Pelakon M Rajoli meninggal dunia malam tadi. Terkejut aku dengar berita ni kat radio Hot fm tadi. M Rajoli ni aku minat sangat lakonan dia. Apa saje watak yang diberi memang menjadi. Daripada berlakon jadi orang alim sampai jadi orang tua gatal, semua menjadi.
Tapi sekarang beliau dah pun meninggalkan kita. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah M Rajoli.. Al Fatihah....
KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

“Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.
Harun berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah “bintang yang sentiasa menyinar”.
M. Rajoli (gambar) atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Sumber - Bernama
1 comment:
Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Post a Comment