Followers

Friday, December 31, 2010

Trett trett... Mesej Ringkas Dari Tuan Tanah

Akan tutup kedai kah blog ini kerana kebizian melampau tuan rumahnye??

Wednesday, December 22, 2010

Tak Sedih Tak Marah Dah, Hari Ni Happy Sesaje

Mintak maaf la kawan-kawan. Asyik entri emosi je akhir-akhir ni. Maklumlah, sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang agak mengejutkan ini. Suasana baru biasalah mestilah rasa mencabar pastu mula la nak meroyan tak pasal kan.. huhu

Tapi hari ni macam happy sikit. Sebab outstation dua hari. Tak duduk office berkerut-kerut dahi memikirkan solution macam biasa. Haha. Berada di Kuala Lumpur, meeting petang tadi, now sedang berehat sementara bos pergi datting cik awek. Malam ni bertolak ke Kuantan pulak,

Hari ni jugak happy kerana dapat 2 berita baik! Alhamdullilah sangat-sangat, Satu berita baik dr en emi kite, satu lagi berita baik dari pihak yang aku tunggu-tunggu, yang aku duk tiap hari bukak website die untuk semak. Alhamdullilah Alhamdullilah.... Apekah berita baik itu? nantilah kasitau bile dah comfirm..hehe.

----------------------------------------------------

Aku rasa nombor 15 bawa luck pada aku dan famly. Tau tak, secara tidak dirancang, no rumah aku adalah 15, jalan rumah aku pun 15, no telefon rumah hujungnye pun 15, dan jangan tak caya, no pekerja pada kad ayah aku pun ada nombor 15.

Dan malam tadi masa check in hotel, dapat bilik no 2-15, sampai depan pintu bilik, aku terkedu dan terbeku sekejap dengan kepala senget pandang nombor kat pintu dalam sepuloh saat. Macam kena pukau gitu. Pastu tersedar, senyum sorang-sorang dan terasa cam ada sesuatu yang baik akan datang.

Tup..tup hari ni dapat 2 berita baik sekaligus. Wallahhualam... Sumenye ketentuan dan datang dari Allah s.w.t.

Alhamdullilah =)

Aku Tak Kuat & Tak Sempurna

Ya, aku insan lemah, hamba Allah yang kerdil di sisinya. .

Kadang tak terlepas gagal mengawal amarah...
Akibat tidak kuat menghadapi cabaran hidup

Kadang tak telepas buat orang membenci..
Akibat diri sendiri yang tidak sempurna

Kadang tak terlepas merasa sesalan..
Akibat terburu membuat keputusan & tindakan

Ya Allah, kuatkan hatiku, tenangkan jiwaku, peliharakan peribadiku, tutur kataku, perbuatanku, tindak tandukku...

Sunday, December 19, 2010

Ada Pesanan Untuk Seseorang Di Hujung Entri Ini

Entah ape-ape

Blog dah macam ape. Langsung tak ade isu menarik. Bukan tak ade, tapi belum ada masa nak mengupas kat sini. Bosan. Hidup yang kelam kabut minggu ni. kat opis memang langsung la tak dapat nak menjengah, balik rumah pun dapat la menaip satu dua ayat je sebab dah penat. Lagi tak boleh belah kena sambung buart kerja kat rumah. Too much complain la ko aini!

Bosan

Macam-macam hal. Ada je yang nak menggangu jiwa raga ni. Boleh tak bagi ketenangan sikit kat jiwa ni. Dah la plan bercuti nak menenangkan otak tak jadi, di tambah lagi dengan masalah yang menyemakkan otak. Kalau la masalah boleh aku permenant padam dengan tekan button shift + delate kat keyboard ni, alangkah indah!

Berjimba

Dah plan cuti-cuti Malaysia tak menjadi, serabut kerja pun ada, personal problem pun mengganggu jiwa, jadi untuk meredakan sedikit gundah gulana di hati haruslah mencari kawan-kawan sehati sejawa. Tengok wayang, makan-makan, jalan-jalan sekitar Johor bahru tercinta. Ketawa memang sedikit dapat menggurangkan stress walaupun sedikit walaupun sedikit WALAUPUN SEDIKIT. Diulang sekali lagi, walaupun sedikit. Nak ulang sekali lagi?

Kenangan Itu Indah

Masa keluar hari tu tiba-tiba kami bercerita mengimbau kenangan kami masa sekolah dulu. Pasal cikgu zaid yang sampai sekarang masih bujang, pasal bergaduh ngan kelas lain sebab tak menang pertandingan kelas tercantik, pasal makan mcdonal happy meal balik sekolah, pasal kasut tinggi dan kebaya cikgu Rosalita yang kini beranak kembar dan lain-lain. Moment yang sangat sweet!

-------------------------------------------------------

Baik itu la empat tajuk entri yang digabungkan menjadi satu supaya kelihatan lebih panjang dan lebar. Benci tengok entri pendek kemetot kat blog sendiri, macam tak ikhlas menulis.

p/s : Pesanan untuk SESEORANG yang suka curi2 baca blog ni = Cermin kesalahan diri sendiri dulu sebelum nak tunding pada orang lain yang tak ada kena mengena. Menipu untuk jaga hati orang masih boleh diterima, tapi menipu kerana nak menyakitkan hati orang adalah BUSUK!




Saturday, December 18, 2010

Di Kala Ini

Rasa cam tak ade life je. Balik kerja, kat rumah pun nak kena mengadap kerja tiap hari. Sabtu Ahad pun. Boleh ke bertahan ni. Adalah tidak menggembirakan jiwa dan raga.

-semakkepalahutakkuini-

Thursday, December 16, 2010

Hari Ini, Cameron Highland & Kepercayaan

Hari ni patutnye aku kat Cameron Highland bercuti. Tapi tak ada rezeki nak pergi.
Sedih lah jugak. Lama dah plan. Tapi nak buat macam mana.
Dah tak ada rezeki. Dah tertulis tak dapat pegi.
Tak ape la.. lupakan pasal cameron.
Bye. Nak meratap sekejap.



Tuesday, December 14, 2010

Suasana Baru

Serius betul aku bekerja kat tempat baru sekarang ni. Jangankan nak update blog waktu pejabat, berfacebook pun tak sempat. Nak bace berita gosip terkini kat beautifulnara lagi la jauh panggang dari api kakak oii. Walaupun laptop tak lepas dari mata, mouse tak lekang dari tangan kan...

Bolehkah aku bertahan? Mungkin ye mungkin tidak. Haaa. Sekian.

Sunday, December 12, 2010

Terima Kasih Zara & Maisara Kerana Memberi Sokongan Padu. Yeaaah semakin Bersemangat!

Alhamdullilah, dapat memanfaatkan minat dengan sebaikknye. Sambil menyelam minum air kate orang kan. Sambil berhobi, berbisnes juga. Haha.. Terima kasih daun keladi, lain kali sila order lagi ye Maisarah & Zara =)

Kepada yang tak tau, kite ni dah mula berbisnes sikit-sikit ni haa.. Ala saje nak cari duit lebih sikit sambil menghabiskan masa lapang buat benda yang di minati kan. Meh la ke blog baru kite simaniscomel untuk tengok2, rasa2..hehe.

Choclate Moist Cupcake With Strawberry untuk birthday anak sedara zara

Jangan la kutuk tulisan buruk itu. Saya budak baru belajar..huhu

Blueberry cheese tart lagi kali ni untuk maisara

cute tak papercup purple ni? hehe. Ko, serbaserbi nak purple sokmo kan aini.

Ok, g la jenguk-jenguk simaniscomel projek baru kite tu yek.. Hingga ketemu dilain masa yaaaaaa.. Daaaaa Diiiiiiii Duuuuuuu =)

Tengok Kasut Ni Rasa Nak Berpusing Menari Ballet

Hari tu berjalan kat Sutera Mall, terpandang kasut ni kat Fabriano Ricco. Wah cantik sekali dong! Tiba-tiba keluar sleng indon kan..haha. Geram, siap mintak orang kedai tu keluarkan yang baru untuk aku test sepasang. Kemain la lawaonye... Test, pusing-pusing sekejap pastu bagi balik kat orang kedai tu dan ucapkan terima kasih sambil senyum...

Cantik, suka, tapi bulan ni dah overlimit ni beli kasut. Dah terbeli 5 pasang kasut dalam masa bulan 11 & 12 ni. Gila tak gila. Nasib baik aku bukan jenis perempuan yang suka barang branded sesaje. Kalau semua nak branded, mau kopak habis gaji aku kan sebulan sampai banyak tu beli kasut.

Nasib baik dapat mengawal nafsu dengan jayanya hari tu.. Kalau tak, mau geleng kepala mak aku tengok aku bawak balik beg berisi kotak kasut buat kali ke enam..haha

Saturday, December 11, 2010

Melampau! Satu Entri Je Dalam seminggu?

Ni Onjeng. Pengganti Nini. Di panggil Onjeng singkatan kepada Gonjeng. Beliau sangat gonjeng tahap maksima setiap kali lepas minum susu, berlari, melompat bagai nak gila. That why di panggil Onjeng. Walaupun begitu, beliau sangat manja sampai mak tak sampai hati nak suroh dia tidur luar macam adik berdik beliau yang lain.

Jenis kalau nak tidur mesti kat badan orang. Tengok je la gambar ni. Masa ni aku tengah mengadap laptop ni, lepak atas sofa baring secara mengiring. Mula-mula si Onjeng cuma duduk situ sambil tengok laptop. Pastu, pandang sekali lagi, dah pengsan dah tidor atas aku. Suka hati mak die je tidor macam tu.

Beliau memang gitu. Mana nak je dia tidur. Kadang, orang tengah baring, selamber dia je lading kat leher orang, hujung kaki, atas perut. Dh tu, aku nak alihkan tak sampai hati. Pasal comel gila babas kot beliau tidur macm tu. Terus snap gambar. Tepek kt sini. Dan jadilah satu entri untuk minggu ni. Yea Yea Yea Yeaaaa...

p/s : Melampau tak? Haha..


Thursday, December 9, 2010

Beliau Sedang Koma

Mintak maaf la, blog akan bersawang buat beberapa ketika. Sebab musababnye adalah seperti berikut :

1. Sudah meninggalkan alam pengangguran yang berlangsung selama seminggu itu. Alhamdullilah, Allah murahkan rezeki dan permudahkan segalanya. Kini sudah bekerjaya semula. Dan yang paling penting, tempat kerja baru ni lebih serius berbanding dulu. First day masuk agak gerun la jugak. No ym, no facebook, no blogging.

2. Laptop kat rumah adalah sedang koma dan jahanam. Kesan cuti sekolah. Si budak kacak duk mengadap 24 jam main segala mak nenek online game. Akibatnye, laptop itu sudah koma. Perlu di hantar ke kedai. Tiada masa untuk mengodek sendiri. Maka aktiviti berblogging di rumah pun dahberhenti beberapa hari ni.

Tunggu la keadaan kembali stabil minggu depan nampaknye..

p/s ; Kengkawan, korang sihat? Maaflah tak dapt menjenguk rumah blog korang beberapa ketika ni.. =(

Sunday, December 5, 2010

Si Kacak Telah Selamat. Menuju Alam Kedewasaan Kini

Adik lelaki yang kacak telah pun selamat berkhatan. Bukan main lagi dia kat rumah ye. Macam Raja. Terbaring je dengan kain pelikat. Eh tapi pagi tadi hari kedua bersunat dia dah pakai seluar pendek, ke hulu ke hilir berjalan memantau askar kucing kat rumah ni. Tapi sekejap je pakai seluar.

Tiba time makan, terus tukar kain pelikat balik, sambung baring. Sume pakai order sahaje. Noi nak air, noi nak tuala basah muka, noi nak main game, noi nak itu, noi nak ini. Sume akak Noi jua yang kena. Al maklumlah, kebetulan jadi pengangur pada masa yang tepat terus dilantik jadi bibik pulak kat rumah.

Tengahari tadi Mak Ayah ke kenduri kahwin. Sebelum mak pergi, mak pesan jangan di kasi adik tu makan telur, ayam pun sikit2 je. Akak yang rajin lagi baik hati ni terus order Mcdelivery sahaje untuk adik kacak yang terbaring itu. Bubur ayam untuk beliau, McChicken untuk kakak cantik. Nampak malas kan?

Tapi sebenarnya tak la.. Kakak cantik cuma mementingkan masa je... Call mcD, 5 minit dah sampai rumah. Ok la tuuu kan. LAgipun kakak bizi mencari jawatan kosong ni..haha



Saturday, December 4, 2010

Entri Penggemuk Badan


Gambar dah lame ni. Ni la choclate moist cake with strawberry yang aku buat untuk bawak balik kampung raya haji lepas.. Strawberry dia dah tak berapa fresh tpi nak buat macam mane, tu je yang tinggal kat Jusco hari tu. Terpaksa jugak amik. Tapi masih ok, cuma warna je dah gelap skit...

Memang kena ye strawberry ngan cokelat. Lepas ni harus lah nak membeli strawberry je kalau buat kek cokelat lembab ni.. Makan pulak lepas dah simpan dalam peti ais semalaman, memang la masyuk. Sejuk je masuk dalam tekak ni ha.

Urph... Telan air liuq sekejap..hehe



Cuti - Cuti Teluk Cempedak


Yihuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Tetiba rasa sangat-sangat la tenang kepala hotak... Lapang-selapang lapangnya... Satu persatu perkara dah selesai.. Semalam baru balik daripada kuantan. Bercuti - cuti Malaysia..

Next.. Banyak lagi benda nak dibuat dalam masa sebulan ni . Maklumlah.. 'bercuti ' panjang sekarang kan.. Next 2 weeks nak ke travel dengan geng-geng pengembaraaan naik keretapi ke Pantai Timur pulak.. Huaha.. Tidak sabar!

Oh indahnye hidup... Rasa nikmat sangat tak payah ke office. Al maklumlah, sejak habis blaja aku mana ada dapat cuti lama macam ni. Hari Khamis last paper final exam kat utm tu, esoknye Jumaat dah start berkerja ok. Memang tak ade masa meronggeng sebulan dua, bahkan seminggu pun tak ade gap okeh...

Sekarang, setalah hampir 2 tahun, akhirnya dapat peluang. Jadi no wonder la aku cam terover excited sekarang ni kan. Nak membalas dendam lah kononnye kepada diri sendirik. Gambar atas tu adalah pemandangan dari apartment tempat menginap kat Teluk Cempedak Kuantan. Super duper best dan cukup menenangkan.

Baik, setakat ini ye untuk kali ni, bersambung next entri. =)

Blueberry Cheese Tart Semakin Maju


Maju apekah? Maju dari segi rupa la.. Maju la sikit daripada masa first time buat dulu yang comot-comot dulu tu. Ni ntah kali ke berapa buat, dan kali ni special sebab dibuat atas tempahan dari akak kerani kat office. Baru dapat hari ni, terus tempah lagi sebalang nak amik besok malam pulak..Alhamdullilah =)

Ni hasil yang dapat malam tadi. Sebalang besar tu tempahan dari akak kerani. Yang 3 biji dalam kotak-kotak plastik tu untuk free sample (paksa adik aku bawak pergi opis die..haaaaaaaaaha!), dan yang dalam tupperware tu baki untuk makan sendirik.

Hamboi, bisnes sekarang kan.. Almaklumlah, dah nak jadi penganggur lepas ni kan, kena cari duit extra sikit...haha... Eh korang nak rasa? Kalau area jb boleh aku bagi free sample.. Tapi kalau luar jb tu susah sikit, kang termasuk kos penghantaran dah tak jadi free sample plak dah kan..huhu


Satu balang ni ada 50 biji blueberry cheese tart yang kaya rasa. Harga RM 30. Mahal ke? Kalau kate mahal, nanti aku tukar krim cheese tu ngan jem nenas jek, murah sikit kos..haha. Anyway penggemar cheese memang akan susah nak berenti makan la, lagi pulak dengan inti blueberry kat dalam tu, sampai nak pejam2 mata masa makan..haha.. <--over kau! Ok sekian =)

Sunday, November 28, 2010

Esok Adalah Senin

Cepatnye dah nak hari Isnin balik. Tetiba rasa takut pulak nak hadap hari mendatang. Oh penuh onak duri kot lepas ni... Oh tidak.... Ni sume nak berenti kerja punya pasal la. Eh sape ade kerja kosong? Kalau boleh tak nak programmer lagi la. Kerani ke ok gak kan tak kusut kepala. Tapi kerani yg starting gaji 3 ribu ade? Hehe..

Ni lagi satu benda risau. Tadi sebelum mak bertolak pergi segamat pagi-pagi, dia dah WARNING dah kat aku yang tengah mamai-mamai supaya ANGKAT BAJU KAT AMPAIAN SEBELUM HUJAN! SEBELUM HUJAN. MAK BALIK MESTI KERING. DAH SIDAI DARI LEPAS SUBUH TADI. Katanya puan emak.

Tapi tapi tapi... Tengahari tadi aku ke rumah kakcik, majlis bertunang akak dia. kakcik selaku kawan baik dan merangkap jiran belakang rumah aku ni ha. dah kat rumah kakcik tu, sakan sangat berborak, makan, gelak-gelak sambil hujan turun dengan lebatnye, langsung aku tak ingat pasal baju kat ampaian apetah lagi WARNING dari mak aku..huhu

Mantik la kena bebel kaw kaw punya mak balik jap lagi ni ha... Dan bilas dan spin balik tapi tak boleh nak jemur lagi sebab matahari dah terbenam laaaa...

p/s : orang tunang lagi. sentap sentap sentap


Saturday, November 27, 2010

Video Zizan Dan Johan Shout Award Lawak Habis



Serius lawak gila babas gandingan Zizan ngan Johan Raja Lawak ni. Sumpah lawak. Berkali-kali tengok pun tak jemu aku ketawa guling-guling oii.. Nak pecah perot okeh... Okeh sila layan video lawak gila babas Zizan ngan si Johan ni masa menyampaikan anugerah kat Shout Award baru-baru ni.


P/s : Kalau korang tak gelak tengok video ni, aku rasa something wrong with your urat ketawa..haha.. =)

Nuffnang Dah Tak Sayang Nampaknye

Hurmm.. Dah berapa minggu dah ni tak ade satu Buffred Earning pun yang melekat kat blog ni. Ni yang nak kecik ati ni..haha. Nuffnang dah tak sayang la ni. Mentang-mentang la jarang update blog kan sekarang, trus dilupakan..huh

Tak boleh jadi ni, kena bergiat aktif semula lepas ni. Walaupun bukan la tujuan blogging untuk duit semata, tapi kita tak boleh nafikan jugak yang mencari pendapatan sampingan itu adalah satu perkara yang bagus. Kata orang sambil menyelam minum air ye dak?

Baik, habis je bulan ni aku memang dah kelapangan la sangat-sangat. So akan ku blogging sampai muntah..haha.. Plus, my special girlfriend, Maisarah pun dah balik jb hari ni, jadi maka banyak la aktiviti berjimba lepas ni kan. Comfirm I will story about it..

Maisarah.. Miss u like crazy la geng...huhu.. =)

Thursday, November 25, 2010

Skrin LCD Pecah Dengan Kuasa Tenungan Aini

Aini muka serius je buat kerja, takut nak tegur. Kata akak kerani kat aku tadi. Haha.. Mintak maap la kak. Memang la tersangat fokus aku minggu ni membuat kerja. Hari-hari terakhir kerja kat sini kan. Memang mantik la belambak benda yang nak kena setlekan. Sabau je la kan.. Tapi tak pe, cukup bulan nanti, cuti-cuti Malaysia la aku.

Mana dengan sistemnye, mana dengan designnye, mau tak bercantum kening aku mengadap skrin komputer opis tu kan. Lagi bingit orang tu suro itu, orang ni suro ini. Aiyooo... Rasa macam nak tambah 2 bijik kepala kat leher aku ni supaya boleh buat multitasking.. Satu kepala pikir pasal ni, satu kepala lagi pikir pasal yang tu, satu kepala lagi siapkan yang lain pulak.

Boleh? Haha... Dah la, nak sambung buat kerja. Tengok, dah balik rumah pun sambung buat kerja opis lagi. Memang terbaik la...huhu.

p/s : Hujan oii.. Bantal & katil menyanyi2 panggil aku nih...

Monday, November 22, 2010

Bibir Bengkak Di Cakar Dek Kucing


Pada ketika ini ye, aku sedang mengetap ngetap bibir. Mengetap ke mengetip? Pilihlah sendiri. Mengetap ngetap bibir dengan harapan dapat menguruangkan bengkak dibibir munggil...lah sangat..haha. Habis lah cacat rupa paras nak pergi kerja esok kang kalau bengkak tak sembuh lagi.

Si kucing pun satu. Tak ade tempat len nak serang. Tengah sedap-sedap tidur petang tadi datang budak kucing 4 beradik anak si Bulat tu main kejar-kejar, bergusti kat keliling aku. Yang panjat-panjat badan aku ni best la, macam kena urut jek. Yang duk bergusti tonggang terbalik kat tempat aku tido ni yang tak buleh belah.

Si budak Itam ngan budak Belang la tu yang bergusti. Tengah-tengah bergusti bercakar-cakar, terover limit pulak tercakar mulut aku ha... Walaupun calar sikit, tapi bengkak jugak ooo... Kucing la kucing.... Dah jadi macam ni nak salahkan siapa? Mak kucing si Bulat?

Benci tau.. Habis besar bibir I jadiknye...huhu

Sunday, November 21, 2010

Soal Jodoh Tiba-tiba Menghimpit Sampai Rasa Tersepit

Biah & Rahmat

Pagi ni bukak je Facebook tengok-tengok kat wall, nampak gambar Rabiatul Adawaiyah kahwin. Kawan baik masa kat matrik ni. Cantik, suka tengok...

Scroll lagi ke bawah wall facebook.. Eh biar betul, gambar Aqmar bertunang. Cett, senyap-senyap jek. Nasib baik kat Kedah, kalo wat kat Johor comfirm merajuk aku tak dijemput..

Petang, keluar dengan Kakcik. Borak sambil makan. Kakcik kata kakak dia, Kak Diana bertunang minggu depan.. Alhamdullilah.. Bertemu sudah jodoh...

Musim cuti sekolah baru je mula, dah ramai orang terdekat dengan aku buat majlis... Biasalah, bila umur dah rasa semakin banyak ni, lagi 2 bulan nak menuju 24 tahun kan, tetiba rasa SENTAP pulak bila orang keliling dah mula bertemu jodoh..

SENTAP SENTAP SENTAP...

Saturday, November 20, 2010

Corat Coret Shout Award 2010

Sedang Menonton Shout Award.. Wahaa.. First time tengok Adibah Nor pakai jeans.. Not bad..huhu.


Eh eh eh.. Kenapa Nora Danish sekrang make up die buat muka dia nampak gelap tak berseri ek? Dulu masa berlakon cerita puteri comel dan putih gebu je muka dia. Korang perasan tak? Baju dah cantik dah tu... Make up pulak tak berapa...huhu..

Oh Mizs Nina.. Hebat seh persembahan... Hot lah..

Zizan ngan Johan memang gila... Sumpah lawak! Haahaa...Memang pecah perut tengok diorang berdua ni...

Japnape aku rasa fesyen Yuna macam Alien? Huuu..Terlebih sudah... Sorry.. =)

Sekian cot cet saya sambil menonton shout award 2010 ni..haha

Berjimba Di D' Terrace BBQ & Steamboat - Sungguh Berbaloi-baloi

Sambungan dari entri semalam Udang.. Udang.. Udang tu kan. Ni la aku nak bercerita sambil menepek gambar aktiviti dalam kejadian tersebut. Sesungguhnya malam tu sangat la happening gilos.

Kami bergerak ke D' terrace BBQ & Steamboat pukul 9 malam. Sampai-sampai je ade la 2 group lagi yang tengah makan. Kami pun terus la memulakan aksi bergedik santai amek gambar terlebih dulu sebelum baca doa makan..huhu

Dan seterusnya, aktiviti makan la. Kat sini pakej buffet. bayaran untuk dewasa RM 18.90, kanak-kanak pulak RM 7.90. Tapi memang berbaloi-baloi sebab sangat la banyak pilihannye. Yang paling best seafood sangat la mengancam. Uh memang asyik la kitorang malam tu. Meh tengok antara yang kitorang berlima makan malam tu.

Trip pertama. 4 pinggan penuh kami amik ni ha.. Segala macam bola ikan bola ketam sume kitorang nak amek. Seafood pun tak lupa. Tu tu.. Udang kara ke ape ntah namanye, amik 4 ekor je sebab budak-budak ni tak tau macam mana makan die..huhu

Second and third trip. Masih lebih kurang macam tadi jek.Udang sesaje kan? Udang ngan aku memang tak boleh berpisah la..huhu. Eh gambar ni curi dari blog zaharah.. Malas nak edit... Bulehkan zara? Tak marah kan? Hahahahahahahau...

Last pinggan yang mencukupkan kami amek 9 pinggan malam tu. Tak larat dah nak makan lepas tu. Semua muka keterpaksaan je makan. Kekenyangan sebab makan atau kekenyangan sebab terlebih ketawa aku pun tak pasti. Bile dah ramai macam ni memang keje nak ketawa je kan. Dah la penat mengunyah...haha..

Proses membakar dan merebus. Oh, dalam periuk itu ada dua partition. Satu kuah tomyam, satu lagi kuah sup. Sangat sedap okeh dan berbolai-bolai. Oh silap. Berbaloi-baloi okeh..hehe. Udang tu sentiasa menghadap aku.. Yang len aku tak kisah sangat..huhu.

Lastly, muka kekenyangan yang teramat sangat. Tengok Ain Sasuke tu sampai tak larat nak angkat kepala kan. Johanna pulak tengah tarik napas tu nak cover perut..huhu.

Kesimpulannye, memang la berbaloi makan kat sini. Lokasi dia kat Jb la. Jalan nak ke dataran. Mari lah datang ramai-ramai..huhu. Kitorang makan sampai dah dekat kul 12 tak habis-habis. Abang kedai tu tak habis-habis bagi hint menghalau balik tapi tidak kami endahkan..haha sekali lagi..

Next time pergi lagi kena angkut lebih ramai geng lagi.. Lagi ramai, lagi meriah oh.. Makan sambil gelak-gelak...

p/s : kangkung habis..

Friday, November 19, 2010

Udang Udang Udang

Alhamdullilah.. Tercapai sudah hasrat di hati. Terima kasih kepada Ain Sasuke, Johanna, Zara & Syida yang membuat malam tadi sangat-sangat happening. Sampai telupa sebentar gundah gulana di hati. Korang memang best.

Kepada abang kedai yang asyik bagi hint menghalau, mintak maaplah kerana tidak dilayan.. <-- Bajet abang kedai tu baca la blog ni kan...haha..




Wednesday, November 17, 2010

Nini, Tenanglah Kau Di Sana

Sepanjang petang aku duduk memerap dalam bilik mengadap laptop. Maghrib, aku turun bawah. Tengah aku ceduk meehoon goreng dalam pinggan, mak cakap Nini, kucing yang paling aku sayang dah mati. Adik aku jumpe terbaring bawah kereta dengan mulut berbuih. Aku terkesima sekejap. Kenapa cerita sedih je yang datang akhir-akhir ni?



Kepada sesiapa yang tak kenal Nini, boleh baca entri Kesayangan Aini dan entri-entri kat sini ini. Lepas baca, mungkin korang lebih faham ape yang aku rasa sekarang ni. Sedih. Terus terbantut selera makan. Tak tercuit mee tu. Terus aku masuk bilik air, bukak air kuat-kuat dan spontan menangis. Sebak. Nini bukan kucing biasa, bukan jugak kucing mahal yang di beli.

Aku jumpe nini kat bawah rak kasut depan rumah. Kecil dan commot masa tu. Menggigil. Dia anak kucing terbiar masa tu. Aku jaga dia, aku didik dia sampai besar. Dia memang lain dari kucing lain. Dia tak pernah bising mengiaw bila lapar. Sangat sopan semua tingkah laku. Sangat-sangat menyenangkan. Sumpah aku tak tipu.


Satu keluarga senang dengan NIni. Tak pernah banyak ragam dari kecik. Mak aku sendiri persoal dalam sedih, kenapa kucing yang baik yang lain dari yang lain macam Nini tak lama dengan kita. Aku pun tak tau nak jawab. Terus naik bilik, cari gambar Nini masa kecil-kecil ni dan baca entri lama aku pasal Nini.


Dah lama aku tak tidur dengan Nini sejak Nini dah jadi Ibu. Masa Nini kecik-kecik, tiap hari tidur kat bilik dengan aku. Subuh-subuh hari dia turun bila mak aku dah mula buat kerja rumah. Dalam pukul 6.30 pagi dia akan naik bilik semula, mengiaw satu bilik tanda suro aku bangun. Kenangan manis macam ni la yang buat aku sedih sangat bila Nini dah tak ada ni....

p/s : Perasaan sedih bercampur baur..

Tak Bernilai Lagi Ke Hati Saya?

Aku kalau boleh tak nak nampak lemah..
Lemah buat aku rasa lebih sakit..

Aku bukan tak nak mengalah..
Tapi mengalah buat aku lelah....

Aku pun tak nak semua ni terjadi..
Tapi ia jadi sebab aku yang lemah...

Jangan biar aku katakan BENCI....
Benci buat aku mati hati...

Ya Allah..

Tak bernilai lagi ke hati ku ini?



Ikhlas terima kasih untuk semua ini,
Redha dengan ketentuan,
Cuma satu pinta ku,
Kau baik-baik saja sepeninggalanku.............
Aku sayang tapi tak mampu lagi menjaga.....

Tuesday, November 16, 2010

Lembu Comel Depan Rumah Atok Esok =)


Mengantok mengantok mengantok dan mengantok.. Akibat daripada? Baking 2 bijik kek iaitu choclate moist cake & orange cake malam tadik sampai pukul 2 pagi. Sambil tu gigih menservis laptop sepupu. Mood sekarang adalah mengantok gila babas.

Harap-harap kek cokelat itu masih cantik dan belum diusik. Niatnye petang ni balik office singgah Jusco kejap cari strawberry nak letak kat atas kek choclate moist tu. Lepas tu bawak balik kampung. Harap-harap kek itu masih duduk diam dalam peti ais tanpa diusik.

Mesti petang ni macam lipas kudung. marathon ke jusco, sampai rumah make up cake, kemas baju, terus balik kampung. Harus sampai sebelum malam. Tak sabar nak tengok lembu comel depan rumah atok esok. =)

p/s : membizikan diri sebagai salah satu cara melupakan kedukaan =(

Monday, November 15, 2010

Lepas Ni Duduk Cantik-cantik, Tunggu Orang Meminang

Cantik tak duduk?

Aku tak sabar nak tunggu akhir bulan ni. Memang keputusan berani mati la aku buat ni. Orang kata dengar guruh dilangit, habis air dalam tempayan dicurahkan. Tapi dalam kes aku ni, tak dengar pun lagi guruh dilangit tapi aku terus je nak curahkan air tempayan tu ha.. Faham tak kiasan aku inik? Tak faham sudah, malas layan.

Aku tak tahu la apa nasib aku lepas ni. Kalau bernasib baik, mungkin rezeki lain yang akan muncul. Kalau nasib tak baik, duduk lah aku kat rumah cantik-cantik, tunggu orang meminang.... Gila. Tapi ape pun keputusan dah pun aku buat, notis pun dah aku hantar. Walaupun bos tak approve masa aku hantar, aku tetap nekad ni.

Keputusan penting untuk peningkatan hidup. Hidup kena berani buat keputusan. Hidup mesti berusaha. Hidup mesti terus. Hidup Aini! =)

Sunday, November 14, 2010

Ke Rumah Berurut

Malam semalam saya ke rumah urut. Oh, berkata dengan lebih jelas agar tak timbul syakwasangka. Semalam saya dan Johanna ke rumah mak cik tukang urut tradisional untuk berurut. Yang berurut cuma Johanna. Saya belum terbuka hati nak berurut. Haha.. Bukan. Belum terasa nak berurut.

Oh sesi awal proses mengurut satu badan nampak best.. Urut-urut buang angin. Bukan main banyak mak cik tukang urut bersedawa. Sesi terakhir yang aku ngeri sikit tengok. Rentap merentap. Mula-mula rentap tangan, lepas tu kaki, last sekali kepala. Humakhai, bukan main kuat bunyi macam patah tulang dikerjakan..

Cik Johana sangat berpuas hati dengan sesi berurut satu badan yang amik masa satu jam tu. Lepas ni boleh datang lagi katenye. Tambah best lagi, mak cik tukang urut ni sangat la rajin memberikan tips2 jaga badan untuk anak dara seperti kami ni. Katanya, bukan lepas kahwin je baru sibuk nak jaga, sebelum kahwin la kena jaga luar dan dalam.

Tengok, tapak kaki pucat macam ni. Sepatutnya merah, baru sihat. Kata makcik tukang urut. Lepas diurut-urut kaki, merah pulak tapak kaki Johanna. "Ha, macam ni baru la lancar darahnya". Terus aku bandingkan ngan tapak kaki aku pulak..hehehe..

- Selsema tak berhenti. Ada rasa nak demam ni. Rasa terseksa. oh.


Cinta Uncle Seeker Dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah

Ahad macam ni, macam-macam kisah sensasi yang keluar. Terbaru, pasal uncleseeker yang mendedahkan pengakuan berani mati tetang kisah dia dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah yang aku kagum sikit masa dulu.

Tak tau apa motif uncle seekers ni mendedahkan aib orang macam tu. Kalau benar cinta, jaga dan peliharalah, bukan begitu caranya.. Ape pun, tak berani cakap banyak pasal ni.. Ni pun aku tau lepas baca kat blog kak Ina KL ngan Beautifulnara.

Gambar kemesraan, percintaan dan gambar-gambar lain yang mengaibkan mantan permaisuri Agong, Siti Aishah tidak lah mahu aku paparkan kat blog ni... Mintak maaf la bebanyak....

Saturday, November 13, 2010

Api Dengan Api

Pergilah mati kalau nak mati sangat!

Ayat ni kalau cakap pada orang yang nak bunuh diri, comfirm meninggal terus orang tu.

Api tak boleh dipadam dengan api.

Friday, November 12, 2010

Raja Farah Nikah Hari Ini - Kenapa Aku Yang Sebak?

baru tahu pelakon Raja Farah bernikah hari ni. Tengok video dia kat Ohbulan tadi tetiba rasa sebak. Uh, muka dan reaksi Raja Farah masa suaminya Megat tu cium dahi dia sangat la menyentuh hati. Mesti sebab Raja Farah berdebar-debar kahwin awal. Mesti la. Muda lagi Raja Farah ni. Umur baru 22 rasanya.

Ape-ape pun keputusan Raja Farah dan suami untuk berkahwin awal ni bagus jugak, boleh mengelakkan maksiat kan.. Hurmm.. Suka sangat la tengok video Raja Farah nikah tu. tengok berkali-kali coz suke tengok reaksi muka dia yang terharu, takut, suka sume tu..huhu

p/s : Cantik dia bertudung =)

Kawan Blogger Kena Rompak Dengan Parang

Kenal tak sis neena? Blogger tuan tanah kepada blog neenaanuar yang macam Kajol tu. Aku memang suka blog sis neena ni. Seronok baca blog dia dengan gambar-gambar yang cantik. Aku baru dapat tau pagi ni yang dia dengan 2 orang kawan dia iaitu sis awien dan husband kena rompak bersenjata.

Sis Awien n husband cedera dan berjahit di kepala kena tetak dengan parang. Aku tak tau la manusia ke binatang perompak-perompak tu yang dipercayai mat rempit. Budak melayu diorang tu. Ape la guna kau hidup kat dunia ni kalau sekadar nak menyusahkan hidup orang lain? Bangsat punya orang la kalau hidup dari kesusahan orang lain cam tu.

Ok ni aku paste kan sikit cerita sebenar dari blog salah sorang kawan sis neena, nurmimi.

"kejadian berlaku 8.30 malam....malam masih muda...malam semalam diorang Rudy, Awien, Neena, Za ke Giant..Za kereta asing...cuma Rudi, Neena, Awien yang satu keta..then sampai ke kawasan depan umah Rudy Awien...Za terperasan ada motor ikut dan berhenti depan kete Rudy Awien..Za ingat kawan Rudy...yer la tak expect apa sebab depan rumah....cuma keadaan time tu lampu jalan takde...kesempatan mat rempit ni la...celaka sungguh perangai ..dah la budak melayu...apa nak jadi...then seterusnya budak rempit celaka ni mulakan la keje nya...habis dia rembat semua barang barang...and finally dia nak rampas kamera dalam beg Rudy....dia siap tanya apa ada dalam...Rudy nekad tak kasi...parang dah acu kat leher ....nekad tak nak bagi...apa lagi kena tetak la kepala...tersembur darah tengah jalan...Rudy terus collapse...aduhh siannya...then Awien terkena sipi parang sikit...cedera jugakk...nasib baik Neena tak de apa2..tapi dia sempat larikan semua handbag Neena, beg Awien handphone Rudy....setannnnnnnnnnnnn tul bebudak rempit celaka ni...dah la sanggup tegar menetak orang...nyawa orang lak tu....memang hidup ko tak selamat la dunia akhirat....mati la ko tengah jalan kena langgar lori... " - Untuk sambungan sila ke blog nurmimi

Semoga sis neena, awien dan husband cecepat sembuh. Kepada yang lain-lain, berhati-hatilah kita walaupun berada dalam pagar rumah sekalipun. Perompak hati binatang macam tu memang tak kira ape.

Thursday, November 11, 2010

Shopping Itu Terapi Untuk Perempuan?

Wedges ini sangat gojes!

Aku tak tau ape gila mood aku bulan ni. Sangat bermurah hati menabur duit ke sana sini bulan ni. Oii betul. Balik office je ade je tempat aku nak menyinggah. Belum pun masuk tengah bulan kan, tapi aku dah terbeli 2 pasang kasut baru. Terbeli terbeli terbeli terbeli. Ter Ter dan Ter...

Dalam kepala hotak pulak tengah terbayang-bayang lagi beg idaman yang aku nampak kat satu blog ni. Rasa menyesal tak sudah sebab tangguh-tangguh nak beli. Pagi aku tengok, usha-usha harga cantik je.. Petang tengok sekali lagi dah sold out. Keciwaaaaaaa.

Kenapa kenapa kenapa otak asyik pikir nak membeli je bulan ni.. Ini gila tau. Jusco pulak tengah sale. Tapi nasib baik la aku tengah lum ada mood nak tengok dan beli baju. Benci bila try baju, saiz M dah menjadi ketat dan sendat. Benci lagi membencikan sampai tak selera nak shopping baju dah.



Hurmm aku rasa perasaan kemaruk nak membeli ni atas dorongan perasaan stress di tempat kerja ni.. Hahahahlasan.. Shopping ni macam terapi jugak bagi perempuan sebenarnye. Happy gila bila nampak sesuatu yang cantik.. Tapi tak boleh dijadikan tabiat nih. Boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan poket.

Dah la.. Enough for this month ok . No more shopping dah. Kecualiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Kecuali beg idaman ku ituh...hikhikhikhik... Akan kucarik hingga ke lobang cacing.

Ferempuan alahai la ferempuan....


Wednesday, November 10, 2010

Update Blog Macam Update Status Facebook


Buleh dak kalo nak update blog macam tulis status kat facebook? Boleh tak buleh la kan.. Biar lantak...

Aini Nor
Hari ni sangat bengang sampai tak ada kuase dah nak tunjukkan kebengangan.. Diamkan diri saje. Biar orang tu perasan yang kita dah malas nak peduli orang yang tak peduli kita.

Aini Nor
Keciwa kerana semalam dah aim nak beli online satu beg yang gila gojes lawa tak hinggat plus harga sangat-sangat buleh tahan kat BolsterStore Infashion. Pagi tengok masih ada, petang sudah SOLD OUT.

Aini Nor
Shaz Jazle Asmara sangat kacak. Kacak. Kacak. Kacak. Kacak. Kacak. Bleh tak jangan berlakon jadi sweet sweet sweet sweet sangat macam tu. Bikin kakak jatuh cinta saja.

Seronok ye update blog meluahkan perasaan dengan ringkas macam ni. Sebenarnye kat facebook tu aku tak de pun rajin nak update status. Baca status kawan-kawan jek.. Saje tak nak semakkan wall kengkawan.. =)

Tuesday, November 9, 2010

Cupcakes Lagi - Versi Sudah Ada Kemajuan Sikit

Jeng jeng jeng... Nah cupcakes choclate Strawbery untuk santapan mata korang..haha.. Mati la kan, aku dah gila buat cupcakes je sekarang kan. Sampai ayah aku pun dah muak dan jelik tengok kek dalam peti ais tu..Muahahahaaa...

Sebenarnye cupcakes ni aku buat untuk birthday adik aku yang kecik tu. Bujuang dah beliau. 12 Tahun sudah. Alkisah cupcakes ni aku buat dalam masa 1 jam setengah je... Gila tak gila. Malam tu nak balik kampung sebab nak celebrate kat kampung. Aku pulak dah pukul 6 petang baru terhegeh nak buat cupcakes ni. Mau tak membebel mak kan. Akhirnya pukul 7 lbih siap lah cupcakes kelam kelibut ni. Kul 8 bertolak balik kampung...huhuhulalala

Ok ni pulak gambar masa kat kampung esoknye. Untuk majlis ni, main cake nye adalah kek besar tu, beli kedai je.. Malas la aku buat kek biase.. Mood sekarang cupcakes je.. Muahahahaaa sekali lagik.. Kang kalau kek besar tu pun aku yang buat, pukul bape pulak nak balik kampung ye dak?
Ni antara anak-anak sepupu aku dan juga ada la anak-anak yatim kat kampung tu yang mak aku jemput sama. Tu yang mak aku nak buat kat kampung. Nak ajak budak-budak tu. Seronok budak-budak tu. Aku lagi la seronok duaronok dan tigaronok tengok budak-budak kegembiraan makan kek.


Aku suka bila apa yang aku masak @ buat tu habis dimakan. baru lah makin bersemangat nak buat lagi kan. Lepas ni tunggu giliran bday anak-anak sepupu aku yang berderet-deret tu tu je la. InsyaAllah cik Noy akan sponser cupcakes ye untukmajlis korang. Untuk budak-budak je tau. Mak korang tak leh, mak-mak korang lahap nau..haha...



Monday, November 8, 2010

Kenangan Cuma Ada RM 2 Sebagai Belanja Makan Untuk Seminggu

Baru selesai makan tengahari di pantry office. Tengahari ni aku cuma makan sebungkus jajan dan air tin milo yang aku beli masa on the way nak ke office pagi tadi. Ringkas. Makan sambil termenung sorang diri dalam pantry buat fikiran aku ni melayang teringat kenangan 4 tahun lepas.

Masa tu aku belajar kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Petang sabtu tu aku melepak kat bilik seorang kawan aku ni, Anum (bukan nama sebenar). Anum ni aku kenal sejak kat MRSM pontian lagi. Walaupun tak sekelas, tapi aku senang sangat berkawan ngan dia. Orangnya sederhana serba serbi..

Aku : Anum, sejak masuk matrik ni makin kurus Anum ek.. Diet ek?
Anum : Mana ada Aini, orang tak diet pun.
Aku : Ye ke. Kalau tak diet macam ne bleh kurus sangat macam ni?
Anum : Orang makan sekarang sehari sekali je.
Aku : Eh kenape?
Anum : Orang kena berjimat aini.
Aku : Anum tak ada duit ke?
Anum : Ade.... <----- Sambil senyum
Aku : Habis tu?
Anum : Orang tinggal RM 2 je aini.
Aku : Nape tak call Ayah Anum bagitau?
Anum : Tak nak la. Orang tunggu ayah yang call tanya pasal duit. Nak call ayah mintak duit, tak sampai hatilah aini. <--- Merah mata dia masa ni..
Aku : Habis Anum nak makan ape je ngan 2 ringgit tu Anum.
Anum : Orang makan jajan 20sen beli kat koperasi tu. Kenyang jugak.
Aku : Tipu la kenyang.
Anum : Aini tau tak, kalau nak hilangkan rasa lapar, duduk kat meja study, fokus study, mesti tak ingat lapar dah.
Aku : Tipu. Kalau lapar mana boeh study, tak ada tenaga.
Anum : Kalau lapar sangat-sangat, Anum minum air banyak-banyak tak pun tidur.

Sebak aku dengar dia bercerita sambil senyum tawar macam tu. Aku memang sedia tau Anum bukan dari keluarga senang. Anak sulung dari 6 beradik. Keluarga hanya duduk di rumah sewa dengan ayah kerja tak tentu. Sikit pun dia tak nak ayah dia tau dia susah. Sikit pun dia tak nak ayah dia risau. Sebab dia tahu, adik-beradik dia kat rumah pun perlu banyak duit untuk sekolah.

Berkali-kali aku suro die call ayah dia. Kronik sangat RM 2 untuk belanja seminggu. Tetap dia tak nak. Mengalir air mata dia. Aku buka beg duit aku, keluarkan 2 keping duit 5 ringgit. Aku pun bukan orang senang, duit belanja makan minum termasuk topup aku kat sana seminggu RM50 mak aku bank in tiap minggu.

Aku : Anum amik la 10 ringgit ni buat belanja sementara tunggu ayah Anum call.
Anum : Tak payah la Aini. 2 ringgit orang ni cukup untuk minggu ni.
Aku : Jangan cam ni Anum. Kalau Anum segan, Anum anggap ni pinjam k.
Anum : Hurmmm.. Susahkan Aini.
Aku : Tak la. Orang terlebih makan dah ni sampai gemok. Dulu Anum lagi gemuk dari orang. benci tau..huhu
Anum : Ye la. Orang pinjam 5 ringgit je la Aini. Banyak sangat tu 10 ringgit.

Anum cuma amik sekeping duit 5 ringgit yang aku bagi. Dia janji dia tak kan makan jajan je tiap hari, dia akan cari aku kalau ada masalah. Aku paksa dia janji. Petang tu kami turun makan kat cafe bawah blok hostel sama-sama. Dia amik nasi putih dengan ikan kembong goreng je..

Aku ingat sampai sekarang... Anum.. Anum...

Hei Hei Hei... Nantikan Kemunculan Entri Penuh Gaya Cik Noy Saya Sebentar Lagi

Saturday, November 6, 2010

BIjak, Cantik, Baik, Murni.....

Aku sangat kagum dengan sorang gadis ini. Aku suka, aku suka. She is my old friend sebenarnya.. Tapi tak rapat pun. Tapi aku ikuti blog dia. Aku suka tulisan dia, aku suka cara dia, aku suka gayanya.. Gadis bijak, gaya sopan dan cantik, kata-kata yang baik, tulisan yang melambangkan kemurnian diri..

"Teruskan tersenyum kerana ia akan mengubat hati-hati org di sekitar mu yang lara. Teruskan menolong kerana ia akan membuat orang di sekeliling mu bahagia. Yang terakhir belajar la mensyukuri setiap nikmat yg diperoleh kerana kamu sememangnya seorang yang sangat bertuah" - Dia

Melihat orang lain kelihatan sempurna kadang-kadang buat kita terasa kerdil berbanding dia. Kadang-kadang menyalahkan nasib dan takdir. Padahal yang sepatutnya, kita patut jadikan orang lain itu sebagai contoh dan teladan untuk kita menjadi lebih sempurna... BERSYUKUR

Friday, November 5, 2010

Aku Percaya KASIH dan SAYANG Itu Ada Bila Aku Merasainya, Bukan Dari Kata-kata


Pernah tak terpikir macam mana hidup kita, macam mana akan kita teruskan hidup bila orang yang kita sayang, orang yang kita kasih hilang sekelip mata? Dan lebih lagi orang itu juga sangat kasih dan sayang pada kita.

Kadang-kadang bila orang yang kita sayang ada depan mata, kita tak sedar kita kurang menghargai dia. Tapi bila dia dah tak ada, kita akan rasa sesal-sesesalnya kerana tak menggunakan kesempatan yang ada untuk membahagikan, menggembirakan hidup dia.

Sedar tak kita, Allah boleh tarik nyawa orang yang kita sayang itu bila-bila masa saja? Tidak kah kita kesal jika kita dah tak lagi diberi kesempatan untuk buat yang terbaik pada mereka yang kita sayang? Cuba bayangkan kekesalan, kesedihan, kepahitan, kehancuran hati kita jika hari ini adalah hari terakhir mereka berada di dunia ini....

Tunjukkan kasih sayang itu sementara sempat, luahkan perasaan sayang itu, berikan peluang dia merasa perasaan kasih dan sayang dari kita. Bukan sekadar dari kata-kata... Kasih Sayang itu indah bila kita dapat merasainya.... Oleh itu, tunjukkan kasih sayang kita, berikan mereka peluang merasai kasih sayang kita itu.. Tak perlu kata-kata, cukup melalui perbuatan, melalui tindakan...

Thursday, November 4, 2010

Berhenti Berharap

Bila kau mula merasakan berharap kepada manusia itu menyakitkan, berhentilah berharap kepadanya. Dan beralih. Mengharap kepada yang berkuasa. Mengharap hanya kepada Allah S.W.T. Mengharap dan berharap segalanya hanya kepada Nya. Allah yang maha PENYAYANG lagi maha PENGASIHANI

Wednesday, November 3, 2010

Spaghetti Kegemaran Omak

Hujung minggu lepas my mak teringin nak makan spaghetti. Oh my mak dulu ye tak minat langsung makan benda-benda macam ni. Tekak nak melayu sentiasa. Tapi bila lepas rasa sekali terus suka. Selalu kalo buat spaghetti ni kat rumah atas request die la sekarang.


Nampak menggiurkan tak? Sumpah sedap resepi spaghetti ni. Ni belajar dengan Didi Kodi dan Izah Koza la mase kat UTM dulu. Yang buat die sedap lagi sebab gantikan air dengan mushroom sup. Tu yang likat, creamy je jadinye. Ooo tidak lupa tomato yang diramas-ramas untuk memberikan rasa masam2 yang cukup mengecurkan air liuq.

Ok aku memang lagi suka guna pasta spiral ni daripada mee spaghetti yang panjang-panjang tu. Sebab ape? Sebab aku suka la..haha.. sedap dan tak muak. Spaghetti buatan sendri memang puas dimakan oo. Antara bahan yang len aku campak untuk membuat kuahnya kelihatan meriah ialah bebola ayam dan juga cendawan butang.



Ok mari-mari. Jemput makan. meh aku suap sorang sesudu. Bukak mulut memasing anak burung..huhu.. Jemput tengok je la yek. Saje buat korang kecur petang-petang time tunggu masa nak cabut dari office ni kan..huhu




Entri Makanan Muncul Kembali!

Sangat la lama blog ni tak bercerita pasal makanan kan. Jadi entri pemanas hari ni adalah berupa cupcakes yang aku buat semalam. See, dalam tak sihat duk dekat rumah sempat lagi mengelibas kat dapur buat benda ni. Dalamnye adalah choclate moist cake. Saje buat sebab nak try resepi buttercream icing yang baru. Hari tu first time buat buttercream halamakhai memang tak buleh belah sungguh ketidaksedapannye.

Cubaan terbaru - tak cantik tapi buttercream sedap!

Ni cupcakes kali kedua aku buat la.. Oh oh walaupun rupanya buruk, cacarmarba macam dilukis oleh budak tadika tapi percaya lah bahawa buttercream kat atas tu adalah lebih sedap daripada buttercream yang aku buat kat cupcakes pertama aku buat dulu kat bawah ni ha.. Masa first time buat bukan men excited, sume nak letak atas cupcakes tu kan, segala bunga, oreo, love2 mak nenek sume nak bubuh.

Cubaan pertama - cantik tapi cream tak sedap

Tapi cupcakes kali ni buat simple je. Guna buttercream & choclate ganache semata. Respei buttercream kali ni memang boleh diterima tekak la..huhu. Yang first time buat ari tu dah la manis tahap super, lepas tu bau die tak best yang amat. Sebab pakai shortening kot, bau die memang tak sedap. Kali ni buat pakai krimwell.

Tapi ya puan-puan kali ni piping buttercream atas cupcakes tu tak pakai piping bag sebenar. Pakai plastik biasa je buat jadi piping beg, tu yang kelam kabut je rupa dia..haha.
Hentam saja la labu.. Janji sedap dimakan..

Tuesday, November 2, 2010

Awak Yang Selalu Berbaju Kurung Kat Plaza Tasek Petang-Petang Tu Kan?

Hari ni kan aku duduk rumah, tidak sihat. Jadi bile perut dah berkeroncong tengahari ni aku pun buat keputusan buat Mcdonal delivery je la.. Selera pun macam ade tak ade je nak menelan makanan kan, jadi order la sedap-sedap sikit.

Sekejap je, dalam lima minit abang Mcd bersama motornye dah terpacak depan rumah. Cepat kan? Ye la dekat je kot Mcd Plaza Tasek tu dari rumah aku. So aku pun dengan lomah longlai pergi la depan rumah nak amik mcd tu, tak keluar pun dari pagar.

Abg Mcd : Ni ye pesanan awak
Aku : Terima kasih
Abg Mcd : Tumpang tanye. Awak kan yang selalu saya nampak berbaju kurung kat Plaza Tasek petang-petang?
Aku : Eh, awak perasan ke?
Abg Mcd : Mesti la.. Cume beza baju kurung ngan tudung je kan.
Aku : Selalu balik kerja singgah situ.
Abg Mcd : Hari ni tak kerja?
Aku : Tak. Mc.

Rajin sangat ke Plaza Tasek tu kan sampai orang Mcd pun dah kenal. Len kali tak nak lalu depan Mcd plaza tasek lagi dah.

~Tekak tak sedap. Ayam Mcd yang selalunya pedas berapi pun terasa tawar hebeh...

Tidak Ke Pejabat Hari Ini

Muntah darah baca entri sedih-sedih aku minggu lepas. Jadi aku pun delate la.. Malas nak ingat. mari mulakan hari baru dalam hidup. Kembali berblogging dengan normal. Lately ni dah la jrang update blog, lepas tu bila update duk cerita sedih je kan. Oleh itu mulai hari ni tak nak terbawa-bawa yang sedih itu. Mau biasa-biasa saje.

Oh ye, hari ni aku tak ke office. Duduk rumah sahaja jadi bibik. Badan pun tak berapa sihat. Panas dari semalam. Cuaca yang tak menentu ni kot buat badan jadi macam ni. Jerebu, lepas tu hujan panas, hujan panas, sudahnye begini lah daku.. Penat tak hilang-hilang rasenye ni. Mau tak penat, duk marathon satu malaya minggu lepas.

Mula-mula ke melaka 2 hari, then balik jb semula. Selang beberapa hari ke langkawi pulak mesyuarat. Sampai ke JB pagi Sabtu, then terus balik kampung untuk uruskan kenduri 100 hari arwah atok. Dah jadi anak dara ni, kalau balik kampung time kenduri bukan macam zaman budak-budak dulu duk berkejar kat laman time makcik2 sibuk kat dapur. Sekarang ni makcik-makcik pencen dah buat kerja-kerja berat, kami pulak la jadi pengganti.

Uh bila penat dan sakit macam ni duk terbaring je pun boleh krem otak yek. Bosan sungguh dan melemahkan diri sungguh.. Ape kate pergi berjalan ke Plaza Angsana ke Jusco ke ape ke kan segar-segarkan mata dan badan? Haha.. Mencarik maut di situ kan...

Sunday, October 31, 2010

Ya Allah Ya Rabbi


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau cuba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau cuba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah

Tuesday, October 26, 2010

SQL Injection - Tak Boleh Dapat Dari Klinik

"SQL injection adalah satu teknik dimana penggodam menggunakan kelemahan sistem itu sendiri dgn memasukkan arahan ke dalam Form Input ataupun dlm URL itu sendiri. Kebanyakan SQLi injection dilakukan dlm URL sbb ia memberikan 'error yg spesel'."

-forum.putera-

Pengetahuan untuk aku sendiri sebagai orang IT. Ini pun tak tau, telah sangat memalukan diri aku sendiri. Benci.

Maaf, saya budak baru belajar =(

Monday, October 25, 2010

Blog Ni Sangat Membosankan

Bosan gile kan blog ni.. Tuan punye blog punye malas nak update kan? Dah tau pemalas tak payah la mengade buat blog kan? Benci kan?

Tuan punya blog lagi bencik tau. Banyak benda nak diupdate tapi rasa bersalah nak mengadap blog time bizi menggila macam ni..

Sekian harap maklum =)

Friday, October 22, 2010

Lambatnye Nak Pukul 5.30 Petang

.........Tiada sabar mahu menunggu detik malam ini........

(",)? Kenape?


\(- .-)/ Sebab happy sangat


(",)? Happy kenape?


\(*_*)/ Tak sabar oooh


(",)? Tak sabar ape?


\(",)_ Selamat tinggal JB


_(,")/ Welcome to melaka!




Thursday, October 21, 2010

Rozalia Sudah Ditemui - Pelangin Angan ku Musnah Mungkin?


Cantik.. Cantik budak Rozalia ni. Minggu ni heboh kisah dia yang hilang, di katakan diculik. Paling parah bila keluarga si Rozalia ni tuduh tunang Rozalia ni sendiri iaitu Mohd Hilmi Mohd Nor yang culik si Rozalia ni.

Akhirnye kes yang suspen ni selesai jugak hari ni. Rozalia di temui kat bukit bintang. Rupanya dia lari sebab tak nak kahwin dengan tunang dia tu. Oh... Sepatutnye Rozalia dan Mohd Hilmi tu akan melangsungkan perkahwinan 12 November ni. Tak lame dah oi. Aku yakin semua persiapan dah ready tu..

Tapi nak buat macam mana, perkahwinan tu adalah untuk selama-lamanya. Kalau hati dah tertutup untuk si dia, ape yang mampu kita buat sebagai perempuan kan. Hurmm.. Entahlah.. Semoga Rozalia dapat pikir semasak-masaknye dan buat keputusan yang bijak.

Rozalia lari sebab dia kusut mungkin. Ye la, persiapan perkahwinan dah dibuat, tapi hati berbelah bagi. Kadang aku pun bila kusut rasa nak lari jauh-jauh owh..

Monday, October 18, 2010

Ekspidisi Ke Air Terjun Gunung Pulai 2 Yang Sangat Best!


Bizi konon. Tapi hari ni dah masuk entri kedua dah ko tepek kat blog kan? Ahaa.. Sebenarnye macam ni, mood nak buat kerja tak mari-mari lagi.. Hahahahalasan sungguh.. =) Ni baru dapat gambar masapicnic kat gunung pulai hari tu, tu yang excited terlebih nak citer.

Seronok ooo pergi picnic. Janjinye nak bertolak pukul 8 pagi.. <---lah sangat kan. Tapi last-last kul 8.30 jugak bertolak. Tak de la jauh pun Gunung Pulai tu dari skudai. Sekangkang Monyet jek. Tapi sesat-sesat jugak la mencarik jalan menuju kebenarannye..huhu =)

Ok sampai-sampai je sangat excited ye kami semua nak berendam. Tapi oleh kerana Air Terjun Gunung Pulai 2 ni tempat baru, maka nak masuk jumpe air terjun nan indah tu kena la meredah hutan sket. Trek dah ada la, panjat-panjat bukit skit. Jauh cket tapi best Ooooo.. Lihat je la aksi kami yang excited ini kan.

Tengok kawan saye yang sorang ni. Sungguh meriah ye beliau pagi itu. Dengan kasut crock purple dia, beg oren menyala, baju biru terang dia. Katennye sebagai langkah keselamatan, kalo sesat ke hilang ke senang nak nampak..hahahahapakah? Huhu..

Akhirnye setelah menempuh hutan dalam seploh minit macam tu, kami pun dengar la bunyi air terjun.. Wah melompat kami kegirangan.. Sebagai ketua rombongan muka aku la paling puas sebab berjaya menunjukkan jalan kebenaran..haha =)

Tengok, orang lain tak basah lagi tapi aku dah lencun habis dulu dah. Lepas tu bising tudung dah kemek sebab basah, dah tak lawo nak amik gambar.. Benci tau.. Cik Ain sasuke masih dengan jeansnye. Kurang excited dari sahaye =)

Lepas tu ape lagi, tak payah tunggu-tunggu, teruslah kami berendam dengan riang gumbiranye. Best gila.. Sejuk sangat ooo... Masa kitorang sampai tu tak ramai orang lagi, ye la pagi kan.. So kitorang buat macam rumah sendiri la ape lagi.. Berendam puas-puas.

Hambik. Berendam sampai beku. Ni masa ni dah sejuk bangat la ni. Dah la jahat budak bertiga ni, duduk situ lama-lama tak kasi group lain masuk same. Macam air terjun tu diorang yang punya jek. Tu si tudung pink tu tak habis2 nak cover tudung kemek die.

Tapi tak lama lepas tu datang pulak budak-budak sekumpulan ni ha.. Oii terejal bukan main ni. Diorang la menyebabkan hp aku masuk air okeh. Tengok tu panjat-panjat batu tu. Tinggi pastu licin tau tak.. Makcik-makcik kat bawah tu dah terjerit jerit suro turun, bahaya. Tapi dah name pun terejal kan, gitu la kekdahnye..

Cuba la tiru akak yang ayu ni.. Sopan je main air.. Tak de panjat-panjat bagai tau.. Hahahaharu.. =) . Lama jugak kitorg duduk situ. Sampai group budak-budak tu yang datang lambat dr kitorg tu dah balik tapi kitorg still kat situ. Kate picnic kan. Makan-makan mesti ada. Tapi sayang la lupe nak snap gambar..

Tengok akak tudung pink kat bawah air terjun tu.. Orang lain dah naik die still kat situ lagi. Konon sedap la dapat urutan dari air terjun yang deras tu. Padahnye esoknye masuk kerja hari isnin badan sakit, penat tak boleh belah.. Anak sape la tu..huhu..

Kesimpulannye program picnic ke gunung pulai 2 ni memang syok habis la.. Telah dicadangkan utnuk menjadi aktiviti bulanan kami lepas ni... Bestnye! <--tetiba terasa kesejukkan air terjun gunung pulai hari tu.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails