Followers

Monday, May 3, 2010

Aminul Rasyid Amzah

Minggu lepas masa baca pasal berita Polis tembak mati budak sekolah kat Shah Alam tu aku sekadar.. Mmmm..kesiannye adik Aminul Rasyid Amzah ni.. Muda lagi dah meninggalkan dunia dengan tak di sangka-sangka.

Kesian juga pada keluar arwah Aminul Rasyid ni. Ye lah, kehilangan orang yang kita sayang secara tiba-tiba memang sangat memilukan okeh. Lagi pula anak bungsu dalam keluarga. Bak kata orang tak puas mengecapi kehidupan lagi kan.

Dalam kes ni ramai pihak yang menyalahkan pihak polis sebab tembak Aminul Rasyid ni dan pasal isu jumpa parang dalam kereta tu. Aku atau kita yang tak ade kat tempat kejadian ni memang tak ada bukti nak kata apa-apa kan.

Tak perlu memandai kata itu ini kalau kita tak tahu perkara sebenar. Cuma yang perlu, sebagai umat Islam, kita berdo agar roh adik Aminul Rasyid tenang di sana dan segala kebenaran akan terungkai.

Dalam pada itu, aku kesian juga pada pihak polis. Mungkin mereka sekadar menjalankan tugas, untuk memastikan kesejahteraan negara tapi kesilapan tertembak budak itu menjadi sesalan seumur hidup bagi mereka. Besar tanggungjawab polis ni, bila tersilap macam ni lain pula jadinya.

Kesimpulannya kepada ibu bapa, jaga dan kawal lah anak-anak kalau betul sayang kan mereka. Sebagai manusia kita tak tau kan ape yang bakal dan akan terjadi. Walaupun hanya dengan satu kesalahan kecil, macam-macam boleh terjadik. Jadi kan kes ini sebagai pengajaran.

Al-Fatihah untuk Arwah Aminul Rasyid Amzah..





7 comments:

illafira said...

btl .. tu leh nak slh kan sesape.. dua2 phk pun ade slhye.,.,


al-Fatihah

princeduyong said...

doakan sentiasa keselamatan diri...keluarga...masyarakat...dan negara

kacang said...

ibu bapa perlu maenkan peranan.

FaMouS said...

bukan salah polis ye..

Nurhidayah Shamsury said...

susah nk ckp..kang ckp len, owg mrh atau kate kite pndai ckp je..so kite follow je la ape keputusan kes ni..

Fifi Rahmat said...

tp mslhnya, parang tersebut x digunakan pon. tersimpan di belakang kereta... statement polis dan kwn mangsa, berlainan pulak.

polis ckp, sorg bdk laki larikan diri. bdk tu ckp, dia lari, dpt dikejar, dan ditendang beramai-ramai.

tapi, haraplah, byk persatuan yg mewakili org islam/melayu pandang berat isu neh.

tgk la, isu kes Beng Hock tu... bangsa cina ramai2 pertahankan kematian tu bukan suicide. sayangnya, kita org melayu, x sehati dan sejiwa.

Fifi Rahmat said...

besides, kita sbg rakyat Malaysia, kita sendiri mempunyai hak asasi dalam perlembagaan, utk mengeluarkan pendapat, dan bersuara, selagi statement tu, tidak mendatangkan kemudaratan, kepada pihak tertentu, dan tidak berbaur hasutan utk menkhianat kerajaan.
jadi disini, cuma pendapat je... bukan penghakiman atau fitnah. gunakan hak yg termaktub dlm perlembagaan tu sebaik mungkin, seperti mana bangsa lain buat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails