.. Terpaksa bentang tikar dan makan kat bawah..huhu... Tapi best jugak, rasa macam makan kat kampung mase kecik-kecik dulu jek... Banyak gila makanan. Oleh sebab tamak, nak jugak aku rasa semua tu. Jadi makan sikit-sikit la. Janji semua aku dapat rasa.

memang kenyang sungguh buka puasa hari tu walaupun cuma makan nasi segenggam jek. Mane tak kenyang kalau murtabak, roti john sume dah bersatu dalam perut. Tu tak campur ayam percik lagi tu.. Haha buruk lantak sungguh. =)

Memang kenyang sungguh la berbuka hari tu.. Kalau tiap hari macam tu alamatnye makin gemok bukan makin kurus la bulan puasa ni kan...haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails