Followers

Wednesday, May 26, 2010

Cerita Biasa Pengguna Pengangkutan Awam Seperti Aku

Bas berhenti kat trafik light jalan besar. Sebelah kiri bas ialah lorong susur ke simpang kiri. Kenderaan lain berdesup-desup masuk ke jalan susur. Motor jugak berdesup-desup mencelah antara jalan susur dan bas untuk memenuhkan saf hadapan trafik light itu.

Aku sedang sudah bersedia untuk bangun bila lampu hijau menyala sebab nak berhenti kat bustop depan itu. Hijau. bas bergerak, aku pun bangun. "Pakcik, bustop depan tu ye.." aku berkata-kata. "Lah kau ni, tadi kenape tak turun kat trafik light jek!" Jerkah si pakcik yang tiada budi bahasa budaya kita itu.

"Saya nak turun kat bustop tu. Office saya kat depan tuh. Jauh dari trafik light tu pakcik. Bukan dekat situ"(sambil tunjuk trafik light tadi). Pakcik bas terus membebel. Bagi dia sangat menyusahkan nak berhenti dua kali.

"Eh ko ni pakcik, aku bayar tambang bas ko nak marah-marah aku pulak yek aku nak berenti kat bustop.. Aje gile nak suroh aku turun kat traffik light tu. Dah la jauh satu hal. Lepas tu tak nampak ke moto, berdesup-desup. Kang kalo aku mati kena langgar ko nak take over bagi wet tiap bulan kat mak ayah aku? Orang dah buat bustop untuk bas turunkan penumpang dengan selamat, ko plak suka-suka nak aku menempah maut yek. Pegi sekolah tak dulu pakcik? Ha pakcik? " Kan aku dah membebel.. Tapi membebel dalam hati je la mampu.. =)

Bagi aku rasa kahwen dulu yek pakcik sebelum nak bagi aku mati dengan sia-sia. Kata aku dalam hati lagik. Ye dalam hati. Dengan orang tua yang umur sebaya ayah aku mungkin, tak sampai hati nak melawan walaupun sikit punye geram kena marah tak pasal-pasal.

Aku turun bas tanpa perkataan terima kasih. Tak senang dengan orang tak berbudi bahasa cam tu. Mencik!

4 comments:

Uruchimaru @ kf said...

dekat mane tu aini?

sI tEDI said...

kalau aku turun kat trafic light,
tetiba aku kena langgar kau nak jawab ke????

touyakaruma said...

Perthhhh giler ah garang ... tapi dalam hati jerlaaa

riezgurl said...

klu ak da sound blk pkck tu... biar la dia umur sme ngn ayh ak ke..tp klu cm tu la perangai ada ak kesah.. biar yg muda ni menasihat pada yg tua.. (sbnrnye ak pns ht ngn org2 tua x sedar dr kt dlm opis ak ni..haha)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails