Followers

Saturday, August 28, 2010

Facebook Tengku Mahkota Johor Palsu

Tunku Ismail bersama adinda nye Tunku Aminah.
Sumber

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, 25, tidak mempunyai akaun laman rangkaian sosial Facebook sendiri.

Menurut sumber terdekat istana, hanya dua orang putera Sultan Johor yang mempunyai laman rangkaian sosial tersebut iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, 22, dan adindanya, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 20.

Selain kedua-dua putera tersebut, mana-mana laman Facebook yang mendakwa pengendalinya merupakan putera atau puteri kepada Sultan Johor adalah tidak benar sama sekali.

“Hanya Tunku Idris dan Tunku Jalil yang mempunyai akaun Facebook, yang lain-lain (termasuk Tunku Ismail Ibrahim) tiada.

“Malah, Tunku Idris dan Tunku Jalil juga tidak sewenang-wenangnya menerima permintaan mana-mana individu tidak dikenali untuk menjadi rakan dalam Facebook melainkan kerabat dan kenalan terdekat,” kata sumber itu ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai tindakan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai Tunku Ismail Ibrahim dalam Facebook.

Sepanjang mengendalikan dua akaun Facebook iaitu Diari Harian Tunku Mahkota Johor dan Tunku Mahkota Johor (Penasihat Utama TMJ) itu, suspek yang dikenali sebagai Miky telah memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail serta melayan komen-komen peminat yang menyangka dia adalah TMJ yang sebenar.

Sumber : Kosmo Online.

Hurm.. Aku sebelum ada jadi silent reader kat akaun facebook yang dimaksudkan ni. Dari segi ayat-ayat status kat facebook tu memang boleh mempengaruh orang yang tak tau pasal ni yang akaun facebook tu TMJ Tunku Ismail yang punya.

Tapi adidinda TMJ iaitu Tunku Idris sendiri dalam status fb nya kata akaun facebook TMJ tu adalah fake. Di harap pihak polis cecepat la siasat dengan betul dan ambil tindakan jika betul akaun facebook Tengku Ismail Tengku Mahkota Johor tu adalah palsu.

Ini melibatkan kerabat Di Raja Johor. Sebagai rakyat, kita tak nak la ada yang cuba merendahkan martabat keluarga Kesultanan Johor. Kes ini masih lagi dalam siasatan dan masih belum ada yang disabitkan bersalah lagi.Jadi kita tunggu je la hasil siasatan nanti.


6 comments:

avid said...

dia ni ke yang pergi india buat military training?

Unknown said...

aah yang ni la :)

Aini said...

thanks cik pupel tolong jwabkan =)

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

apa la org tu..x de identiti diri ke..

p/s:Baru aritu semayang jumaat dengan sultan johor.

Zoul said...

Mcm ni punya org pun ada ke? Pakailah nama sendiri.. aku rasa org tak ada IC kot.. he he

ZACK ENTRY said...

masing2 nak popular cepat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails