Cerita orang di gigit buaya kat Port Dickson memang hot dalam awal tahun ni. Tapi masa tu pihak berkuasa menafikan. Ye la, selagi tak ade orang mati kena telan dek buaya tu atau ada bukti buaya tu wujud kan. Tup tup dalam Utusan hari ni sah bangkai buaya di jumpai kat port dickson.
TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!
Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.
Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.
Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.
Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.
Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.
Berita Penuh Sumber Utusan Malaysia Online di sini
8 comments:
buaya darat juga bahaya, apa lagi buaya bukit macam bukit damansara, bukit pantai, bukit antarabangsa dan sebagainya. hehe
dari mne dye sesatt nehh!
scary woo!
fuishoooo!
dorang tak bedah siasat ke..ape punca kematiannye?
issk..takut siut...ingat buaya duk kat sungai2 jerk.
makkkkdatokkkk...
tak macam besar ke??
thanks 4 the info..
besarnyer... takutnyer nak p PD lagi... huk3x...
bapak bsar punya buaya ni. huhu.. dahsyat..
cam best je kulit dia buat jd belt.. hehe =P
sebab lemas ngan air masin.. ahaks.. nak balik ke sungai x jumpa jalan..
gila... besar gergasi. spesies apa nih?
Post a Comment