Followers

Wednesday, August 25, 2010

Dah Dapat Cuti Raya? Berapa Hari?

Aku dapat cuti 8 hari. 8-16 September. Mula-mula bos beritahu seminggu jek, 8 hingga 15 hb. Tapi tengok kalendar 16 hb tu kan cuti umum hari penubuhan Malaysia. Terus inform la kat bos.. Kalau pasal cuti memang pantas dan tuntas jek kan alert..haha

Mula-mula ingat mybe bos akan anjakan cuti dari hari rabu kepada hari khamis kasi ngam cuti raya seminggu jugak. Tapi bos kata tetap start cuti rabu 8 hb sampai khamis 16 hb. Haha..bestnye.. Tapi lagi best kalau Jumaat 17 hb tu cuti terus kan dah alang-alang tu kan..haha..

Orang dah bagi cuti 8 hari dah cukup bagus dah tu kan. Tapi kan, raya tahun ni cuti lama pun macam tak berapa nak happy sangat la. Sebab ni la first Hari raya aku akan beraya tanpa atok. Arwah atok aku dua-dua dah meninggal dunia tahun ni. Dalam tahun yang sama aku kehilangan atok kedua belah mak dan ayah aku...

Kalau sebelum ni kami sekeluarga tiap tahun memang akan balik kampung. Malam raya kat kampung. Samada belah mak atau belah ayah. Kalau malam raya kat kmpung ayah, lepas pagi raya akan balik kampung mak pulak dan macam tu la sebaliknya... Tahun ni tak tahu la macam mana. Nak balik kampung atok pun dah tak ade, rasa lain..

Tak meriah la raya aku macam dulu raya tanpa insan bergelar atok... Masa raya tahun lepas merasa lah aku bagi kedua-dua atok duit raya sebab tahun pertama bekerja. Itulah pertama kali dan terakhir....

Haish.. Sedih lah pulak...... =(

6 comments:

avid gunner said...

takziah atas kehilangan. apapun masih ada lagi org yg tak berkesempatan jumpa dua2 atuk sbb dia x lahir lagi dan takde gambo ape pun sbb zaman dulu kamera bukan murah..hehe..

Ckin Kembaq said...

insyaAllah dapat cuti 6 hari..till selasa..hehe tak mau lebih2 bab kan praktikal kan..

mai aliyah said...

wah lamanye cuti..jgn lupe bg duit raya..hehehe~

al-lavendari said...

memang sedih dan sayu. tetapi lama-lama kelamaan nanti perasah itu akan hilang juga.

cuti sakan nampak !

kodok hijau the ghost writer said...

seminggu den rayo singapore thn ini dan brunei hahahaha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

seronoknya dah boleh rancang..nak g shoping mana nak buat apa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails