Followers

Friday, February 5, 2010

Sila Ambil Gebor Yang Genggang-genggang Itu Kat Dalam Robok

Setakat perkataan gebor dan robok aku faham sangat dah sebagai anak jati Johor. Kalau yang tak tahu, gebor itu selimut, robok atau gerobok pula almari. Ni sekarang nak cerita pasal genggang pula. Selama ni aku tak tahu pun genggang tu apa. Sampai la satu malam tu masa tidur kat rumah atok, atok aku bersuara suruh amikkan gebor yang genggang dalam robok. Apekah?

Rupa-rupanya genggang ialah corak berjalur ye kawan-kawan. Maksud penuh untuk tajuk di atas ialah sila ambil selimut yang berjalur di dalam almari..huhu. Normal la kan setiap tempat ada perkataan special yang lain dari yang lain. Kadang-kadang ada juga perkataan yang sama bunyinya digunakan oleh kita tapi berlainan maksud.

Pic kredit kepada naizclass

Contohnye masa first time aku bercampur dengan dengan kawan-kawan yang berlainan negeri masa belajar kat mrsm pontian dulu. Satu hari time prep, aku beli gula-gula kat koperasi, memang aku suka bawa gula-gula ke kelas nak hilangkan mengantuk. Sampai kelas aku bagi la sebijik gula kat Yasin budak terengganu ni. Pastu dia cakap "sokmo beli cekelet mu nih.." Die cakap aku beli cokelat. Apekehal? Sejak hari tu baru ku tau diorang paggil gula-gula tu cekelat. Pastu siap kata aku skema sebut gula-gula..huhu

Masa kat matrik Peneng, ramai sangat student Kelantan. Sorang awek kelantan ni cakap kat aku cam ni, " Aini, tau tak, hok dok jante tu bf saing ore" sambil menjuih bibir ke arah sorang mamat nih. Saing ke mane? Menggaru kepala aku kebingunan dengan ayat itu. Setahu aku saing tu jalan sama-sama. Gi kelas saing ke, balik saing ke, tu la ayat yang boleh aku faham. Then dia translate. "Aini, budak laki tu bf kawan orang la". Peh..masa kat matrik dulu aku memang selalu blur la bila bercampur dengan diorang..huhu

Pernah sekali, ada sorang tu bawak buah salak, aku ni memang tak pernah makan buah tu weh. Aku tengok rupa dia macam asam paya yang atok aku selalu bawak balik dari kebun. Dalam otak aku pikir mybe ni yang besar punye ni. Aku tanya diorang, kulit dia boleh makan kn sebab asam paya itu kulit die pun sedap di makan. Diorang sume cakap aah, sambil muka tahan gelak campur nak berak. Masa aku nak sumbat ke mulut, baru diorang ketawakan aku dekah-dekah..jahat ye mengenakan aku. Siap suggest aku makan biji dia sekali.

Nampak same je weh

Satu lagi kes berlaku kat cafe. Al kisah air yang aku order tawar gila. Maka berlaku la proses memprotes kami
Aku : Air ni tawar hebeh weh.
Budak Melaka : Tawar hebeh kejadah nye.. tawar hambar la!
Aku : Tawar hebeh la mak aku selalu sebut!
Budak Melaka : Tawar hambar aku kate!
Lepas tu sorang lagi kawan aku budak KL menjawab. "Tawar menawar je senang!" Fine. Semua senyap lepas tu..hehe

Satu lagi, kalau orang Johor, perkataan sangap tu maksudnya menguap kerana mengantuk. Tapi bagi orang lain, maksudnye lain yek? Pernah satu hari kat utm, kitorang ada kelas petang. Masa ramai-ramai dalam lift nak naik fakulti, si Tasha menguap sambil cakap "malas tul la nak gi kelas, aku asyik sangap je ni dari tadi." Lepas tu kena marah ngan Nad cakap macam tu. Nad tanya, tau tak maksud sangap tu ape? Aku ngan Tasha je yang kate sangap tu mengantok. Yang lain semua pikir lain. Sejak tu, aku tak nak guna dah perkataan sangap depan orang yang bukan Johorean..huhu.

Macam ni la sangap. Menguap sebab mengantok

Kelakar juga bila di ingat-ingat balik perkataan tu semua. Kalau la aku ni tak sambung belajar, duk terperap je kat Johor ni mesti pengetahuan aku bab perkataan dan dialek ni tak berkembang. Dan aku pun mungkin tak tahu yang cuma orang Johor je makan goreng pisang cicah sambal kicap...haha


15 comments:

Anonymous said...

btul 2 kak...sy dok blajar kat uitm pom dah pening..kena2 kul kluar machang...t'paksa bwak translator skali....heheheh~

ezzati said...

sy penah dok johor 15 tahun..tau..heee :p

hajarus said...

hehehe.. lau cakap la ngan hajar... satu pun hajar paham... hihihi... kene belajar nih...

Didi Nadhirah said...

nenek I panggil jalur tu..stripe..wow very omputeh..ok memang tipu

Aini said...

didi : Wan kan memang slalu advance dri cucu die..haha

hajarus : Yok blaja dengan orang johor

cik epal : tuan blog pun comel. Weeee =)

ezzati : Johor memang best

natasya : biasela tu. Jauh berjalan, luas pengalaman =)

ceksumolek's said...

baru tau pasal genggang tu.. ingatkan gengang tu genggam.. :P

Aini said...

chan : sebut genggang rasa nak bergelek pasal pe ntah.. Genggang genggang..huhu

myQza said...

oeg melaka sebut ronok -GoboK!

ekekekeke

Hernee Nazir said...

same la mase akk study dlu pn..klao bbual ngn org bukn org johor die duk pelik je bahasa kita ni..hehehe

Lavanya said...

humm,, nice post,,, thanks.....

eryramlee said...

wah, baru dapat tahu la..
gobok tau lah.
glanggang hampeh ta tau..
generasi kelahiran tahun 92 mane tahu..
ekeke..
da ilang da ayat2 camto.
lau pi balik kg, insyaallah paham 60% jek pakcik makcik bersembang. hak3.

ahmad endo said...

goreng pisang + sos ada kacang2 pun best...hehehe

ahmad endo said...

goreng pisang + sos ada kacang2 pun best...hehehe

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

dulu i gi langkawi makan goreng pisang,pas2 i marah nape xde sambal kicap..rupenya org johor je yg buat macam tu..nasib i xmaki org kedai..hehehehe

SuperHackers said...

haha..saye pon xpsl2 kena mrh ngan member aritu bila sebut pkataan sangap,upenye dyeorang pk laen..sy 13 thun dkt johor,tpi sblom sy lahir family dah ade kat jhr,dlm 20 taun + gak,tpi skarang dah pindah AS hu3..tpi kalo ade cuti still nak balik umh johor,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails