Followers

Thursday, February 11, 2010

Kuasa keyword Kepada Nuffnang


Selalu aku baca dan dengar orang cerita pasal cara nak meningkatkan jumlah trafik ke blog la, cara nak tarik unique visitor la dan lain-lain. Memang seronok kan kalau blog kita ada trafik yang tinggi, ramai orang datang dan baca entri yang kita tulis.

Salah satu cara meningkatkan traffik ke blog kita ialah dengan kuasa keyword. Yeah memang betul. Aku dah merasa kesan keyword itu. Walaupun tak le beribu orang yang datang setiap hari, tapi bila tengok unique visitor meningkat berkali ganda, keseronokkan itu berada pada tahap tak terhingga. =) Yeay!

Minggu ni, aku ada buat entri pasal permohonan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah, (DPLI). Traffik dari search engine google mencanak masuk kesan hit kepada keyword berkaitan KPLI dan DPLI 2010 / 2011. Sebelum ni kisah pasal aduka taruna dan Almarhum Sultan Iskandar pun dapat hit jugak.

Ok kesimpulannya, lepas ni kena rajin update pasal isu terkini la untuk tarik banyak unique visitor. Sekian =).




17 comments:

Kujie said...

kalau dah mesra dengan encik google , trafik akan stabil untuk jangka panjang.... hujung minggu pun trafik tak akan drop secara drastik


tahniah!

maisyara Pot! Pot! said...

hehehe... mai yea keyword tinggi 'pondan'.. ngee^^

Kancilbiru said...

ya betul!

Sharinginfoz said...

tahniah.... baguslah orang masuk melalui google and at the same time diaorang dapat maklumat yang mereka cari kan....

Sebulan Tak Perlu Bayar Wimax???

Jom Buku Murah….

Didi Nadhirah said...

trafik I pasal naomei hahaha

JAI said...

kebanyakan keywords dalam english yang banyak hit...

adiwarnatasya said...

Salam Aini:)
Anda di tag!!!
Silakan ambil soalan dlm blog jue

hafizmd said...

terima kasih utk tip ini..insyaAllah akan dipraktikkan..

hajarus said...

ooo... camtu ker..

AzuanBudakMemandai said...

harap harap berjaya jugak buat keyword yang menjadi huhu

hydir said...

yg penting isinya menarik dan bermanfaat kepada orang lain :)

sI tEDI said...

betul! setuju!

itu gunanya menggunakan bahasa yang betul!

MeLmeL said...

setuju! tapi mel selalu tulis blog merapu -___-" hehe kpli tuh sebab ramai nak mohon kan?

LORD ZARA 札拉 said...

ngeee~~

betul2~~

hatta said...

wah menarik.. so kena tau keyword apa yg orang nak la kan?

DaHLia said...

tahniah!!! keyword mantap blog sis "OST NA O MEI" Search laaa....first page Google..hehehe

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

masih x paham ape itu keywords.

tolong jelaskan...tetiba blur lak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails