Followers

Tuesday, March 2, 2010

Kenapa Online Shopping Itu Menyenangkan?

Biasanya bila tiada kerja dan tiada mood mahu menulis entri, aku rajin berblogwalking ke blog-blog orang. Antara blog yang best untuk di singgah ialah yang menjual beg dan shawls online. Kalau dah tersinggah ke satu blog tu, akan meleret-leret la aku ke blog kedai online yang lain daripada bloglist kat blog tu. Menarik dan tertarik. =)

Beg ni cantik dari top2drees

Persoalannya kat sini, best sangat ke beli barang online camtu? Ada yang kate tak bagus, kualiti tak terjamin sebab kita tak tengok yang real punya, boleh kena tipu, membazir, mahal sebab campur postage sume. Biasa la semua perkara pun ade pro dan kontranye kan. Bukan la nak kate shopping online tu lagi baik dari pergi mall shopping. Shopping kat mall bagus gak ape, boleh membakar kalori..huhu. Tapi kat sini aku nak kongsi kan pendapat aku yang satu ni.

Bagi aku, antara sebab yang buat online shopping ni best adalah kerana jimat kos kot. Contohnya beli shawl sehelai harga RM10 pilih-pilih mana yang berkenan, bayar pun online je guna cimb clicks campur postage semua sekali RM14. Kalau aku pergi mall semata-mata nak cari sehelai shawl,kosnya mesti lebih.

Shawl riben ni sweet.. Suke.. Dari blog cangguncamfesyen

Pasal pe? Pasal kalau keluar rumah tu comfim duit akan mengalir, duit minyak yang pertama. Lepas tu jalan-jalan kat mall belum jumpa shawl lagi dah jumpe benda lain yang lebih menarik contohnye baju yang tengah sales la, nampak watsons nak masuk, nampak kedai kasut sale nak masuk jugak, dah name pun perempuan kan. Melayang lagi ringgit malaysia.. Niat suci bersih nak beli shawl tak tercapai lagi tu.

Lepas tu jalan lagi cari shawl, punya la penat belek semua kedai. Kalau mall setingkat tak pe jugak. Ni jenuh nak banding-bandingkan mana yang lagi lawa. Kang dah naik atas rasa yang kat bawah lagi cantik, pergi pulak tengok balik. Kalo online kan senang, bukak je banyak2 tab, bandingkan yang mana berkenan sebelum pilih..huhu

Rambang mata aku weh.. Cantek-cantek kat blog chic-shawl ni

Dah beli shawl tu, kepenatan dan kelaparan pulak. Lepastu bau pulak pizza dan KFC kat mall tu. Melayang lagi duit demi menurut kehendak selera tekak..huhu. Lagi satu, aku ni kalau keluar, rasa tak best kalau tak bawak balik apa-apa untuk family, paling-paling pun kena bawak balik makanan. Tak kan nak balik ngan tangan kosong je kan, tak best sungguh. Melayang lagi ringgit Malaysia..huhu

So mari kira balik.

Beli Online ----------> RM 10 + RM 4 (Postage) = RM 14
Pergi Mall -----------> RM 5(Minyak/tambang)
+ RM10 (Shawl) + RM 5 (pin cantik kat kedai tudung nak match la konon) + RM 20 (Baju tengah sales) + RM 12 (Watsons) RM 10 (Makan) + RM 15 (Cikedis untuk famly) = RM 77

Hambik.. Buruk betul perangai aku. =) Padahal niat utama kosnye tak sampai RM 20 pun. Bila dah sampai ke mall, ini la jadinye. Lagi-lagi kalau time gaji tengah lebat. Adoi..

Pergi mall bershopping adalah aktiviti yang sihat ye kawan-kawan. Selain berjalan ketika shopping boleh membantu membakar kalori, ia juga sekaligus membakar ringgit malaysia kita. Sekian =)


5 comments:

hanna said...

x pernah beronline shopping
takot barang indah gambar dari rupa
hahaha~

nway salam perkenalan
1st time singgah sini,

do leave ur link in my blog
i'll link ur's (^.^)

zhrhtoodem said...

ada pros n cons nye on9 shopping
penah gak terkena
tengok pic cantik je.
tapi bila dapat,,
aishhhhh

zella y said...

slalu sgt beronline shopping tp xla beli brg yg mahal2 sgt takut kualitinya xsetanding harga...

tp pernah gak kene tipu...
penjahat btul!

Aini said...

zella : same la.. tak pernah beli yg mahal2 la dari kedai online ni =)

zara & hanna : risiko memang ade.. =)

Wan Perlis said...

online shopping ada risikonya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails