Followers

Friday, August 6, 2010

Nor Azita Osman Yang Menghina Johor, Ini Ayat Untuk Awak

Eh cerita pasal Nor Azita Osman yang menghina johor kat facebook ni makin hot ye. Hari tu ada buat entri pasal dia tapi tak mengulas lanjut sebab kesian jugak die dah berlori makian dari orang ramai. Aku tak nak la maki sama, nanti aku sama mulut macam dia.

Cuma statement ni dari Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ni aku rasa paling tepat untuk puan Nor Azita Osman ni la. Tepat jitu di samping sopan ayat ini.

"Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumbangan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu."

Ada nada marah dan kecewa (ye la beb, aku pun marah orang cakap macam tu, Johor negeriku weh.) tapi tetap mengawal tiap patah perkataan amarahnya.

Dah masuk akhbar Sinarharian kes ni. Sume orang concern okeh. Nak bergurau sila berpada ye lepas ni. =)

17 comments:

Unknown said...

ish3..x psl2 masok paper..glemer la 2 konon..dpt malu ade la..2 la padahnye kalau gurau x ingt2...jg tingkah laku,jdkan pengajaran....

cik aiLebiu said...

tu jela silapnya..bergurau tak bertempat..

Zaidah said...

nak glamorlah tu...tapi penuh dengan makian...

al-lavendari said...

orang tua-tua dan pesan:

"cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

Eye_nee said...

Segelintir insan2 kat dunia ni selalu alpa dah ambil mudah dgn apa yg dipertuturkan....Cubalah letakkan diri kita dahulu ditempat atau sesautu yag nak dikutuk tu...Baik Kedah baik Johor baik mana negeri sekali pon...masih ada tempat yang mundur dah berusaha menjadi yang termoden...so tak payahlah nak kecoh2 kutuk negeri org lain...Kita kan Satu Malaysia...Bersyukur Dgn apa yng telah kita miliki hari ini...

EYANG RESI 313 said...

Sejenak tafakur dalam kehingan……..
Memaknai arti hidup dalam seraingkaian khilaf dan dosa…..
Lisan kadang tak terjaga,….
Jannikadang terabaikan,……
Hati kadang berprasangka,….
Sikap kadang menyakitkan,…..
Harapan ini akan menjadi indah…..
Jika maaf & silahturrahim ada diantara kita.
Selamat menempuh bulan suci Ramadhan 1431 Hijriah.
Mohon maaf lahir dan batin.
Semoga Allah selalu memberikan
Taufiq, Hidayah, Maghfirah dan Ridho-Nya untuk kita semua.
Amiiiii….n !

wAt| said...

Sy rasa setakat perkataan 'hina' itu adalah perkara kecil & masih boleh dianggap gurauan. Namun, apabila dia menggunakan perkataan "Ya Allah, hinanya JB..." (yg mana biasanya kita menggunakan ayat begitu ketika berdoa), maka disitulah silapnya. Walaupun dia tlhpun meminta maaf, & sy sebagai rakyat Jhr tlh pun memaafkan dia... tp, alangkah bagus kalau permohonan maaf dia disertakan juga dgn "Ya Allah, saya mintak maaf bla bla bla..."
Anyway, sy xkan menghina dia krn keslhan penggunaan bhs krn sy juga bkn guru bhs pun. Cuma, bsr hrpan sy agar kita semua mampu menyemai "Bahasa Jiwa Bangsa" dlm setiap apa yg kita lakukan.
Akhir kata, maaf sy pinta jika komen sy ini menyentuh sensitiviti memana pihak. Yg baik dtgnya dr Allah, yg batil adalah dr kelemahan sy sendiri.
Wasalam.

Anonymous said...

pegi la mampus bitch...patotnya kerajaan johor halau die blik negri die...xlayak jd penjawat awam,terminate automatik....hope u and ur family burn in hell..

darkbatman said...

kdg2 skg ne nk kuarkan pape statement nk kuarkan kat fb kene pk byk kali..kdg2 kita pk main2 tp org lain akn amek seyes..last2 badan merana.

ayisy said...

Setiap orang pasti ada semangat sayangkan negeri, tempat dia dilahirkan. Jadi dia akan kata tempat dia lahirlah tempat yg paling best. Tapi jangan sampai menghina tempat orang lain dgn fakta yang salah. Kalau tak suka duduk di tempat org janganlah hina di tempat yg terbuka atau bertulis. Bahaya... Huhuhu..

PutraRocker said...

setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya

Unknown said...

mulut memang antara penyumbang terbesar dosa manusia. ayat2 dia tu memang menyinggung hati org2 berkaitan.

Anonymous said...

dia dah malu, dah akui silap (mintak2 ler), dia tau dia jenis org tak pikir panjang...akibat2nya. Saya kenal sgt orgnya..mmg mulut dia mcm tu...maafkan la dia...ada masanya ada kurang kematangannya (kebudak2kan) tp mungkin ini mmg bagus utk pengajaran dia. tp kebaikan dia yg saya ingatla... walaupun duit dia ada 20 hinggit dia tetap bg pinjam 10 hinggit.

Anonymous said...

Manusia itu telah melakukan kesilapan dengan menghina negeri orang hanya kerana biskut. Jikapun dia mengaku bergurau, tetapi gurauan yang sungguh tidak cerdik.

Apapun, kekesalan juga terasa apabila ada sebahagian daripada kita yang turut menjadi seperti dia, menghina dan mencaci maki, di tempat terbuka seperti internet ini pula. Takkanlah tabiat sedemikian hendak kita ajarkan kepada generasi kita?

Saya 'paste'kan semula mesej / pesanan ini:

"Rasulullah s.a.w sedang duduk – duduk bersama Sayidina Abu Bakar as – Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci – hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa – apa, lelaki itu menjadi semakin berang.

Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun, caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.

Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.

Akhirnya perlahan – lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar telah bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, “ Wahai Rasulullah ! Adakah kau juga mahu membelaku ?”

“Tidak,” jawab Rasul sepatah. “Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata – kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.

Untuk apa syaitan datang ? Untuk mengapi – apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.

Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya : “ Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, “ Bagi kami amal – amal kami dan bagimu amal – amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang – orang yang jahil. ( Al – Qassas : 55)


Mudah-mudahan bermanfaat. Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Di'paste'kan semula pesanan/ mesej ini:

"Rasulullah s.a.w sedang duduk – duduk bersama Sayidina Abu Bakar as – Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci – hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa – apa, lelaki itu menjadi semakin berang.

Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun, caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.

Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.

Akhirnya perlahan – lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar telah bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, “ Wahai Rasulullah ! Adakah kau juga mahu membelaku ?”

“Tidak,” jawab Rasul sepatah. “Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata – kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.

Untuk apa syaitan datang ? Untuk mengapi – apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.

Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya : “ Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, “ Bagi kami amal – amal kami dan bagimu amal – amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang – orang yang jahil. ( Al – Qassas : 55 )

Anonymous said...

Ittaqullah!!

Anonymous said...

Ittaqullah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails