Followers

Thursday, February 4, 2010

Perbincangan Mama - Mama. Nak Join Jugak Boleh?


Waaaaaa... macam - macam perasaan ada bila baca perbincangan 2 orang member sekolah yang sudah menjadi ibu. Gembira tengok diorang happy dah melangkah setapak lagi dalam peringkat hidup iaitu perkahwinan dan sekarang menjadi ibu. Sedikit sedih kerana diri sendiri yang masih lagi di tahap lama, tiada kemajuan peringkat hidup..huuuuuu.. =(

Beberapa hari lagi umur aku dah jadi 23 ni. Bila lah masanya nak tiba aku boleh jadi macam diorang juga. Nak jadi ibu jugak. =). Tahniah Busyra dan Fara.

Hmm, tapi aku mushkil satu ni. Dua orang kawan aku ni adalah mereka mereka yang pertama kahwin antara budak-budak kelas aku. Yang menariknya, si busyra ni lepas kahwin terus duduk UK sambung study dan si Fara pulak akan duduk kat Australia ikut husband dia orang sana. Kenapa ek? Tradisi kelas kite ke semua lepas kahwin nak kene tinggalkan Malaysia terchinta ni? Hehe..

Bercakap pasal Malaysia sekarang, hati sedikit tidak tenang. Macam - macam hal sekarang ni. Dari kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari , kes bakar gereja, kepala babi kat masjid tu semua, buat aku semakin risau dengan keadaan Malaysiaku tercinta sekarang. Harap-harap semua ni cepat la berakhir dan Malaysia kembali aman. Tidak mahu mengulas lebih lanjut dan membangkitkan isu-isu sensitif dalam entri ini. Cukuplah di simpan dalam hati segala perasaan ini...

1 comment:

kk said...

oh ingat u yang dah ade baby dalam perut.aww bestnyee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails