Followers

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia


Hangat sekarang blogger semua cerita pasal achik spin yang popular dengan lagu boal-bola api duet dengan siti nordiana tu meninggal dunia. Ya berita ni betul dan telah di sahkan menurut utusan online.

"
SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan "

Al-fatihah untuk arwah. Takziah kepada keluarga achik spin terutama isteri dan anaknya yang masih kecil tu. Semoga tabah hadapi hari muka.

p/s : Berita ni buat aku insaf & sedar. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita atau orang yang kita sayang. Hargai lah orang tersayang selagi dia masih bernyawa...

4 comments:

Mr Kamikaze said...

Al-Fatihah buat arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat...

Anonymous said...

al-fatihah....smoga arwah di tmptkn di tempt org yg beriman...

buat kak tasha n keluarga...smoga tabah dlm hadapi cubaan hdup...

Aini said...

al-fatihah

POSH76 said...

mmg terkejut sgt.....alfatihah utk arwah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails