Followers

Wednesday, August 18, 2010

Roslin Hashim Bercerai Lagi


KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini. Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Sumber Metro Online

Bercerai, penceraian, cerai... Semoga aku, keluarga, kawan-kawan, saudara mara dijauhkan dari perpecah belahan rumahtangga seperti ini, lagi-lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

4 comments:

Malek Ku said...

besela tu..cerai dh makin menjadi2

Eliss said...

semoga ada sinar baru buat mereka.nauzubillahiminzalik

Blog.Syarih said...

Susah nak di komen sebab kita tak tahu sebab-sebabnya. Sebaiknya sebelum apa-apa berlaku rujuklab bahagian kaunseling Majlis Ugama Negeri. Insyaallah mereka sedia membantu.

Zaharah said...

Amin... minta-minta mit di jauhkan dari berlaku sepertin itu.. InsyaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails