Followers

Wednesday, February 3, 2010

Malam Ini Sungguh Asyik

Yeah malam ni sangat asyik dan gumbira. Kerana setelah beberapa minggu laptop kesayangan ku koma tahap kritikal kerana tiada bisa mendapat tenaga berikutan power apdapter nya rosak, kini dia telah sedar dari koma, ceria sungguh rupanya kini sambil menyanyi dan menari lagu nobody dari wondergirl. Ini semua berkat melayangnya beberapa keping note Ringgit Malaysia 50 dari dompet ku yang kempis kat kedai Cytech tadi.

Tak mengapalah, janji kau sihat dan sedar semula, aku sanggup wahai kesayanganku. Tak la bosan malam-malam hari aku tanpamu. Cett drama di malam hari.. Semoga lepas ni tak ada la penyakit kau yang akan timbul. Ingatkah kau lagi peristiwa masa aku di final semester masa final year kat UTM tahun lepas? Kau buat hal sampai nak kering duit PTPTN aku ubatkan kau.. Nasib baik kau sihat semula. Kalau lepas ni kau buat hal lagi, aku tak nak layan dah. Berubat la sendirik okeh.. Sekian, entri khas untuk mu kesayanganku..

4 comments:

Suraya I. said...

oit jgn ugut2 kesayangan kamu tu..nnt die rosak lg kang br tau XD

hajarus said...

pasni leh la sambung berblogging ngan berfb ek...

zella y said...

lap top tu sakit2 manja tu heheheh

..nOj.. said...

eheheheh. cian la dia. kdg2 bile dh tua sgt pn ngade2 jd nye mende tersebut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails