Followers

Monday, August 16, 2010

Projek Hujung Minggu Ialah Bergoyang Dengan Kuih Goyang

Ape cerita hujung minggu yang baru lepas ni? Ape projek? Projek hujung minggu aku adelah membuat kuih goyang a.k.a kuih ros bersama emak dan adik aku. Kuih tradisonal tu. Mak la beria nak suro buat kuih goyang ni.. Tahun ni sume nak buat je. Maklumlah anak dia kan rajin... Haha..

Gambar sumber dari sini

Eh mula-mula mak aku excited cakap buat kuih ni senang lenang je. Cett.. Memang la membancuh adunan kuih goyang tu sangat bersenang lenang. Campur gula, tepung beras, telur, santan, garam sikit pastu blend je kasi hancur, rata dan halus. Senang bukan?

Tapi yang payah dan hazabnya ialah time nak menggoreng dan menggoyang kuih itu ye kawan-kawan. Suma nak kena betul. Minyak nak kena cukup panas, terlebih panas sikit rentung.


Lepas tu acu kueh goyang pun kena betul panas, kalo tak nanti adunan tak lekat masa kita celup kat adunan. Tak pun bila adunan dah lekat, dia tak mo tanggal plak bila dah masuk dalam minyak.. Ya hadoooooooooi aku kate... Bayangkan orang yang fist time dan tak pro macam aku ni yang buat kan.

Lagi satu hazabnye ialah sambil mengoreng dan mengoyang, kita juga akan memasak sama tangan kita yek. Walaupun tangkai acuan tu panjang, tapi tangan kita yang pengang acuan tu betul2 atas minyak panas tu yek sepanjang proses menggoreng. Sonok kan main acah2 tangan kat minyak panas. =)


Gambar kat atas ni mengambarkan la aksi sebenar aku yek masa mula-mula menggoyang..haha. Tengok la.. Yang pertama adalah rentung akibat puas bergoyang tapi kuih tak nak tanggal gak dari acu. Lepas tu yang kedua plak kuih telah tanggal sebelum aku sempat masukkan dalam kuali apetah lagi bergoyang pun tak sempat okeh.

Setelah susah payah akhirnya siap jugak satu tin kuih goyang kami yang cantik. Tak lupa juga satu tin lagi kuih goyang yang cacat kerana hangus atau rupabentuk yang tak berapa sempurna. Yang cantik untuk hari raya, yang cacat untuk kudapan seisi rumah.. Haha.. Tak elok membazir weh!

p/s : Gambar hasil yang dah siap tak sempat nak snap. Penat hoo... tak larat angkat kamera lagik..huhu. next time la tunjuk.

7 comments:

..nOj.. said...

heheh tau xpe. mmg nmpk senang buat kuih ni. tp senang hanya untuk pakar okeh. yg beginner ni mmg camni la kejadiannye. hahaha

Mr. Asada said...

hahahaha.. satu tin yg hancur cacat tu la utk di hidang sepatutnya. sendiri makan yg elok. hahaha..

bukan kuih celup ke nama kuih ni. hurmm.. tengok cam senang je.

hangus tu sbb api dia besar sangat kot..

Eliss said...

wah rajinnya :) aku penah gak buat ni..best goyang2..tapi adunan mak aku lah prepare, aku tukang goyang ajer..hehehe

FR said...

wahh lama da tak buat kueh nie
hehehehe
rindu laa
nk buat jugakk ..
skrg da dok asrama xsmpat tlong tok buat kueh pom ..

Zaharah said...

sedap nyer..
nk raya umah noi la gini :)

eqbalzack said...

wahhh...abg eq suka kuih ni time raya...boleh bikin hati goncang...hehe

grafreak said...

mak saya suka buat kuih loyang. kalo balik sekarang ni mesti kena jaga kuali. sampai sudah expert.

sekarang mak suka buat kuih sepit pulak. kaedah sama gak le gini cuma kena cepat melipat je. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails