Followers

Friday, April 30, 2010

Maluuuuuuuu - Kisah Tersalah Masuk Aku


Hari ni aku pergi office tumpang my abang. Dalam kereta dengar hot fm si fara fauzana dengan Faizal Ismail sembang pasal kes tersalah masuk. Macam-macam kes yang pendengar cerita. Aku yang dengar jek ni pun terkekeh kekeh ketawa..haha

Pasal pe aku ketawa? Pasal aku pun pernah ada pengalaman tersalah masuk okeh. Ianya sangat memalukan tahap nak sorok muka dalam tanah okeh. Lokasi kejadian ialah bangunan CICT, UTM skudai. Masa kejadian pulak ialah masa minggu orentasi iaitu minggu pertama aku kat UTM terchintaaa itu.



Masa tu ade ceramah ape ntah kat bilik seminar CICT tu. Lepas tu time rest aku ajak la my roomate pergi toilet. Sambil berjalan menuju ke toilet tu mulut kitorang tak habis-habis berborak. Al maklumlah kan, baru kenal mesti la banyak benda nak tanya,. U ade boyfriend ke, ape sume kan..haha

Sampai kat toilet aku pun masuk bilik kecik dan member ni plak duk posing-posing depan cermin betulkan tudung dan gaya sambil tunggu aku. Sambil aku kat bilik kecik tu sempat lagik kitorang borak, gelak-gelak. Ala biasa la pompuan kan. Kat sebelah bilik kecik aku tu ade orang jugak, senyap je. Mungkin bengang kami berdua telah menganggu kosenterasi nya meneran. =)

Lepas tu kan korang, tetiba member aku kat depan ni menjerit. Lepas tu aku dengar dia lari-lari keluar dari toilet, tinggalkan aku dalam tu. Aku pun ape lagi, cecepat la keluar jugak. Mak datuk ko... terkejut beruk aku.. nengok ade dalm 4 orang chinese boy tengah tercengang pandang aku. Aku pandang ko, ko pandang aku.

Masa tu bengang tak payah cakap lah. Tambah pulak rase nak marah bebudak cina tu. Ape kes ko ni reramai masuk toilet pompuan ni. Sekali member aku masuk, tarik aku keluar daa sebelum sempat aku marah. Masa kat depan pintu toilet tu, dia ketuk-ketuk pintu toilet macam nak tunjuk sesuatu tapi suara tak terkeluar. Mak datuk aii sekali lagik!! TANDAS LELAKI!

Matiiiiiiiiiiiiiiiiii.......... Maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Dalam kebengangan dan malu tahap tertinggi ni terus kami pecut lari turun tingkat bawah. Macam nak mati gelak nak cover malu. Macam ne bleh tak perasan masuk toilet lelaki ni? Pasal sepajang jalan nak g toilet tu berborak je keje, pintu toilet pun memang dah terbuka so tak nampak la tanda TANDAS LELAKI ituh! Lagi pulak kami budak baru yang mana lah tau selok belok UTM tu!

Gila tak gila la.. Lepas tu kitorg teringat plak orang yang ada dalam bilik kecik sebelah aku tu. Mesti dia ingat dia yang tersalah masuk toilet, tu yang dia senyap jek kat dalam tu...haha. Okeh sejak peristiwa itu aku tak pakai langsung dah baju yang aku pakai pada hari itu selama 3 tahun aku kat UTM. Malu punya pasal, takut diorang cam baju tu..haha

Okeh sudah.. Cukup - cukup lah gelakkan aku okeh.. Sila sambung buat kerja. Gelak kan orang nombor satu!

Adios.. =)




Thursday, April 29, 2010

Kodok.. Aku Cuma Mahu Kahwin Tapi Bukan Dah Nak Kahwin

Akhir-akhir ni, kat office sangat la malas aku buat kerja. Mengadap sistem 5 minit, buang masa setengah jam. Hambik. Ada 2 website yang kena setelkan tapi perasaan haku sahangat la kemalasanan..haha.

Tabiat menangguh kilija jangan cakap la. Semakin hebat.. Lagi-lagi musim hujan kat Jb ni. Asyik jadi kepompong je lah aku kat tempat duduk ni. Tak tidor okeh. Cuma jadi kepompong comel terkokol-kokol menahan sejuk.

Ini adalah kepompong

Pasal pe malas-malas ni aini? Pasal tak sabau nak beli handphone baru. kott... Muahahahahaha.. Esok sampai Ahad ade cam expo ke karnival Handphone cam tu lah kat Danga City Mall. Masa tu nanti berlambak la gerai kedai hanphone. Buleh dapat murah tak agak-agaknye?

Huhu.. Tidak sabar, tiada kesabaran... Bukan pe, sejak handphone hilang ari tu, tak dapat nak nak snap adegan panas lagi sensasi untuk masuk kat blog. Sorry yek, bukan adegan lucah, awek sekolah terlampau semua tu ye. Untuk makluman, tiada yang lucah kat blog suci bersih ini.

Panas di sini membawa maksud ape yek. Ya..membawa maksud on the spot punye pic la.. Kononnye aku nak mengumpat pasal orang gila kat yang aku jumpa kat bus stop ke kan, harus lah nak ade gambar selingan yang sahih kan. Tak ade hp cam ne aku nak snap. Tak kan nak suro aku melukis bagai kot..


Okeh nantikan je la entri minggu depan kalo-kalo aku berjaya menyambar telepon baru. Ohw ye entri cam tak ade kena mengena jek ngan tajuk kan..haha. Tadi aku sebenarnya nak ucap terima kasih kat Kodok sebab memfameskan aku kat blog cintasangkodok dia tu je. Lepas tu termelalut sampai perenggan akhir baru teringat pasal kodok..haha.. Ampun kan aku putera kodok..

Facebook - Aku Kena Maki

Pernah tak korang kena maki dekat Facebook? Kena maki tak pasal-pasal nih. Di maki pulak oleh manusia yang otak separuh mungkin. Tu yang meroyan semacam je maki orang sesuki hati dia.

Alkisah beberapa hari yang lepas ade lah seorang yang berjantina lelaki tegur aku kat facebook chat tu. Mintak maaf cakap lah, aku memang tak layan orang yang menegur dengan ayat buaya - buaya tembaga ni. Macam berlagak jek bunyi ek ko. <-- korang berkata dalam hati kan... Aku tau..haha

Aah memang aku jual mahal sket. Al-maklumlah, status pun in relationship kan <-- poyo. Jadi kena la kawal sket kan itu ini. Eleh kalo tak nak berkawan tak payah la buat facebook, mengadap je la buah ati ko tu. <--- sesetengah orang cakap. Hello.. berkawan tu buleh saje, aku approve dan add je member2 baru cam blogger yang add aku ke, kawan kepada kawan ke kan. Tapi yang buat ayat gatai-gatai merenyam cam tu memang sorry naik lorry la.

Spesis Buaya

Balik pada citer asal. Si mamat ni bengang kot aku tak melayan, lalu dia melemparkan kata-kata keji sebegini -> "Sombong macam pelacur kau ni! Dasar Babi." Mak aii..ini sudah lebih, panas ati i ni tau. Aku balas "Oit.. Apehal ko ni maki-maki orang ni". Dia jawab lagik "Memang ko pelacur. Muka dah lah cam Ci*** nak berlagak lagik". Aku balas lagik. "Tak sekolah punye budak! "

Lepas tu lagik la die meroyan maki hamun aku, berbakul-bakul. maki nih. Dah macam orang hilang akal. Memang hilang akal kot. So aku pun malas nak melayan budak hilang akal takut aku pun hilang akal jugak nanti.. haa.. kan haru nanti. Then aku tengok profile die. Cett budak lagi. SPM pun tak lepas lagik gak nye ni.

Dik ko salah orang ni dik nak mengayat. Ko ingat akak ni awek 14 tahun yang tengah sibuk cari boypren ke dik? Akak 23 tahun sudah dik. Nak kawin dah ni..Muahaha.. Then aku remove die. menyalak la ko sorang-sorang dik. Malas akak layan.

23 years old already okey

Perangai macam ape daa... Macam gitu perangai ko, perempuan gila pun tak hingin tau. Kau ingat facebook tu ape, semua orang nak kena melayan kau? Tak tengok status orang in relationship ke, married ke tetap ko nak ayat. Memang dasar tak reti bahasa la tu.

p/s : Pelacur tu sombong ke korang? Haha.. Adoi la budak. Lain kali kalo nak buat perumpamaan pun cari la yang sesuai sket. Sombong cam artis ke kan..sesuai..haha =)



Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Wawawawa... Instant Cash blogging lagik. kali ni minggu yang ke 9 sudah. Untuk part I minggu ke 9 ini topik atau tajuk yang akan dikupas adalah Road Trip With My Broadband. Walaupun aku belum lagi menjadi pengguna P1 Wimax tapi harus la topik ini aku kupas pasal P1 Wimax WiGGy ni ye. Kira macam tolong promosi lah ni.

Kepada yang berminat nak tau pasal P1 Wimax WiGGy ni, meh sini aku kongsikan berberapa info pasal Broadband terbaru lagi sensasi ni kat korang. Semoga entri ini memberi sedikit dan kalau boleh banyak lah input kepada korang korang semua.

Baik lah, W1GGy merupakan plan terbaru dari P1 Wimax yang sedang hot. Korang boleh dapatkan perkhidmatan broadband mudah alih dengan modem percuma apabila melanggan plan W1GGy dengan P1 Wimax ni. Modem dia sangat la cantek okeh. Hitaam menawan, sekecil USB pendrive. Mudah di bawa ke mana-mana korang.

Seperti yang aku terangkan dalam entri pasal W1GGy sebelum ni, ada tiga jenis Plan yang boleh kita pilih untuk apply W1GGy ni. Plan-plan tersebut adalah W1GGy 59, W1GGY 89 dan jugak WIGGy 129. Kesemua plan ni menawarkan modem percuma dan juga tiada ikatan kontrak.

Dengan bayaran serendah RM 59 sebulan untuk plan W1GGy 59, kini semua orang boleh menikmati internet broadband dengan mudah jek. Untuk sesiapa yang nak capaian internet dengan lebih laju lagik, boleh pilih plan W1GGy 89 atau pun W1GGy 129 dengan bayaran bulanan RM 89 atay Rm 129 sebulan.

W1GGy 59 dengan download speed 600 Kbps, W1GGy 89 dengan download speed 1.5 Mbps manakala W1GGy 129 pula dengan kelajuan 3 Mbps. Hambik.. Pilih yang mana idaman kalbu ikut keperluan dan kemampuan kita sendirik. Orait la tu kan.

Sekian sahaje entri promosi dari aku. Mari Layan Video project Alpha episod 8 hingga 10 di bawah.



Episod 8


Episod 9


Episod 10

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Adegan Dalam Bas


Entri ini aku nak cerita pasal adegan dalam bas semalam time balik kerja. Petang semalam macam biasa lah time orang balik kerja bas memang sesak nih. Mula-mula aku pun berdiri sebab bus memang full kan. Aku berdiri betul-betul depan seorang akak yang tengah duduk dukung baby.

Baby ni punye la buas, mengelasor ke sane sini bak kate orang Johor. Mak aih, penat betul jadi mak aku tengok akak tu. Pastu untuk menenangkan si baby ni, akak ni pun selamber badak je selak baju pastu kasi anak dia tu menyusu.


Masa tu aku memang berdiri betul - betul depan die ni, sebelah kiri kanan aku mamat-mamat dan jugak sorang budak sekolah lelaki jugak berdiri. Mak aih.. Terbeliak mate memasing ye.. Cucuk ngan garpu baru tau. Aku jeling sorang-sorang baru tau nak buat-buat pandang tempat len.

Akak ni pun satu, tak reti nak cover-cover. Kalau aku yang pompuan ni terkejut beruk, yang lelaki plak comfirm lah teruja punya kan. Lepas anak die puas menyusu, keadaan pun kembali normal..hehe. Aku masih berdiri terhuyung hayang.

Then bas berenti kat satu bus stop, perempuan yang duduk sebelah akak ni turun, so aku pun cecepat duduk sebelah akak tu.. Pantas dan tuntas. Selepas melabuhkan punggung aku pun tersenyum puas. Dalam hati berkata, yea yea dapat duduk sambil buat muke berlagak kat diorang-diorang yang masih berdiri..haha.

Tapi belum sempat bas berjalan, naik pulak sorang nyonya.. Alamak.. Tak panas lagi buntut duduk. Terus la bagun kasi nyonya tu duduk. Sangat kurang hajar dan memalukan ye kalau kau buat bodoh duduk dalam bas walaupun nampak orang tua berdiri depan kau. Memang sangat kurang hajar berkelakuan begitu.

Gambar kredit to google

So aku pun bagun kasi nyonya tu duduk. Dan aku berdiri depan dia. Mesti diorang yang tengah berdiri tu ketawakan aku dalam hati. "Tu lah ko tadi dapat duduk berlagak sangat, padan muke ko..hahaa.." Kata mereka dalam hati <------aku agak je la =)

Bila akak yg ngan baby nye turun, cepat-cepat nyonya tu tarik aku duduk sebelah dia. Nyonya tu peramah. Risau benor die tengok aku berdiri terhuyung - hayang. Dia cakap, lain kali amoi, jgan pakai kasut tinggi ini macam. Pakai selipar. Saya susah hati tengok lu berdiri... Haha..

Aku dah biase sebenarnye. Bukan setakat terhuyung- hayang, terpelecok dan hampir tumbang balam bus pun pernah. Tapi tetap wat muke maintain..haha. Adat lah kan naik pengangkutan awam. Nak selesa bawak kereta sendrik. Persoalan nye bukan tak ade kereta atau tak ade lesen tapi ade berani bawak kereta?? Lu pikir la sendrik aini oiiiii.

Adios...

Tuesday, April 27, 2010

Kesilapan Akibat Ketidaksedaran Yang Di Sengajakan


2005 hingga sekarang. Berapa lama kah tempoh itu? 5 tahun. Mencari di mana silap walupun jauh di hati aku sedar apa silapnya. Membiar kesilapan berulang dan berulang. Membiar kesilapan melemahkan diri. Membiarkan kesilapan merendahkan diri.

Kesilapan dalam sedar tak patut di ulangi. Tak perlu diberi peluang untuk berulang atau diulang. Tapi kuatkah diri untuk tidak melakukan kesilapan itu lagi? Azam tinggal azam. Azam tenggelam dek ketidaksedaran. Ketidaksedaran yang di sengajakan.

Sampai bila hendak berada dalam ketidaksedaran yang di sengajakan? Sampai bila harus mengulang kesilapan yang membawa masalah? Aku tanya pada diri. Saat ini diri katakan IYA. Aku akan kuat, aku tak akan ulang. Tapi kelak? Hanya tuhan yang tahu.

Senyum. Pertama kali menulis entri mengikut rentak hati kecil.

Aku Rindu Hostel Life Kat Aspuri

Depan Aspuri. Form 5 Mrsm Pontian. Batch 2003/2004


Senyum seindah suria..
Yang membawa cahaya...
Senyum lah dari hati..
Dunia pun berseri..

Senyum.. umpama titian
Dalam kehidupan..
Kau tersenyum..
Ku tersenyum..
Kemesraan menguntum..

Senyum..... Kepada semua...
Senyuman mu... Amat lah berharga..
Senyum... Membahagiakan..
Dengan senyuman...Terjalinlah ikatan..


Suka lagu ni.. teringat kem motivasi masa sekolah dulu, menyanyi lagu ni ramai-ramai bersama-sama kengkawan sambil peluk bahu kawan dan bergoyang ke kiri dan kanan. Owh.. manis nye kenangan lalu... Dunia indah dengan gelak ketawa, happy sentiasa, kegilaan terserlah..


Arghhhhh... aku rindu hostel life kat aspuri!!!!

Monday, April 26, 2010

Sila Kesat Air Liur - Khas Untuk Peminat Mcdonals

Available kat mcdonal kan sekarang. Kali pertama tengok iklan McDonald Doubles ni kat TV semalam buat aku ternganga. Mak aihh.. nampak sesangat la best dan menyelerakan kan.

Tengok la big mac dia dah jadi empat lapis daging. Buleh buat makan satu famly dah sebijik big mac double tu kan.. Bahagi - bahagi sorang sekeping. Perghhhhhhhhh..

Tapi sat pikir, nak makan Big Mac yang biase tu pun macam nak rabak mulut kalau tak bahagikan dia kepada dua bahagian, ni pulak yang double ni kan..

Tapi ape pun die memang berjaya buat orang yang melihat kecur air liur tak gitu korang? Bawak-bawak la kesat air liur yang tengah meleleh tu korang... Haiyaaa.. =)

Bila Tiada Idea Menulis Blog, Perlu Diam Atau Tulis Ape Saje Yang Merapu?


Macam mane yek. Mood menulis sedikit kureng dari mingu lepas. Kalo ade pun cerita pasal contest, pasal tag je. Bukan tak ade entri yang biase-biase tapi bila dah habis tulis, susah tul nak tekan button publish.. Mesti jadi draff je.

Walaupun setiap petang Johor basah dek kerana hujan, tapi otak ku kering dengan idea.. Nak buat macam mane. So korang, ape korang buat bila tak ada idea nak menulis entri baru? Diam je ke atau tulis je ape saje yang nak di taip jari macam aku sekarang ni asalkan blog berhupdate?

Okeh okeh entri ni tak nak draff dah. Publish saje la... Wee weee Idea.. idea kau di mana..


Friday, April 23, 2010

Tips Diet Hanis Zalikha


Terpana sekejap tengok kejelitaan awek bernama hanis Zalikha ni. Senget-senget mulut tengok badan dia yang selim melim. Jeles. Jeles. Sungguh jeles. Mesti ramai yang tanya tips kurus dan cantik kat dia tu yang dia rajin share kat blog dia tu.

Okeh, setelah membaca blog dia dengan memek muka yang sekejap berkerut dahi, sekejap menyengih sampai telinga, sekejap tenganga dan sekejap ketawa tanpa bunyik (akibat penulisan dia yang gila sempoi), jadi kesimpulannya tip diet Hanis Zalikha adalah seperti berikut.

First. Jangan skip sarapan. Pasal pe? Pasal kita akan makan lebih time tengahari nanti kalau tak sarapan <-- akibat kebulor. Lagi satu, kalori dalam makanan lunch selalunya lebih tinggi dari sarapan. So better amik sarapan supaye kita tak over makan masa lunch nanti.

Kedua. Makan buah sebelum makan bukan selepas makan. Pasal pe?
Sebab buah lebih cepat hadam jadi ia tak jadi toksik kalau berada dalam perut, terlebih dahulu sebelum nasi. Lihat gambar spesel yang dilukis Hanis Zalikha kat bawah ni sebagai rujukan ye.

Yg Cokelat = Ayam goreng, Putih = Nasi, Kuning = Buah Pisang
(Hasil seni Hanis Zalikha)

Kalau makan nasi dulu baru buah. Nanti buah berada kat atas. Bila pisang dah dihadam, dia tak buleh keluar sebab nasi belum dihadam lagi. So pisang jadi toksik.

Yang ketiga, Hanis cakap, makan banyak kali tak pe, tapi jangan makan banyak tapi sekali. Ha..ni untuk mengajar metabolisme tubuh supaya selalu bekerja, supaya kadar metabolisme badan tinggi. Kalau metabolisme rendah, maka badan pun cepat la naik.

Haa.. itu sahaje la sinopsis tips diet dari blog Hanis Zalikha. Sape nak kurus, ikut la.. Tak nak ikut sudah, tak ade paksaan. Aku nak ikut ni <-- konon. Sekian saje untuk kali ini. Daa..

Terima Kasih Kepada Azfar90


Terima kasih kepada adik Azfar tuan punya belog Azfar90 yang sangat baik hati dan rajin membuatkan lencana @ banner comel ini untuk sahaye. Jangan tak tau. Bukan i saje yang dapat tapi berlemon-lemon blogger lain yang request jugak dapat.

Rajin sangat si Azfar ni mempelawa mana-mana blogger yang nak kat forum gengblogger tu. Ape? Kome pun nak jugak? Ape lagi..pergi la ngorat Azfar kat blog Azfar90 atau request kat forum gengblogger ni.

Kat bawah ni blogger - blogger lain punya yang dia buatkan sekali. Santek tak??


Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Wah tajuk untuk kedua untuk minggu ke 8 Instance Cash Blogging "My Dream Destination" sangat la best. Memang kena sangat lah dengan aku yang suka berjalan ni..huhu

Ye aku memang suka berjalan. Suka sangat-sangat. Kalau ade rezeki lebih, lebih la jaraknya. Tapi kalo rezeki cume yang adoo, pendek je la jaraknye kan. Banyak sebenarnye my dream destination ni. Ok ak nak listkan dari yang jauh hingga la yang terdekat yek.

Destinasi Idaman yang pertama dan paling jauh ialah Negara Jepon. Dari kecik aku minat nih. Sejak mula tengok utraman ngan doremon lagik nih..hehe. Lepas tu meningkat dewasa, terkenan pulak dengan hero-hero citer jepun macam Takashi Sorimachi ngan Yutaka Takenochi yang ensem tuh lagi la teruja nak ke sana. Seronok tengok suasana dalam drama jepun tu tau sampai berangan nak gi sane..

Heroku yang pertama - Yutaka Takenochi

Hero no 2 jatuh kepada GTO - Takashi Sorimachi

Ok itu yang pertama. Tapi nak pergi sana poket kena lebat lah kan. Sekarang destinasi idaman yang kedua pulak ialah Langkawi. Ha ni kira nak menyokong cuti-cuti Malaysia la ni. Belum pernah lagi sampai ke Langkawi walaupun dulu pernah study kat Matrik Penang nun kat Utara. Bila cakap pasal Langkawi akan terbayang lah cokelat - cokelat yang sedap belaka..huhu. Selain tu, aku teringin sangat nak ke Langkawi sebab tempat dia cantik sangat. Sangat suke pulau ye. Suke!!

Cokelat Langkawi - Langkawi Cokelat - Cokelat Langkawi

Mercu tanda langkawi. Wait la.. nanti aku jejak jugak kat sini

Ok itu dia dua my Dream Destinations.. Best nye kalau dapat pergi kan.. Best lagi kalau ade orang yang bermurah hati nak sponser kan. Tak gitu? Haha. Okeh la.. Itu sahaje untuk tajuk ni. Sekarang mahu pergi melawat Mastraveller.com tengok destinasi menarik sambil berangan lagi..huhu.



Project Alpha S2 Episod 4


Project Alpha S2 Episod 5


Project Alpha S2 Episod 6


Project Alpha S2 Episod 7

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Tuesday, April 20, 2010

UTM Dalam Kenangan

Mak aih.. Sekali gua teringat pulak.. Teringat zaman UTM, zaman bersuka ria bersama kakak-kakak yang kurang matang ini. Ok lah aku tak pernah atau tak banyak cerita pasal diri aku kat blog ni kan. Ni nak citer la ni. Actually aku study kat UTM dari tahun 2006-2009.

Alia, Izah, Aku ngan Fana @ Jusco Taman U

Masa first year tu, aku ngan roomate ni macam kesesatan la di campak ke blog hostel yang mana kat blok tu, kami berjiran dengan bilik akak-akak direct entry dari diploma. Diorang sama batch la jugak ngan kitorang masuk UTM time tu, cuma diorg kat UTM nanti 2 tahun je, kitorang 3 tahun.

Maka dengan itu, kami pun jadi geng la berlima. Aku, Didi, Fana, Iza dan Alia. Berhuha huha bersama. Tak ade dah istilah kakak-kakak ni sebab diorang perasan muda sentiasa.. Asal hujung minggu je merayap tengok wayang, makan-makan semua.. Tu memang kerja wajib.

Izah, Fana, Didi n Aku. masa ni plan nak g pasar malam, bila semua dah siap baru perasan semua baju merah..haha

Kitorang pun rajin gak masak kat hostel. Selalu bilik si Izah la jadi dapor sebab dia tak ade roomate. Roomate dia silih berganti dan tak pernah kekal. Kitorang rasa bilik diorang ade badi gitu. Tu pasal roomate tak kekal..haha.

Jusco Tebrau.. Aktiviti hujung minggu yg harus. Izah ko memang ske nak manje2 ngan aku kan..

Tasik UTM. Asal ke tasik je bergambor. Asal bergambor je ke tasik..

Berholiday ke Singapore sampai melecet kaki..haha

Akhirnya.. Ada jugak gambar berlima

Maka setelah 2 tahun bersama. Didi, Fana dan Izah pun konvo dulu. Tinggal lah aku ngan Alia je. Lepas tu setahun la macam sunyi jek.. Aku pun tiap minggu balik rumah. Dah la final year kan. Jadual aku plak masa final year tu, selasa rabu khamis je ade kelas. Tapi padat gila lah jadual aku setiap 3 hari tu. Dari pagi sampai petang. Malam pun ade kelas weh.

Bijak aku menyusun jadual. Khamis petang je aku balik rumah. Lepas tu isnin baru aku balik hostel semula. Ate.. dah umah sekangkang monyet je dari UTM tu, harus lah kan..haha. Tapi kadang-kadang bila bizi kena siapkan group project aku balik awal la..


Bukan pe, sebelum tu dah biasa ngan diorang je hujung minggu, bila diorang dah tak de, bosan gilak. Tu yang aku balik rumah layan kucing lagi best dari duk melanguk kat hostel..huhu. Ok, tujuan entri ni memang saje nak mengimbau nostalgia... Rindu korang sume.. Sekian =(

Sekian.

p/s; Kenapa aku rasa ayat berterabur macam keli** je ni? Alaa.. nanti la aku susun ayat balik ek.. Ade kerja ni. huhu

Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips


Ok instant cash blogging dah sampai minggu ke 8 minggu ini ye. Tajuk untuk di ulas pada hari ini ialah My Version of Grooming Tips. Grooming tu ape ye kawan-kawan? Maksudnya macam berhias diri la ye kawan-kawan.

Ok, sebagai perempuan, memang harus la kan nak berhias-hias ni. Memang tak sahkan kalo tak berhias sebelum keluar rumah. Bagi aku la, berhias tu penting. Walaupun orang kata dont judge a book by its cover, tapi tetap juga first impression itu penting okeh.

Baiklah antara tips yang penting ialah pertamanya setiap hari harus mandi.. Haha.. itu pasti la aini, tak perlu ajar. Dengan badan yang segar lepas mandi, ape yang harus kita buat ye kawan-kawan?

Perempuan terutamanya, tak guna muka cantik, mekap tepek 3 inci kat muka tapi bau badan macammmmmmmmmmmm haremm. Kadang-kadang kita tak sedar ye badan kita ni berbau akibat peluh. Confident je berjalan sebab muka dah tepek mekap mestilah rasa cam confident lawa je kan..hehe. Padahal, orang sekitar terseksa menahan bau..huhu

Baiklah, untuk mengatasi masalah tersebut, memperkenalkan produk baik dari adidas khas untuk kaum wanita iaitu adidias action 3 Intensive Anti Perspirant Spray for Women yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

1. More than 24 hr of protectionn against perspiration
2. New Dry Max system technology for extra wetness absorbtion
3. Expert concentrated in active ingredients
4. Special anti- whitening material to minimise white marks on skin & clothes
5. 0% alcohol

Tengok.. Sangat bagus kan. Ape lagi? Sambar la...huhu. Ingat ye kawan-kawan kaum wanita sekalian, kebersihan diri tu penting. Berhias bukan setakat muka dan pakaian sahaje. Penampilan diri yang lain juga harus di jage. Bukan untuk keselasaan kita sahaje, malah juga untuk keselesaan orang sekitar kita.


Project Alpha Season 2 Episode 1


Project Alpha Seoson 2 Episode 2



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Mood Hari Ni --> Rasa Mau Jalan-jalan Tepian Pantai Sambil Sepak-sepak Pasir Tenangkan Fikiran


Alone okeh. Mau sepak pasir sorang-sorang. Awas jangan dekat kalo tidak mau menjadi pasir yang disepak. Motif mood begini? Mau manunjukkan sedikit perasaan frust dan gundah gulana. Sikit sahaje okeh, tidak mau lebih.

Buat ape nak tunjuk? Sebab ada orang tak faham. Bila kita sedang ada masalah, tapi still pot pet pot pet dalam blog macam orang tak ada masalah, dia akan bersuara "sedih konon, tension konon, tapi dalam blog bukan main happy lagik".

Hurmm.. Perlukah nak menunjukkan emosi secara berlebih-lebih dalam blog aku ni? Aku rasa tak perlu kottttttttttttttt. Pasal pe? Pasal aku rase lebih baik aku diam dari berkata-kata benda yang menyedihkan.

Kepada orang itu. Harap faham. -End


Hasil Hujung Minggu Lagi

Sebelum ni ada aku kepoh nak makan sepuas hati hujung minggu ni kan? Nak buat itu la, nak buat ini la. Last-last? Cuma sempat buat kek cokelat je..haha. Sembang lebih tul kan. Okeh cakap banyak tak guna. Layan gambar je la ek korang ye


Hasil petang sabtu. Kek cokelat moist. Hias buduh2 sahaje guna topping cokelat, cokelat rice & white choclate chip.

Slice percubaan untuk di beri rasa kepada juri jemputan <-- konon

Okeh juri kate sucsess. Jadi potong slice kecik-kecik cinonet untuk juri - juri awam pulak.. hehe

p/s : Sekali lagi terima kasih pada kak aieni yang memberi resepi ni. =)

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia


Hangat sekarang blogger semua cerita pasal achik spin yang popular dengan lagu boal-bola api duet dengan siti nordiana tu meninggal dunia. Ya berita ni betul dan telah di sahkan menurut utusan online.

"
SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan "

Al-fatihah untuk arwah. Takziah kepada keluarga achik spin terutama isteri dan anaknya yang masih kecil tu. Semoga tabah hadapi hari muka.

p/s : Berita ni buat aku insaf & sedar. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita atau orang yang kita sayang. Hargai lah orang tersayang selagi dia masih bernyawa...

Tiada Jodoh Untuk Jadi Cikgu, Kini Beralih Arah Mau Menjadi Tukang Masak Sahaja

Motif letak gambar ni -> Teringat betapa mewahnye dan sedapnye makan kat sini dulu (Berjaya Tioman)

Setelah gagal untuk panggilan ujian MEDSI, lalu aku berharap pula pada panggilan temuduga KPLI. Tapi langsung kecewa jugak nama tiada dalam senarai. Tak ape la, sekurang-kurangnya merasa jugak dapat panggilan MTEST hari tu.

Ok now, dengan semangat baru, aku mau mengubati kekecewaan tahap putus cinta ini dengan memasak yang sedap-sedap dari resepi yang mengiurkan. Plan petang ni mau membikin Kek cokelat moist yang menggoda dan meleleh coklatnya..

Esok mau bikin spagethi dan pizza home made untuk family. Western mood nampak? Layann.. Yeah kelihatan bersemangat di situ setelah sekian lamanyanya hujung minggu aku tidak dapat melekat kat rumah. Minggu ni akan aku lepaskan gian masak ape sahaje yang aku teringin nak makan. Dan.. Tunggu hasil pertambahan berat badan isnin nanti.

Sekian.. Mahu pergi Kipmart mencari bahan-bahan. =)

Friday, April 16, 2010

Semakan Keputusan Panggilan Ujian MEDSI DPLI

Saya dah agak dah..Huh.. tak dapat. Silap sendirik. Terlupa kena hantar dokumen ke IPT yang kita pilih sebelum 13 mac hari tu. Sangat cuai kan. Bukan pe, ingat macam KPLI hari tu tak payah hantar ape-ape selagi tak di panggil interview.

Dah..dah.. Tak payah bagi alasan. Alasan tak di terima dan tidak akan mengubah ape-ape ye aini. Sila terima dengan redha walaupun sedikit kecik ati. =( Next year cuba lagi.

Kepada sesiapa yang belum semak keputusan panggilan Ujian MEDSI bagi Diploma Perguruan Lepasan Ijazah / DPLI April 2010, sila semak kat web Majlis Peperiksaan Malaysia ni. Semoga sucses ye kepada korang yang berjaya =)

Untuk semakan panggilan Ujian Medsi /( Malaysian Educators Selection Inventory ) DPLI, April 2010 sila ke http://www.mpm.edu.my/medsiregter

Thursday, April 15, 2010

Aku Nak Bercerai

Haiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!! Karate laptop, kasi terbelah dua.. Puas!

Ni la orang kata, marahkan nyamuk, habis kelambu di bakar,

Marahkan Broadband, laptop jugak yang nak di karate!

Aku sangat bengang ye dengan servis ko yang semakin macam @#$%^&*($#@ ni.

Jangan sampai aku bertindak lebih ganas ye..

Awas kamu.. Kita akan bercerai tak lama lagi.

Biar lah aku nak curang. Aku tak mau dah tengok rupa kau lagi lagi. Muak, jelik.

Lembab! Kura-kura belaan aku pun 10 kali lebih pantas dari kau.

Tak sangup dah aku nak bersama kau lagi.

Tak berbaloi-baloi langsung!

Gud bye la.

Sekian

Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com


Mak aih.. berhabuk blog tak berhupdate dari pagi tadi. Maap la bebanyak. Sangat bizi dari pagi tadi buat kertas kerja. Now aku datang membawa cerita muahaha..

Walaupun bizi aku aku sempat mengendap-ngendap jugak ke blog orang. Kalau semalam aku melekat kat blog makanan dan hasilnya gambar kek cokelat moiste yang menggoda dan telah berjaya melelehkan air liur korang-korang semua, hari ni aku nak mentebeliakkan mata korang dengan gambar duit pulak okeh.

Alkisah entri ni di tulis untuk menyertai Kontest Projek RM 250 yang dianjurkan oleh Mr darkbadman iaitu pemilik blog Our Mind Is Our PlayGround. Kalau nak tau lanjut pasal kontest ni. Sila lah baca kat sini okeh.

Ok berbalik pada tajuk entri semula. Apa yang aku tahu pasal Darkbatman dot com ni? Ye jujur sejujurnya first benda yang aku tau pasal blog ni adalah blog yang murah hati, yang rajin wat give away kepada pelawat-pelawat. Terbaru, RM 50 akan diberikan kepada pengunjung ke 33333. Okeh sebelum tu dia bagi RM 30 kepada pengunjung ke 22222. Sangat murah hati kan?

Ok tu la benda first yang aku tau pasal blog tu. Tapi sejak yang aku join nak jadi pelawat ke 22222 tu, aku mula la explore blog dia ni, baca entri2 lama dia. Mak aih..best jugak. Macam-macam cerita macam-macam tips. Aku paling suka ayat dia "abg nak lebih-lebih datang jumpa mak mintak sayang" kat entri ini. Haha siyes lawak tetapi sangat sesuai dan padan ye.

Selain tu, darkman ni jugak rajin kongsi tips2 jaga badan. Ko tengok je la badan dia yang berketul cam ne kan. Memang sesuai la bagi tips2 ni. Aku rasa dia ni dari kecik ada cita-cita nak jadi superman atau badman la. Korang tak percaya? Tak percaya, sila la menyelami blog beliau dan rasakan sendiri aura nak jadi superhero pada beliau..huhu

Sekian, itu sahaja ulasan sahaye untuk tajuk entri ini. Mekasehhhhh.. =)



Wednesday, April 14, 2010

Kek Cokelat Moist, Pizza Penuh Keju, Cup Cakes Comel Memang Sungguh Menggoda

Macam tak ade kerja je kan aku melepak kat blog orang. Padahal berlambak. Bukan pe, mata ni kalo dah terpandang blog masakan yang ada resepi sedap-sedap memang melekat je la aku kat situ usha dari latest entry sampai la first entry blog tu tau.

Ni tadi aku baru lepas usha blog akak aeini AT HOme . Mak aih terliuq aku tengok kek cokelat moist dia tu. Blog akak ni ambil tempahan kek dan pizza home made online. Aku rase kalo bulan puasa aku tengok blog ni lelama macam ni memang buleh menggugat iman tau.

Nasib bek akak ni baik hati bagi resepi kek cokelat moist dia tu. Buleh aku cuba try test buat hujung minggu ni. Hai la..lama sungguh tak memasak. Sentiasa sibuk ye akhir-akhir ni. Hujung minggu tak melekat kat umah, ada je halnya.

Meh layan kek cokelat moist yang buat aku telan air liuq dari tadi. Layan gambar je la ye. Nak rasa boleh tempah kat blog aeni AT HOme atau try sendiri resepi yang kak aeini dah free2 je bagi kat blog dia.

Sangat yummy bukan?? Gambar sumber dari aeini At Home


Keputusan Semakan Panggilan Temuduga KPLI Sesi Jun 2010 Di Tangguh Lagi

Mesti ramai yang dah ambil exam MTest hari tu tertunggu-tunggu keputusan semakan panggilan temu duga KPLI kan. Aku pun sama lah tu. Tak habis-habis bukan website moe tu nak tengok result. Lulus ke tak..hehe

Rupanya Tarikh semakan online bagi panggilan temuduga KPLI-SR dah di pinda lagi. Dari 14 April 2010 kepada 17 April 2010 (Sabtu) ye kawan-kawan. Butiran lanjut boleh tengok pada kalendar aktiviti terkini kat bawah ni sumber dari moe.



Tuesday, April 13, 2010

Red Mummy RM 10 000 Sebulan Dengan Berblog.


Tengok tajuk pun buat aku teruja. Kepada siapa-siapa yang kata berblog ni tak ada faedah dan membuang masa sahaje, sila bukak mata luas-luas dan bukak akhbar metro hari ni. Baca tentang Red Mummy atau nama sebenarnya Mira Abu Bakar tuan punya blog Pencinta Merah @ Redmummy.com.

"Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan."

Daripada artikel Jadi Mewah Tulis Blog kat Metro tu, peh aku jadi kagum gila dengan Red Mummy ni. Memang niat berblog bukan semata-mata untuk duit. Berblog untuk kepuasan diri, bercerita, berkongsi cerita dan idea. Tapi dalam masa yang sama memang tak salah mengambil peluang yang ada depan mata kan.

Untuk baca artikel penuh pasal Red Mummy ni kat metro boleh baca kat sini ++Jadi Mewah Tulis Blog++ Blog Red Mummy ni memang sempoi. Kemas dan bahasa yang dia guna pun sempoi je. Tu yang ramai minat blog dia tu.

Akhirnya.. Cameron Highland Telah Ku Jejaki!

Jeng jeng jeng... Setelah lama berangan, akhirnya dapat jugak pergi cameron highland. Walaupun berjalan kat sana tak sampai pun sejam, tapi tetap la happy sampai senyum sokmo membulatkan muka.


Kami bertolak dari sungai koyan ikut jalan baru yang sangat la cantik pemandangan dia. Sampai aku suro emi berenti kat satu jambatan tu nak amik gambar. Lawa wooo..tinggi jambatan tu, bawah gaung, ade sungai yang cantik lagi.. Rasa nak turun je ke bawah maen air..huhu

Gambar kat jambatan tu. Maap rupa sungai telah ditutupi oleh badan kami yang bolat

Kalo ikut jalan lama gua musang makan 4, 5 jam kate encik emi. Tapi lalu jalan baru dari koyan ni, cuma 1 jam 15 minit sahaje. Itu pun masih ada 8 km jalan yang belum siap, lalu tanah merah, berbatu, lecak bagai. Kalo siap sepenuhnya ni, 45 minit pun buleh sampai dah.


Sampai-sampai je cameron, tempat paling dekat ni la, ladang teh. Bergambar la sepuas hati. Senyum sampai telinga... Lalalala~.


Muka puas hati. Setiap hari sebut nak pegi cameron, nak pegi cameron, sejak tau dia nak bawak jalan ke pahang jumpa famly dia.

Cepat-capat snap gambar. Sebelum kul 12 nak gerak balik dah. Banyak lagi plan cuti-cuti pahang hari tu..huhu.



Senyum sambil membolatkan muke.. Sambil tangan gatal-gatal petik daun teh. Mane buleh petik la.. Nanti orang marah kata dia. Ek? Tak buleh ek.. kat Jb buleh je petik daun sesuka ati sambil tangkap gambar..muahaha..

Masa ni aku cakap, nak turun lagi, nak g kat bawah lagi la.. Dia kate tak buleh.. Hari dah mendung, nanti hujan tak sempat nak balik.. Sume tak buleh =(

Ni gambar last yang di ambil kat sana. Lepas tu terus bergerak balik. Tak sampai sejam pun kat sana, tak sempat pun nak pergi tengok tempat len. Sebab hari dah mendung, takut nanti tak lepas plak kereta lalu jalan yang belum siap tu. Jalan tanah merah lembik tu la..

Walaupun cam sedih tak dapat pergi banyak tempat, tapi tapi tak pe, janji dah jejak. Nanti jalan dah siap betul tiap minggu leh pergi kata dia. Bukan jauh pun dari kampung dia koyan tu. Sejam je guna jalan baru tu. Iye laaaaaaaa.. tapi tu bila? Ingat kita duk pahang cam dia ke? Aiyoo..

Stoberry beli kat tepi jalan je on the way nak balik. Tak sempat nak petik sendrik..huhu. Ape pun, terima kasih sangat-sangat kat si dia yang sanggup bawa sahaye ke cameron..

Masa on the way balik, dia tanya,
"suka tak kampung abang?"
"Suka sangat."
"Kenapa suka?"
"Dekat ngan cameron, leh g cameron tiap hari, tiap minggu.."
"Cettt.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails