Followers

Sunday, September 12, 2010

Berita Kes Bunuh Dato Sosilawati

Setakat ni polis dah mengesahkan beberapa individu dah ditangkap untuk siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang yang lain tu. Kes ni masih dalam siasatan lagi.

Mengikut siasatan, suspek yang dah ditahan mengaku bertanggungjawab membawa semua mangsa termasuk Sosilawati ke kebun kelapa sawit, kemudian memukul diorang sampai mati lepas tu bakar mayat diorang. Ya Allah.. Kejam, zalim. Binatang pun tak zalim macam ni lah.

Motif dan punca kejadian kes bunuh Datuk Sosilawati ni adalah lebih kepada saingan perniagaan dan urusniaga kewangan menurut siasatan polis. Hiash.. Pasal duit, pasal harta, nyawa manusia tak ada harga..

Kronologi Kes Sosilawati

11.30 malam: Berita penemuan empat mayat telah tersebar dipercayai Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.

12.30 malam: Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat.

3.00 pagi: Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat dan pihak media masih dilarang memasukinya.

8.00 pagi: Penduduk kampung mula memenuhi lalauan masuk Ladang Gadong.

9.10 pagi: Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira-kira 10 minit kemudian.

12.10 tengah hari: Sepasukan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki lokasi penemuan mayat.

2.20 petang: Sidang akhbar bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.


Untuk berita lanjut tentang kes Sosilawati ini boleh baca kat Bernama - Peguam Bergelar Datuk, Adik Dan Enam Pekerja Ditahan Ekoran Kematian Sosilawati dan Mstar - Kronologi Penemuan 4 Mayat Dipercayai Berkaitan Sosilawati.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails