Followers

Monday, August 30, 2010

Projek Hujung Minggu 1 : Popia Simpul & Biskut Dahlia

Selamat hari Isnin ye kawan-kawan. Macam biasa la pagi-pagi Isnin mesti nak update pasal projek hujung minggu kan. Orait.. Hujung minggu lepas ni aku berjaya membuat 2 jenis kuih raye iaitu Popia simpul rangup dan jugak biskut dahlia.

Oh biskut dahlia atau kuih semperit ni start buat pukul 12 tengah malam. Sakit owh ibu jari duk menekan acu kuih dahlia ni. Sampai nak tangkap gambar pun malas.. Ni je la yang dapat..huhu. Tapi kuih ni digemari ramai sebab dia tak rapuh tapi cair di mulut okeh.. Sangat sedap =)

Popia simpul. Siangnya buat popia simpul ni dulu sebenarnye. Tak rancang pun nak buat. Tapi tengahari tu tengah surf internet, terjumpa pulak cara buat dia. Mak hai bukan main senang lenang jek cara dia. Tak percaya?

Beli je serunding ikan ngan kulit popia kat kipmart. Balik rumah, potong 8 kulit popia besar tu, gulung serunding dalam tu, pastu simpul. Dah habis, goreng. Siap! Senang kan. Aku buat sambil tengok tv okeh.. Sekejap je siap ha 400 bijik... Mari-mari rajinkan diri buat sendiri..haha kalo rajin la. =)

Okeh nak buat kerja dengan bersungguh ni. Dah kantoi tak datang kerja hari Sabtu ni... Tu la.. Padan muka aku...huuuu

Saturday, August 28, 2010

Facebook Tengku Mahkota Johor Palsu

Tunku Ismail bersama adinda nye Tunku Aminah.
Sumber

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, 25, tidak mempunyai akaun laman rangkaian sosial Facebook sendiri.

Menurut sumber terdekat istana, hanya dua orang putera Sultan Johor yang mempunyai laman rangkaian sosial tersebut iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, 22, dan adindanya, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 20.

Selain kedua-dua putera tersebut, mana-mana laman Facebook yang mendakwa pengendalinya merupakan putera atau puteri kepada Sultan Johor adalah tidak benar sama sekali.

“Hanya Tunku Idris dan Tunku Jalil yang mempunyai akaun Facebook, yang lain-lain (termasuk Tunku Ismail Ibrahim) tiada.

“Malah, Tunku Idris dan Tunku Jalil juga tidak sewenang-wenangnya menerima permintaan mana-mana individu tidak dikenali untuk menjadi rakan dalam Facebook melainkan kerabat dan kenalan terdekat,” kata sumber itu ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai tindakan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai Tunku Ismail Ibrahim dalam Facebook.

Sepanjang mengendalikan dua akaun Facebook iaitu Diari Harian Tunku Mahkota Johor dan Tunku Mahkota Johor (Penasihat Utama TMJ) itu, suspek yang dikenali sebagai Miky telah memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail serta melayan komen-komen peminat yang menyangka dia adalah TMJ yang sebenar.

Sumber : Kosmo Online.

Hurm.. Aku sebelum ada jadi silent reader kat akaun facebook yang dimaksudkan ni. Dari segi ayat-ayat status kat facebook tu memang boleh mempengaruh orang yang tak tau pasal ni yang akaun facebook tu TMJ Tunku Ismail yang punya.

Tapi adidinda TMJ iaitu Tunku Idris sendiri dalam status fb nya kata akaun facebook TMJ tu adalah fake. Di harap pihak polis cecepat la siasat dengan betul dan ambil tindakan jika betul akaun facebook Tengku Ismail Tengku Mahkota Johor tu adalah palsu.

Ini melibatkan kerabat Di Raja Johor. Sebagai rakyat, kita tak nak la ada yang cuba merendahkan martabat keluarga Kesultanan Johor. Kes ini masih lagi dalam siasatan dan masih belum ada yang disabitkan bersalah lagi.Jadi kita tunggu je la hasil siasatan nanti.


Friday, August 27, 2010

Lagu Raya Nostalgia Dan Syahdu


Lagi lebih kurang 2 minggu lagi ni nak raya. Mood raya dah makin berkobar-kobar kan.. Lagi-lagi gaji dah masyuk, lagi la excited nak bershoping raya kan.. Raya raya raya.. Kat mana-mana orang sibuk buat persiapan nak raya.

Raya kalau tak ada lagu raya memang tak sah. Ingat lagi masa belajar nun kat Pulau Pinang dulu, berjurai air mata dengar lagu raya sorang-sorang sambil buka puasa sorang-sorang.. Haha.. sedih la weh jauh dari keluarga kan.

Lagu raya lama - lama lagi la nostalgia. Syahdu je dengar. Aku paling suka dengar lagu raya Aishah Pulanglah, Lagu Raya Anuar Zain dengan Elina, lagu raya yang Uji Rashid dan Hail Amir nyanyi pun aku suka. Best woo..

Lagu raya terbaru yang artis baru-baru nyanyi ada yang best ada yang tak best. Yang rancak-rancak best la.. Contohnya lagu raya yang artis SRC nyanyi ramai-ramai. Memang terasa la meriah nak beraya bila dengar lagu tu..

Antara lagu raya lain yang aku minat ialah..... Jeng jeng jeng...

1. Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
2. Selamat Hari Raya - Saloma
3. Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir
4. Dari jauh Ku Mohon Maaf - Sudirman
5. Dendang Perantau - P Ramlee
6. Selamat Hari Raya - Rahimah Rahim <----- yang ni best gila. Meriah! =) 7. Riang Ria Di Hari Raya - Junainah 8. Pulang Di Hari Raya - Noorkumalasari 9. Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang 10. Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri
11. Warna-warni Aidilfitri - Artis Warna Music
12. Balik Kampung -Sudirman
13. Dendang Hari Raya - Jalil Hamid
14. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
15. Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz
16. Senario - PUasa Dan Raya
17. Kepulangan Yang Dinanti - Aman Shah
18. Menjelang Hari Raya - DJ Dave
19. Anugerah Aidilfitri - Siti Nurhaliza
20. Musafir Di Aidilfitri - S Jibeng

Baca tajuk pun korang dapat agak lagu dia macam mana kan.. Ni lah antara lagu raya yang best untuk di download dan didengar..huhu.. Banyak website and blog yang boleh download / muat turun lagu raya ni.. Google je..huhu..

Sedapnye Bau Baby


Jadi baby sister sekejap tadi tolong jage baby bos sementara isterinya tumpang sembahyang kat sini tadi.. Baby baru 4 bulan rasanya. Tak nak baring kat sofa. Nak dukung je dia. Melekat lagik bau baby kat lengan ni.. Best betul bau baby...

Comel betul baby... Wangi pulak tu... Adoi memang mahkluk tuhan paling comel la. Korang suka tak bau baby? Aku suka sangat la.. Sampai losyen pun pakai Johnson baby. Sebab losyen tu bau baby. Eh ke baby yang bau losyen tu? Hehe..

Ape saje la kan tapi bau baby memang best sesangat.. Tengok.. Aku cium lengan lagi okeh. Sebab bau baby melekat lagi ni.. Ade kang aku tak mandi petang ni sebab tak mo hilang bau baby..haha


Thursday, August 26, 2010

Yahuuu... Kini Tak Ada Lagi Rasa Nak Menguyah Laptop Bila Online Di Rumah

Masalah internet lembab yang sebelum ni membataskan aktiviti berbloging kat rumah dah setel lepas bertukar dari Digi Broadband kepada P1 Wimax. Senang hati beta nak online kat rumah dengan gembiranya.. Tak de dah rasa nak karate laptop atau baling broadband atas bumbung.. Hahahahaaaaaa...

Setakat ni sangat puas hati la dengan servis P1 ni. Harap berkekalan ke anak cucu la kelajuan yang diterima ini yek...haha.. Anak cucu kau kan.. Dah best dan selesa macam ni baru la semangat nak blogging secara seriussssssss.. Tak de la rasa nak kunyah jek laptop bila online kat rumah kan..

Next nak buat bisnes online la. Bisnes makanan comel-comel.. Sedang dalam proses pembangunan ni. Eh pembangunan ke? Bukan proses analisis ke? Kate software engineer. Kena ikut fasa pembangunan yang betul. First is Analyst, lepas tu design, lepas tu baru develop then testing lepas tu maintain kan la..

Hidup kena merancang dan teratur baru tak serabut dan semuanya lancar. Tak gitu kengkawan?? Nanti support ek... Tak beli, tengok-tengok pun jadik la...hehe


Pagi Ini Sangat Sedih

Sedih la pagi ni. Sedih bangat. Nak beli kereta. Nak beli.. Nak beli jugak!

Sekian,

Aku yang sedih.

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya RM 500 Untuk Kakitangan Awam

Wow! Syoknye kakitangan awam kerajaan dapat bonus RM500 sempena raya tahun ni. Durian runtuh tu. Yek la, siapa nak bagi duit 5 ratus tergolek-golek macam tu je. Untunglah siapa yang jadi kakitangan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Raya sakan la nampaknye ye? Kakitangan swasta macam kami pulak macam mane? Ade bonus tak raya ni? Haha..tu bergantung pada bos la kan...

Dah Dapat Cuti Raya? Berapa Hari?

Aku dapat cuti 8 hari. 8-16 September. Mula-mula bos beritahu seminggu jek, 8 hingga 15 hb. Tapi tengok kalendar 16 hb tu kan cuti umum hari penubuhan Malaysia. Terus inform la kat bos.. Kalau pasal cuti memang pantas dan tuntas jek kan alert..haha

Mula-mula ingat mybe bos akan anjakan cuti dari hari rabu kepada hari khamis kasi ngam cuti raya seminggu jugak. Tapi bos kata tetap start cuti rabu 8 hb sampai khamis 16 hb. Haha..bestnye.. Tapi lagi best kalau Jumaat 17 hb tu cuti terus kan dah alang-alang tu kan..haha..

Orang dah bagi cuti 8 hari dah cukup bagus dah tu kan. Tapi kan, raya tahun ni cuti lama pun macam tak berapa nak happy sangat la. Sebab ni la first Hari raya aku akan beraya tanpa atok. Arwah atok aku dua-dua dah meninggal dunia tahun ni. Dalam tahun yang sama aku kehilangan atok kedua belah mak dan ayah aku...

Kalau sebelum ni kami sekeluarga tiap tahun memang akan balik kampung. Malam raya kat kampung. Samada belah mak atau belah ayah. Kalau malam raya kat kmpung ayah, lepas pagi raya akan balik kampung mak pulak dan macam tu la sebaliknya... Tahun ni tak tahu la macam mana. Nak balik kampung atok pun dah tak ade, rasa lain..

Tak meriah la raya aku macam dulu raya tanpa insan bergelar atok... Masa raya tahun lepas merasa lah aku bagi kedua-dua atok duit raya sebab tahun pertama bekerja. Itulah pertama kali dan terakhir....

Haish.. Sedih lah pulak...... =(

Dear Maisarah Anuar


Istilah bosan sila nyah jejauh dari hidup... Hati mahu gumbira sentiasa saje. Kata muda remaja kan.. Kena enjoy sket..haha.. Masalah tu memang sentiasa ada, tapi kalau sentiasa pikir masalah 24 jam memang tua awal la kita kan. Oleh yang demikian, kawan jangan pikir banyak sangat la..

Take it easy.. Hidup kena balance. Bukan maksud tak payah pikir langsung tapi berpada. Tak payah nak berkerut kepala sentiasa pikir masalah. kadang-kadang bila kita cuba enjoykan diri, penyelesaian kepada masalah tu tiba-tiba je boleh datang....

To Maisarah Anuar... Jage diri elok-elok kat Sarawak nun. Tak payah pikir banyak sangat pasal benda yang menyakitkan hati okeh. Fokus kat projek ko jek.. Cecepat siapkan final projek tu pastu berambus balik JB secepat mungkin... Aku tak sabar nak ajak ko shopping raye ni..haha.

And last, yok kite ingat dan amalkan pantun dibawah ni ye cik mai bersama-sama...

Pinggan tak retak,
nasi tak dingin...

Orang tak hendak,
kita lagi tak inginnnnnnnnnnnn....


Tuesday, August 24, 2010

Resipi Biskut Mama Carrie Pink @ Strawberry


Okeh ini entri terakhir pasal mama carrie pink perisa strawberry yek.. Banyak kali dah aku cerita pasal mama carrie pink kuih raya idaman aku ni kat blog ni kan..haha. Okeh berikut adalah resepi biskut mama carrie strawberry ni. Zaharah kate sila beri resepi dengan detail... Baik! Huhu..

Bahan Doh
300gm mentega
380gm tepung gandum <--- kalau doh lembik sangat boleh tambah lagi sikit.
130gm tepung jagung 100gm gula icing + 3 sudu besar gula pasir.
1 sudu perisa strawberry
1/2 sudu kecil pewarna merah jambu

Bahan Icing
1 biji putih telur
100 gm gula icing <-- mesti gula icing! Tak boleh gula pasir, gula batu, gula kastor sume tu ok.
1 sudu besar tepung jagung

Cara Buat Doh

1. Ayak tepung gandum ngan tepung jagung, ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga kembang.
3. Masukkan perisa strawberry, putar kasi rata <-- sedap bau aiskrim =)
4. Masukkan pewarna. Putar kasi rata.
5. Masukkan campuran tepung sikit-sikit, uli hingga lembut dan boleh dibentuk.
6. Canai dan terap bentuk love.
7. Sapu icing dan lorek.

Cara Buat Icing/ Hiasan

1. Putar putih telur hingga gebu (High speed)
2. Masukkan tepung jagung (Putar high speed gak)
3. Masukkan gula (Putar high speed) sampai agak pekat.
4. Ambil 1 sudu adunan, titikkan dengan pewarna merahjambu (untuk buat corak lorekan).

Untuk lorekan tu, celup lidi dalam adunan icing yang warna pink tu pastu lukis la atas sapuan icing warna putih pada doh.
Dah siap, bakar dalam 20 minit dengan api slow..

Ohh selamat mencuba =) Rasanye best macam aiskrim strawberry... Lagi gambar proses buat mama carrie pink kat sini.

Monday, August 23, 2010

Video Abang Comel Miming - Mesti Tengok =)



Sekali tengok aku rasa kiut miut comel gilak abang berdua ni..haha.. Dua kali tengok comel lagi.. 3 kali tengok tak bape comel dah.. Haha.. kasik tengok la.. Anak sape la ni tak ade kerja. Sakit perut aku ketawa... Hadoi la abang yang beraksi comel...

Biskut Raya Pertama Aku Dah Ready =)


Salam pagi senin semua... Sabtu ahad lepas projek kuih raya aku sudah bermula. Cepat sangat ke aku start buat kuih? Ala dah aku cuma Sabtu Ahad je ada masa nak buat kuih raya ni kan. Hari bekerja balik kerja terus berbuka, malam dah lepak kan. Jadik ini sajelah masa yang ada.

Jadi projek pertama adalah biskut mama carrie pink perisa strawberry. Dah lama mengidam ni nak makan. Dari raya taun lepas..haha. Akhirnya berjaya jugak aku buat sendiri untuk makan puas-puas..huhu.



Langkah pertama. Love love.. Terap bentuk hati camni. Sweetkan pink love ni.. Suci murni jek kan.

Next. Proses menghias love yang suci murni tadi dengan aising. Corak lorek tak cantik tak payah komen okeh, orang first time buat memang gini la..haha

Jeng jeng jeng.. Hasil lepas di bakar. Gebu tak? Alhamdullilah cubaan pertama menjadik dengan jayanye walupun corak huru hara..haha

Dah sejuk simpan la dalam bekas dan sorok! Kang letak kat tempat terbuka alamatnye tak sempat raye pulak kang...


Satu aduanan yang aku buat dapat lebih dari seratus biji kuih. Yang dalam bekas ni tak termasuk yang reject sebab hangus atau corak super huduh..huhu. Berbaloi baloi buat sendiri. Kalau beli 50 biji paling-paling RM20 ye dak?

Sekian laporan pagi senin yang indah =)

Saturday, August 21, 2010

Budak Sekarang Memang Makin Rosak Blue Tak Sudah

Dekat facebook pagi ni aku disapa oleh manusia yang mengelarkan diri dia sebagai Bahtera Hancur. Memang dah hancur lebur budak ni gamaknye. Ayat pertama dia ialah ;

Awak pernah ke layan blue?

Marah betul aku dengan soalan bodoh gila seks macam ni. Jawapan aku senang jek. "Insap2 la bulan ramadhan bulan mulia ni. Sekian."

Olloooh sayer tanyer jewk... Mcm la awak x peenah layunk blue..

Sah budak baru habis sekolah mungkin. Taip ayat nak menggedik jek tak reti nak taip guna perkataan betul. Macam mane Bahasa Malayu SPM tak fail kalau mcam ni perangai. Penguin betul la.

Menyirap tul aku. Aku kalau budak2 miang macam ni terus aku teringat kat baby2 yang kena buang, kena bakar, jumpa kat parit kat tong sampah sume tau. Emosi aku tau.

"Hoi. Manusia macam kau ni la perosak bangsa tau. Bawak2 la taubat. Bulan puasa ni bulan mulia ni. Kita ni bila-bila je boleh mati. Kang kalau mati tak sempat taubat macam mane." Aku bertazkirah geram.

Diam. Terus tak berani menggedik lagi dah. Insap dah kot..

p/s : Jadilah budak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara!

Friday, August 20, 2010

Pink Itu Merah Jambu

Mood hari ini adalah pink..........
Mungkin sebab tak sabar nak buat biskut mama carrie pink ni....
Wee.... Bersedia hujung minggu ni!

Thursday, August 19, 2010

Bulan Kemerdekaan Tak Semeriah Dan Bersemangat Macam Dulu-dulu


Bulan Ogos ialah bulan kemerdekaan kan. Aku ingat lagi masa aku zaman sekolah rendah dulu, bulan Ogos ni sangat la meriah. Meriah dengan bendera. Bendera Malaysia kat rumah-rumah, kat kedai-kedai, bangunan-bangunan pejabat, kenderaan-kenderaan. Memang meriah lah. Kat mana-mana pun boleh nampak bendera Malaysia.

Tapi bila dah besar ni, aku tengok tak meriah dah. Jarang dah nampak kereta atau motor ade bendera Malaysia, susah nak jumpe la pendek kate. Bangunan2 pun tak nampak dah bendera. Tu bangunan MPJBT tu dulu bukan main bentang bendera besar gaban tapi sekarang tak nampak dah.

Kenape ek? Macam dah tak bersemangat je semua nak sambut merdeka. Jom la bersemangat semua.. Bukan mahal pun bendera tu. Pasang satu kat kereta, kat rumah. Tunjukkan semangat kita. Memang la banyak lagi cara boleh tunjuk semangat Malaysia kita, tapi apa salahnye memeriahkan bulan kemerdekaan kita ni kan. Jom pakat-pakat pasang bendera.


Malam tadi lepas berbuka aku ngan adik lelaki pasang bendera depan rumah. Semangat ni. Tapi yang paling semangat my mak la. Dia yang beli bendera ni sebenarnye. Jadi kami tukang pasang je. Adik aku punya semangat panjat-panjat tembok untuk ikat bedera ni. Tapi semangat die kejap je. Baru ikat sebelah dah cabut lari bila kawan dia panggil ajak pergi tarawikh.


Last-last aku la pulak yang sambung panjat untuk ikat yang sebelah lagik. Tapi tak ade la aku nak panjat tembok. Mantik lah kena hon ngan pak cik lalu lalang kat depan umah nak g terawih nanti. Aku just panjat kerusi je la. Nasib orang tinggi la kan. Kalo katik terpaksa la panjat tembok..hehe.. =)


Wednesday, August 18, 2010

Kanak-kanak Hilang - Tolong Sebarkan

Kanak-kanak hilang lagi. Dekat area JB. Tolong ye kawan-kawan blogger sebar-sebarkan. Mana tau ada yang ternampak, terjumpe budak ni. Kesian mak ayah dia ni, mesti risau sesangat. Budak ni pun kesian kita tak tau ape nasib dia sekarang kan. Bulan-bulan puasa macam ni..humm..

WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN

Dear Friend,

Please help ~!

NAME : WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN
AGE : 7 YEARS OLD
LAST SEE AT : SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB), JOHOR TOWN
TIME : 5 PM
MISSING DATE : 13/08/2010
CLOTHES : SCHOOL UNIFORM, BROWN BAG & SMALL PINK BAG
REFER TO SCHOOL GUARD, HE SAW THIS GIRL ENTER A PROTON ISWARA IN WHITE COLOUR

Regards,
Daniel Leyong
Personal Assistant
Lima Bintang Logistics Sdn Bhd
PTD 41365, Jalan Idaman 3/2,
Senai Industrial Park, Taman Desa Idaman,
81400 Senai Johor, Malaysia

Tel:+607-5987687 Ext:124
Fax:+607-5990570
H/P:+6012-7813117

Email :daniel@lblgh.com

Roslin Hashim Bercerai Lagi


KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini. Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Sumber Metro Online

Bercerai, penceraian, cerai... Semoga aku, keluarga, kawan-kawan, saudara mara dijauhkan dari perpecah belahan rumahtangga seperti ini, lagi-lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jalan - jalan Naik Kereta api


Geduk gedak geduk gedak...duk dak duk dak duk dak...bunyi keretapi.. Ade orang dari kecik biasa naik keretapi dari segamat ke kuala lipis, kuala lipis ke segamat.

Sampai dapat nama timangan dukdaq sebab mase kecik-kecik kalau naik keretapi mesti dia sibuk berbunyi sama geduk geda geduk gedak macam keretapi...hehe... <-- mantik ni jap lagi kena marah ngan Dukdaq sebab terbocorkan rahsia dia =)



Eh tapi aku tak pernah naik keretapi jalan jauh macam tu okeh seumur hidup ni.. Teringin tau. Hari tu masa pergi pahang ingat nak naik keretapi tapi tak dapat plak sebab pergi sensorang kan, jadi puan emak tak bagi.

Tapi yesterday ha, my friend Johana Mohd Yasin telah memberitahu mahu bercuti-cuti Malaysia bersama. Lokasi cadangan adelah banyak. Menurut seorang lagi ahli mesyuarat tingkap kami iaitu Ain Sasuke, percutian nak kena tunggu kereta JMY XXXX keluar baru best.

JMY XXX ialah bakal kereta Johana. Beliau sanggup menunggu sehingga plat JMY keluar baru beli kereta demi membina keserasian antara nama beliau iaitu Johana Mohd Yasin dengan plat kereta JMY tersebut.

Namun yang demikian, plat kenderaan terkini kat Johor sekarang adalah JMK XXX. Jadi adelah agak berkurun nak tunggu JMY tersebut keluar. Jadi, aku telah mendapat idea untuk bercuti-cuti Malaysia dengan keretapi ke Pahang.. Weeeeee mesti seronok.

JB - Kuala Lipis. Kemudian dapatkan kereta percuma dari encik hilmi selaku orang lipis. Oh ye, encik hilmi juga boleh kami lantik sebagai pemandu pelancong. Antara lokasi menarik ialah cameron highland , bukit Freaser dan jugak air terjun ape nama ntah tak ingat.

Wah aku dapat rasakan rancangan percutian ini menarik dan menjimatkan kos.. Harus di usulkan kepada ahli mesyuarat tingkat segera yang mungkin. =)

Tuesday, August 17, 2010

Aku Marah Sampai Tak Boleh Nak Pikir Tajuk


Hurm... aku emosi ni. Muka berkerut-kerut ni baca surat khabar.. Aku marah la. Pasangan muda yang mengaku buang bayi dalam tong sampah pada 1 Ramadhan lepas di dah hadapkan ke mahkahmah kan, tapi kenapa hukuman dia cuma penjara maksimum 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sahaje?

Patutnye kasi lagi berat. Kasi sebat sekali ke ape ke kan sebab dah la berzina, lepastu buang pulak anak dalam tong sampah. Eee geramnye aku! Perempuan tu boleh bagi alasan kata bukan nak buang, cuma nak letak sekejap kat dalam tong sampah tu, nanti dia ambik balik. Bodoh ke hape kau ni?

Dah tak ade tempat lain nak letak anak tu? Kurang ajar la kau. Eee geram tul aku. Bayi tu bernasib baik sebab masih hidup masa dijumpai pengawal keselamatan kan. Kalau bayi tu dah meninggal dunia, kena hukum gantung la pasangan tu kan.. Hurmm...

Orait. Korang baca berita pasal Buang Ikut Tingkap ni dan berita susulan pasal kes ni hari ni kat sini.

Ade rasa nak terajang tak orang macam ni??

p/s : Mintak maap la bebanyak kasar skit bahasanye ye entri ni. Aku bab-bab pembuang baby, peragut, perogol ni memang emosi skit. Geram!

Monday, August 16, 2010

Mereka Suka Ye Perli Sahaye

Orait, kalau korang perasan kan, kat menu atas kat blog ni ade menu 'Hubungi Aini' kan. Kat situ adelah link untuk form pertanyaan atau cara nak hunungi aku secara tertutup lah kan..

Jadi berikut adalah antara mesej bernas tak bernas lah kan yang aku dapat dari form tu. Hai sakit ati ade, geram ade, nak ketawa jahat pun ade ni. Jahat pasal ape? Pasal ade orang yang nak kena siku jap lagik..haha

Soalan pertama. Okeh name dan email memang sah dari future husband terchintak. encik hilmi. Jawapan untuk soalan tersebut adalah sudah tentu2 la Love u so much abg.. cehcehceh..



Soalan seterusnya. Maisarah anuar kesayangan. Okeh subject itu memang PERLI TAK BOLEH BLAH kan mai......... Nasib baek aku sayang ko. Bulan pose ni, gosip2 tak ade tau.=)

Okeh datang lagi dari encik hilmi. Konon name awak dak kurus ye? Jadi sahaye ialah dak gemok kan? Itu yang awak maksudkan kan?? Tak ape, tak pe, nasib baik mesej awak menyejukkan hati saye =)

Next. Sekali lagik. Ni memang berterus terang gila babas punya boypren tau! Gemok gemok jangan buat main tau. Nanti saye merajuk setaunnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

p/s : Tak baik kan encik hilmi dan cik mai ni perli-perli aku kan.. Sian aku..huhu

Projek Hujung Minggu Ialah Bergoyang Dengan Kuih Goyang

Ape cerita hujung minggu yang baru lepas ni? Ape projek? Projek hujung minggu aku adelah membuat kuih goyang a.k.a kuih ros bersama emak dan adik aku. Kuih tradisonal tu. Mak la beria nak suro buat kuih goyang ni.. Tahun ni sume nak buat je. Maklumlah anak dia kan rajin... Haha..

Gambar sumber dari sini

Eh mula-mula mak aku excited cakap buat kuih ni senang lenang je. Cett.. Memang la membancuh adunan kuih goyang tu sangat bersenang lenang. Campur gula, tepung beras, telur, santan, garam sikit pastu blend je kasi hancur, rata dan halus. Senang bukan?

Tapi yang payah dan hazabnya ialah time nak menggoreng dan menggoyang kuih itu ye kawan-kawan. Suma nak kena betul. Minyak nak kena cukup panas, terlebih panas sikit rentung.


Lepas tu acu kueh goyang pun kena betul panas, kalo tak nanti adunan tak lekat masa kita celup kat adunan. Tak pun bila adunan dah lekat, dia tak mo tanggal plak bila dah masuk dalam minyak.. Ya hadoooooooooi aku kate... Bayangkan orang yang fist time dan tak pro macam aku ni yang buat kan.

Lagi satu hazabnye ialah sambil mengoreng dan mengoyang, kita juga akan memasak sama tangan kita yek. Walaupun tangkai acuan tu panjang, tapi tangan kita yang pengang acuan tu betul2 atas minyak panas tu yek sepanjang proses menggoreng. Sonok kan main acah2 tangan kat minyak panas. =)


Gambar kat atas ni mengambarkan la aksi sebenar aku yek masa mula-mula menggoyang..haha. Tengok la.. Yang pertama adalah rentung akibat puas bergoyang tapi kuih tak nak tanggal gak dari acu. Lepas tu yang kedua plak kuih telah tanggal sebelum aku sempat masukkan dalam kuali apetah lagi bergoyang pun tak sempat okeh.

Setelah susah payah akhirnya siap jugak satu tin kuih goyang kami yang cantik. Tak lupa juga satu tin lagi kuih goyang yang cacat kerana hangus atau rupabentuk yang tak berapa sempurna. Yang cantik untuk hari raya, yang cacat untuk kudapan seisi rumah.. Haha.. Tak elok membazir weh!

p/s : Gambar hasil yang dah siap tak sempat nak snap. Penat hoo... tak larat angkat kamera lagik..huhu. next time la tunjuk.

Saturday, August 14, 2010

Ribut Taufan Di Bazar Ramadhan Jasin Melaka


Takziah kepada keluarga mangsa ribut di bazar ramadhan Jasin Melaka yang berlaku semalam. Terkejut baca berita ni daripada rakan-rakan blogger yang lain. Selain 3 orang maut, beberapa orang lagi cedera dek ribut yang seperti taufan yangt tiba-tiba melanda itu.

Di bawah adalah video yang di ambil dari youtube keadaan selepas ribut taufan di bazar ramadhan di jasin melaka itu




JASIN: Tiga terbunuh manakala 18 cedera apabila khemah bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin, di sini, roboh dan diterbangkan ribut, kira-kira jam 4.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, tiga yang maut ialah peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau, peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, kelahiran Jerteh, Terengganu yang kini menetap di Batu 15 Ayer Merbau dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung

Mangsa lain yang cedera yang kebanyakannya peniaga ialah Azaraie Adzahar; Rosidah Rasul; Norazli Mohd Zaid; Muhammad Amir Limat; Norizin Othman; Norizlin Othman; Nurazidah Md Aleh; Hakiki Shahrul, Norashikin Idris; Gool Muhammad Ab Latip, Jamal Hisham Yahaya; Farah Alwani Othman; Mohd Norizan Mohd Amin; Mohd Shahrul Shaharudin; Norfara Damia, Norhaizan Hussein dan Noraizam Abu Bakar.

Tiga daripada yang cedera Nurazidah dan Norhaizan dimasukkan ke wad pemerhatian, manakala Norashikin yang mengandung dimasukkan ke wad bersalin dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.
Ketika kejadian kira-kira 80 peniaga baru memulakan operasi dan pengunjung masih belum ramai.

Seorang peniaga kuih, Siti Nuriza Md Zin, yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkan peniaga dan pengunjung tidak sempat berbuat apa-apa.

Sebelum kejadian katanya, kebanyakan peniaga sedang memasang khemah masing-masing untuk memulakan perniagaan mereka.

“Angin kencang berlaku tiba-tiba... tiada sebarang tanda ribut akan melanda. Saya sempat melihat beberapa peniaga cuba menahan khemah masing-masing tapi kebanyakannya terlepas kerana angin kencang.

“Akibatnya banyak khemah peniaga berterbangan di udara, termasuk diterbangkan angin melebihi ketinggian lampu limpah di Stadium Jasin sebelum jatuh kembali di kawasan bazar ini dan mungkin menimpa peniaga dan pengunjung hingga menyebabkan kecederaan,” katanya.


Berita penuh di Berita Harian,

Friday, August 13, 2010

Baru 3 hari Puasa Tapi Aku Dah Rasa....

Hurmm.. Baru 3 hari puasa kan.. Hari ketiga baru kan.. Tapi kan.. Aku kan.. Terasa kan... Tersangat la tidak sabar mahu membuat kuih raya!

Kalau aku start buat hujung minggu ni macam over excited sangat tak ek?

Buang Bayi - Hukum Gantung Sampai Mati

Syabas. Tindakan tepat dan jitu. Aku setuju 100%. Semoga yang tak berperikemanusiaan itu terima hukuman setimpal dan yang lain jadikan pengajaran.

Buang dalam parit, tangki najis, tong sampah, bakar, jadikan makanan gagak. Manusia ape kau si pembunuh bayi? Binatang pun tau sayang anak. Kau lebih teruk dari binatang tahu?

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam

Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.

"Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes berkenaan kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya," katanya.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.

"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," katanya.

Thursday, August 12, 2010

Mama Carrie Pink Di Mana Kau?

Gambar kredit to resepi diana

Eh tadi kan, masa tengah fokus buat paper work kan, tetiba otak aku ke lain. Terus bukak google, cari biskut mama carrie pink. Hajat dihati nak mencari resepi la untuk raye. Eh mesti korang nak kate mama carrie kuih pesen dulu-dulu yek? Sory yek, dulu tak dulu aku tetap suke okeh.

Dulu masa zaman sekolah asrama dulu, ada member namenye Firdaus mak dia meniaga kuih raya ni. Eh untuk pengetahuan kan, dulu aku tak minat langsung biskut mama carrie okeh. Rasa susu, aku memang tak suke ye minum susu tau.. wek wek tau..

Pastu si Firdaus ni mak dia ada jual mama carrie macam-macam warna tau. Pink, purple dan hijau. Selalu kan jumpe yang putih je kan. Pastu dia kasi pek percubaan. Cett kecik2 dah pandai buat market. Sekali aku rasa yang pink tu terus aku suka. Mak hai sedap sungguh.

Rasa strawberry mama carrie pink tu. Cantik plak tu. Terus aku call mak kat rumah promote kat mak suro beli..haha. Pulak tu ngan kawan-kawan mak dia bagi harga murah. Ye la budak skolah katekan. RM 10 je sebalang. Terus order 2 balang lepas mak bank in duit.

2 balang yek. Tapi nak tunggu cuti sekolah baru boleh balik rumah tu kan, maka tinggallah setengah balang jek ye kawan-kawan hasil kerakusan aku. Tau je la budak hostel kan. Lapar sentiasa. Nak menguyah 24 jam kan. Akibatnye sebelum balik raya aku order 1 balang lagik..hehe

Eh tak jumpe la resepi mama carrie pink tu.. Gambor je ade. Korang ade resepi? Ke cuma tambah perasa & pewarna pink jek. Semudah itukah?



Macam Mana Hari Pertama Puasa Korang?


Hari kedua puase macam mane ye korang? Semalam 1 Ramadhan memang cuti umum kat Johor. Jadi aku kat rumah je la. Bagun sahur pukul 5 pagi. Siap makan kemas umah dari depan ke belakang walau kat luar masih gelap gulita lagi. Bajet lepas subuh boleh tidor sampai tengahari tanpa risau emak membebel rumah tak siap..haha.

Tapi kul 9 lebih matahari dah memancor masuk bilik memang tak kasi sambung tido la. Ape je keje aku kan bagun tu. Bosan sungguh. Ngah melayan facebook tetiba guruh pulak tengahari tu kan, terpasa la tutup, kang meletop tak pasal pulak kan. Mak hai mendung berarak kelabu wa cakap lu.. Angin sepoi-sepoi bahasa masuk ke rumah, hujan pun turun..

Turun dengan lebatnye.. Apekah lagi? Ambil bantal paling besor dalam rumah aku tu, landing atas sofa dan belayar dengan enaknye...huhu.. Eh masa pelok bantal tu aku teringat gak kat korang yang tengah kerja time tu.. Kesian aku kat korang..hehe. Tengahari cam tu, perut tengah lapar-lapar kan, dapat tidor masa hujan lebat cam tu memang la nikmat tak terhingga..

Itu cerita semalam la.. Hari ni kerja dah.. Hari bekerja ni hendaknye ada la rasa masa berlalu pantas supaya cepat la sampai waktu berbuka kan.. Menu berbuka? Malas la pikir sangat.. I nak diet ni.. diet? DIET LAH SANGAAAAAAAAAAAT!

Tuesday, August 10, 2010

Bila Driver Bas Bergaduh Dengan Penumpang Macam Budak-Budak


Bila baca tajuk di atas sah lah aku nak bercerita pasal cerita biasa yang dialami manusia biasa yang biasa naik bas macam aku ni. Sape yang tak suka cerita orang biasa macam ni sila tutup telinga. Eh telinga ke? bukan mata? Hehe..

Orait macam ni. Semalam macam biasa la tunggu bas kat Esso kan. Orang biasa katakan.. Masa bas berhenti kat esso tu orang pun bukan men la berebut kan. Biasalah mak budak, bapak budak, kakak, budak abang budak sume kan. Kalau budak-budak boleh jugak di marah tak reti beratur naik bas kan.

Aku ni dah lemah longlai penat ni. Malas nak berebut-rebut ni. Buat je la muke toye naik bas. Bila semua dah naik, tetiba driver bas tu pekik. "Ada 2 orang perempuan India yang tak bayar tambang tadi! Sila bayar!"


Dan dan semua orang mata meliar pandang 3 orang gadis India 3 sekawan ni. Dah diorang je aweks india kat dalam bas tu. Lepas tu girl ni kate la dia dah bayar. Dia bayarkan sekali untuk 2 orang kawan dia tadi. Ye la aku pun perasan diorang kat depan aku masa bayar tambang. Dia siap cakap lagi Selesa jaya 3 orang sambil masukkan beberapa keping RM1 dalam tabung bas tu.

Si driver ni tak percaya. Gaduh-gaduh mulut. Punye la bising. Tau-tau je la kan. bas tak jalan lagik ni. Last2 si driver tu turun bas. Jerit cakap dia tak kan bawak bas tu selagi 2 orang perempuan India tu tak bayar. Aku suspek driver bas ni ada masalah rumahtangga, tu yang emosi sangat tu.. Yang pompuan2 India tu memebel sesame sendirik dengan bahasa dia la. Aku nak masuk campur tak berani woo...

Driver bus ni kalo diorang emo memang sangat la mlas nak melayan yek. Macam bas tu dia punya! Pernah ek dulu bas dah penuh gila babeng, berhimpit ni ha tak ade ruang, boleh die jerit suro ke belakang lagi, rapat lagi bagi mati tak bernapas agar dia boleh dapat angkut orang lagi dan kaya ye. Pastu ada sorang budak sekolah ni marah la cakap dah sempit tak boleh gerak lagi, tak ade ruang dah. Si driver ni punye hot, maki hamun budak ni. "Lu banyak cakap lu turun la tak payah naik bas! Bo*** punya budak!"

Kasar okeh. Baik berbalik pada cerita India tadi. Bila driver tu dah turun bas sambil menghisap rokok, kitorang yang dalam bas ni cukup bengang. Die ingat ni bas ekspress nak berenti lame-lame. Kami ni dah penat balik kije nak balik rumah taw dak. Last-last 3 sekawan gadis india ni turun dari bus sambil memaki driver bas tu.. Haish berani sungguh.. Kang kena penampo dek driver yang baran tu tak pasal.

Driver pun naik bus dan meneruskan perjalanan sambil membebel sorang-sorang. Kami yang dalam bas mengeleng-geleng kepala sambil menarik napas lega akhirnya konflik mereka berakhir dan kami dapat meneruskan perjalanan balik kerumah masing-masing dengan gembira...

Sekian cerita biasa dari orang biasa... =)

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Bulan Ramadhan telah datang menjelang,
Satu kesempatan untuk meraih keberkatan Nya,
Mari bersihkan hati untuk menyambut Ramadhan yang suci,
Mohon maafkan segala salah dan silap,
serta janji yang terabaikan..
Selamat menyambut bukan Ramadhan!

Monday, August 9, 2010

Makanan VS Kata - Kata Hari Ini

Tak ada peningkatan. Mahu berhenti. Nak mulakan sesuatu yang baru. Yang fresh. Se fresh pizza homemade aku buat sabtu lepas. Enak lazat lemak berkrim.

Pingan tak retak,
nasi tak dingin,
orang tak nak,
kita lagi tak hingin.

Awak Pandir.

Babai

Selamat Pengantin Baru Kawan

Lokasi kejadian ialah Pekan nenas pontian, Johor. Perantin adelah Shahieda Zhaharah dan jugak Wan.... ape ntah name suami dia. Panjang bebenar nama susah pulak tu nak sebut sebab tu tak ingat.. Ampun.

Ohh perantin makan beradap sampai tambah-tambah nasi okeh, tak ade malu tersipu-sipu...


Kawan perantin makan ngan sopan dan ayu...

Kawan perantin sangat excited bila ke kenduri kawen kawan sendiri.

Walaupun kawan kata awak gemok, kenapa gemok, kawan perantin tetap senyum

Selamat Pengantin Baru Ida. Semoga kekal ke anak cucu. Pasangan pengantin yang sempoi

Sunday, August 8, 2010

Aku Marah! Aku Benci!

1. Penzina yang buang bayi!
2. Bapa perogol anak kandung!
3. Peragut bangsat!

Aku sangat marah! Sangat geram baca surat khabar berita pasal ni setiap hari.

Penzina tak guna! Bersedap-sedap tak ingat malu, tak ingat dosa tak ingat akibat. Keluar anak kau buang dalam longkang! Manusia keji terkutuk!

Bapa binatang! Anak sendiri kau buat tempat lepas nafsu serakah. Ape nasib anak kau lepas ni. Terpaksa berbapak kan binatang macam kau!

Peragut hina! Sampah masyarakat. Menyara hidup dengan kesusahan orang lain, tak ada peri kemanusiaan. Keji! Keji! Keji!

Kenapa perlu wujud manusia-manusia macam ni dalam dunia? Eeeeeeeeeeeee geramnye aku! Nak je aku korek mata diorang ni pakai tumit kasut 4 inci yang tajam tu!

Eee sumpah aku geram bila baca berita macam ni!

p/s : aku hina orang jahat je.. melampau sangat tak?

Friday, August 6, 2010

Nor Azita Osman Yang Menghina Johor, Ini Ayat Untuk Awak

Eh cerita pasal Nor Azita Osman yang menghina johor kat facebook ni makin hot ye. Hari tu ada buat entri pasal dia tapi tak mengulas lanjut sebab kesian jugak die dah berlori makian dari orang ramai. Aku tak nak la maki sama, nanti aku sama mulut macam dia.

Cuma statement ni dari Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ni aku rasa paling tepat untuk puan Nor Azita Osman ni la. Tepat jitu di samping sopan ayat ini.

"Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumbangan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu."

Ada nada marah dan kecewa (ye la beb, aku pun marah orang cakap macam tu, Johor negeriku weh.) tapi tetap mengawal tiap patah perkataan amarahnya.

Dah masuk akhbar Sinarharian kes ni. Sume orang concern okeh. Nak bergurau sila berpada ye lepas ni. =)

Mari Berpesta Durian Di Segamat


Selamat petang Jumaat semua. Eh dari semalam idea nak berblog adelah kurang. Kerana otak sedang sibuk pikir pasal design portal customer. Kerja-kerja yang memerlukan kekreatifan dan keinovasian yang tinggi memang membuatkan ruang otak sempit sedikit, tiada ruang untuk memikirkan perkara lain.

Lunch tadi dapat panggilan daripada Mak Long kat segamat. Katenye sila ajak ayah ke segamat bermalam. Durian kat dusun sudah menari-nari memanggil orang suroh angkut mereka ke JB. Ohh itu memang berita yang sangat best. Berpesta kat dusun durian kepunyaan Pak Long memang perkara yang dinanti-nanti.

Musim durian tahun lepas punya puas family aku berpesta kat sane ye. Bukan main melabak durian. Macam-macam patern dari macam-macam pokok. Sampai sebiji durian cuma dimakan seulas sahaja. Sebab tamak haloba nak rasa semua durian dan cari yang betol-betol terbaik punyaaaaaa. Jahat betul perangai.

Mintak-mintak la ayah tak kerja esok kan.. Kalau jadi pergi segamat esok alamatnye minggu depan blog ni akan dipenuhi dengan entri bergambar durian la.. Saksikan lah oleh muuuuuuuu..haha. Kalau ayah cuti la kan.. Kalau tak cuti? Harapan tinggal harapan je la weh!


Thursday, August 5, 2010

Masakan Emak Memang Superb Kan?


Oh ini santapan makan malam semalam. Mak saye yang memasaknye. Semuanye lauk kegemaran anak dara penulis belog ini. Ikan keli comel goreng, sambal tumis udang dan jugak pucuk manis masak lemak bersama labu.

Maaflah gambar kabur. Memang la kabur sebab snap dengan terburu-buru sebab gelojoh tak sabar dan tak tahan nak makan. Masakan emak memang superb kan?

Wednesday, August 4, 2010

Jangan Bergurau Kasar Macam Ni Lagi Ye

Ape ni.. Kasar tau bergurau.. Sentap I ni selaku anak jati Johor dengar. Len kali nanak cakap macam ni lagik okeh.. Nanti orang benci. Eh jap, nanti ke? Kan ramai orang dah benci.. Berbakul maki hamun awak dapat. Facebook anti awak pun orang dah buat...

Tu la.. Lain kali nak buat statement tu berhati-hati walau gurau pun. Sensitip kan. Kan orang dah marah...



Pergi La Mintak Makan Kat Laki Kau, Dah Lapar Tau Pulak Balik Rumah

Pandaaaaaaaai.. Keluar cari jantan sampai 3 hari 3 malam tak balik rumah, tak makan tak ape kan. Dah lapar tau pulak balik rumah terjerit tepekik telolong mintak makan.... -- Bebel mak aku sambil mengoreng ikan subuh tadi.

Memang mak.. Gedik betina sorang ni. Tak cukup umur lagi dah miang. Sekali dua pulak tu jantan die layan. Bajet hot la tu.. Orang suroh balik buat bodoh je. --- Aku menyampuk memberi sokongan padu kepada emak.

Miaww... Miauuuuuu... Miauuuuuuuuu.. Miauuuuuw.... Si Bulat kucing itu menjawab sambil tarik-tarik kain batik mak aku yang sedang mengoreng ikan untuk beliau. Marah-marah seorang mak tetap jugak masak untuk kau subuh-subuh tau Bulat...

Eh mak kau ke? Mak aku la.. Kau tu cuma anak kucing angkat jek tau..

p/s : Geram, kecik-kecik lagi dah gatal nak berlaki..


Tuesday, August 3, 2010

Gempar Buaya Kat Port Dickson Memang Wujud - Besaaar Punya!


Cerita orang di gigit buaya kat Port Dickson memang hot dalam awal tahun ni. Tapi masa tu pihak berkuasa menafikan. Ye la, selagi tak ade orang mati kena telan dek buaya tu atau ada bukti buaya tu wujud kan. Tup tup dalam Utusan hari ni sah bangkai buaya di jumpai kat port dickson.

Besar gila babeng! Terkejut aku tengok gambar bangkai buaya yang di jumpa kat port dickson tu. Gila kentang betul. Kawasan tumpuan ramai tu. Nasib baik belum ada yang jadi korban buaya ni lagi sebelum dia mati... Tak seriau korang nak mandi kat port dickson??

TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!

Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

Berita Penuh Sumber Utusan Malaysia Online di sini


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails