Followers

Friday, May 7, 2010

Misteri Yang Masih Misteri

Semalam balik kerja aku terus basuh akuarium kat depan rumah tu. Hoi semak sungguh air dah naek hijau. Alkisah dalam aquarium tu tinggallah seekor kura-kura dengan lebih kurang 8 ekor anak ikan kecik cinonet.

Kura-kura tu aku yang beli, bela sejak die kecik saiz duit syiling 50sen je sampai sekarang dah besor tapak tangan dah. Anak-anak ikan tu pulak my adik yang beli kat tepi jalan mase balik sekolah sebungkus RM2 beberapa hari lepas.


Lepas basuh tu elok jek aku letak balik si kura-kura ngan anak-anak ikan tu dalam akuarium semula. Suci jernih dah akuarium tu. Aku pun masuk rumah, pastu saje nak menyakat adik aku tu, aku cakap la, aku dah buang anak ikan die, sibok je kat akuarium tu... Die tak percaya pun, die kan tau akak die baik, tak kan sangup sekejam tuh..haha

Then pagi ni time aku bersiap nak pergi kerja, mak tanye kenape aku buang anak ikan si budak kecik tu. Dah menangis budak tu nak pergi sekolah tadi tengok anak ikan die tinggal 2 ekor. Apekah? Aku tak buang pun. Gurau-gurau je cakap semalam.

Aku pun jenguk keluar. Siyes memang tinggal 2 ekor. Cari kat celah-celah batu, memang tak ade. Nak cakap mati, bangkai pun tak ade. Nak kate orang curik? Apekah bodoh nak curik ikan kecik yang orang selalu buat makanan ikan besor tu jek.

Maut dan mati.. Mesti aku akan dituduh seumur hidup sebagai pembuang anak ikan si budak itu balik kerja nanti... Ala tak kisahlah, ape sangat la. Bagi jek RM 2 kat si budak suruh beli baru ye dak? Tapi persoalannya, ke mana kah anak-anak ikan itu menghilang? Misteri.

Aku suspek ia berada dalam perut mahluk di bawah ini. Tapi aku sedikit musykil macam mana kura-kura yang sangat lemah lembut pergerakannya itu dapat menjadikan ikan kecil yang sangat lincah itu sebagai mangsa? Lagipun selama berapa ari ni tak pernah pulak die makan ikan. Sangat misteri.

"Gua dah cakap gua tak de sentuh pun anak ikan itu budak.. Lu tengok muka gua, ade rupa tengah kekenyangan ke? Lu jangan nak tuduh-tuduh gua, gua tak suke okeh."

17 comments:

myQza said...

serius ke x curi bro.. bukak mulut sket

zulkbo said...

salam..
alahai comeinya kura2
nama apa erkk?la la la

Unknown said...

He..he...misteri sungguh anak ikan yang hilang tu yer..

Unknown said...

erh..ntah2 si kura2 nie makan kot anak ikan tu...

LINA JALIL said...

comel je kura2 tu..kura2 mkn ikan ke?

Didi Nadhirah said...

ade gua kisah..yg penitng gua kenyang....dulu gelap gua tak nampak anak2 ikan tu..lepas lu bersihkan br clear...wa nk ucapkan terima kasih kepada lu kerana menyenangkan keje gua....

YANG GAMBI said...

Salam bro, begitulah juga dengan sikap manusia, jangan kita hanya pandang pada zahirnya kelembutan, kewarakan seseorang itu tidak menyimpan sfat-sifat yang ganas dan bernafsu jahat........

Akif Mazlan said...

laaa, kura kura tuh wat muka x bersalah pulak,
try ko bunuh kura2 tuh n then ko carik dlm perut dia,
mesti ada punya anak ikan tuh, hahahha

Husna Zainal said...

aku rasa ikan tu dah mati baru kura2 ni makan dia..

saya_arief said...

misteri nusantara..

illafira said...

mmg sah2 si kura2 yg mkn... bangkai-bangkai ikan tu la yang dia makan.. coz dia x mkan ikan idup kan

Suraya I. said...

haha, i rase kura2 tu tgh cube nk buatmuke innocent.

nanadhoi said...

misteri...misteri...

riezgurl said...

kura-kura tu wat muka x bersalah langsng..hahaha! cbe ko angkat kura2 tu mn la tau dia terlenyek ke ikan2 tu..

Unknown said...

salam~

ahaks~ wat muka xbersalah aje... :))

NeenaAnuar said...

Aini Darling.. Sila collect award from my blog yeah! check it out! ;D

zaiMi said...

kura-kura makan ikan ke? tak pernah tahu la pulak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails