Followers

Tuesday, April 13, 2010

Akhirnya.. Cameron Highland Telah Ku Jejaki!

Jeng jeng jeng... Setelah lama berangan, akhirnya dapat jugak pergi cameron highland. Walaupun berjalan kat sana tak sampai pun sejam, tapi tetap la happy sampai senyum sokmo membulatkan muka.


Kami bertolak dari sungai koyan ikut jalan baru yang sangat la cantik pemandangan dia. Sampai aku suro emi berenti kat satu jambatan tu nak amik gambar. Lawa wooo..tinggi jambatan tu, bawah gaung, ade sungai yang cantik lagi.. Rasa nak turun je ke bawah maen air..huhu

Gambar kat jambatan tu. Maap rupa sungai telah ditutupi oleh badan kami yang bolat

Kalo ikut jalan lama gua musang makan 4, 5 jam kate encik emi. Tapi lalu jalan baru dari koyan ni, cuma 1 jam 15 minit sahaje. Itu pun masih ada 8 km jalan yang belum siap, lalu tanah merah, berbatu, lecak bagai. Kalo siap sepenuhnya ni, 45 minit pun buleh sampai dah.


Sampai-sampai je cameron, tempat paling dekat ni la, ladang teh. Bergambar la sepuas hati. Senyum sampai telinga... Lalalala~.


Muka puas hati. Setiap hari sebut nak pegi cameron, nak pegi cameron, sejak tau dia nak bawak jalan ke pahang jumpa famly dia.

Cepat-capat snap gambar. Sebelum kul 12 nak gerak balik dah. Banyak lagi plan cuti-cuti pahang hari tu..huhu.



Senyum sambil membolatkan muke.. Sambil tangan gatal-gatal petik daun teh. Mane buleh petik la.. Nanti orang marah kata dia. Ek? Tak buleh ek.. kat Jb buleh je petik daun sesuka ati sambil tangkap gambar..muahaha..

Masa ni aku cakap, nak turun lagi, nak g kat bawah lagi la.. Dia kate tak buleh.. Hari dah mendung, nanti hujan tak sempat nak balik.. Sume tak buleh =(

Ni gambar last yang di ambil kat sana. Lepas tu terus bergerak balik. Tak sampai sejam pun kat sana, tak sempat pun nak pergi tengok tempat len. Sebab hari dah mendung, takut nanti tak lepas plak kereta lalu jalan yang belum siap tu. Jalan tanah merah lembik tu la..

Walaupun cam sedih tak dapat pergi banyak tempat, tapi tapi tak pe, janji dah jejak. Nanti jalan dah siap betul tiap minggu leh pergi kata dia. Bukan jauh pun dari kampung dia koyan tu. Sejam je guna jalan baru tu. Iye laaaaaaaa.. tapi tu bila? Ingat kita duk pahang cam dia ke? Aiyoo..

Stoberry beli kat tepi jalan je on the way nak balik. Tak sempat nak petik sendrik..huhu. Ape pun, terima kasih sangat-sangat kat si dia yang sanggup bawa sahaye ke cameron..

Masa on the way balik, dia tanya,
"suka tak kampung abang?"
"Suka sangat."
"Kenapa suka?"
"Dekat ngan cameron, leh g cameron tiap hari, tiap minggu.."
"Cettt.."

15 comments:

NeenaAnuar said...

neena pun suke sgtt gie cameron! kalau boleh tiap2 mingggu nak gie sana... hehehe..

sgt teruja biler dpt makan strawberry cicah cokelat! :D

Didi Nadhirah said...

koni u leh geng sama aunty ani la..sikit2 nk g cameroon huh...i suka dok kepong lg hehehehe

Eye_nee said...

Huaaaaaa..belum penah sampai lagi kat sini...Best ek cik sama nama...

hajarus said...

cantik la pic2 ni.... ;d

kodok hijau the ghost writer said...

sonoknya dating sampai ke puncak gunung..aku lak tgh mencari sapalah nak bercinta ngan aku..nak tunggu hanis zalikha tak ada harapan nampak hahahahaha..

apa apa pon mana kat kawinnyer...lama sgt menunggu ni

Mr PenyuBiru said...

adeh! tgk gambar ni rasa cam nak pergi lagi lah cameron.huhu

Matjoe said...

i kt honeymoon kt sini. best laa sejuk2 ni.

Kancilbiru said...

ya ampun...belum penah sampai ni masa dah tua bangka ni. dulu kecik penah la pegi tapi mana nak ingat dah...haha

Kancilbiru said...

ya ampun...belum penah sampai ni masa dah tua bangka ni. dulu kecik penah la pegi tapi mana nak ingat dah...haha

Kujie said...

sesekali pergi mmg best
tapi kalau selalu...aduihhh..tak tahan baru baja...


abg keje sana dulu, tipa minggu ulang alik g sana...

TiKa LEh said...

bestnye kg dkat nga cameron..hr2 mkn strwberry...heheh

cik idaY said...

StrawBeRIIIIII ITu sEDap!!!

farahadilah said...

shok nya!!! tringin nk g lah.... hmm... nnt g la bukit tiggi plak.. pstu story kat kami tauuuu......!!!!

areyart said...

saya nak ke koyan maybe next week..nak ikut?? hahaha..tapi awak sudah kembali berkerjaya kan..so jawapannya..tak dapat ikut kan? hehe (saja nak menjeleskan *evil grin*)

Aini said...

haha... tu la pasal. ari tu dah plan baik punya nak g pahang 16hb, tup2 tak dan nak pergi kena kerja dah.. nasib nasib...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails