Followers

Friday, April 23, 2010

Tips Diet Hanis Zalikha


Terpana sekejap tengok kejelitaan awek bernama hanis Zalikha ni. Senget-senget mulut tengok badan dia yang selim melim. Jeles. Jeles. Sungguh jeles. Mesti ramai yang tanya tips kurus dan cantik kat dia tu yang dia rajin share kat blog dia tu.

Okeh, setelah membaca blog dia dengan memek muka yang sekejap berkerut dahi, sekejap menyengih sampai telinga, sekejap tenganga dan sekejap ketawa tanpa bunyik (akibat penulisan dia yang gila sempoi), jadi kesimpulannya tip diet Hanis Zalikha adalah seperti berikut.

First. Jangan skip sarapan. Pasal pe? Pasal kita akan makan lebih time tengahari nanti kalau tak sarapan <-- akibat kebulor. Lagi satu, kalori dalam makanan lunch selalunya lebih tinggi dari sarapan. So better amik sarapan supaye kita tak over makan masa lunch nanti.

Kedua. Makan buah sebelum makan bukan selepas makan. Pasal pe?
Sebab buah lebih cepat hadam jadi ia tak jadi toksik kalau berada dalam perut, terlebih dahulu sebelum nasi. Lihat gambar spesel yang dilukis Hanis Zalikha kat bawah ni sebagai rujukan ye.

Yg Cokelat = Ayam goreng, Putih = Nasi, Kuning = Buah Pisang
(Hasil seni Hanis Zalikha)

Kalau makan nasi dulu baru buah. Nanti buah berada kat atas. Bila pisang dah dihadam, dia tak buleh keluar sebab nasi belum dihadam lagi. So pisang jadi toksik.

Yang ketiga, Hanis cakap, makan banyak kali tak pe, tapi jangan makan banyak tapi sekali. Ha..ni untuk mengajar metabolisme tubuh supaya selalu bekerja, supaya kadar metabolisme badan tinggi. Kalau metabolisme rendah, maka badan pun cepat la naik.

Haa.. itu sahaje la sinopsis tips diet dari blog Hanis Zalikha. Sape nak kurus, ikut la.. Tak nak ikut sudah, tak ade paksaan. Aku nak ikut ni <-- konon. Sekian saje untuk kali ini. Daa..

7 comments:

Abd Rahim said...

paling penting bersenaman selalu...

Unknown said...

aku akan cube tips nie..heheheh

Kancilbiru said...

nak ikut juga tapi rasa dalam 2 3 hari jer kot..hahahaha

laGenDA KodOk HijAU said...

knp....awek aku ada kat sini ish ish

avid said...

tips dari aku x ndak?

myQza said...

belog dia mmg byk tips

mizayusof said...

miza pun ada baca pasal diet ni dekat blog hanis. hehe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails