Followers

Wednesday, March 10, 2010

Final The Biggest Loser Asia Buat Aku Ternganga

Ni dia juara The Biggest Loser Asia, David Gurnani dari Indonesia. Tempat kedua dimenangi oleh Carlos Antonio Miguel. Aku tengok final The Biggest Loser Asia ni sampai ternganga mulut tengok perubahan badan masing-masing. Sorang-sorang tak macam gempak pulak kan perubahan.

Keputusan selepas timbang berat. David mendahului dengan jumlah? Kira sendrik..Huhu.

Walaupun David menang dan sangat ketara penurunan berat badan dia, tapi dia nampak tak sihat la. Kurus sangat. Lain pula dengan Carlos. Carlos nampak sangat la hensem, sihat dan bertenaga. Martha pulak macam biasa tetap cute sentiasa. Sangat comel berambut pendek.

Ok mari layan gambar diorang masa final the biggest loser asia semalam kat Halmark Channel Astro. Tapi tak jumpe la gambar masa diorang pakai cantik-cantik sebelum timbang berat. Nanti jumpe, akan di upload lagi.

Martha - dia comel dan seksi. Satu-satunye peserta wanita yang berjaya ke final. Sebelum :127kg, Selepas : 87 Kg

Yang ni Aaron Mokhtar. Dari Malaysia. Dia tempat ketiga. Sebelum : 159Kg Selepas :99Kg

Ni dia si Carlos dari Philiphine.Sebelum: 132 Kg Selepas 83 Kg

David selaku juara dari Indonesia. Sebelum : 157 Kg Selepas : 74 Kg


Kagum betul aku tengok diorang semua boleh kurus cam ni. Bestnye kalau setiap minggu boleh turunkan berat dalam 2-3 kg..huhu. Tapi untuk yang malas bersenam macam aku, angan-angan je la.. Sekian.

Gambar kredit kpd dazzlingmeteor, http://dazzlingmeteor.blogspot.com

21 comments:

Lekir said...

bukan senaman je.. makanpun kena jaga juga

Bukan Bidadari said...

Dahsyat la diorang ne.. aku nak buang sekilo dua ne pun x menjadi2..huhuhuh

sarahunny said...

saya nk kurus dari dulu..tak kurus2.. hahahha.. angan2 je lebih

♥♥ eija ♥♥ said...

bestnyer....

dapat perubahan yang drastik lagi

anatayuni said...

tengok smlm...peh..syoknya jadi diorg...leh turunkan berat..

Aini said...

bestkan.. huhu =)

Ajey Mahat said...

fuh.. dasyat tu.. trus mcm model badan dia..:)

sayaidaydotcom said...

muka david mcm org sakit..huhu..i love carlo!!dia sgt hnsem..he3

Diarihatiku1976 said...

Dahsyat la diorang ne.. aku nak buang sekilo dua ne pun x menjadi2..huhuhuh

NeenaAnuar said...

I tak sempat nak tengok semalam... huhuhu..

yna said...

betul..david nmpk sakit...
carlo sgt ensem...frust die x menang..hohoho...


update tol u punye blog ye..i'm new here...
http://ynacove.blogspot.com

LIP (^_^) said...

xtengok lagi final nih...baca n3 ni baru tau david menang..ye ar dia nampak cam tak sihat

zella y said...

kalau dh dr pg smpai ptg...7 hari seminggu bersenam mmg boleh kurus kn?? syok nyer!!!

tp carlos xmenang plak.... ;(

k said...

suka marta.. sentiasa comel

laGenDA KodOk HijAU said...

agak kalau ko masuk dlm program tu ...tinggal apa?? tinggal raangka jer kot hahaha

Unknown said...

tak sempat nak tengok tv tapi trm kasih ya aini kongsi gmbr kat sini. dpt juga kakchik tengok perubahan diorang. kiranya hebat la program tu sebab diorang berjaya turunkan berat badan.

ciksu said...

saye pon suke carlo..dia nmpk tough n sihat...david dah cam org skt..cam underweight pon ade..kurus sgt..si carlo tu kurus sbb nak sht,bkn sbb utama nak duit..tp xpe,dia nak dpt baby kan..hehee

link saye kalo sudi,,
http://ciksucomel.blogspot.com/

adiwarnatasya said...

Bestkan Aini tgk semalam:)
Rasa nak kurus lagikkk nie...

Anonymous said...

tk puas ati lerrr.. why bkn carlo yg menang? x(

syikinshuhaimi said...

rse bersemngt tgk diorg kuruskn badan..
rse teringin je ;)

Cikgu Dahlia said...

memang jeles!!! semangat tul diorang kan..bestnye kalo sis pun dapat kurangkan kg ni...huhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails