Followers

Friday, August 13, 2010

Buang Bayi - Hukum Gantung Sampai Mati

Syabas. Tindakan tepat dan jitu. Aku setuju 100%. Semoga yang tak berperikemanusiaan itu terima hukuman setimpal dan yang lain jadikan pengajaran.

Buang dalam parit, tangki najis, tong sampah, bakar, jadikan makanan gagak. Manusia ape kau si pembunuh bayi? Binatang pun tau sayang anak. Kau lebih teruk dari binatang tahu?

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam

Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.

"Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes berkenaan kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya," katanya.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.

"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," katanya.

7 comments:

..nOj.. said...

sokong gak. memang patut pun. itu kan dikira membunuh gak. bodo tak pikir ke. eeii benci la. tak sanggup dh nk baca paper tetiap ari kalo camni

laGenDA KodOk HijAU said...

dah naik boring dari ari tu cadangan yang sama.. macam kes haruan makan anak... nak hukum mati tak mati mati pon hukuman tu .. ini semua cakap politik

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

bagus la mcm tu..hutang nyawa dibyr nyawa..sengal si pembunuh bayi..rase nk flush dowg dlm mangkuk tandas..br pdn muka~!!ada akal Allah bg tak mo guna..mcm nie la manusia tanpa iman..

Unknown said...

sokong 100% gak..hope jgn ckp 0 jew! biar si pembunuh bayi nih kene hukuman mati btl2..tu pun x cukop lg tuh..ptt wat mcm mn dye wat kt bayi x berdose tuh! biarkan dye rs ape yg bayi 2 rs! huhhh

Ckin Kembaq said...

kalau tak mau buat hukuman rejam bg penzina, cara ni pun boleh.seeloknya kedua2 mak ayah baby tu kna hukum.kalu perempuan saja,tak bleh la.kna check btul2 sapa mak ayah baby tu.baru knakan hkuman..jgn silap hukum sudey...

Anonymous said...

excellent!

Anonymous said...

Kalau nak hukum mati, pastikan bapa penderma benih sperma haram juga di gantung sampai mati.
kalau dia takngaku, senang aja dna test.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails