Followers

Monday, September 20, 2010

Merak Dan Gagak Dalam Belog Aku

Tadi aku tak masuk office langsung sebab ada meeting kat KL. Perjalanan pergi KL dari JB dengan kereta bos cuma amik masa 2 jam lebih je. Tapi oleh kerana aku sorang je pompuan dalam kereta tu, jadi mati kutu la aku sensorang.

Dalam kematian kutu dalam kereta tu, aku jumpe buku ni dalam kereta bos. Dekat seat belakang la, tempat aku duduk. Buku cerita anak bos la ni... Mula-mula aku buat bodoh je tengok buku ni.. Tapi lama-lama tengok,terpegang pulak. Dah terpegang, terbaca la pulak...haha


Oh sungguh comel buku ini. Jadi aku pun membaca buku cerita bertulisan besar itu sepatah sepatah macam budak baru pandai mengeja. Dah tulisan dia besar gedabak kan, kena la amik mood,huhu. Tapi baca dalam hati jek la... Korang nak tau ke cerita dia? Ah Len kali je la aku citer...huhu.

Ending buku cerita kanak-kanak ni mesti la ada moral of the story kan. Jadi moral of the story nya ialah seperti kat bawah ni lah... Simple je kan. Comel betul cerita budak-budak. Senang pulak tu. Tak pasal-pasal kan cerita Merak dan gagak masuk dalam blog aku..


Jadi, selain agenda meeting pada hari ni, aku juga dapat pengajaran baru dari cerita Merak dan Gagak ni... Sekian untuk hari ini =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails