Followers

Thursday, February 25, 2010

Serius! Bukti Aku Pernah Bercita-cita Mahu Jadi Ahli Bomba

Kad Kuning Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah aku

Sedang aku kemas-kemas sijil lama yang berkepuk dalam fail, aku terjumpa Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah aku. Kad yang warna kuning tu. Yang ada maklumat diri kita, berat, tinggi semua tu. Kat situ jugak ada dicatatkan cita-cita kita yang dicatatkan oleh guru kelas ketika itu.

Seingat aku, setiap tahun cikgu akan tanya 3 cita-cita setiap murid untuk di rekodkan dalam kad ni. Hambik, bila tengok ruangan APA SAYA HENDAK JADI BILA BESAR pada kad tu, aku gelak gila-gila punya ni. Masa darjah 1 Bentara, cita-cita pertama nak jadi Guru, kedua nak jadi Doktor dan yang ketiga nak jadi Ahli Bomba kau.. Sebab pe nak jadi bomba? Aku pun tak tau nak jawab..haha

Hambik nak sangat jadi bomba cam ni.. Kang api tak padam, aku yang rentung =)

Darjah dua cikgu malas, cikgu tak catat. Darjah 3 Damai pulak, antara cita-cita aku adalah pensyarah, jururawat dan pelukis. Ok nampak sangat minat nak mengajar. Darjah satu nak jadi cikgu, darjah 3 up sket jadi pensyarah pulak. =) Yang pilihan ketiga nak jadi pelukis? Yup, mase tu aku memang dah gila melukis dan suka melukis. Tu yang ada hati nak jadi pelukis tu..huu

Jadi Guru. baru ku sedar dari sekolah rendah lagi aku dah ada niat suci murni nak jadi cikgu rupanya..hehe. Masa sekolah menengah pun aku minat juga nak jadi cikgu. Tapi niat aku dah ke lain sikit la. Aku suka bila tengok sorang cikgu tu, nama dia cikgu Rosalita. Punya la cantik. Tiap hari pakai kebaya dan kasut tumit tinggi mengajar. Time kelas dia, aku ngan kawan-kawan duk perati baju dan kasut dia je..huhu. Dalam hati, nanti nak jadi cikgu cantik cam ni jugak la.. =)

Cikgu cantek.. Suka.. =) Tapi lagi suka tengok kalau cikgu pakai baju kurung atau kebaya, tumit tinggi.. Huu..mengancam. Ok niat untuk menjadi cikgu suda sedikit terpesong di situ. =) Kang ade plak cikgu lain marah. Yang penting adalah niat nak mengajar anak bangsa kan.. =)

Jadi Doktor & Jururawat. Tu dulu la... Dulu.. Sebelum peristiwa tangan senior terbelah dek buluh, sebelum aku seriau dengan darah, sebelum aku ada penyakit mabok darah.. Sekarang memang tak ade hati dah..

Selain cita-cita diatas, aku pun pernah bercita-cita nak kerja kilang akibat pengaruh drama ape ntah kat tv2 masa sekolah dulu. Nampak happening dan best je keja kilang dalam drama tu. Dan hasilnya, aku berjaya kerja kilang selama 2 bulan masa tunggu result SPM dulu. Seronok juga weh.. Tapi yang tak best bila ada supervisor yang gila kuasa sejibik macam dalam drama. Macam hebat sangat marah orang mengalahkan manager, tak kira yang muda macam aku atau yang lebih tua di maki hamun.

Macam ni la aku kerja dulu. Tapi aku kerja kilang buat komponen barang elektronik. Keje senang je, tapi kena duduk 8 jam kat line tu mau tak keras bontot. =). Yang best sambil keje sambil borak & gelak dengan orang depan, sebelah menyebelah. Pastu bernanah telinga kena maki dengan supervisor =(

Sekarang, satu cita-cita pun tak sangkut. Akhirnya lepas habis study aku tak jadi cikgu pun, pelukis pun bukan, ahli bomba pun bukan apetah lagi doktor. Akhirnya aku jadi programmer. Haha..memang out of the list betul.. =) Tapi dalam masa yang sama aku sekarang sedang berusaha untuk menjadikan cita-cita pertama aku menjadi kenyataan.. =)


12 comments:

zella said...

programmer erk....
wah..msti pening byk software nk kene blajar... heheh

syahira ariff said...

programmer en?
wawawawawa
msti terrer giler nie
sbb programmer byk kena perah otak
huhuhuhuhu


hee~hit me back
kummentlaa new entri sy
(^_____^)

::FAIZ FARISH:: said...

Sronok lak baca... Cita2 bagai.... Aku suka gak cikgu yang pakai baju kebaya n kasut tinggi.... sangat meletup. Dulu kat skolah aku ada. Tapi skang dia dah kawen...

Armyrule said...

owh mak aih, programmer ke...dasyat...aku pun suka gak nak jd cikgu nih...tp macam xkena gaya aku jer...hahaha

fiezaradzi said...

mostly dulu kecik2 tnye cita2 mesti nak jadik cikgu.. bila besar, baru ubah cita2 tu.. hahaaa.. agaknye sebab selalu dok tgk cikgu kot..

Eye_nee said...

Lepas SPM 85 dua kali akk amik exam tuk masuk maktab perguruan tp gagal..give up tak mau amik lagi..sampai pencen la duk kat Admin Dept ni....

EmI said...

programmer..mari kita mdalami coding bsama2..hehe

Arnain said...

xpasti aq lor skunk ney... nga tunggu keputusan spm.. so semua cita2 bergantung pada tue lah...

Ayumieza said...

hai aiini...thanks sebab sudi kenal kita di gengblogger..

wah tiba-tiba teringat pada report kad mcm tu tah apa ye nurul tulis bahagian cita-cita kehkehkeh...

A for A'ishah said...

kira ok nak jd bomba...xjd ambulan..hahaah

aiza said...

wah!!!
banyaknye cite2...
hahaha...org pon cite2 nk jadi pramugari...yela..badget nnt tinggi bile dah besar..
last2 kemetod je..
hihihi..

btw..jemput laa ke belog org k...heheeh

ps: org nk follow up belog nie laa..cite dier fun and sincere laa..hehehe...

ayisy said...

hohoho.. dulu masa sekolah rendah, cikgu tanya nak jadi apa? saya jawab polis, bomba dengan cikgu. Itu jek lah cita2 masa kecik. Takder benda lain. huhu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails