Followers

Sunday, February 28, 2010

Kisah Paling Seram - Gengblogger.com


Entri di tulis untuk support contest Kisah Paling Seram di Gengblogger. Untuk pengetahuan semua, sesuai dengan syarat kontes tersebut cerita berikut merupakan kisah benar yang sebenar-benar dan bukan rekaan.. Sila amik mood seram sekarang ye kawan-kawan.

Kejadian ni berlaku masa aku sekolah menengah berasrama. Tahun 2004. Masa tu semua pelajar berada kat kelas masing-masing untuk prep malam dalam pukul 8.30 malam macam tu la. Masa tu nak exam, jadi semua serius study dan keadaan agak sunyi, tak ramai yang nak berhuha huha time nak exam ni.

Sedang khusyuk study tiba-tiba... Satu jeritan yang menyeramkan gila sampai meremang bulu tengkuk kedengaran dari blok kelas student form 1. Sume tergamam masa tu. Jeritan makin kuat, berkali-kali.. Kami yang kat kelas semua bagun dan berkumpul, masing-masing takut. Yang berani turun ke bawah untuk tengok apa yang berlaku.

Rupa-rupanya sorang student perempuan india histeria, di sampuk. Warden dan budak-budak surau turun untuk pegang budak tu. Macam biasalah bila disampuk, kuasa budak yang disampuk itu memang kuat sesangat. Dengan mata merah, meronta-ronta dengan suara garau masa ustaz sampai. Lepas ustaz dapat tenangkan dia, tanya kenapa benda tu kacau dia, dia meracau dan sebut nama seorang budak melayu ni.. berulang kali dia sebut..

Punca budak India ni histeria. Biasalah sekolah asrama ni, time maghrib semua pelajar islam kena solat berjemaah kat surau, manakala yang non-muslim pula kena duduk di dewan selera. Tak siapa dibenarkan duduk dalam hostel. Tapi budak india ni masa maghrib tu, dia teringat dia lupa something, jadi dia pun dengan beraninya masuk hostel sorang-sorang. Entah apa yang dia jumpa masa tu pun tak tahu, masuk prep je terus jadi histeria.

Habis prep semua pelajar pulang ke hostel. Masa kawasan akademik dah kosong, ustaz minta seorang ketua pelajar (lelaki) azan dengan kuat kat tengah foyer. Masa pelajar ni azan kat foyer iaitu tengah-tengah kawasan akedemik, satu lembaga hitam yang besar terjun dari tingkat 3 blog akademik dan lari dan ghaib entah ke mana..

Berbalik pasal si budak india ni yang sebut nama sorang budak melayu masa dia meracau. Budak melayu ni budak form 1 juga, orangnya cantik tapi ramai yang tak suka. Masa habis prep, pulang ke hostel aku tengok ustaz dan beberapa orang warden tengah geledah bilik si budak perempuan melayu ni. Aku pun tak faham. Aku tanya pada sorang warden yang agak rapat dengan aku dan kawan-kawan. Dia cuma jawab tak ada ape-ape...

Sejak tu banyak kes jumpa itu ini dilaporkan. Ramai yang diganggu. Sampaikan masa kami semua student perempuan berkumpul kat aras bawah hostel untuk baca yasin bagi meredakan gangguan yang berlaku tetap benda tu nak tunjukkan dirinya. Bayangkan, semua pelajar berada kat bawah baca yasin tiba-tiba ada bunyi air keluar dari shower macam orang tengah mandi dari tandas. Mula-mula ingat mungkin ada student yang ambil wuduk lupa tutup paip air. Tapi bila beberapa orang pergi nak tutup paip tu, rupanya semua shower dan paip air di tandas setiap aras asrama terbuka dan mengalirkan air..

Akhirnya seorang ustaz luar di panggil untuk meredakan gangguan. Sesi memagar di lakukan. Mula-mula ustaz tu pagar sekaliling hostel kami. Lepas tu kami di ajar untuk pagar setiap bilik kami sendiri. Satu bilik ad 4 orang. Kami pun ikut la arahan yang di berikan. Seingat aku masa tu selain beberapa surah yang dah ditetapkan untuk kami baca sepanjang proses memagar, kami juga dibekalkan dengan campuran garam dan lada hitam untuk di tabur sekeliling bilik sambil membaca surah. Masa buat tu, seram dia tak boleh nak gambar la. Terasa sangat-sangat. Tak lepas kami pegang satu sama lain sepanjang tabur benda tu...

Alhamdullilah.. Sejak tu tak ada lagi gangguan yang serius.. Tapi aku still blur sampai sekarang apa kena mengena nama budak melayu tu dengan histeria budak india tu..




Saturday, February 27, 2010

Berat Sudah Mencecah 6* Kg Pura-pura Terkejut! Siapa Ada Tips Diet Hebat Dan Berkesan?


Alkisah setelah lebih 6 bulan tanpa mesin penimbang berat badan di rumah, aku pun telah membeli mesin penimbang yang baru dengan harapan semangat untuk menurunkan berat badan semakin berkobar-kobar. Bukan ape sejak penimbang lama tu rosak, diri sentiasa yakin bahawa berat badan still maintain walaupun sudah banyak baju yang aku rasa semakin mengecil <----still tak nak mengaku badan sendiri yang semakin membesar lalu menuduh baju itu mengecil. Cis sungguh.

Maka pagi ini aku pun merasmikan penimbang baru itu dengan JERITAN keterujaan terhadap nilai berat yang di catatkan. Panik, sakit hati, sedih, keciwa. Sampai hati.. Kegilaan terhadap makanan, keterujaan mencuba pelbagai resepi baru, perasaan kasihan melihat makanan yang bergelimpangan di atas meja adalah punca malapetaka ini. Taubat, mahu serius mengubah semua ini.

Kesannya, sedang berguling menonton tv petang tadi, emak kehairanan tiada juadah minum petang untuk keluarga ini daripada aku. Tiada lagi pizza buatan sndiri, tiada kek batik biskut marie, tiada juga donat comel, mahupun roti jala cicah kari. Cukup. Hentikan semua ini. Berat orang dah 6* Kg maakkkkk. Kita perlu hentikan semua ini..... =(

Thursday, February 25, 2010

Bank Dah Nak Tutup Ni, Gaji Aku Tak Masuk Lagi, Ape Kes?

Tengok jam dah pukul berape? Pukul 4.11 pm tahu tak. Berapa minit lagi bank nak tutup ni. Kenapa gaji aku tak masuk-masuk lagi ni. Jenuh dah aku bukak tutup CIMB Click ni tau. Jangan buat gila. Besok dah cuti. Bank mane yang bukak esok? Nak tunggu isnin baru masukkan?

Habis cuti 3 hari Jumaat, Sabtu Ahad ni aku nak buat ape? Buat bodoh je ek? Tak boleh nak berlalalalala~ jawabnye aku nanti. Jangan buat gila ok.. Ni hal serius.. Mane la si budak yang g masukkan gaji ni tadi tak balik-balik. Aku sangat risau. Bukan risaukan kamu, tapi risaukan gaji ku yang tidak kunjung tiba ke dalam akaun.. =(


Serius! Bukti Aku Pernah Bercita-cita Mahu Jadi Ahli Bomba

Kad Kuning Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah aku

Sedang aku kemas-kemas sijil lama yang berkepuk dalam fail, aku terjumpa Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah aku. Kad yang warna kuning tu. Yang ada maklumat diri kita, berat, tinggi semua tu. Kat situ jugak ada dicatatkan cita-cita kita yang dicatatkan oleh guru kelas ketika itu.

Seingat aku, setiap tahun cikgu akan tanya 3 cita-cita setiap murid untuk di rekodkan dalam kad ni. Hambik, bila tengok ruangan APA SAYA HENDAK JADI BILA BESAR pada kad tu, aku gelak gila-gila punya ni. Masa darjah 1 Bentara, cita-cita pertama nak jadi Guru, kedua nak jadi Doktor dan yang ketiga nak jadi Ahli Bomba kau.. Sebab pe nak jadi bomba? Aku pun tak tau nak jawab..haha

Hambik nak sangat jadi bomba cam ni.. Kang api tak padam, aku yang rentung =)

Darjah dua cikgu malas, cikgu tak catat. Darjah 3 Damai pulak, antara cita-cita aku adalah pensyarah, jururawat dan pelukis. Ok nampak sangat minat nak mengajar. Darjah satu nak jadi cikgu, darjah 3 up sket jadi pensyarah pulak. =) Yang pilihan ketiga nak jadi pelukis? Yup, mase tu aku memang dah gila melukis dan suka melukis. Tu yang ada hati nak jadi pelukis tu..huu

Jadi Guru. baru ku sedar dari sekolah rendah lagi aku dah ada niat suci murni nak jadi cikgu rupanya..hehe. Masa sekolah menengah pun aku minat juga nak jadi cikgu. Tapi niat aku dah ke lain sikit la. Aku suka bila tengok sorang cikgu tu, nama dia cikgu Rosalita. Punya la cantik. Tiap hari pakai kebaya dan kasut tumit tinggi mengajar. Time kelas dia, aku ngan kawan-kawan duk perati baju dan kasut dia je..huhu. Dalam hati, nanti nak jadi cikgu cantik cam ni jugak la.. =)

Cikgu cantek.. Suka.. =) Tapi lagi suka tengok kalau cikgu pakai baju kurung atau kebaya, tumit tinggi.. Huu..mengancam. Ok niat untuk menjadi cikgu suda sedikit terpesong di situ. =) Kang ade plak cikgu lain marah. Yang penting adalah niat nak mengajar anak bangsa kan.. =)

Jadi Doktor & Jururawat. Tu dulu la... Dulu.. Sebelum peristiwa tangan senior terbelah dek buluh, sebelum aku seriau dengan darah, sebelum aku ada penyakit mabok darah.. Sekarang memang tak ade hati dah..

Selain cita-cita diatas, aku pun pernah bercita-cita nak kerja kilang akibat pengaruh drama ape ntah kat tv2 masa sekolah dulu. Nampak happening dan best je keja kilang dalam drama tu. Dan hasilnya, aku berjaya kerja kilang selama 2 bulan masa tunggu result SPM dulu. Seronok juga weh.. Tapi yang tak best bila ada supervisor yang gila kuasa sejibik macam dalam drama. Macam hebat sangat marah orang mengalahkan manager, tak kira yang muda macam aku atau yang lebih tua di maki hamun.

Macam ni la aku kerja dulu. Tapi aku kerja kilang buat komponen barang elektronik. Keje senang je, tapi kena duduk 8 jam kat line tu mau tak keras bontot. =). Yang best sambil keje sambil borak & gelak dengan orang depan, sebelah menyebelah. Pastu bernanah telinga kena maki dengan supervisor =(

Sekarang, satu cita-cita pun tak sangkut. Akhirnya lepas habis study aku tak jadi cikgu pun, pelukis pun bukan, ahli bomba pun bukan apetah lagi doktor. Akhirnya aku jadi programmer. Haha..memang out of the list betul.. =) Tapi dalam masa yang sama aku sekarang sedang berusaha untuk menjadikan cita-cita pertama aku menjadi kenyataan.. =)


Wednesday, February 24, 2010

Follower Blog Dah Cecah 300 Best Sangat Ke Blog Tu?


Hari ni bilangan follower blog aku dah melepasi 300 orang. Terima kasih kepada semua yang follow blog yang tak seberapa ni. Bagi blogger baru cam aku ni, aku rasa satu jumlah yang banyak jugak tu. Aku selalu pikir kenapa ye orang follow blog ni? Ye la kan, setiap orang tu pikirannye lain-lain, tak sama.

Macam aku sendiri, aku akan follow blog-blog yang menarik perhatian aku, blog kawan-kawan sendiri, blog blogger-blogger yang friendly selalu jenguk blog aku, yang selalu drop komen, blog yang selalu entri kat blognye buat aku tertarik baca (Kelakar, info, santai, gosip sume tu la). Ada juga yang aku follow lepas diorang follow aku. Ye la lepas jenguk blog diorang, follow la yang mana tertarik kan dan friendly kan.

Aku follow sebab teruja nak baca latest update daripada blog-blog tu la, dah kate menarik kan, mesti la excited nak pergi selalu. Dan mostly blog yang aku follow aku akan update ke dalam bloglist aku kat sidebar ni supaya boleh berkongsi dengan pembaca- pembaca yang lain bahawa blog tersebut best.

Lagi satu yang bermain kat fikiran ni, yang follow ramai-ramai ni, agak-agak datang balik tak kat blog ni lepas follow? Yang rajin drop komen dan hit kat shoutbox tu, akan aku perasan la dia datang balik, dan aku akan balas. Tapi yang lain-lain? Mmm..diorang jadi silent reader je kot, tu yang tak perasan tu kot.. Hehe.. sedapkan hati =)

Ape-ape pun terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ni tak kira la follower, bukan follower,
yang rajin drop komen dan say hi kat shoutbox mahupun silent reader. Memang aku akan balas kunjungan korang kalau di tinggalkan jejak. Pada yang silent reader bawak-bawak la tinggalkan jejak supaya aku boleh menjejak kalian kembali ok.. Untuk kebaikan bersama juge =)

Asam Jawa Kepala Biawak Sumpah Aku Geli


Aku hangin betul la hari ni. Dah la tadi sarapan dak office aku termakan kuew tiaw goreng perencah lalat. Ni kat harian metro terbaca pulak pasal Asam Jawa Kepala Biawak. Gile ke ape ade kepala biawak dalam asam jawa tuh! Pengotor betul la pengeluar tu.

Tapi metro tak nak pula bagitau jenama ape. Yang aku bengang ni, aku ni memang pengguna tegar asam jawa tau tak. Kebanyakan masakan lauk yang aku suka memang guna asam jawa. Asam pedas, masak kicap, tumis asam, sambal tumis sekalipun semuanya guna asam jawa. Dah ade kes macam ni ade pulak selera aku nak guna asam jawa lepas ni??

Setahu aku tak banyak pun jenama asam jawa yang jual kat kedai, balik-balik jenama yang tu jugak. Yang ade kepala biawak ni jenama ape? Bagitau la patutnye kan, supaya pengguna boikot jenama pengotor gila babeng tu. Dan supaya kita tak termakan lagi asam jawa bercampur biawak.

Eee...geli betul la.. Macam mana kepala biawak tu boleh ade dalam bungkusan tu? Ke memang syarikat tu letak biawak untuk tambah sedap asam jawa? Ini kerja gila tau tak. Rasa nak terkeluar isi perut aku ni ha.. Adoii la..

Oh ye, nak baca berita penuh boleh tgok kat sini

Sesekali Makan Kuew Tiaw Goreng Perencah Lalat Sedap Kan?

Pagi ini sungguh indah.. Sampai office terus turun sarapan bersama dua orang lagi anak dara. Malam tadi hujan turun dengan lebatnya dan mengakibatkan mereka sangat lapar dan tak sabar-sabar nak sarapan. Cett ade kena mengena ke? Abaikan..

Aku tak lapar pun, dah makan kuih kat rumah tadi so aku cuma order milo ais je. Hambik, pagi-pagi dah layan ais batu. Budak dua orang tu yang kelaparan masing-masing ambik kuew tiaw goreng sorang sepinggan.

Melantak la mereka dengan sepuasnya. Masa tinggal suapan2 terakhir tu yang sorang ni baru terperasan ada lalat sempurna sifat yang hitam tergolek dalam kuew tiaw goreng tu.. Wau..perencah baru nampak..aku berkata.. =) Sorry tak de gambar sebab aku tak mau letak gambar gelimat dalam blog ini.

Lepas tu kitorang pun berdiskusi sambil mengumpat secara perlahan dan berhemah untuk tindakan selanjutnya =) Mula-mula nak bagitau mak cik kedai tu, tapi macam tak sampai ati plak. Kenapa? Entah kami pun tak tau. Korang ade pengalaman cam ne nak tegur makcik kedai tu tak?

Ok akhirnya dua orang budak yang telah makan lebih dari separuh pingan kuew tiaw perencah lalat itu telah pening pening lalat sambil menari nari di dalam office. Nak tengok? Video kat bawah adalah aksi yang berjaya aku rakamkan.. Tengok sampai habis tau korang =)

Personalize funny videos and birthday eCards at JibJab!


p/s : Muka saja ori, badan yang seksi itu bukan mereka ye..mangsa edit.. =) Sekian

Tuesday, February 23, 2010

Menu Lunch Super Lazat : Biskut Cap Ping Pong Cicah Teh O


Sesekali makan tengahari dengan biskut cap pingpong ni cicah dengan tea O panas sedap juga ye. Ini la penangan kedai makan bawah yang mogok secara tiba-tiba hari ni. Nasib baik la bekalan masa hadapan kat pantry office ni mencukupi..huh

Tak ape la, itu je la rezeki tengahari ni. Mau keluar pun tiada mood jua. Sekali sekala lunch dengan makanan dalam kuantiti kalori yang rendah bagus jugak ape untuk perut yang semakin maju ke depan..hehe =)


Monday, February 22, 2010

Aku Rindu Zaman Itu....


Rindu nak ketawa berdekah-dekah sampai keluar air mata melayan karenah kawan-kawan kelas 504 yang kepala gila-gila dan ceria itu.

Rindu nak masuk kelas pagi-pagi buta, lepas tu sambung tido ramai-ramai dengan diorang sampai lonceng perhimpunan bunyik.


Rindu nak pergi prep malam, borak-borak sakan, cerita pasal raya kat kampung masing-masing, pasal nak makan pe bila cuti sekolah nanti, cerita gosip terhangat kat maktab.

Rindu dengan suasana menjelang SPM kat kelas.. Meja masing2 menimbun dengan buku... Walupun sibuk dengan buku, gila tetap ada... =)



Rindu nak lepak umah warden menghabiskan segala yang ada dalam peti ais dia.. Seronok sangat. Terima kasih cikgu Adam dan isteri yang sangat sporting dengan kami.. =)


Rindu nak outing dengan kawan-kawan ke pekan pontian. Naek bas ramai-ramai, then beratur ramai-ramai kat ATM BSN keluarkan duit, jalan-jalan ke pasaraya senyum pastu makan kat KFC. =)

Rindu nak bergaduh-gaduh dengan budak-budak kelas sebelah time pertandingan menghias kelas. Gaduh mengalahkan budak form 1. Budak form 1 pun tak de excited time pertandingan ni.. Apekah..



Rindu nak bermain game-game best masa minggu aktiviti maktab.. Seronok dapat lupakan buku selama seminggu. Masa ni semangat kelas sangat membara dan kami bertambah rapat..


Rindu nak ejek si Yasin yang suka baca majalah hello bollywood sembunyi-sembunyi kat kelas. Bila senior datang, cepat-cepat dia campak majalah tu ke belakang.. Aiseh tak boleh lupa..

Rindu nak makan kat dewan selera.....

Rindu nak balik ke maktab....

Rindu nak sekolah semula.....

=(


Sakit Tahu Tak??


Hari ini muka berkerut-kerut. Menahan sakit. Sakit cinta? Sakit hati? Sakit Jiwa? Tidak.... Sakit perut... Adoiiiii... Penangan kuasa menjadi wanita.. Menjadi wanita yang di anugerahkan kesakitan ini bila masa dan ketikanya.. Adoi lagi..dan lagi.. dan lagi...

Saturday, February 20, 2010

Hasil Cuti Hujung Minggu - Pizza

Taraaaaaa... setelah beberapa hari mengidam mau makan makanan yang kaya dengan cheese akhirnya ini la hasilnya.. Pizza buat sendiri. Dapat buat untuk makan tengahari tadi. Resepi google je... Gambar penuh tak ade. Tak sempat snap, panas-panas lagi dah di ngap.. Ni je la yang berjaya di simpan. =)

Slice pertama =)

Slice kedua..

Bahan Untuk Doh :
Setengah kg tepung gandum
1 sudu yis segera mauripan,
1 sudu mentega,
1 sudu gula
garam secukup rasa
1 kotak susu segar (yang kecik je)

Untuk buat doh. Larutkan yis segera dengan air suam dan gula. Kemudian gaul tepung, garam dan mentega. Tuang yis segera tadi. Masukkan susu. Uli sampai jadi doh dan tak melekat kat tangan. Biarkan doh mengembang lebih kurang sejam. Ha sementara nak tunggu doh kembang, kita prepare bahan-bahan untuk toping pulak.

Bahan untuk topping :
Keju parut mozarella ikut suka nak banyak mana letak
Lada kuning
Isi ayam cincang yang di tumis dengan bawang putih, bawang besar dan lada putih
Sosej (Potong bulat-bulat)
Sikit sotong (Rebus dulu)
Tomato puri
Sayur campur.
Bawang

Untuk topping macam biasa la, mula mula ratakan doh ke atas acuan/loyang. Pastikan dah letak minyak pada acuan, supaya bila masak tak melekat. Lepastu sapu tomoto puri dan sos kalo nak pedas. Lepas tuletak la bahan-bahan lain dan diakhiri atas sekali dengan cheese yang banyak..

Lepas tu bakar la dalam 20 minit. Siap. =)

p/s : Untuk toping tu sebenarnya ikut suka la kita la nak letak ape sebenarnya. Tu yang suka buat sendiri tu, hambik nak letak ape pun boleh. Okeh selamat mencuba. Sedap, berbaloi-baloi =)

Friday, February 19, 2010

Jawapan Peraduan Mister Potato

Hahaha...nak cari jawapan untuk teka berat Mr Potato, Mariachi, Ortega ngan 100 biji kentang ek? Search kat google je ek? Malas kire ye? Nak jawapan mudah? Nehi..nehi.. Tak dapat den nak nolong..


Memang aku ada buat entri pasal peraduan Senang Menang Emas Mr Potato tu kat blog ni. Aku pun dah join contest tu pun. Tu yang keyword kira berat mr potato ngan kawan-kawan asyik sangkut je kat blog aku. Tiap hari ada orang cari.

Tapi mintak maaf la kepada saudara saudari yang datang ke blog ni untuk cari jawapan kepada teka berat Mr Potato, Mariachi, Ortega ngan seratus biji kentang tu. Aku memang tak publish jawapannye. Alaa kalau publish pun bukan comfirm betul jawapan aku kan?

Hehe..agak gigih juga la aku menconggak, mengira semua. Mane boleh share-share. I nak menang sorang-sorang la.. Gila tamak =) Cett.. tak de la.. Macam ni kawan-kawan, apa kata kita kira je sendiri, asah kecekapan matematik kita yang semakin tumpul itu..


Tapi kalo search sebab nak comparekan jawapan, ok gak kan.. Mana tau jawapan same. Aku pun ade kekonfiusan pasal berat 100 biji kentang tu la.. Nak share tak? Ape tak nak? Kedekut cam aku jugak kan? Okeh bye.. =(

Thursday, February 18, 2010

Apa Ku Mahu Pada Hari Lahir Ini

Masa zaman sekolah dulu, time birthday mesti dapat banyak hadiah... Sekarang? Yang adoooo.. =( Hari ni sempena hari lahir yang ke 23 aku hari ni... aku nak... aku nak.. aku nak...

Chocolate with bear... <-- Sweetnye tapi bukan untuk aku, berangan je boleh.. White roses..... <--- Gila suci, suka! tapi bukan juga.. =)
Chocolate Strawberry dari secret recipe... <--- Kek kegemaran tapi juga bukan.

Tapi hari ini aku mahu ini.. mahu yang ini.. yang menggoda selera ini..........

Nasi panas...

Dengan telur masin

Berserta sambal belacan yang umph....

Makan pulak berkuahkan sayur kobis tumis air....

Perghhhh.. simple tapi gila sedap.. tak sabar nak balik rumah makan nasi panas + telur masin + sambal belacan + kubis masak air. Perut berkeroncong dan membayangkan macam-macam makanan menggoda selera =)

p/s : Gambar kredit kpd Che Mid dan En Google =)

Happy Birthday To Me =)


Selamat hari lahir yang ke 23 tahun aku wish untuk diri aku sendiri. Semoga hari-hari mendatang penuh dengan kegembiraan, kebahagian, ketenangan, dan di murahkan rezeki oleh-Nya. Tak lupa juga semoga berat badan semakin turun dengan jayanya =)

Macam - macam ucapan yang aku dapat dari kawan-kawan. Terima kasih korang, sayang korang semua. Rata-rata wish dan tanya bila boleh makan nasi minyak aku. Alaa korang setakat nasi minyak, meh la datang jb aku masakkan.. =)



Ni lagi dasyat, kahwin tak lagi, anak pun comfirm tak de lagi, tetiba suro cepat-cepat timang cucu..huhu

~ Senyum sokmo hari ni walaupun usia dah meningkat lagi ~


Wednesday, February 17, 2010

Maaf, Blog Anda Terpaksa Saya Jauhi Untuk Beberapa Ketika

Kerana apa? Kerana adanya elemen-elemen kurang menyenangkan hatiku di dalam entri terbaru anda. Entri pasal ape? Entri lucah? Politik yang keji dengan makian dan kutuk mengutuk? Entri dengan makanan menggiurkan? Oh tidak.. bukan kerana itu.. Semua itu masih boleh aku tahan lagi.

Tapi kerana entri yang mengandungi unsur kengerian, kegelian yang melampau. Untuk pengetahuan semua, penulis blog ini bukan seorang yang penakut, dia cuma seriau yang melampau terhadap perkara-perkara ngeri yang 18SG begitu. Dia juga mabok darah. Oleh itu sila jauhkan dirinya daripada entri - entri yang super geli itu.

Cukup sekali terkena dengan entri pasal payudara berulat yang tak sengaja aku terlihat hari itu. Cukup! cukup! cukup! Jangan seksa hati dan naluri ku lagi.. Sebulan gamaknya aku berusaha mengeluarkan gambar ngeri itu dari kepala otak ni. Bayangkan la, sampai tengok sirap selasih pun geli dan terbayang gambar ulat tuh.... Adoiii!! Tak nak cakap lagi.. Sumpah takot.. Ops silap, sumpah ngeri okeh.. =)

p/s : Mintak maaf bebanyak yek.. Nanti esok lusa akan ku terjah blog kamu lagi jika entri geli itu dah tak kelihatan di muka hadapan. =)

Kawan Kahwin Lagi. Aku Pulak Bila Lagi??

Pengantin tu Nor Azura, pengapit tu kawan baik merangkap roomate dia, ami. Cantiknya zura, berseri-seri sesangat. Tak pernah nampak muka dia dengan make up. Ni la first time dia make up. Cantik sesangat. Manis.. patutlah cik abang dia cepat-cepat ajak kawin, takut orang amik ni.


Untung cik abg dia. Zura ni sangat lah lemah lembut orang nye, masak sangat la terer, baik tak usah cakap la... memang tersangat-sangat. Tengok muka pun boleh baca. Tahniah zura. Sorry tak dapat datang, jauh sangat la perak nun. Semoga bahagia ke anak cucu.

p/s : Masih terngiang-ngiang suara zura masa kitorang sama-sama siapkan final projek kat bilik aku masa UTM tahun lepas.. Lembut je dia, marah pun lembut.. cam ne tu?? huhu..

Senarai Orang Terkaya Di Malaysia

Yeah mari bercerita tentang orang terkaya di Malaysia sehingga tahun 2010 ini. Gila banyak harta diorang ni, 7 keturunan pun tak habis makan ni. Yang paling kaya ialah Robert Kuok dengan jumlah RM 42.76 Billion. Seronoknye dapat jadi orang kaya ni kan.. Nak berangan jap la.. Korang layan senarai orang terkaya kat Malaysia di bawah ni.. =)

Kita boleh nampak, orang melayu terkaya pada kedudukan ke 9 dalam senarai orang kaya di Malaysia iaitu Syed Mokhtar AlBukhary. Adik perdana menteri, Nazir Razak pun masuk dalam list kat kedudukan ke 40.

1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)

25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)

37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Tuesday, February 16, 2010

Buang dan Bakar Bayi? Kenapa Tak Bakar Diri Kau Sekali Wahai Pendosa??


Bayi Di bakar. Bayi dibakar. .Dekat mana otak kau? Cuma mahu dan tahu bersedap-sedapan, menghasilkan bayi yang tak kau inginikan.

Buntu? Malu? Takut? Alasan itu buat kau tergamak buang bayi comel itu. Tak cukup dengan itu, kau bakar pulak bayi yang tidak berdosa itu untuk menghapuskan bukti kononnya. Tak ada perasaan ke kau?

Kasihan..kasihan bayi itu.. Kasihan kerana mendapat Ibu - bapa yang sangat #$#&^%$#@ perangainya. Buat si bayi malang, Al-Fatihah untukmu.. Syurga pasti untukmu.. Buat manusia yang sangat zalim itu, sila tunggu nanti balasan api neraka jahanam!

Saturday, February 13, 2010

Boleh Tidak Kau Kawal Nafsu Itu?

Esok 14 Februari 2010, valentine day. Kalau kamu rasa entry ini mempersembahkan keterujaan aku untuk sambut hari kekasih tu, sorry kamu silap. Silap sama sekali. Aku tak sambut. Nak cerita pasal asal usul sambutan valentine day ni pun tidak. Tidak sama sekali.

Cuma nak mengingatkan kepada semua, terutama yang teruja menyambut valentine day ni khasnye kepada yang terpengaruh dengan kempen tidak bermoral plus budus iaitu no panties on valentine day yang hangat diperkatakan sekarang. Beringat-ingat la semua ok..

Jangan sampai kes - kes seperti gambar- gambar di bawah ini kembali hangat 9 bulan akan datang.. Kesan dari keterujaan pasangan-pasangan kekasih yang berkasih sayang tanpa batasan sempena valentine day atau juga di kenali sebagai hari kekasih sedunia itu... Beringat lah.. beringat lah.. Kasihani lah mereka-mereka yang tak berdosa ini..

Mereka bukan makanan untuk semut-semut itu

Tempat mereka seharusnya dalam dakapan si ibu bukan di sini


Mereka bukan sampah yang patut kau buang begini


Mereka juga bukan najis!

Bukan jua untuk di lempar begini....

Mereka bukan sampah. Kamu lah sampah sebenar dalam masyarakat ini. Mereka lahir kerana kamu... Kamu yang bertuhankan hawa nafsu!

Friday, February 12, 2010

Cukup Lah Tu Ketawa, Kesian Dak Sky Net Tu Weh..


Dah la korang.. Please la jangan bagi aku ketawa lagi. Please la wei.. Sakit tau tak perut aku. Kesian seh kat budak Sky Net tu tadi ta.. Mesti sumpah die tak nak jejak dah kaki kat office ni lagi tau tak.

Al kisah cam ni, ada sorang budak Sky Net datang hantar barang tadi. Sementara tunggu aku nak cop kat kertas dia tu, die sibuk duk main mesej kat tepi tu. Dah siap cop, bagi kat dia trus dia bagun sambil mata masih melekat kat hanphone die tu. Macam ade magnet je mata dia tu kat handphone.

Time berjalan keluar tu, die tersalah pintu. Di masuk pintu bilik abg Bad. Si Aja, dengan tak cover2 ketawa berdekah-dekah spontan bila nampak budak tu keluar balik dari bilik abg Bad. Aku pun gelak bila tengok Aja gelak tak hingat dunia. Staff lain pun same join gelak. Maka gelak la kami beramai-ramai dalam opis ni tadi. Gelak gila-gila punya ni. Sampai simpang tepi jalan pun leh dengar kot.

Gila kejam. Kesian dak tu weh... tapi nak buat cam ne, sesungguhnya kami tidak dapat menahan perasaan mahu gelak itu, tahan-tahan kang terkentut lagi haru.. BIla budak tu dah turun, si Aja siap cakap, "tu la ko, sibuk sangat main mesej, mengadap handpone time kerja, sampai salah pintu, padan muke ko." Haha..serius lawak tengok muka budak tu menahan bengang tadi..

Ok sudah. Sakit perut. Tak mau ketawa lagi. Bye.


Peragut Terkencing Dengar Tembakan


KUALA LUMPUR: Gara-gara ketakutan, seorang peragut terkencing dalam seluar sebaik terdengar tembakan amaran dilepaskan anggota polis ketika dia cuba meloloskan diri selepas menyamun mangsa, semalam.


Difahamkan, suspek terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri kerana ditinggalkan rakannya yang menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Jalan Kepong di sini, suspek bukan saja cuba menyamun seorang wanita berusia lewat 20-an, malah turut memukul mangsa menggunakan topi keledar.

Namun, nasib suspek menjadi malang apabila rakannya yang menunggu di atas motosikal berhampiran kawasan berkenaan memecut meninggalkannya sebaik menyedari kehadiran dua anggota polis.

Menurut sumber, suspek yang panik melarikan diri kira-kira 50 meter, namun dikepung anggota polis terbabit yang menerima bantuan orang ramai.

“Akibat terdesak, suspek terjun dalam longkang kira-kira setinggi lima meter,” katanya.

Puas hati aku baca berita kat metro hari ni. Padan muka kau peragut! Sampai terkencing-kencing kau takot yek. Sebelum tu punye la berani meragut, siap hentak perempuan tu dengan topi keledar. Ee..geram pulak aku ngan orang cam ni. Padan muka.. Bwueeeeeeeek!!!! Menyampah i.

Setelah Aku Di Tag =)

Salam Aini:) Anda di tag!!! - Dari Adiwarnatasya
Oleh kerana telah di tag, jadi harus la kiranya aku menjawab soalan-soalan berikut :

1. Adakah anda rasa anda hot?
Tidak sama sekali. Menggigil sejuk dalam opis.

2. Upload gambar kegemaran anda.

3. Cerita pasal gambar.
Ni kain pasang untuk buat kebaya cantik gila. Nak beli tapi dah habis stok. Tak dapat beli, jadi tengok gambar je la puas-puas. =(

4. BIla kali terakhir anda makan pizza.
2 bulan lepas dengan adik-adik.

5. Lagu terakhir di dengar.
Wondergirl lagu nobody. Suke =)

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
Mengunyah gula-gula

7. Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama?
Mont <-- Mmber skolah beri. Menci!!!

8. Tag lagi 6 orang.

Didi - http://sophiealyssa.blogspot.com/
Great Teacher Onizuka - http://eyriqazz.blogspot.com/
Zack Zukhairi - http://zackzukhairi.blogspot.com/
AzahAmin - http://www.azahamin.com/
Aina Chika - http://www.sweetaina.blogspot.com/
Miss Lolly - http://lollylurveff.blogspot.com

9. Siapakah orang no 1 dalam senarai itu?
Anak kepada makcik Rohani =)

10. Kata sesuatu pada orang no 5.
Awak chantek la..

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
Yukiko. Dalam Kayalan sahaje.

12. Bagaimana dengan orang No. 4?
Follower terbaru blog ini.

13. Pesanan kepada orang No. 6?
Anda telah di tag miss lolly.. =)

14. Apa kelebihan yang anda nampak pada orang No 2 ni?
Banyak beri info kat blog die. =)

Thursday, February 11, 2010

Kuasa keyword Kepada Nuffnang


Selalu aku baca dan dengar orang cerita pasal cara nak meningkatkan jumlah trafik ke blog la, cara nak tarik unique visitor la dan lain-lain. Memang seronok kan kalau blog kita ada trafik yang tinggi, ramai orang datang dan baca entri yang kita tulis.

Salah satu cara meningkatkan traffik ke blog kita ialah dengan kuasa keyword. Yeah memang betul. Aku dah merasa kesan keyword itu. Walaupun tak le beribu orang yang datang setiap hari, tapi bila tengok unique visitor meningkat berkali ganda, keseronokkan itu berada pada tahap tak terhingga. =) Yeay!

Minggu ni, aku ada buat entri pasal permohonan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah, (DPLI). Traffik dari search engine google mencanak masuk kesan hit kepada keyword berkaitan KPLI dan DPLI 2010 / 2011. Sebelum ni kisah pasal aduka taruna dan Almarhum Sultan Iskandar pun dapat hit jugak.

Ok kesimpulannya, lepas ni kena rajin update pasal isu terkini la untuk tarik banyak unique visitor. Sekian =).




Wednesday, February 10, 2010

Buah Tangan Dari Bos

Happy. =) Seminggu bos ke China. Balik Malaysia bawa buah tangan untuk staff - staff nye. Sahaye dapat gelang jed yang cantik. Happy =) Terima kasih daun keladi ya bos, pergi lagi beli la lagi.. =)

Cantek

Bersinar -sinar


Suka =)

Sekian terima kasih.. Tata. =)

Tuesday, February 9, 2010

Aku Sedih Melihat Adegan Putus Cinta


Hari ini ada orang putus cinta. Bukan aku. Serius bukan aku.

Kasihan.. Aku kasihan pada lelaki yang ditinggalkan. Lelaki yang serius sudah merancang perkahwinan mereka. Kasihan.. Aku juga kasihan kepada perempuan yang meninggalkan. Kerana dia terlalu muda dan mungkin tidak tahu menghargai apa yang ada di depan mata. Aku pikir, dua tiga hari lagi pasti si perempuan akan terasa kehilangan lelaki itu..

Si lelaki.. Remuk sudah hatinya. Separuh gila melayan perasaan kecewa. Betapa dia sayang perempuan itu. Merayu-rayu minta diberi peluang.. Mengalir air matanya...

Aku... Turut sedih melihat orang kecewa..

Hari ini aku dapat lihat betapa seriusnya kasih dan sayang seorang lelaki kepada perempuan itu. Hari ini aku dapat lihat betapa susahnya untuk lelaki itu menerima kenyataan. Kecewa bila dibuang begitu..

Uhh..hati aku suda tersentuh.. =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails