Followers

Saturday, February 20, 2010

Hasil Cuti Hujung Minggu - Pizza

Taraaaaaa... setelah beberapa hari mengidam mau makan makanan yang kaya dengan cheese akhirnya ini la hasilnya.. Pizza buat sendiri. Dapat buat untuk makan tengahari tadi. Resepi google je... Gambar penuh tak ade. Tak sempat snap, panas-panas lagi dah di ngap.. Ni je la yang berjaya di simpan. =)

Slice pertama =)

Slice kedua..

Bahan Untuk Doh :
Setengah kg tepung gandum
1 sudu yis segera mauripan,
1 sudu mentega,
1 sudu gula
garam secukup rasa
1 kotak susu segar (yang kecik je)

Untuk buat doh. Larutkan yis segera dengan air suam dan gula. Kemudian gaul tepung, garam dan mentega. Tuang yis segera tadi. Masukkan susu. Uli sampai jadi doh dan tak melekat kat tangan. Biarkan doh mengembang lebih kurang sejam. Ha sementara nak tunggu doh kembang, kita prepare bahan-bahan untuk toping pulak.

Bahan untuk topping :
Keju parut mozarella ikut suka nak banyak mana letak
Lada kuning
Isi ayam cincang yang di tumis dengan bawang putih, bawang besar dan lada putih
Sosej (Potong bulat-bulat)
Sikit sotong (Rebus dulu)
Tomato puri
Sayur campur.
Bawang

Untuk topping macam biasa la, mula mula ratakan doh ke atas acuan/loyang. Pastikan dah letak minyak pada acuan, supaya bila masak tak melekat. Lepastu sapu tomoto puri dan sos kalo nak pedas. Lepas tuletak la bahan-bahan lain dan diakhiri atas sekali dengan cheese yang banyak..

Lepas tu bakar la dalam 20 minit. Siap. =)

p/s : Untuk toping tu sebenarnya ikut suka la kita la nak letak ape sebenarnya. Tu yang suka buat sendiri tu, hambik nak letak ape pun boleh. Okeh selamat mencuba. Sedap, berbaloi-baloi =)

26 comments:

Kancilbiru said...

mak aiii mantap tu...pasni tutup la pizza hut...haha

Tie HT said...

EH SEDAP LA PULOK NAMPAK NYER..BOLEH CILOK RESEPI ?

zella y said...

nmpk sedap tu..pasni xyah la susah2 beli pizza hut..buat sendiri pon boleh hehe

Pria Pena said...

wahhh! kecur air liur tengok gmbar mknn ni. tapi aku memang dilahirkan x pandai memasak, so mengharapkan org lain masakkan utk aku je la. haha..

btw

http://rapuansemata.blogspot.com

new blogger..
folower needed..
SOKONGLAH

naim said...

wow!! nmpk menyelerakan btul pizza nie.. bahan2 nak wat pon x bnyk.. mcm senang jek.. bole mintak wife watkan pas nie..

KakChik said...

salam ziarah.

wah... tahniah! kakchik memang pantang tengok tajuk blog yang ada perkataan PIZZA, memang cepat je nak datang tengok.

memang sangat2 menjadi pizza tu, menyelerakan.

Araz said...

Sedap nampaknya...emmmm

Aini said...

terima kasih pada yg mengomen. Resepi ni paling simple dan mudah. Bahan2 pun tak susah cari.. =)

Unknown said...

eermmm menyelerakan.. aku nk amik la resepi ni try

zhrhtoodem said...

wah
nampak sedap
teringat dulu ayah selalu buatkan piza.
heeeeeeeeeee

jan.naimah said...

wah~
mnarek topping awk...sedap ni

nuriz said...

slm,sedap nampak. kat mana nak cari yis mauripan tu, nak try wat le

memymu said...

woahh.. siap ade resipi.. tp sy nak pizza.. senang.. @ pizza hut.. tp duit abih lerr.. x rajin nak masak... huhu

Aini said...

to nuriz : yis mauripan tu kat kedai runcit sume ade jual. 80sen je hrga dia. Kdg org pgil ibu roti@yis segera =)

F I T said...

perghhh heaven...ni yg terliur tahap kempunan ni..hehe

Cash-out Pertama Selepas 5 ke 6 Bulan Bersama Nuffnang

Ummu Nuha said...

Oh my god!! Irresistable.. :D

Anonymous said...

nnt nk test buat arrr.. tk penah nk wt pizza. hehehe

ZACK ENTRY said...

aini : tlg buatkan bleh tak??=P

zalikha nashuha said...

arghh..nak sikiiiiiiiiiiit..lapaaar..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

wah~

cam mak selalu buat~

er, lapar.

nak ckit~

Anna Boleyn said...

wow! pandai buat pizza. salute lah. hit me back kayh :)btw da follow:)

Anna Boleyn said...

kak...nanti hana link kan akak ekh. hana ekceli nak categorize kn semua februarians. tak sempat2 lagi nak buat. hit me back kayh :)

CiPoT CeDoT said...

xteringin send kat sini skit ker...dilevery boleh??...gehgehegeg

Unknown said...

ada buat service delivery tak???nak call ni

Hanna said...

oh la la~
sedap2...cuti lepas pon kami buat pizza :)

Kay J said...

nyum.. sedapnya!! pinjam resepi yerk t pulang balek =)

singgah balas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails