Followers

Saturday, May 1, 2010

Blogger Award Friendship

Terima kasih kepada miss dalila yang menganugerahkan sahaye dengan award cohomel di bawah. Mendapat award pakej sekali dengan TAG..huhu. Baiklah, akan ku selesaikan tag dari beliau ini.. =)

Soalan 1 : 3 nama samaran kamu
Mak hai, segan kot cerita pasal nama samaran ni..huhu. Ok yang pertama yang member paling ramai guna Aini lah. Yang kedua family panggil Nor ada jugak yang merelatkan lidah panggil noy. Yang ketiga pulak Mont a.k.a MONTEL. Siot sungguh. Dapat gelaran ni masa kat mrsm, melekat sampai sekarang. =(


Soalan 2 : 5 Tarikh penting dalam hidup anda?
Mak hai sampai 5 tarikh tuh nak kena state kan. Okeh, yang pertama cofirm la my birthday. 18 February 1987 <--------- sila beri hadiah =) Yang kedua 25 May 1987 <-------- kenapa? Lu pikir lah sendrik beb =) Yang ketiga, empat lima tak berapa penting kot.huhu

Soalan 3 : 5 Perkara yang anda buat semalam.
Semalam hari Jumaat. Macam biasa bagun pagi pergi office. Petang gaji dah masuk, balik office singgah beli KFC untuk family, mandi, makan , tido. Sekian..

Soalan 4 : 5 Perkara buat anda gembira?
Ya soalan ini aku sukak! Happy bila dapat jumpa si dia lepas berbulan-bulan tak jumpa. Kedua, happy bila dapat keluar dengan kawan-kawan sekolah <---- Aku happy dengan kegilaan korang. Ketiga bila dapat pergi air terjun. Happy giloks! Keempat happy bila gaji baru keluar. Kelima happy bila dipermudahkan oleh-Nya dalam semua urusan, Alhamdullilah.

Soalan 5 : Drama Kegemaran anda?
Kalao korang ikut blog aku ni, mesti korang tau aku sangat menggila dengan series drama cina dan jepun zaman aku sekolah menengah dulu macam Fong Sai Yuk, My Fair Princess, GTO, White Love, Beach Boy dan len-len. Gilak sukak!

Soalan 6 : Hobi anda?
Dulu sangat suka melukis, ade simpan lagi koleksi dulu-dulu. Sekarang masa untuk melukis tak de dah. Menconteng boleh lah. Selain tu, aku suka membaca, memasak (kek, roti, biskut, pizza, western belake. Masak lauk sume mintak maap yek..mengharap emak sahaje). Last jangan tak tau, aku pun rajin menjahit manik kalo datang sawan aku nak melaram baju. =)

Soalan 7 : 5 Tempat percutian idaman?
1. Jepon
2. Paris
3. Langkawi
4. Cameron Highland
5. Tak tau dah <---- banyak nau nak kene list

Soalan 8 : Sebab kamu jawab soalan ni?
1. Dah kena tag, jawab je la.
2. Tak ade idea nak buat entri baru..huhu
3. Menghargai cik dilla yang menge Tag. =)
4. Ntah
5. Ntah

Soalan 9 : Lihat siapa yang kena tag....
Haaaa... Siapa yang tengah baca entri ni dan rajin nak buat sila buat. Buat jagan tak buat.. hehe =)

4 comments:

illafira said...

hehehe.. dah bc kena tag eh.. nnt free sy wat ..

illafira said...

dah bc kena tag eh.. nnt i wat k.

NeenaAnuar said...

akak dah buat tag nie! hehehe.. :D

zool said...

Alamak dah terbaca.. tapi sori malas nak buat tag ye.. jgn mare

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails