Followers

Sunday, September 12, 2010

Dato Sosilawati Dibunuh & Dibakar?


Berita yang masih samar dan sangat mengejutkan. Dan aku berharap berita ini adalah tidak benar. Ya Allah, bulan baik hari baik macam ni jangan lah benda buruk macam ni terjadi. Tadi dekat berita cakap masih dalam siasatan tapi dalam akhbar ada bercerita macam dah disahkan.

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Sumber utusan

Aku harap pihak polis akan segera bagi kenyataan yang pasti tentang kes Dato Sosilawati ni supaya tidak timbul lah macam-macam spekulasi lain. Kesian keluarga Dato Sosilawati dan 3 orang lain yang terlibat sama tu.

Dan sekiranya berita ini benar dan telah disahkan, takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa.. Dan pihak polis sila pastikan yang bersalah tu di cari walau ke lubang cacing dan di berikan hukuman yang setimpal.

Lagi berita tentang misteri kehilangan Dato Sosilawati

Sosilawati Mati Dibunuh Di Morib - Kosmo

JUmpa Empat Mayat - Berita Harian

Sosilawati Dibunuh, Tujuh Ditahan - Utusan

1 comment:

Nabiel said...

Ehmmm..
paper nk laris..cpt btul kuarkan cerita~xpe..kte tgu kesahihan nye nti~
klu btl..takziah pda keluarga mangsa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails