Followers

Tuesday, September 14, 2010

Sup Kaki Lembu - Oh Habis Rumahku Bau Lembu

Hari kelima raya. Bangun pagi je aku tengok-tengok ayah tengah mengerjakan kaki lembu kat dapur. Uhh so scary okeh tengok kaki lembu fresh malam tadi. Sebijik macam gambar kat atas ni ha. Kaki lembu tu Pak cik sedara yang datang beraya ke rumah semalam beri.

Bukan main la susah nak makan kaki lembu ni yek. Mula-mula malam semalam ayah rebus kaki lembu tu. Pagi ni dia duk proses buang kulit kaki lembu tu. Oh kuku atau kasut kaki lembu tu bukan main susah lagi nak buang ye. Dari pagi sampai nak ketengahari ayah duk mengerjakan kaki lembu tu.

Bau lembu harum semerbak satu rumah oooo... Tak tahan. Dalam pukul 11 lebih aku keluar nak pergi The Store jap mengambil udara segar, melepaskan bau lembu..huhu. Tapi sampai kat The Store pun aku rasa bau tu masih ikut. Sah la, bau tu dah melekat kat aku dari rumah...wakakaka...

Siap-siap beli barang skit kat The Store aku pun balik rumah. Hilang dah bau lembu. Bau sup pulak semrbak! Wahaaaa... itu yang kita tunggu. Apa lagi, capai la mangkuk terus. Mak hai, sedap bukan main. Kaki lembu ni tak ada daging tau. Cuma ada macam otot2 yang kenyal macam tu.

Sedap oo makan ngan roti. Dia macam sup tulang jugak. Cuma bezanya tak ada la daging. Otot semata. Tapi memang superb. Bagus punya anak, balik terus makan... Haha.. ape nak jadi anak dara zaman sekarang... =)

5 comments:

Kancilbiru said...

uiii sedap ni sup kaki lembu...dulu masa arwah abah ada, menu wajib ni tiap kali raya..sekarang kalau ada menu ni sure syahdu di hari raya..ekeke

Nabiel said...

pehhhh~sedap wo0o0o0~
bak sket aini!hehehe..
pkena mse panas2..fuhhhhh

CikLilyPutih said...

kaki lembu? oh tidakk. belum terfikir nak cuba makan lagi lah

Didi Nadhirah said...

bau tak nak makan nak aperda

kodok hijau the ghost writer said...

sedap ke makan sop kaki?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails