Ini kisah sambungan daripada entri Kenangan Mengusik Jiwa Part 1 okeh. Kali ni aku nak bercerita pula pasal kenangan manis aku dan kawan - kawan masa zaman sekolah asrama dulu.
1. Sentiasa berfikiran kritis dan kreatif dalam menghadapi ape jua keadaan. Contoh yang paling baik ialah masa menyorok dalam locker dan menghapuskan jejak ponteng prep. Aku jugak pernah memberikan idea yang bernas lagi bijaksana kepada roomate ku si Haniza supaye sorok handphone dalam kocek baju dan sidai baju tu kat ampaian besar depan hostel masa warden tengah buat sportcheck mencari barang larangan terutamanya hanphone.. Baik punya cilok dan idea jahat tersebut ternyata berhasil.
2. Membeasarkan badan sebagi rutin harian. Kami di hidangkan dengan 6 kali makan sehari iaitu sarapan 7 pagi, minum pagi 10 pagi, makan tengahari 1 petang, minum petang 4 petang, makan malam 6 petang dan supper 10 malam. Dan hasilnya, kebanyakan dari kami meninggalkan sekolah dengan berat badan yang sahangat maju jaya..haha. Mana tak nye, makanan sume sedap-sedap belake. Masa supper contohnye burger, nasi lemak,fries dan mee goreng adalah antara menu utama.
3. Memfameskan diri dengan tanpa kerelaan. Setiap pagi, selepas semua murid berhimpun kat foyer untuk perhimpunan, Badan Wakil Pelajar akan buat sport check ke semua bilik dalam hostel. Lepas tu, bilik yang kotor akan disebut kat perhimpunan dan semua ahli bilik akan berdiri kat atas pentas. Sesebuah bilik akan dikategorikan sebagai kotor walaupun hanya kerana selipar bersepah kat depan bilik atau cadar katil tak ditegangkan tau. Dua benda tu la yang paling fames, lebih daripada tu memang jarang berlaku.Sape yang naek pentas memang akan fames untuk hari itu.
4. Outing Yang Melampau. Kerana stress akibat terpaksa menghadapi SPM sewaktu orang lain masih lagi menyambut Hari Raya aidilfitri, aku dan beberapa kawan-kawan mintak izin dengan papa Joe,ketua warden untuk beraya ke rumah ateq kat pekan nenas, tak jauh dengan MRSM Pontian tu. Selepas dipujuk-pujuk, keizinan dibagi dengan syarat kena balik sebelum sebelum 6 petang. Akibat terlebih gembirak, kitorang sampai depan maktab pukul 8 malam. Hambikk... papa Joe bercekak pinggang depan pondok pak guard. Akibatnye, kitorang di tahan, kena duduk luar pintu pagar sampai pukul 1 pagi..haha.. Tapi best woo mase tu, tak padan dengan kena denda, masih lagi tegar bergelak ketawa bersuka ria kat depan tu... Dasar budak tidak tau dirik! Huhu.. Ye la kan, time tu kan dah nak habis SPM, kire cam saat-saat terakhir bersama diorang..... ~terase sedih pulak ketika ini.
5. Tidur secara berjemaah di dalam kelas. Tidak tahu apakah puncanya. Ada yang kate akibat makan nasi kawah yang terlebih kanji kat dewan selera setiap hari menyebabkan cepat mengantok di siang hari. Betul ke? Pantang cikgu keluar kelas, masing-masing berlumba membuat taik mata.. Sepakat membawa berkat..huhu.
6. Senior is a monster. Itu adalah adat. Ada jugak salah sendiri dan memang patut kena. Satu kes, si ain telah membuang air oren dari kelas kami yang kat tingkat tiga tu time prep malam. Lima minit kemudian datang seorang senior yang bengis serupa monster basah di kepalanya. Maka menjeritlah beliau dan terkedu la kami sekelas. Alkisahnya si senior sedang memonteng prep dan duduk si belakang kelas beliau di tingkat bawah dan mendapat balasan mandian air oren secara percuma akibat tindakan yang tidak disengajakan ain..kehkehkeh..
6. April Fool Yang Menggila. Ni kerja dak Azie dan sekutu sekutunya la nih. Buat dajal kat aspuri untuk lawak april fool. Memang kecoh la aspuri time tu. Mane taknye, time orang sume dah tido, diorang pergi satu-satu bilik buat dajal. Letak shampoo kat tombol pintu, colgate kat selipar, letak penyapu depan pintu bilik, pasu bunga besar gabak pun di angkat letak depan bilik orang. Habis shampoo, sabun orang dihuruaharakan.. Bayangkan pagi-pagi orang tengah mamai-mamai bagun tdo, bukak pintu bilik sure2 la tangan dah melekit pegang tombol pintu, pastu penyapu jatuh atas kepale, pastu nak ke toilet, sarung selipar terasa plak ade benda sejuk bawah kaki..harubiru la mase tu.. Akibatnye?? Azie and the gang di denda seminggu dan diberikan ceramah percuma tentang keberukan April fool oleh ustazah..hehe
Banyak lagi sebenarnye kenanagan tapi setakat ini sahaja untuk kali ini okeh... Bila perasaan rajin menerjah nanti, akan ku scan gmbar zaman hostel dul-dulu untuk ditepek di blog ini. Gambar-gambar di atas di ambil masa aku and the geng dah tahun dua kat Universiti, pergi mengambil sijil SPM si Yasin yang dah berzamam tak amik-amik kat maktab. Daa... =)
7 comments:
waaaaaaaaaaaaaaa...
sedih. na skola balek..
waaaaa
;)
*tekanan perasaan seorang kanak2 yg dah abes spm. bosan~!
haha =P
pergh.. anggap senior sbg monster;)
cantik sekolah kamu..mcm kawasan pekuburan nirvana kat Sabah.. cantik..
dajal gila member ko buat april fool..haha..kena belasah ramai2 baru tau..
avid : die memang gile sampai sekarang..haha
Aj : ayoo macam kubur ke..huuuuu
Zuwairy : biase la.. semua pun pernah jdimonster kn..
zida : Sekolah memang best!
Hahaha yang April Fool memang takleh blah
tyme pendidikan jasmani paling syiok wat aktiviti tido berjemaah hahahaha
Post a Comment