Followers

Tuesday, March 16, 2010

Kenapa Aku Minat Subjek Sejarah?

Aku minat betul tengok gambar lama-lama dalam buku sejarah. Macam buku cerita

Dalam banyak-banyak subjek yang kita belajar kat sekolah, rasanya ramai yang tak minat dengan sejarah ye tak?

Entri ini bukan ditulis bukan untuk tujuan melagakkan diri (betul ke imbuhan perkataan ini?) tetapi sekadar berkongsi cerita sahaje okeh. So sila jangan mengutuk aku di ruangan komen selepas ini ye kawan-kawan. =)

Ini adalah buku cerita

Dari tingkatan satu aku memang sangat la minat matapelajaran sejarah tau. Aku pernah dapat B sekali je sepanjang sekolah menengah tu untuk subjek sejarah. Itu pun masa ujian bulanan pertama masa aku form 1 yg mana kelas aku belum ada cikgu sejarah. Selain drp ujian tu, ujian len memang score A belake la subjek sejarah ni..

Ini juga buku cerita bab ke dua =)

Kawan-kawan semua pelik macam mana aku boleh minat gila dengan sejarah ni. Cikgu sejarah aku masa form 2 Mrs Puspha pernah tulis "Congratulation! i'm so proud of u!!" dekat paper sejarah aku. Dia sangat gembira sebab aku maintain A je subjek die..hehe

Contoh suasana dalam kelas. Aku dulu duduk belah tingkap, seronok siket nak berangan time Bahasa Melayu. =)

Adapun begitu, aku bukan la bijak mane. Kalau bijak comfirm semua subjek boleh dapat A. Ni tak, Bahasa Melayu aku selalu lebih rendah dari sejarah. Bayangkan masa PMR, Sejarah boleh A, tapi Bahasa Melayu B. Sangat bengong di situ kan..haha. Serius aku tak minat belajar BM masa tu, sebab aku rasa belajar benda yang sama je dari sekolah rendah. Padan muka aku.

Tengok. walaupun cikgu bahasa melayu aku adalah cikgu bujang dan kacak, tatapi tetap jua tidak dapat menarik perhatianku..huhu (Cikgu Zaid baju hitam, aku sebelah cikgu, sebelah aku yg comel tu my bestfriend.. <--sempat lagi nak promote)

Ok antara perkara yang membolehkan aku score sejarah ni adalah seperti berikut :

  1. Baca buku sejarah macam baca buku cerita : Baru la menarik, mudah difahami dan diingati.
  2. Rajin buat soalan latihan sejarah, latih tubi semua tu : Masa ujian nanti comfirm2 ada je soalan lebih kurang keluar.
  3. Bila dah faham tajuk tu, cerita kat kawan-kawan untuk recall kefahman dan ingatan kita : Berkongsi ilmu itu bagus ye kawan-kawan.
Ok itu jek.. nak tips belajar Bahasa Melayu memang silap tempat la korang.. haha. Ok sekian.
Ha sebelum terlupa, dapat idea tulis entri pasal sejarah ni lepas baca entri kat blog AkuDokKampungGak.

22 comments:

nada hanis said...

aku pon suka sejarah, aku suka sejarah sebab aku suka cerita lama. tapi kalau sejarah yang masuk bab parlimen ngan politik aku tak minat. ehehe. aku suka nak tau pasal alexender the great, pasal tamadun. huu. sejarah best :P

JelinaJoli said...

taksuka sejarah sebab errr..
ngantok!

NeenaAnuar said...

Ingat lagi waktu nak amik PMR & SPM.. sampai terbawak-bawak dlm mimpi dok ingat nama pahlawan & tarikh2 bersejarah.. hehehe..

zella y said...

xbrape minat la ngan sejarah...
ngatuk je klu tgk buku teks warna coklat tu heheh

Unknown said...

Saya tak minat sejarah, tapi banyak perkara tentang manusia kita boleh belajar dari sejarah.

nashue said...

sejarah best!!! dapat cikgu best!! BM asyik kena buat karangan jer.dah tu correction 3 kali kena buat..

FR said...

suka blja sjarah last year ,
ckgu hensem .
hahaha .

aktechpage.com said...

Saya pun minat sejarah jugak :D

ezzati said...

waa..x suke sejarah sebab tak suke membaca...huhu..sy suke matematik :)

Unknown said...

wow.hebatlah kak ainin kita ni,hohoho(kasi kembang edong dia skit),tak bleh jadi ni,wapun kena boleh a gak ni..

myQza said...

aku g BTN, mcm belajau sejarah..

Unknown said...

ekekek!! ko sama ngan aku lah! aku pon minat sejarah! :)

Mommy Lyna said...

akak dulu khatam baca sebijik2 buku teks Sejarah masa PMR. hahaha. daripada tak penah dapat A akshirnya score juga :)

Anonymous said...

hehe
aku lepas habis belajar baru minat sejarah ni

mungkin kat sekolah dulu silibus tu x menarik. tp baca buku berkenaan sejarah memang best

ZACK ENTRY said...

adeih, tak minat sejarah..huhu..sbb time spm 3 bulan xde cikgu ganti..sbb cikgu lame kene buang sbb merokok kat asrama - hasil aduan ibu bapa..bkn pelajar yer, cikgu yg merokok..=P

Syat0za Zai said...

suka sejarah jugak :D

farhanahomar said...

Minat kite sama la.. saya pun suka sejarah..

Unknown said...

Aku mula sedar yang aku meminati sejarah start form 3. Aku ingat lg masa tu belajar pasal perang dua ke -II, kemerdekaan. Start dari tu memang sejarah ni aku dapat A je. Paling² B (paham² laa student lelaki malas nak ulangkaji huhu). Tp bila form 4 mak aku suruh amek aliran sains tulen. Belajar kimia add math fizik pe semua tu mmg takleh masuk. Sejarah je yg maintain.S pm pon sejarah dgn agama islam je dpt A.

Aku pernah bercita-cita nak jadi ckgu sejarah. Aku cerita bende ni kat cikgu tusyen aku. Dan die seolah-oleh tak berkenan aku ni jadi cikgu. Die mcm nak aku jadi lebih dari tu. Padahal mmg aku minat nak jadi cikgu. Katekan nak jadi seorang guru ni bkn mudah. Kene betul2 ikhlas.

Dan sekarang ni aku belajar di politeknik ambil kos IT Programming. Aku dah makin jauh tersasar dlm matlamat sebenar. Padahal aku mmg x suka programming. Bermain dgn coding yg mmg aku tak pernah paham dan takkan paham. Kalau lah boleh ulang masa. hahahahaha.Hmmm sabor jelaaa.

Anonymous said...

Saya pun minat sejarah.

Anonymous said...

eh sama, actually saya taktau nak masuk aliran apa nnti masa f4 sbb acc and sc saya tak minat langsung, nak masuk kv takde yang berkaitan sej so anyone can you help me ? :(

ateyn said...

hahhHaha. saya minat sejarah sangat2 .
bile cikgu becerita mestu dgrrrr. tpi malas nak bace buku.hahahah.
lepas tu setiap kali exam dari form4 sampai form5 xpenah dpt A.. sokmo atas pagar cukup2 makan ....tu pun alhamdulillah mujor lulus.. tpi lepas spm keluar baru ni(spm2018)
sye dpt A+ for sejarah

ateyn said...

hahaha same cite2 aq pon cikgu sejarah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails