Followers

Wednesday, May 26, 2010

Mari Baca Kisah Kenangan Mengusik Jiwa

Sedang aku membelek-belek page nuffnang ku melihat keyword yang tersasar masuk, mata aku terpana sekejap kat ayat "kenangan mengusik jiwa". Wah ade jugak yang mencari kenangan mengusik jiwa sampai ke blog aku yek.


Lalu tiba-tiba aku bernafsu nak tengok entri aku yang bertajuk Kenangan Mengusik Jiwa itu. Alkisah entri kenangan mengusik jiwa tu aku tulis mengenai sweet memori aku masa sekolah berasrama dulu. Bila baca balik, siyes aku tersenyum kambing.


"5. Tidur secara berjemaah di dalam kelas. Tidak tahu apakah puncanya. Ada yang kate akibat makan nasi kawah yang terlebih kanji kat dewan selera setiap hari menyebabkan cepat mengantok di siang hari. Betul ke? Pantang cikgu keluar kelas, masing-masing berlumba membuat taik mata.. Sepakat membawa berkat..huhu.

6. Senior is a monster. Itu adalah adat. Ada jugak salah sendiri dan memang patut kena. Satu kes, si ain telah membuang air oren dari kelas kami yang kat tingkat tiga tu time prep malam. Lima minit kemudian datang seorang senior yang bengis serupa monster basah di kepalanya. Maka menjeritlah beliau dan terkedu la kami sekelas. Alkisahnya si senior sedang memonteng prep dan duduk si belakang kelas beliau di tingkat bawah dan mendapat balasan mandian air oren secara percuma akibat tindakan yang tidak disengajakan ain..kehkehkeh.."

Kes senior malang yang di curah air oren itu paling aku tak buleh belah bila teringat. Siyes gila weh..haha.. Itu baru kes 5 dan 6.Nak tau kisah panjang Kenangan Mengusik Jiwa itu, silalah rajinkan diri ke sini. Pasti terimbau kenangan mengusik jiwa korang jua nanti. Terutama yang pernah merasai hostel life kat sekolah dulu =)

Cerita Biasa Pengguna Pengangkutan Awam Seperti Aku

Bas berhenti kat trafik light jalan besar. Sebelah kiri bas ialah lorong susur ke simpang kiri. Kenderaan lain berdesup-desup masuk ke jalan susur. Motor jugak berdesup-desup mencelah antara jalan susur dan bas untuk memenuhkan saf hadapan trafik light itu.

Aku sedang sudah bersedia untuk bangun bila lampu hijau menyala sebab nak berhenti kat bustop depan itu. Hijau. bas bergerak, aku pun bangun. "Pakcik, bustop depan tu ye.." aku berkata-kata. "Lah kau ni, tadi kenape tak turun kat trafik light jek!" Jerkah si pakcik yang tiada budi bahasa budaya kita itu.

"Saya nak turun kat bustop tu. Office saya kat depan tuh. Jauh dari trafik light tu pakcik. Bukan dekat situ"(sambil tunjuk trafik light tadi). Pakcik bas terus membebel. Bagi dia sangat menyusahkan nak berhenti dua kali.

"Eh ko ni pakcik, aku bayar tambang bas ko nak marah-marah aku pulak yek aku nak berenti kat bustop.. Aje gile nak suroh aku turun kat traffik light tu. Dah la jauh satu hal. Lepas tu tak nampak ke moto, berdesup-desup. Kang kalo aku mati kena langgar ko nak take over bagi wet tiap bulan kat mak ayah aku? Orang dah buat bustop untuk bas turunkan penumpang dengan selamat, ko plak suka-suka nak aku menempah maut yek. Pegi sekolah tak dulu pakcik? Ha pakcik? " Kan aku dah membebel.. Tapi membebel dalam hati je la mampu.. =)

Bagi aku rasa kahwen dulu yek pakcik sebelum nak bagi aku mati dengan sia-sia. Kata aku dalam hati lagik. Ye dalam hati. Dengan orang tua yang umur sebaya ayah aku mungkin, tak sampai hati nak melawan walaupun sikit punye geram kena marah tak pasal-pasal.

Aku turun bas tanpa perkataan terima kasih. Tak senang dengan orang tak berbudi bahasa cam tu. Mencik!

Tuesday, May 25, 2010

Entri Pelepas Rindu

Aku rindu nak berblogging, rindu nak membebel disini, rindu nak membaca komen dan respon korang-korang semua.. Siyes.. Tapi apakan daya.. Aku sangat sangat sibuk sekarang sehingga awal bulan depan.. Tanggungjawab tetap tanggungjawab.. Sob.. sob.. sob.. =(

p/s : menaip entri sambil makan bihun goreng depan pc sebelum menyambung semula tanggungjawab.

Thursday, May 20, 2010

Impian Aini Di Kala Ini

Photo cun ni kredit kepada rolandhashim.com


Aku macam tak percaya umur dah 23 tahun. Serius. Kadang isi form selalu tersasul letak umur 19 tahun. Mak aku dulu anak dah dua dah umur cam ni. Bila dah sedar umur dah 23 ni, mula la terpikir apa je la yang aku dah capai pada umur 23 tahun ni. Sekali lagi. Macam pelik dan janggal aku rase bila menaip angka 23 ni tau.

Aku rasa yang telah di capai dalam 23 tahun ni cuma menggengam segulung ijazah sahaje. Kerjaya? Memang la ada kerjaya tapi masih belum kukuh lagik Perlukan peningkatan kerjaya yang lbih stabil lagi. Okeh. Aku ada impian. Impian yang aku kalau boleh nak aku laksanakan sebelum umur aku 25 tahun.

1. Beli rumah untuk mak ayah aku

Alhamdulilah ade rumah sendiri(family punye) sekarang. Tapi rumah yang kami duduk sekarang suasananye sangat la tak best okeh. Dah la tepi jalan besar (gila bising), laman tak luas dan tak sesuai la untuk bakal cucu-cucu diorang nanti..haha. Aku idamkan rumah family yang ade laman yang luas, corner lot mungkin ataupun beli rumah kat kawasan kampung. Gila luas laman nanti!

2. Beli kereta

Wajib la kan. Memang la sekarang ni tak ade masalah pun aku naik bas g kerja, g mana-mana sebab dekat sini memang senang dapat bas, dah nama pun rumah depan jalan besar, sah-sah tunggu bas depan pagar rumah jek weh. Tapi kena pikir gak, nanti-nanti aku dapat kerja lain kat ceruk dunia yang susah dapat bas atau memang tak ade bas macam ne? Ate nak kayuh beskal? Aje gile..

3. Nak Kawen

Ini paling paling mesti la.. Sape tak nak kahwin kan. Ada orang jaga, ada anak, ada keluarga, ada si dia yang sentiasa dekat, bahgianya lah... <--mula berangan sambil pejam-pejam mata =). Dulu aku target umur 22 habis belajar, 23 kawen. Hamboi hamboi.. Target memang sedap. Ingat nak kawen tu free? Semuanye uwang kan.

Itu je lah matlamat aku setakat ni. Buleh ke tak boleh dilaksanakan bergantung pada diri aku sendirik kan. Kena rajin kena kuat berusaha selain tak lupada kepada DIA yang ada kat atas sana. Eh jap, nak tukar yang nombor 3 tu jadi nombor 1 boleh tak? Huhu =)

Wednesday, May 19, 2010

Bung Mohktar Kena Hukum Penjara Sebulan. Siapa Lagi Berani Poligami Tanpa Kebenaran Lepas ni?


Kan tak pasal-pasal dah kena penjara sebulan. Baru kahwin dah kena berpisah jap dah. Kepada lelaki lain di luar sana, jadikan lah pengajaran yek. Hukuman tak mengira pangkat dan darjat.

"KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dihukum sebulan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran selepas mengaku salah di Mahkamah Rendah Gombak Timur, pagi ini.
Bagi tuduhan kedua, beliau didenda RM1,000 atau penjara satu bulan kerana bersubahat dengan pelakon Zizie Izette bernikah tanpa kebenaran pendaftar.
Zizie pula dienda RM2,000 atau penjara tujuh bulan kerana bernikah tanpa kebenaran dan subahat."

Sumber, beritaharian online

Khas Untuk Wanita Yang Sedang & Ingin Bercinta


Aku mencintai mu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama pada dirimu hilanglah cintaku padamu.... Aku suka ayat ni... Nice dan penuh makna..

Wanita yang sedang bercinta, sedang ingin bercinta, berniat mahu bercinta, ayat ni bagus dijadikan pedoman hidup dalam mencari pasangan.

Cari la pasangan yang agama dan iman di dadanya mampu membimbing kita, mampu memelihara diri kita dan menjauhkan kita dari keburukan perkara kemaksiatan...

Jauhkan diri dari pasangan yang bawa kita ke arah keburukan, mengajar kita mendekati kebinasaan.. Sayangi dirimu wahai wanita.

Aku rasa ayat itu sesuai dengan kes buang dan bunuh bayi yang semakin berleluasa sekarang ni. Wanita, pilih jalan yang bijak. Sedar dan bangkit dari kesilapan jika dirimu bernoda.

Aku sedih lah hampir tiap hari ade je kes buang bayi, kes pelajar sekolah la lahir anak luar nikah, student IPT kena tangkap khalwat la, Video ustazah terlampau la, itu la, ini la... Dan yang paling benci, balik-balik yang perempuan jugak yang jadi mangsa... Sedih, geram, sume ade.

Paling kesian, kes sorang student UTM yang mati bersalin sorang-sorang kat hostel tahun lepas. Dah 2 hari, dah berbau bau orang perasan. Kau bayangkan betapa seksa dia lahirkan anak sorang2? Dia dan baby tu di temui mati dalam bilik hostel lepas student lain mengadu ada bau busuk dari bilik tu. Mane jantan jongos yang menghamilkan dia?

Pikir-pikirkan, renung-renungkan....

Budak Kecik Itu Sudah Dikalahkan Oleh Daku

Shahir yang sudah pandai bergelek
Gambar kredit kpd murai.com.my


Cerita malam tadi, lokasi depan tv ruang tamu depan;

Aku : Yat, noy nak tengok pakwe noy ni kat 104. Cepat la tukar.

Adik : Alaaa dayat nak tengok kapal terbang ni la..
Aku : Orang nak tengok diari AF lahhhhh... Cepat la tukarrrrrrrr...
Adik : Mane ade pakwe noy kat situ!
Aku : Shahir tu laaaaaaaaaaa... Cepat la tukar.
Adik : Eeee perasan. Kejap lagik la tukar.. Sibuk betul la.

Ish..tak buleh jadik ni. Dah pukul 7.40 PM. Geram. Then tengok mak baru lepas sembahyang terus datang idea. Hehehehehe <---------ketawa jahat =)

"Mak, dah dekat pukul 8 ni mak, dayat ni tak pergi mengaji lagik ni mak" <----- mengadu domba =)

"Dayatttttttttt, Tengok jam dah pukul berape tu. Nak kena marah baru nak pergi ke?" <--- emak mula panas enjin.

Aku : YES! <------- Sambil merampas remote astro.

Budak kecik itu bangun, ambil songkok dan al-quran berjalan menuju pintu untuk ke kelas mengaji redha dengan kekalahan sambil menjelir lidah kat aku yang sedang tersenyum sampai telinga =)

Tuesday, May 18, 2010

Awek Putih Gebu Pengubat Duka

Jangan tanye kenapa aku sangat terer snap gambar separuh =)

Disaat aku sedang tersedu sedan melayan lagu sedih kat office lunch tadi, muncul seorang awek putih gebu menegor kat yahoo messenger ;

Mai : Hye noy yang HANDPHONE NAMPAK MAHAL... =)
Aku : Siot ko maiiiiiiii...haha
Mai : Kau okeh tak ni?
Aku : Aku okeh tapi tak okeh la.. Aku pun konfius. Pening pale hotak ku
Mai : Lah pehal?
Aku : Ala pasal kes hari tu laaaaaaaaaaaaa...rasa nak mencarut jek.
Mai : Jgn la mencarut oiiii, sakit jantung aku t..
Aku : Nak jugak!

Awek Putih Gebu a.k.a Maisarah kat pizzahut

Lepas tu bermula la sesi meluah perasaan bagai dan proses membackup aku oleh si mai teman sejati yang baik hati sudi menadah telinga.. Korang tau ayat 'HANDPHONE NAMPAK MAHAL' tu dia perli aku tu.

Ari tu pergi Angsana ngan dia, aku beli casing handphone. Masa try lah tuh, nampak cam cantik dan smart gilak handphone aku tu. Pastu si mai ni selamber cakap, "Cantik lah, NAMPAK MACAM HANDPOHNE MAHAL!". Pastu aku pandang mai, mai pandang aku. "Owh sampai ati ko mai, ko nak cakap handphone baru aku ni handphone murah lah yek? Cett! "

Berdekah kitorang ketawa masa tu. Haha.. Selamber sungguh.. Itu lah namanya kawan, time suka dia ada, time kita susah, ada masalah pun dia still ada setia mendengar. Kan dah happy sket aku ni. Tadi monyok jek kat opis...huhu. Sekarang ceria kembali bila ingat happy moment cam tu =)

p/s : Thanks ek mai, ade gak idea aku nak menulis entri petang ni akhirnya =)

Buffered Earning Dah Muncul, Rugi Ni Kalau Tak Berusaha Tapi Perasaan Aku Sangat Malas

Tak ade mood nak blogging minggu ni. Tapi time tak ade mood nak blogging pulak buffered earning muncul. Time aku beria blogwalking tak nak pulak datang. Ni dah malas, dah tak ade mood baru datang. Kan rugi kalo aku tak buat ape-ape, tak berusaha menarik perhatian ramai ke blog ni sekaligus menjunamkan trafik blog masa buffered earning berlegar-legar kat blog. Rugi lah rugi....

Halahaaaaaaaaaai lahai lahai lahai..

Monday, May 17, 2010

Adekah Kau Tahu


Dalamnye lebih dari jurang terdalam dunia mungkin. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Peritnya tak tertanggung. Bisanya menusuk ke kalbu.........


Ketty Natalia Rasul Khan Program Mentor Yang Disingkirkan?

Malam tadi aku tengok rancangan mentor tv 3 tu. Semalam pkumpulan B yang perform kan yang mana Ziana zain dan anak muridnya si Thalia atau nama penuhnye Ketty Natalia Rasul Khan pun termasuk dalam kumpulan B ni lah. Tetiba masa awal-awal rancangan ni start je dah bikin hot.

Ape tak hotnye bila protoge Ziana Zain si Ketty Natalia Rasul Khan tu dikatakan telah ditukarkan dengan protoge lain. Pasal ape? Terkejut jugak aku. Masa aku tau tu, spontan dalam hati cakap kesian dak Ketty Natalia tu. Mesti malu dia dan famly dia.

Pasal masa minggu pengenalan minggu lepas kan dia dah buat persembahan, mestilah saudara-mara, kawan-kawan, jiran sume dah tau dia terpilih masuk mentor. Tapi tup-tup belum sempat bertanding, dah di singkirkan. Mesti lah cam sedih, malu semua kan. Di singkirkan ke atau dia yang tarik diri aku tak pastilah.

Tapi tadi kepoh tengok kat facebook thalia, member2 dia tanya lah kan macam ne bleh jadi cam tu. Dari jawapan dia memang nampak dia sedih, katanya pasal orang cakap dia tak fokus dan tak bagi kotmitmen walaupun dia dah praktis tu yang di reject.

Entri ni di tulis bukan nak salahkan mana-mana pihak, sebab aku pun bukan orang kuat mentor yang serba tahu pasal hal diorang kan. Aku rasa Ketty natalia ni best gak dia nyanyi ari tu. Tapi nak wat cam ne, bukan rezeki dia.

Hmmm... macam-macam kes pulak dalam mentor 4 ni kan.

Adegan Panas Dalam Bas Semalam

Selamat pagi semua... Ape citer hot untuk pagi senin yang lemau ni? Aku ade citer hot. Gila hot. Semalam kan keluar dengan member-member. Balik tu macam biase la orang tidak berkereta seperti aku naek bus je kan.

Masa duk pung pang pung pang berborak dalam bas tu ngan mai, tetiba ade sorang mamat ni tumbang dan mengeletik ke mengelupur kat tengah-tengah bas tu. Gilak weh. Meh sini aku lukis kedudukan aku masa tu untuk keterangan lanjut.

Halloh halloh santeknye aku lukih =)

Dasat punye mengelupur ni. Macam ayam lepas kena sembelih ni. Pulak tu mengelupur betul-betul kat sebelah seat kitorang. Bas terus berhenti, orang-orang yang berdiri kat depan tu semua lari ke bahagian driver, yang dekat ngan pintu plak terus turun weh. Takut punye pasal ni.

Habis aku tak turun tak takot ke? Gilak! Aku ngan mai dah terperangkap kat celah tu cam ne nak keluar. Aku punya himpit ke tingkap, kaki dah naik atas kerusi bila tengok orang tu mengelupur dengan tangan dan kaki mengetik-ngetik. Mai pulak dah habis menghimpit aku dah. Matik kamik!

Siyes ketakutan tahap dewa masa ni. Mulut orang tu berbuih-buih la pulak. Pakcik dalam bus tu cakap sawan budak ni! ya Allah gitu ke rupa sawan, aku memang pertama kali la tengok. Alah alah macam mane ni, aku dah semakin cuak bila dalam menggelupur tu dia mengelungsur makiin ketepi kat seat kitorang..

Dah berapa minit huru hara dalam bas tu, baru la ade suara yang cakap suro angkat mamat nih. Mula-mula semua cam takut nak angkat, pastu bila dia cam dah tak mengelupur tu, sorang uncle cina ni pun angkat die dan barulah beberapa lelaki lain tolong angkat dan duduk kan dia atas kerusi.

Pastu die okeh terus weh. Duduk, pakai spek hitam, dan buat macam tak ade ape berlaku. Bas kembali aman dan driver meneruskan perjalanan. Lalalala~ macam tu jek. Apekah. Dan aku terpinga-pinga sampailah turun ke destinasi.

p/s : Masa ketakutan tu aku peluk mai. Mai cakap, "sabar, sabar, rilek" untuk menenangkan aku padahal dia sendrik cuak tak hingat sampai tak sedar dah menghimpit sampai duduk atas riba aku mase tu..hahaha =)



Saturday, May 15, 2010

Ini Bukan Diari Aini Ku Sayang

Aku belum makan dari tadi...........................
Hanya sarapan sekeping roti bersama air milo.......................
Semua orang tau aku kuat makan, aku suka makan........................
Tapi kenapa aku tak ade selera makan hari ni......................
Hanya orang tu yang tau.............................

Tadi aku menangis............................
Lepas aku call orng tu lebih 10 kali...........
Tapi dia tak jawab.............................
Kenapa aku menangis...................
Mestilah sebab aku sedih =( ......................

Lepas tu my best girlfriend call........................
"Esok zaharah ajak keluar ramai-ramai"......................
Aku berhenti menangis.............................
Aku senyum..........................
Semoga esok mengembirakan....................

Sekarang..................
Aku dah mula rasa lapar...........

Aku nak mandi siap-siap........................
Pukul 7 ade sin chan...................
Yang buleh mengeletek hati aku...............
Sambil makan.......


Bye................

p/s : Gedik semacam tulis entri macam ni. Macam budak blasan tahun baru nak bercinta... Mencik kan..

Sekian

Tomorrow Is Girls Day! Yihaaaaaaaaaa!

Yeaahhh.. Tak sabar nak menunggu hari esok. Berjumpa dengan member-member lama yang sudah berkurun tidak bertemu muka. Esok semua akan berkumpul, riang ria, lupakan sebentar maslah yang ada...

Rindu.. Rindu.. Rindu sama korang....

Ehemmmm... Aini, jangan lupa esok ko juga perlu menahan telinga mendengar ayat-ayat berikut:

"Eh, ko dah makin gemok ekk"
"Eh, nape ko makin mengembang ni?"
"Wah...bdan dah semakin maju yek.."

...... dan ayat-ayat lain yang sewaktu dengannya... Fine. REDHA!

Friday, May 14, 2010

Anak Tak Ade, Sepupu Punya Anak Jek Ade

Ini Mohd Khasif Haikal. Aku punya anak kepada sepupu. Dia sangat comel walaupun dalam kualiti gambar yang agak buruk. Gambar ni masa kat rumah aku. Ahh dia sangat cohomel. Aku suka gila terik pipi budak tecik ni...


Tapi dia agak pemalu. Tengok la, duduk selambak je kat situ tak nak bergerak ke mana-mana. Bagi bola, di peluk jek.. tak ade nak berlari bagai. Kalau orang nak dukung dia pun dia memilih. Yang pakai tudung aje dia nak. Halamak, kecik-kecik dah pandai yek memilih. Tapi tau tak pasal pe dia nak perempuan yg bertudung je pegang dia?



Holloh holloh comelnye dia...

Sebab, bagi dia, yg pakai tudung tu dah cantik nak bawak dia keluar berjalan. Yang tak pakai tudung tu, tak pergi mana-mana, duk umah je, membosankan kot bgi dia tu yang dia tak nak.. haha. Payah budak ni, kadang-kadang aku terpaksa pakai tudung dalam rumah semata-mata nak dukung budak cinonet ni..huhu

Tengok kaki dia...halloh halloh rase nak gigit jek...huhu. Ok binatang di bawah meja itu adalah nini si kucing. Sibuk orang datng rumah, sibuk orang berbual, sibuk jugak dia kat tengah-tengah tu cari publisiti murahan...huhu.

Ok asyik mengendeng anak orang jek.. Lambat tul nak tunggu ade anak sendirikkkkk.

Trafik Blog Aku Tak Hebat Mana Tapi Tetap Nak Berkongsi Tips

Hari ni nak bercerita pasal traffik buleh? Bukan polis trafik tapi traik ke blog ye.. Biasa lah blogger baru baru macam aku, banyak mane lah trafik kan. Biase dalam 200 sehari unique visitor je sehari. Kalo hujung minggu lagi la kurang. Malas hupdate punye pasal.

Trafik yang masuk lepas aku post pasal kisah Achick Spin meninggal dunia

Tapi kadang-kadang ade hari yang tag/ label mengena masyuk la jugak visitors. Yang paling tinggi hari tu masa aku publish entri pasal kematian Achick Spin beberapa jam lepas berita dia tersebar that day. Mak hai mencanak sampai senak perut aku tengok tetiba visitor kat blog aku dalam satu masa sampai 164 orang tengah baca entri aku dalam masa yang sama.

Visitor yang datang lepas beberapa minit post pasal Achick Spin

Mungkin bagi blogger lain biase je kot, tapi bagi aku ni rekod yang paling best la. Tu dia kuasa keyword @ lebel yang kita letak dalam entri kita. Sebelum-sebelum ni keywords yang pernah hits macam aduka taruna ngan rafiqin darwish. Dan keywords yang selalu dan masih melekat sampai sekarang ialah resepi kek batik marie, DPLI dan KPLI.

Keyword yang menyangkut pada hari aku post pasal kematian arwah Achik Spin

Ok jangan mengutuk jgn mngumpat. Aku cerita kat sini bukan ape, cuma nak buat kenang-kenangan jek tepek kat blog ni. Tapi ape yang aku boleh simpulkan kat sini untuk dikongsi bersama, selain blogwalking, kuasa keyword jugak sangat bagus untuk traffik ke blog. Kalau rajin bercerita pasal isu semasa memang mendatangkan faedah lah kepada kita dan jugak trafik blog.

Sekian, majulah blogger untuk negara... Cewahhhh.. =)

Thursday, May 13, 2010

How Many Wiggies?

Jawapan Aku = 230 Wiggies.

Mak hai mencabar sungguh Instant Cash Blogging untuk minggu ke 11 ni yek. Jadi setelah berpinar-pinar mengira, itu lah jawapan sahaye. =)


Episod 22


Episod 23


Episod 24


Episod 25

Entri Serius

Pssst.. Aku tak suka tengok adegan ngeri walupun sekadar gambar. Sedang mengigil ni lepas tertengok gambar ngeri secara tidak rela sekali lagi. Kepada sesiape yang suka menge tag orang kat gambar2 yang 18SG yang ntah ape tu kat facebook, sila la hentikan pekerjaan ituuuuuuuuu..

Aku tiada sukak! Ini Serius...................................

Sekian.

Wednesday, May 12, 2010

Bila Buffered Earning Tidak Lagi Kunjung Tiba



Sedang berkira-kira mau cash out saje earning nuffnang itu setelah sekian lama menunggu buffered earning baru yang tidak lagi kunjung tiba ke belog ini. Mengapakah? Apakah dosaku terhadap mu nuffnang =( Sampai hati menganaktirikan aku.

Hari tu sekali datang tak beringat, lepas tu harem tak muncul lagik.Tak ape lah, tak perlu tamak, cash out kan aje yang ni. Cukup la buat tambah-tambah untuk bayau kos nak ikut mek didi dan rakan-rakan meronggeng ke Tioman nanti kot. =)

Agak-agak kalau tekan link cashout tu petang ini, bile pulak gamaknye cek nuffnang tu nak sampai ke peti merah depan rumah bernombor 15 aku itu? Kate orang makan sebulan dua jugak baru cek tu sampai.. Itu kata orang la.. Beruk tak cakap pe2 pulak sebab die tak ade blog.. =) Ape pulak kate korang?

Okeh Hari Ini Aku Boleh Post 10 Entri Per Jam Gamaknye

Semalam aku kata aku sedang bizi menggila kan. Hari ni dan sampai hujung bulan pun patutnye memang aku akan terus bizi menggila gila sampai tak akan ade mase nak menjenguk blog korang seperti selalu apetah lagi nak menghupdate belog.

Namum begitu kawan-kawan,di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Pulak gitu? Apekehal? Halnye adelah aku tidak dapt memfokus pada kerja, tidak dapat membuat kerja dengan tenang aman dan damai seperti semalam. Kerana ape?

Kerana opis aku tengah renovate. Gila HAPPENING kot!!!!!!!!!! Bunyi orang bertukang, tebuk sane, tebuk sini, mesin itu, mesin ini. Tak campur dengan pekerja indonesia ni yang duk pasang lagu dangdut versi aku tak paham kuat-kuat kat handphone dia sambil buat kerja tu dan sambil berkaraoke.. Wah happy sungguh ko buat kerja yek..

Lagi satu yang BEST dan MANTOPS sekali, tengah aku buat kerja depan pc, ade la dalam 5 kali pc ni padam akibat litar pintas. SERONOK kannnnnnnnnnnnnnnnnn... 5 kali jek pun , tak banyak kottt. So setelah kesekian kalinya aku akhirnya aku pun beralah, dari membuat kerja kepada sama-sama mnonton uncle cina ni buat kerja.

Macam-macam aku tanye, itu ape ini ape, itu nak buat ape, ini nak buat ape.. Ni nak buat partition maa, mahal wo ini barang kecik je u tengok, tapi 2 ribu saya beli. Kate beliau sambil mulut menyenget tunjut alat mengukur ketepatan apebenda ntah tu. Baik uncle ni, pekerja dia duk berkaraoke sambil buat kerja pun die tak bising..haha

Arghhhhhhhhh ngilu2 dia buat bunyi itu lagik... Adoii.. Beliau sedang membuat lobang pada besi pintu ituh.. Sangat seksa... Uhhhhhh perit telinga...

Bos, ape kate kita cuti seminggu sementara mereka membuat kerja ini sampai selesai.. =)
Sekian.

Kek Cokelat Moist Mudah


Oleh kerana ada yang tanya resepi kek cokelat moist yang aku buat untuk my mak masa mothers day hari tu kat entri ni, jadi kat sini aku mau mengkongsikan resepinya. Kalau nak tau, resepi kek cokelat moist memang ade banyak cara. Tapi bagi aku, yang paling sedap, mudah dan murah kos membuatnye adelah resepi ni la. Memang sangat Moist okeh, lagi pulak cara masak dia guna kukus.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kisar
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
3 biji telur
2 sudu (teh/kecil) soda bikarbonat
1 sudu (teh/kecil) serbuk penaik
1 sudu asen vanilla

Cara-cara

Mula-mula panaskan periuk kukusan yang berisi air. Biar die dan kita buat la kek nye...

1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar KECUALI air panas.
3. Putar campuran bahan-bahan tu sampai sebati semua sekali.
4. Dah sebati, baru masukkan air panas. Putar lagi sampai sebati. (Tak yah lelame)

Tak perlu cuak ye bila adunan menjadi sangat cair.. Gitu lah kekdahnye membuat kek ini.
5. Dah siap adunan kek, letak la dalam loyang yang dah di oles dengan minyak permukaannye.
6. Lepas tu, kukus la dalam 45 minit hingga 1 jam.

Dan hasilnye... Sangat moist dan sedap uolsssssss....



Untuk toping cokelat cair itu, aku buat cam ni jek :

Bahan-bahan :
Setegah cawan serbuk koko,
Setengah cawan susu pekat, 1 sudu minyak masak.

Cara :

Campur serbuk koko dan susu dalam periuk kecil. Kacau sebati. Tambah minyak, kacau lagi sampai berkilat dan likat. Siap. Tuang pada kek bila kek dah sejuk.



Tuesday, May 11, 2010

Sibuk Gila Babass

Hambik ko dah bape hari tak tulis entri baru... Entri semalam pun tu auto publish punye, berahabuk blog. Ade orang kesah? Tak ade sape kesah pun dik... Sibukk...Aku sedang sibuk gila babasssssssssssss.


Sekian. =)

Monday, May 10, 2010

Award Lagik


Dapat award lagik... Kali ni dari sis Kajol @ sis Neena. Interesting ke kak blog purple sahaye ni? Hehe.. Ape pun terima kasih banyak-banyak yek. Baik, selepas menerima award, wajib lah kiranya kan menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan di bawah ni:

1. Thank & link the person that give you the award
Yeah... Terima kasih daun keladi kepada sis Neena yang sudi memberi award ini kepada sahaye.. =).

2. Pass this award to 10/20/30 all bloggers you've recently discover.
@ Tedi
@ Didi
@ fiD
@ arief
@ Riezgurl
@ AsaDa RyutaRo
@ illafira
@ eqbalzack
@ Lip
@ Neena <-------- sekali lagik buleh? sebab blog die mmg best, bnyak gambor...haha. 3. Contact said blog and let them know they've won this award Baik... akan di buat jap lagik. 4. Satate 7 things about yourself. @ Nama penuh Nor Aini Binti Abdul Ghani. @ Penggila Seafood. @ Purple's Lover. @ Muka bulat. @ Tinggi. @ Kuat Makan. @ Pemalu.........cewah


Okeh siap.. =)

Selamat Hari Emak

Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu, mak, umi, mama, mummy dan sewaktu dengannya. So kepada yag bergelar anak, ape yang korang buat semalam sempena meraikan hari ibu? Aku pulak? Aku buat kek jek untuk mak semalam..hehe. Cakap banyak tak guna, layan je la gambar-gambar kek i okeh. Walupun comot tapi rasa dia tetap umphhhh...

Sahaye tak reti buat icing untuk hias kek. Pakai m&m dan white choclate chip sahaje yang mampu =)

Haha.. nak tulis 'Mother' tak cukup ruang ni sebenarnye, jadi letak 'Mak' jek.. Boleh?


Upacara memotong kek. Mak kate -> "Ambil gambor tangan jek tau, muke tak payah."

Kek Cokelat Moist untuk semua ibu-ibu yang baca blog ni (untuk tegok je la..hehe =))

Friday, May 7, 2010

Video Kantoi Whatever - Adflin Shauki



Rasanya ramai kot yang dah tengok dan dengar video Afdlin Shauki nyanyi lagi Kantoi yang di popularkan oleh Zee Avi kat AIM hari tu kan. Rentak masih same, tapi lirik yang di ubha sikit versi balasan si lelaki kepada aweknya yang tak reti bahasa. Haha memang Kantoi Whatever betul. Sangat best.. Sila layan.

Misteri Yang Masih Misteri

Semalam balik kerja aku terus basuh akuarium kat depan rumah tu. Hoi semak sungguh air dah naek hijau. Alkisah dalam aquarium tu tinggallah seekor kura-kura dengan lebih kurang 8 ekor anak ikan kecik cinonet.

Kura-kura tu aku yang beli, bela sejak die kecik saiz duit syiling 50sen je sampai sekarang dah besor tapak tangan dah. Anak-anak ikan tu pulak my adik yang beli kat tepi jalan mase balik sekolah sebungkus RM2 beberapa hari lepas.


Lepas basuh tu elok jek aku letak balik si kura-kura ngan anak-anak ikan tu dalam akuarium semula. Suci jernih dah akuarium tu. Aku pun masuk rumah, pastu saje nak menyakat adik aku tu, aku cakap la, aku dah buang anak ikan die, sibok je kat akuarium tu... Die tak percaya pun, die kan tau akak die baik, tak kan sangup sekejam tuh..haha

Then pagi ni time aku bersiap nak pergi kerja, mak tanye kenape aku buang anak ikan si budak kecik tu. Dah menangis budak tu nak pergi sekolah tadi tengok anak ikan die tinggal 2 ekor. Apekah? Aku tak buang pun. Gurau-gurau je cakap semalam.

Aku pun jenguk keluar. Siyes memang tinggal 2 ekor. Cari kat celah-celah batu, memang tak ade. Nak cakap mati, bangkai pun tak ade. Nak kate orang curik? Apekah bodoh nak curik ikan kecik yang orang selalu buat makanan ikan besor tu jek.

Maut dan mati.. Mesti aku akan dituduh seumur hidup sebagai pembuang anak ikan si budak itu balik kerja nanti... Ala tak kisahlah, ape sangat la. Bagi jek RM 2 kat si budak suruh beli baru ye dak? Tapi persoalannya, ke mana kah anak-anak ikan itu menghilang? Misteri.

Aku suspek ia berada dalam perut mahluk di bawah ini. Tapi aku sedikit musykil macam mana kura-kura yang sangat lemah lembut pergerakannya itu dapat menjadikan ikan kecil yang sangat lincah itu sebagai mangsa? Lagipun selama berapa ari ni tak pernah pulak die makan ikan. Sangat misteri.

"Gua dah cakap gua tak de sentuh pun anak ikan itu budak.. Lu tengok muka gua, ade rupa tengah kekenyangan ke? Lu jangan nak tuduh-tuduh gua, gua tak suke okeh."

Wednesday, May 5, 2010

My Message to AIDSAware


Cegah AIDS, Sayangi Diri, Sayangi Keluarga, Sayangi Masyarakat. Okeh itu mesej yang aku sumbangkan kempen AIDSAware. Jom lah ramai-ramai sokong ni okeh kawan-kawan. Untuk menyokong kempen AIDSAware ini, sila dapatkan maklumat lanjut di sini.

Maksud mesej - Kita sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri perlu mencegah dan mengelakkan AIDS. AIDS musuh hidup. Pikirkan diri, pikirkan keluarga dan pikirkan masyarakat. Kekang ia daripada membuat kehidupan dan masa depan menderita. Cara terbaik ialah mencegah. mencegah demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.

Bagi sesiape yang belum join dan mau sokong kempen ni, ayuh suarakan mesej AIDSAware anda kat aidsaware.ruumz.com. Siapa dah join, bolehlah layan video project alpha episod 15 hingga 17 kat bawah ni... =)


Episod 15


Episod 16


Episod 17

Bila Teh Panas Bertukar Menjadi Teh Ais

Wahhh gila lama meeting tadik. Dari pukul 12 lebih sampai dekat pukul 3.. Sampai teh panas yang di hidangkan dah bertukar jadi teh ais kau penangan keterlamaan duk terhidang atas meja bilik meeting yang sehejuk itu.

Ok otak separuh beku, perut dah mengeluarkan pelbagai bunyi. Keroncong dan dondang sayang bersilih ganti. Mari pergi mengisi perut pakej lunch + minum petang sekali. Makan makan... Lalalala~~~~~



p/s : Tetiba teringin choclate strawberry cake dari secret recipe. Cam ne?

Oren Warna Ceria.

Morning semua.. Semoga semua segar bugar dan bersemangat di pagi hari rabu ni yek. Cewaaaaaah cam deejay radio la pulak. Today rasa cam ceria jek. Pengaruh baju oren mungkin?? Ye memang ade kemungkinan... Weeeeeeeeeeee =)

Sampai office pukul 8.00 a.m. Ade setengah jam untuk bersenang-senang =)

Tuesday, May 4, 2010

BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu

Baik.. baik.. sahaye join contest lagi walupun tak pernah menang..haha. Contest kali di anjurkan oleh mekchu. Untuk mendapatkan syarat-syarat penyertaan bagi Best Vacation Photo Contest By Mekchu ni, silalah ke blog beliau di sini. Berikut merupkan gambar yang di pilih.

Tempat percutian ialah Teluk Ramunia, Kota Tinggi Johor. Ok percutian kali ni memang super duper best gila sebab dia merupakan reunion kelas kitorang yang paling lame la kitorang buat setakat ni. 2 hari satu malam.. <---lama lah sangat kan..

Kegembiraan & Kegilaan Terserlah

Sangat happy masa kat sini. Belah petang kitorang main sukanneka ala2 budak tadika, tiup-tiup tepung bagai. Malam pulak buat bbq sambil berborak tak hingat dunia. Memang seronok sangat-sangat. Ye la kan, bukan senang nak kumpul reramai cam tu. Dengan perangai gila-gila masing-masing yang tak berubah..huhu

Lihat la betape happynye kami =)

Terlebih sudaaaaaaaaaa... Time sukaneka =)

Bercerita pasal reunion ni rindu pulak kat budak-budak zaman sekolah ni sume.. Haiyaaaaaa.. Geng, jom buat reunion lagik!

Baik untuk melengkapkan syarat, berikut adalah butiran yang diperlukan :
Nama : Aini
Tempat Percutian : Teluk Ramunia, Johor
Tarikh : Err.. Bulan 8 Tahun 2009

Korang Tak Suka Hari Isnin Tapi Suka!

Pasal ape aku suke hari isnin? Sebab ade pasar malam depan office aku tiap hari isnin..hehe.. Best woo... Start pukul 4 petang je, mula la bau-bauan menusuk hidung. Aku pun ape lagi, akan mengendap dari tingkat atas kat bilik meeting.

Dan biase hari Isnin aku akan keluar sedikit awal dari opis kalau terasa nak berjalan-jalan ke pasar malam tu. Al malumlah awal-awal bulan ni kan, poket cam lebat sket tu yang cam berkobar-kobar nak meround pasar malam. Nak tabur duit sane sini..haha

Dari kaki lima office, turun tangga je nampak dah gerai jual sayur India ni.


Abaikan amoi dua orang ni. Tengok kat gerai yang kena serbu ramai tu. Tu lah gerai jual rice to wednesday a.ka nasi ke-rabu kegemaraan mektok Wan Nadirah Wan Yakob =)

Belum pukul 6 petang lagik. Jadi gerai pun tak banyak bukak lagi time ni.

Setelah berjalan-jalan membelek itu ini kat pasar malam tu, aku cume beli 2 keping murtabak jek bawak balik...haha. Masa on the way nak balik tu, lalu depan satu gerai buah. Mak hai, bukan men meriah dan memekaknye tokey buah itu menarik pelanggan.

"Mari-mari abang botak beli buah...." Jerit si apek kepada seorang abang berkepala licin yang lalu depan gerai die. Mak hai..sesedap hati ko jek.. Kalo aku jadi abang botak tu, aku blacklist trus gerai ko.. Kecik ati punya pasal..haha.. Gila sentitip..

Hehe..cam tu la keadaan kat pasar malam, memang le meriah sket.. Tu belum gerai jual vcd cetak rompak bukak tuh. Kalau dah bukak lagi meriah tu siap pasang lagu dangdut gelek gerudi inul darasista lagi tu korang.

-End-



Monday, May 3, 2010

Aminul Rasyid Amzah

Minggu lepas masa baca pasal berita Polis tembak mati budak sekolah kat Shah Alam tu aku sekadar.. Mmmm..kesiannye adik Aminul Rasyid Amzah ni.. Muda lagi dah meninggalkan dunia dengan tak di sangka-sangka.

Kesian juga pada keluar arwah Aminul Rasyid ni. Ye lah, kehilangan orang yang kita sayang secara tiba-tiba memang sangat memilukan okeh. Lagi pula anak bungsu dalam keluarga. Bak kata orang tak puas mengecapi kehidupan lagi kan.

Dalam kes ni ramai pihak yang menyalahkan pihak polis sebab tembak Aminul Rasyid ni dan pasal isu jumpa parang dalam kereta tu. Aku atau kita yang tak ade kat tempat kejadian ni memang tak ada bukti nak kata apa-apa kan.

Tak perlu memandai kata itu ini kalau kita tak tahu perkara sebenar. Cuma yang perlu, sebagai umat Islam, kita berdo agar roh adik Aminul Rasyid tenang di sana dan segala kebenaran akan terungkai.

Dalam pada itu, aku kesian juga pada pihak polis. Mungkin mereka sekadar menjalankan tugas, untuk memastikan kesejahteraan negara tapi kesilapan tertembak budak itu menjadi sesalan seumur hidup bagi mereka. Besar tanggungjawab polis ni, bila tersilap macam ni lain pula jadinya.

Kesimpulannya kepada ibu bapa, jaga dan kawal lah anak-anak kalau betul sayang kan mereka. Sebagai manusia kita tak tau kan ape yang bakal dan akan terjadi. Walaupun hanya dengan satu kesalahan kecil, macam-macam boleh terjadik. Jadi kan kes ini sebagai pengajaran.

Al-Fatihah untuk Arwah Aminul Rasyid Amzah..





Bila Mak Dara Tak Memasak

Bila mak anak dara dan ayah anak dara tak ade kat rumah semalam, tinggallah anak dara dan adik-adiknya saje kat rumah. Dalam kemalasan hari ahad itu anak dara sambil berguling di atas katil seperti tenggiling sudah berangan-angan hendak memesan pizza sahaja untuk makan tengahari itu.

Sedang sedap berguling sambil melayan rancangan melodi yang sensasi itu, terdengar pulak suara si adik terpekik kelaparan. Rupanya si adik sudah siap memasak nasik. Menunggu giliran si anak dara untuk memasak lauk pulak. Hancus sudah cita-cita mau makan pizza..

Dengan lomah longlai anak dara menjenguk ke peti ais. Meninjau apa yang ada untuk di buat lauk. yang ada cuma sekawan haiwan laut yang comel, bakal anak ayam dan sipanjang. Hasilnya... Hanya ini yang mampu.. Tiada ikan, tiada ayam tiada daging. Tiada kuah lemak, tiada jugak gulai kari..

Hidangan tengahari

Haiwan laut yang comel di masak sambal tumis.

Si panjang di goreng bersama bakal anak ayam

Bakal anak ayam yang dipukul sekuat rasa menjadi bakal anak ayam dadar

Sekian...




Mengapa Wanita Seperti Aku Membulat

Aku mula rasa tension dengan berat badan aku nih. Tension. Sampai rasa semua baju yang aku try tak kena langsung dengan aku. Even baju dalam almari kat rumah ni dah banyak menjadik ketat sendat mandat bila aku cuba. Sudahnye berperuk la baju - baju aku kat dalam tu tak di pakai lagi. Sape nak, sila roger, aku jual satu longgok 5 ringgit.

Dengan tak malunye aku mengumumkan berat badan aku masa minggu orientasi UTM, Julai 2006 ialah 56 kg dengan ketinggian 163cm dan now, dekat sepoloh kg bertambah! Ape benda yang aku makan sampai jadi macam ni dalam masa 3 tahun sahaje ye kawan-kawan? Jawapan nye adalah fast food! Ye aku penggila fast food sejak masuk U.

Zaman Dulu Kala - Lonjong je muka aku (Tudung kelabu, bju coklat)

Dulu masa mula-mula ade la sebulan sekali makan fast food cam MCd, KFC dan pizza hut. Lepas tu 2 minggu sekali dan sekarang boleh dikatakan setiap minggu mesti ade. Itu kerja gila. Wahai gadis yang masih bertubuh langsing, sila ambil pengajaran dari cerita aku ini kalau tak mahu sesal sesesalnya seperti aku okeh.

Perkembangan @ pengembangan? (Tahun dua kat UTM- Baju hitam)

Makan Mc Chicken itu memang la sedap, mudah dan cepat jek di telan tetapi hasilnye?? Kau tengok la sendirik....

Sekarang! Membolat kan?

Kepada sesiapa yang ada tips diet hebat, tips menguatkan semangat untuk berdiet, yang mampu menurunkan berat badan aku, sila lah lontarkan di kotak komen. Tolong la aku si wanita yang semakin membulat ini...

Tolong la.. Tolong la... Aku nak kurus semula... Nak pakai baju cantik-cantik lagi.... =(

Camera, Rolling, and Action3!

Instant cash blogging minggu ke 9 bahagian b. Camera, Rolling and Action. Bercakap pasal camera mesti korang excited kan. Lagik-lagik perempuan. Tengok je la kat facebook tu, kalo tak de 5, 6 album gambar memang tak sah lah. Wahh.... bukan main suke korang posing-posing depan kamera kan. Pose sane pose sini.

Posing posing jugak, tapi jangan muka sahaje lawa dalam gambar tapi kebersihan part-part bau badan ni tak lawa pulak. Sebagai perempuan harus lah kan kita menjaga penampilan dari atas ke bawah dan dari luar hinggalah ke dalam. Dan antara masalah yang sering tak di sedari oleh kita ialah masalah bau badan. Masalah bau badan ni masalah besar ye, bukan masalah kecil cinonet je yang boleh kita abaikan.

Okeh hari ni nak promote Adidas for women Action 3 dry Max System Anti Perspirant Spray. Khas untuk menangani masalah bau badan yang menjengkelkan. Adidas for Women Action 3 dry Max System Anti Perspirant Spray ni terdalam dam beberapa pilihan iaitu Pro Clear, Intensive, Sensitive, Fresh, Pure dan Control. Boleh pilih mana satu idaman kalbu ikut citarasa masing-masing.
Masalah bau badan dek kerana peluh memang menyusahkann dan mendatangkan masalah ye kawan-kawan terutamanya perempuan. Jatuh saham ye kalo badan berbau tak enak walaupun muka santek kalah siti nurhaliza. Produk Adidas for Women Action 3 dry Max System Anti Perspirant Spray ni merupkan Adidias's best defense againts sweat with triple action. Hambik, sesuai sangat kan untuk menangani masalah ituh.

So ape lagi, sambar la Adidas for Women Action 3 dry Max System Anti Perspirant Spray ni untuk menambahkan keyakinan diei. Sembur sahaja untuk meningkatkan keyakinan diri. Dengan 6 bau pilihan yang menarik, kita boleh pilih mengikut kesesuaian diri kita. Amacam ? Orait kan?
Kenapa? Tak percaya? Kalo tak percaya kasi try dulu lah.

Okeh tamat promote didas for Women Action 3 dry Max System Anti Perspirant Spray. Sekarang, sila layan video Project Alpha Season 2 episod 11 hingga 14 berikut untuk mengisi masa lapang korang... lapang la sangattt.........huhu




Episod 11


Episod 12


Episod 13


Episod 14

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Saturday, May 1, 2010

Blogger Award Friendship

Terima kasih kepada miss dalila yang menganugerahkan sahaye dengan award cohomel di bawah. Mendapat award pakej sekali dengan TAG..huhu. Baiklah, akan ku selesaikan tag dari beliau ini.. =)

Soalan 1 : 3 nama samaran kamu
Mak hai, segan kot cerita pasal nama samaran ni..huhu. Ok yang pertama yang member paling ramai guna Aini lah. Yang kedua family panggil Nor ada jugak yang merelatkan lidah panggil noy. Yang ketiga pulak Mont a.k.a MONTEL. Siot sungguh. Dapat gelaran ni masa kat mrsm, melekat sampai sekarang. =(


Soalan 2 : 5 Tarikh penting dalam hidup anda?
Mak hai sampai 5 tarikh tuh nak kena state kan. Okeh, yang pertama cofirm la my birthday. 18 February 1987 <--------- sila beri hadiah =) Yang kedua 25 May 1987 <-------- kenapa? Lu pikir lah sendrik beb =) Yang ketiga, empat lima tak berapa penting kot.huhu

Soalan 3 : 5 Perkara yang anda buat semalam.
Semalam hari Jumaat. Macam biasa bagun pagi pergi office. Petang gaji dah masuk, balik office singgah beli KFC untuk family, mandi, makan , tido. Sekian..

Soalan 4 : 5 Perkara buat anda gembira?
Ya soalan ini aku sukak! Happy bila dapat jumpa si dia lepas berbulan-bulan tak jumpa. Kedua, happy bila dapat keluar dengan kawan-kawan sekolah <---- Aku happy dengan kegilaan korang. Ketiga bila dapat pergi air terjun. Happy giloks! Keempat happy bila gaji baru keluar. Kelima happy bila dipermudahkan oleh-Nya dalam semua urusan, Alhamdullilah.

Soalan 5 : Drama Kegemaran anda?
Kalao korang ikut blog aku ni, mesti korang tau aku sangat menggila dengan series drama cina dan jepun zaman aku sekolah menengah dulu macam Fong Sai Yuk, My Fair Princess, GTO, White Love, Beach Boy dan len-len. Gilak sukak!

Soalan 6 : Hobi anda?
Dulu sangat suka melukis, ade simpan lagi koleksi dulu-dulu. Sekarang masa untuk melukis tak de dah. Menconteng boleh lah. Selain tu, aku suka membaca, memasak (kek, roti, biskut, pizza, western belake. Masak lauk sume mintak maap yek..mengharap emak sahaje). Last jangan tak tau, aku pun rajin menjahit manik kalo datang sawan aku nak melaram baju. =)

Soalan 7 : 5 Tempat percutian idaman?
1. Jepon
2. Paris
3. Langkawi
4. Cameron Highland
5. Tak tau dah <---- banyak nau nak kene list

Soalan 8 : Sebab kamu jawab soalan ni?
1. Dah kena tag, jawab je la.
2. Tak ade idea nak buat entri baru..huhu
3. Menghargai cik dilla yang menge Tag. =)
4. Ntah
5. Ntah

Soalan 9 : Lihat siapa yang kena tag....
Haaaa... Siapa yang tengah baca entri ni dan rajin nak buat sila buat. Buat jagan tak buat.. hehe =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails