Followers

Sunday, February 28, 2010

Kisah Paling Seram - Gengblogger.com


Entri di tulis untuk support contest Kisah Paling Seram di Gengblogger. Untuk pengetahuan semua, sesuai dengan syarat kontes tersebut cerita berikut merupakan kisah benar yang sebenar-benar dan bukan rekaan.. Sila amik mood seram sekarang ye kawan-kawan.

Kejadian ni berlaku masa aku sekolah menengah berasrama. Tahun 2004. Masa tu semua pelajar berada kat kelas masing-masing untuk prep malam dalam pukul 8.30 malam macam tu la. Masa tu nak exam, jadi semua serius study dan keadaan agak sunyi, tak ramai yang nak berhuha huha time nak exam ni.

Sedang khusyuk study tiba-tiba... Satu jeritan yang menyeramkan gila sampai meremang bulu tengkuk kedengaran dari blok kelas student form 1. Sume tergamam masa tu. Jeritan makin kuat, berkali-kali.. Kami yang kat kelas semua bagun dan berkumpul, masing-masing takut. Yang berani turun ke bawah untuk tengok apa yang berlaku.

Rupa-rupanya sorang student perempuan india histeria, di sampuk. Warden dan budak-budak surau turun untuk pegang budak tu. Macam biasalah bila disampuk, kuasa budak yang disampuk itu memang kuat sesangat. Dengan mata merah, meronta-ronta dengan suara garau masa ustaz sampai. Lepas ustaz dapat tenangkan dia, tanya kenapa benda tu kacau dia, dia meracau dan sebut nama seorang budak melayu ni.. berulang kali dia sebut..

Punca budak India ni histeria. Biasalah sekolah asrama ni, time maghrib semua pelajar islam kena solat berjemaah kat surau, manakala yang non-muslim pula kena duduk di dewan selera. Tak siapa dibenarkan duduk dalam hostel. Tapi budak india ni masa maghrib tu, dia teringat dia lupa something, jadi dia pun dengan beraninya masuk hostel sorang-sorang. Entah apa yang dia jumpa masa tu pun tak tahu, masuk prep je terus jadi histeria.

Habis prep semua pelajar pulang ke hostel. Masa kawasan akademik dah kosong, ustaz minta seorang ketua pelajar (lelaki) azan dengan kuat kat tengah foyer. Masa pelajar ni azan kat foyer iaitu tengah-tengah kawasan akedemik, satu lembaga hitam yang besar terjun dari tingkat 3 blog akademik dan lari dan ghaib entah ke mana..

Berbalik pasal si budak india ni yang sebut nama sorang budak melayu masa dia meracau. Budak melayu ni budak form 1 juga, orangnya cantik tapi ramai yang tak suka. Masa habis prep, pulang ke hostel aku tengok ustaz dan beberapa orang warden tengah geledah bilik si budak perempuan melayu ni. Aku pun tak faham. Aku tanya pada sorang warden yang agak rapat dengan aku dan kawan-kawan. Dia cuma jawab tak ada ape-ape...

Sejak tu banyak kes jumpa itu ini dilaporkan. Ramai yang diganggu. Sampaikan masa kami semua student perempuan berkumpul kat aras bawah hostel untuk baca yasin bagi meredakan gangguan yang berlaku tetap benda tu nak tunjukkan dirinya. Bayangkan, semua pelajar berada kat bawah baca yasin tiba-tiba ada bunyi air keluar dari shower macam orang tengah mandi dari tandas. Mula-mula ingat mungkin ada student yang ambil wuduk lupa tutup paip air. Tapi bila beberapa orang pergi nak tutup paip tu, rupanya semua shower dan paip air di tandas setiap aras asrama terbuka dan mengalirkan air..

Akhirnya seorang ustaz luar di panggil untuk meredakan gangguan. Sesi memagar di lakukan. Mula-mula ustaz tu pagar sekaliling hostel kami. Lepas tu kami di ajar untuk pagar setiap bilik kami sendiri. Satu bilik ad 4 orang. Kami pun ikut la arahan yang di berikan. Seingat aku masa tu selain beberapa surah yang dah ditetapkan untuk kami baca sepanjang proses memagar, kami juga dibekalkan dengan campuran garam dan lada hitam untuk di tabur sekeliling bilik sambil membaca surah. Masa buat tu, seram dia tak boleh nak gambar la. Terasa sangat-sangat. Tak lepas kami pegang satu sama lain sepanjang tabur benda tu...

Alhamdullilah.. Sejak tu tak ada lagi gangguan yang serius.. Tapi aku still blur sampai sekarang apa kena mengena nama budak melayu tu dengan histeria budak india tu..




30 comments:

Nadiene said...

ngeri aku bace!arrrrr

Anonymous said...

wahh!!seram aku baca..mungkin budak india tu terjumpa something yang menyerupai budak melayu tu kot??

blaq&whyt said...

adoi3...x puas x tau sbb n alsan nme pmpuan mlyu tuh...mistik

ZACK ENTRY said...

(tunjuk ibu jari)..bgos2, tak sabar nak vote kamu..=)

Unknown said...

meremang gak baca nih...time part bdak lelaki azan tuh, aku dpt feel seramnya..pergh...

«-°[§nºw.ªngè£]°-» said...

seram :-s tp trtny2 gak lew.nape budak melayu tuh nyer name naik er.

Nabiel said...

okeh!
mmg seram!!huhuhu~

Ken Wooi said...

scary.. all the best in the contest =)

kenwooi.com

Aini said...

Thanks pda yang drop komen.
Tu la pasal, memang sampai sekarg tak tahu kenapa nama budak melayu tu die sebut.. Warden tu tak nak bagitau..huhu

ezanykun said...

best2.. seram sejuk jer baca ni..

Pria Pena said...

perghh,,,seramnya cter ni...
kalau nak tengok cter seram yg pendek, bleh taip Siri Agak Seram kat dlm youtube.

Anonymous said...

seram sejuk saya baca.. O_o

Khairi Mohd said...

budak melayu tu kasi santau sama itu budak india kot. tapi jahat la pulak kedengarannya.

makhluk hitam terjun dari tingkat tiga tu awk nampak sendiri ke? seram siotttt...

Nor Hayati B. said...

seram juge bace ni..

aku pon penah gak ade pengalam nmpk bdk histeria tp kuatkn smgt je sbb klu lemah smgt bende tu pandai berpindah..

serammmmmm

tujuhhariseminggu said...

mungkin budak india tu nampak budak melayu x g smayang kot... :p uh, baru perasan, sgt 1Malaysia cerita ini.. :)

pawaka19 said...

seram time shower ngan paip kuar air

ain_mokhtar said...

mont...aku ingt cte seram nih...mmg cuak giler kn mse kt sek dl..ko xingt plak rmate aku kne sampuk lg...yg pling aku ingt,ade jr kne histeria time satu sek ngah black out...mau menegak bulu roma aku time tuh....

zella y said...

seramnyer..naseb baik ade ustaz yg pandai erk...

Anonymous said...

ermm..entah2, budak perempuan melayu tu BELA sumting.. tu yang benda tu sebut nama tuan dia kot...

amie said...

wehh citer tergantong..
kalo buat film ni aku pijakpijak tiket wayang tuh..
muahahahha..
aku pena gak alami mende yg same time pegi kem kadet polis kat jande baek..
tp mls lak nak masok contest..
iskkkk

Shahada Fauzi said...

seram2..tapi curious nak tahu nape nama dak melayu tu terlibat..die ade bela sumtin ke??

anyway..gud luck k..(^_^)

Eye_nee said...

Entiti ni penuh misteri..mushkil pulak ni naper nama budak perempuan melayu terakhir tu yg disebut-sebut..

Didi Nadhirah said...

mon...budak melayu tu mangsa seterusnya kot..ataupun budak melayu tu penyebab budak india tu kena....sepatutnya kena kat budak melayu tp kena kat die lak

Aini said...

misteri memang misteri kenapa nama budak perempuan tu di sebut. Tanya pada warden pun warden tak mo kasitau.

AdaNaz87 said...

memamg suke bace & tengok cerita seram walaupun selalu takot & terbayang-bayang je. T_T

ramlah melaram said...

wahhhh meremang bulu tengkok bile bace. seram seyhh

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

mmg seram citer nie..pelik kan? nape lah warden tue x citer kan? dah budak korang tertanya2 sampai sekarang.

ish..ish..ish..

kat atas kina kina nie betul ker ramlah ram?

len mcm lak rupanya!

hehehehehe

Zhafran Muslimin said...

jgn difikirkan sal budak pompuan 2..x baik sangka dia pelik2..mana nk pi taw benda 2 saja suka2 ja sebut2..huhu..tapi bila dah masuk ipta benda histeria ni dah jadi cam biasa kan?..tapi yg pelik la.. mengikut pengalaman kat tempat aku blaja la..slalu nya bdak2 baik2 ja yg kena kacau..budak2 suka bising2..kepala gila2..nakal2 jrg kena kacau..mayb benda 2 malas nk ganggu 'geng' diorang kot..huhu :)

Bukan Eciz said...

haha. betul tu zhafran. aku setuju. tapi aku rasa, cite ni lagi besh kalo dia tau kenapa dgn budak perempuan melayu tu. mcm tergantung, argh~ aku nk tau pasal tu. hehe

khairolghani said...

pergh..seram sejuk je aku rasa..macam meremang je..tapi endingnya camna?tau tak apa hubungan budak melayu tu dengan kes histeria?ke dia tu tuan kepada lembaga tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails