Followers

Monday, March 22, 2010

No Sweat



Hai korang, adekah cuaca panas terik yang membahang membuat peluh korang berjurai-jurai keluar sekaligus mendatangkan bau yang sangat sangat tidak enak di hidu dan terhidu?

Jika jawapannya iya, meh sini aku nak promote kepada korang barang baik yang sangat bagus untuk mengatasi masalah bau korang itu. Chopp... Masalah itu bukan sahaja menjejaskan keterampilan korang sahaje, malah juga mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar iaiu masalah yang sangat la tidak di senangi ramai.

Contohnya dalam situasi aku. Aku balik kerja memang tiap hari naik bus. Biasa la dalam pukul 6 petang memang macam sardin dalam bus tu dengan manusia yang balik kerja pejabat, kilang, supermarket. lombong bagai. Tak lupa jugak budak sekolah. Aku tak kisah berhimpit dalam bus. Dah kate pun pengangutan awam kan, redha je la.

Tapi yang aku tak boleh tahan, terpaksa mengembang kempis kan hidung menahan bau ketiak manusia ye kawan-kawan. Lebih-lebih lagi yang mempunyai bau sangat la bacin semerbak macam seminggu tak mandi. Boleh membawa maut kalau terhidu lebih 15 minit weh.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita ye untuk menjaga kebersihan dan kewangian diri kita sendiri. Bukan sahaja untuk keselesaan diri kita, tapi juga untuk keselesaan orang sekitar kita.

Adalah sangat tidak best ye orang memandang kita sambil menutup hidung atau dengan keaadan hidungnya yang kembang kempis (kes tidak dapat tutup hidung dengan tangan sebab kedua-dua tangan sedang berpaut pada tiang dalam bus cam aku la tu)

Oleh itu aku mencadangkan sesiapa yang mempunyai masalah bau badan tu, gunakan lah Adidas Action 3. Ada 6 jenis yang boleh di cuba iaitu Intensive, Control, Sensitive, Fresh, Pure dan Pro-Level. Lelaki dan perempuan punya masing-masing ade tau..

Semoga dapat menyelesaikan masalah anda, dan buat orang senang nak dekat ngan anda. Nak mengorat juga mempuyai peratusan yang tinggi untuk berjaya jika badan bebas peluh dan bau yang tak menyenangkan. Tak de la kembang kempis jek hidung orang duk sebelah korang..huhu

Sekian, terima kasih.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

2 comments:

NeenaAnuar said...

betol lah! memang leh tension jerk biler dpt "bauan free" yg tidak menyenangkan tu kann...

alissa said...

awak minat yang mana satu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails