Followers

Saturday, August 14, 2010

Ribut Taufan Di Bazar Ramadhan Jasin Melaka


Takziah kepada keluarga mangsa ribut di bazar ramadhan Jasin Melaka yang berlaku semalam. Terkejut baca berita ni daripada rakan-rakan blogger yang lain. Selain 3 orang maut, beberapa orang lagi cedera dek ribut yang seperti taufan yangt tiba-tiba melanda itu.

Di bawah adalah video yang di ambil dari youtube keadaan selepas ribut taufan di bazar ramadhan di jasin melaka itu




JASIN: Tiga terbunuh manakala 18 cedera apabila khemah bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin, di sini, roboh dan diterbangkan ribut, kira-kira jam 4.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, tiga yang maut ialah peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau, peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, kelahiran Jerteh, Terengganu yang kini menetap di Batu 15 Ayer Merbau dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung

Mangsa lain yang cedera yang kebanyakannya peniaga ialah Azaraie Adzahar; Rosidah Rasul; Norazli Mohd Zaid; Muhammad Amir Limat; Norizin Othman; Norizlin Othman; Nurazidah Md Aleh; Hakiki Shahrul, Norashikin Idris; Gool Muhammad Ab Latip, Jamal Hisham Yahaya; Farah Alwani Othman; Mohd Norizan Mohd Amin; Mohd Shahrul Shaharudin; Norfara Damia, Norhaizan Hussein dan Noraizam Abu Bakar.

Tiga daripada yang cedera Nurazidah dan Norhaizan dimasukkan ke wad pemerhatian, manakala Norashikin yang mengandung dimasukkan ke wad bersalin dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.
Ketika kejadian kira-kira 80 peniaga baru memulakan operasi dan pengunjung masih belum ramai.

Seorang peniaga kuih, Siti Nuriza Md Zin, yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkan peniaga dan pengunjung tidak sempat berbuat apa-apa.

Sebelum kejadian katanya, kebanyakan peniaga sedang memasang khemah masing-masing untuk memulakan perniagaan mereka.

“Angin kencang berlaku tiba-tiba... tiada sebarang tanda ribut akan melanda. Saya sempat melihat beberapa peniaga cuba menahan khemah masing-masing tapi kebanyakannya terlepas kerana angin kencang.

“Akibatnya banyak khemah peniaga berterbangan di udara, termasuk diterbangkan angin melebihi ketinggian lampu limpah di Stadium Jasin sebelum jatuh kembali di kawasan bazar ini dan mungkin menimpa peniaga dan pengunjung hingga menyebabkan kecederaan,” katanya.


Berita penuh di Berita Harian,

6 comments:

shaffique said...

mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. tuhan nak tunjuk sesuatu kepada kita.


My latest entry : Luntik, Kucing Bertelinga Empat

Muhammad Izuan said...

takziah kpd mangsa dan para peniaga...

chenta said...

ye..mungkin ada hikmahnya atau ada sesuatu yg berlaku kat situ yg dimurkai allah..sedikit yg buat, semua kena terima akibat...

Usy@M^^ said...

takziah pd mangsa...berniaga lh ngn jujur supaya x kene bala....

Saya Suka Cara Kamu Berfikir

..nOj.. said...

sedihnye. sgt2 sedih time nk kutip sisa2 makanan. rezeki tu

Anonymous said...

Setiap yang berlaku dah ditetapkan....kepada yang terselamat ucapkanlah kesyukuran kerana Allah masih lagi memberi lagi ruang untuk kita bermuhasabah tentang apa yang berlaku....Dan kepada yang 'pergi' sedekahkanlah al-fatihah semoga roh mereka ditempatkan bersama hamba2Nya yang soleh...Wallahua'llam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails