Aku mencintai mu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama pada dirimu hilanglah cintaku padamu.... Aku suka ayat ni... Nice dan penuh makna..
Wanita yang sedang bercinta, sedang ingin bercinta, berniat mahu bercinta, ayat ni bagus dijadikan pedoman hidup dalam mencari pasangan.
Cari la pasangan yang agama dan iman di dadanya mampu membimbing kita, mampu memelihara diri kita dan menjauhkan kita dari keburukan perkara kemaksiatan...
Jauhkan diri dari pasangan yang bawa kita ke arah keburukan, mengajar kita mendekati kebinasaan.. Sayangi dirimu wahai wanita.
Aku rasa ayat itu sesuai dengan kes buang dan bunuh bayi yang semakin berleluasa sekarang ni. Wanita, pilih jalan yang bijak. Sedar dan bangkit dari kesilapan jika dirimu bernoda.
Aku sedih lah hampir tiap hari ade je kes buang bayi, kes pelajar sekolah la lahir anak luar nikah, student IPT kena tangkap khalwat la, Video ustazah terlampau la, itu la, ini la... Dan yang paling benci, balik-balik yang perempuan jugak yang jadi mangsa... Sedih, geram, sume ade.
Paling kesian, kes sorang student UTM yang mati bersalin sorang-sorang kat hostel tahun lepas. Dah 2 hari, dah berbau bau orang perasan. Kau bayangkan betapa seksa dia lahirkan anak sorang2? Dia dan baby tu di temui mati dalam bilik hostel lepas student lain mengadu ada bau busuk dari bilik tu. Mane jantan jongos yang menghamilkan dia?
Pikir-pikirkan, renung-renungkan....
1 comment:
jgn cari bopren lombok
Post a Comment