Followers

Sunday, March 14, 2010

Hujung Minggu Yang Sibuk

Zaman UTM. Motif letak gambar ni : Sekali gua teringat daa...

Hadoi... nampaknye hujung minggu ni masa untuk aku berehat dan bersantai-santaian agak sedikit. Semalam pepagi buta dah pergi Sekolah St Joseph jawab MTest. Ha pasal MTest ni nanti nak buat satu entri khas, tak mau erita panjang kat sini.

Habis MTest dalam tengahari terus ke Angsana temankan Johana. Mak aih ade sale menggila kat kamdar. Lama kiorang membelek kat situ. Last-last tak beli ape pun. Pasal pe? Pasal aku teringat 2 pasang kain pasang kat rumah tu pun belum di jahit lagi. So perbuatan merayau di dalam kamdar selama dua jam adalah perbuatan yang sia-sia oleh aku dan Johana..haha. Perempuan..perempuan.. =)

Lepas tu Johana ajak tengok wayang pulak kat Skudai Prade. Kitorang pun pergi la, tengok citer Nyiang Rapik. Best jugak. Yang tak bestnye panggung tu la. Kerusi kecik. Tak selesa langsung macam kat CS. Then sebelum balik aku sempat cari barang untuk masak spagethi hari ni.

Balik rumah dalam pukul 6 petang. Gila penat.. Masa berjalan tak penat pulak.. Malam sebelum kul 10 dah tidor..huhu. Pagi bagun, lepas subuh terus keluar pergi joging with my mom and my brother. Balik joging rest kejap terus on laptop dan tulis entri ni. Kul 2 petang karang nak kena belajar kereta pulak. Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Ok cukup. Searang mahu pergi membuat spagethi untuk makan tengahari.. Sekian kesibukan aku untuk hujung mingu kali ini.. Daaaaaaa.. =)

5 comments:

Unknown said...

apa?!...spageti...nak order bleh...huhuhuhu

laki cikgu kimia said...

lepak angsana tak dulu? heh

-singgah-

Abd Rahim said...

Padatnya aktiviti di siang hari..

! .HaZmi. ! said...

hohoohk salam pkenalan hehek
nice blog hehel

Didi Nadhirah said...

kurusnya I mase ni huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails