Followers

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Wah tajuk untuk kedua untuk minggu ke 8 Instance Cash Blogging "My Dream Destination" sangat la best. Memang kena sangat lah dengan aku yang suka berjalan ni..huhu

Ye aku memang suka berjalan. Suka sangat-sangat. Kalau ade rezeki lebih, lebih la jaraknya. Tapi kalo rezeki cume yang adoo, pendek je la jaraknye kan. Banyak sebenarnye my dream destination ni. Ok ak nak listkan dari yang jauh hingga la yang terdekat yek.

Destinasi Idaman yang pertama dan paling jauh ialah Negara Jepon. Dari kecik aku minat nih. Sejak mula tengok utraman ngan doremon lagik nih..hehe. Lepas tu meningkat dewasa, terkenan pulak dengan hero-hero citer jepun macam Takashi Sorimachi ngan Yutaka Takenochi yang ensem tuh lagi la teruja nak ke sana. Seronok tengok suasana dalam drama jepun tu tau sampai berangan nak gi sane..

Heroku yang pertama - Yutaka Takenochi

Hero no 2 jatuh kepada GTO - Takashi Sorimachi

Ok itu yang pertama. Tapi nak pergi sana poket kena lebat lah kan. Sekarang destinasi idaman yang kedua pulak ialah Langkawi. Ha ni kira nak menyokong cuti-cuti Malaysia la ni. Belum pernah lagi sampai ke Langkawi walaupun dulu pernah study kat Matrik Penang nun kat Utara. Bila cakap pasal Langkawi akan terbayang lah cokelat - cokelat yang sedap belaka..huhu. Selain tu, aku teringin sangat nak ke Langkawi sebab tempat dia cantik sangat. Sangat suke pulau ye. Suke!!

Cokelat Langkawi - Langkawi Cokelat - Cokelat Langkawi

Mercu tanda langkawi. Wait la.. nanti aku jejak jugak kat sini

Ok itu dia dua my Dream Destinations.. Best nye kalau dapat pergi kan.. Best lagi kalau ade orang yang bermurah hati nak sponser kan. Tak gitu? Haha. Okeh la.. Itu sahaje untuk tajuk ni. Sekarang mahu pergi melawat Mastraveller.com tengok destinasi menarik sambil berangan lagi..huhu.



Project Alpha S2 Episod 4


Project Alpha S2 Episod 5


Project Alpha S2 Episod 6


Project Alpha S2 Episod 7

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

5 comments:

SonnyKazu said...

check out mine! http://wklow.blogspot.com/2010/04/my-dream-destination.html

Didi Nadhirah said...

nk wat gak entry mcm ni hehehehe

Aini said...

buat la didi kodi.. berbaloi-baloi =)

Fieza a.k.a ibu Qaisz + Dayana + Anas said...

dapat makan cekelat best ni...hehe

SYANI said...

aku pun minat gak 2 hero utama ko tuh!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails