Followers

Monday, April 5, 2010

Rafiqin Darwisy Kenapa Biadap Nau Kau Ni? Padahnya, seronok kah Di Maki Hamun?


Siapakah si budak Rafiqin Darwisy ni? Dia adalah seorang budak yang aku kira memang budak lagi yang belum matang, tidak berfikir panjang dalam berkata-kata dalam dunia internet ni. Akibatnya, sebuah group ditubuhkan kat Facebook.

Ada ke patut dia mengutuk dan gunakan bahasa yang sangat tidak sopan di atas kematian Arwah Din beramboi. Tidak perlu lah aku paste kan kata-kata kejinya itu di dalam blog ni. Tidak perlu sama sekali.

Sape-sape yang belum tau, boleh la tengok facebook [group ni]. Lihat la betapa marahnye peminat Arwah Din Beramboi dan rakyat Malaysia terhadap Rafiqin Darwisy ni. Dik.. Nama ko cantik dik.. Tapi kenapa bahasa dan perangai ko tak secantik nama ko dik?

Ape pun aku kasihan jugak kat budak ni.. Akibat kebiadapan dia ni yang menghina orang yang telah meninggal dunia, orang balas pulak maki hamun kat dia. Beratus kali maki dia. Tu la dik, len kali pikir dulu sebelum tulis. Jangan over sangat kat facebook. Aku tak mo maki ko dik, nanti aku same je macam ko.

Mungkin ko tak amik pengajaran dari kes aduka taruna dulu ye dik. Ape-ape je la dik. Pandai-pandai la ko hadap lepas ni. Jangan stress sampai bertukar jadi cam Lady gago pulak sudah ye.. =)

p/s : Al-fatihah untuk arwah Din Beramboi..

13 comments:

HEMY said...

aku tak tau pn pasal ni ..apa link budak ni..hehehe

Aini said...

Hemy : tengok kat link group yg i letak kat atas tu.

Syafiqah said...

adesss...
xpepasal je da de group sendiri. tapi sgt xsetuju org yg dok maki hamun dak ni. salahkan parents die bagai.


"Aku tak mo maki ko dik, nanti aku same je macam ko." good thinking! :)

apa bezanya kita dengan dia kalau kita join kutuk budak ni jugak kan? sigh.. xpatut2..

Signorina Syima said...

:) betul... kita tak layak nak hukum dia...

ishak said...

hem biasalah kalau dia ucapkan ayat macam tu..aku rasa bukan islam budak tue....mungkin dia dah murtad....ataupun indon tue....

Anonymous said...

mak bapak dia ada pandai2 la amik tindakkan.....
buat ae nak besar2kn cerita... kalo arwah ada lagi tak mungkin dia akan besar2 kn cerita mcm ni... dia pemaaf... awak sendiri ckp dia budak belum matang... banyak lagi benda yg boleh buat daripada memperbesarkan cerita nie......

NeenaAnuar said...

astaga... dahsat tol lah budak2 zaman skg nie... sedih pun yer gak.. kemana lah agaknyer arah tuju dia di masa depan kalau kecik2 dah camgini.. lagi sadis sapa lah mak ayah dia!

ila-ali said...

semoga arwah Din Beramboi ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin!

zool said...

Tak lama lagi famous la budak ni..
Silap haribulan boleh kena saman..

Nurul Harun said...

al- fatihah..

maafkanlah budak itu..

nabilahidayah said...

apabila kanak2 kurang matang berfikir.

*sigh*

NeenaAnuar said...

budak zaman skg! tak tahu lah dimana silapnyer! ;(

Blog Juga said...

lepas ni bila budak tu mati, sesetengah orang-orang yang benci dan suka mengutuk orang akan lakukan perkara yang sam seperti dia lakukan kepada orang lain yang mati, kemudian orang lain yang lain pula akan kutuk orang-orang yang kutuk budak tu….. dan seterusnya hingga kiamat. begitulah ia bermula semenjak suatu masa dahulu hingga sekarang dan seterusnya…..
moral dari cerita ini ialah, jika benci seseorang, jangan terus dikutuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails