Ok tak ape, hujung minggu ni cuti lagi mau pulang ke kampung atok. Ke kampung yang bak kata my mak tempat beranak aku tu. Haa.. Ni yang nak cerita ni... Alkisah masa aku sekolah rendah, ada satu hari tu cikgu minta salinan surat beranak aku dan adik beradik untuk ape ntah aku pun tak ingat. Masa tu la pertama kali aku tengok surat beranak aku yang macam peta harta karun gamaknye mak simpan. Penuh berhati-hati. Takut hilang kot. Bila mak keluarkan tu, aku bandingkan la surat beranak aku ngan adik dan abang aku.
Aku tengok tempat lahir adik dan abang aku tulis Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru. Tapi aku punya tulis Kampung Ladang, Gelang Patah. Masa tu dengan mata terkebil-kebil dan dahi berkerut-kerut konfius aku bertanya kat mak. "Mak nape Lija ngan abang lahir kat hospital tapi orang lahir kat rumah atok? Mak tak sempat nak pergi hospital ek masa tu ?" Masa tu aku bayangkan la yang macam dalam drama-drama tv yang orang sakit sangat nak bersalin tak sempat pergi hospital tu..huhu
Lepas tu mak aku bagi jawapan yang cukup ringkas dan padat. "Saje je nak try bersalin kat rumah pulak, nak rasa mak bidan kampung sambut." Owh..begitu rupanya, aku telah menjadi bahan kajian ketika itu ye. Mak cerita lagi tak lama lepas aku keluar menjenguk dunia, datang la seorang jururawat dari klinik desa kat kampung tu naik basikal.
Masa ni aku bayangkan macam dalam cerita bujang lapok yang adegan "jaga-jaga cik salmah. Ha.. kan dah jatuh", kesian cik salmah jatuh dalam semak bersama basikalnya. Mak kata nurse tu marah-marah sebab tak panggil dia awal-awal sambut aku keluar. Sukahati je nak suroh mak i tunggu die sampai baru beranak. Nasib baik aku baru lahir masa tu, kalau tak, memang kena la nurse tu..hehe.
Itu lah first and last mak bersalin kat rumah atok. Adik aku lepastu mak lahirkan kat hospital. Kira special la jugak aku kan, sorang je lahir kat rumah di sambut oleh bidan. Dan akibat daripada itu aku sangat serasi dan teramat suka balik kampung tempat aku di lahirkan tu. Bila balik kampung, sangat liat nak di ajak balik rumah semula.
Abaikan anak-anak sepupu ku yang gila glamer ini, fokus pada rumah tempat beranak ini sahaja ok. Ni je gambar rumah atok yang ada dalam pc kat office ni..hehe
Abaikan mereka sekali lagi kerana mereka tidak beranak di sini. Di sebalik dinding merah itu la lokasinya.. =)
Abaikan mereka sekali lagi kerana mereka tidak beranak di sini. Di sebalik dinding merah itu la lokasinya.. =)
Ada sekali tu, sedang aku golek-golek atas katil dalam bilik tempat aku dilahirkan(Still tak berubah bilik tu walaupun rumah atok dah di renovate bagai), mak aku ajak balik. Mak cakap nak kena balik malam tu jugak, sebab esok pagi ada hal. Aku tak nak weh, tak puas golek-golek lagi, ntah ape yang aku membebel protes tak nak balik. Seminit lepas tu mak datang balik, cakap tak jadi balik. Lepastu aku dengar adik aku tanya nape tak jadi balik. Pastu mak jawab, "tuh kakak ko tu tak nak balik, duk melekat kat tempat beranak die tu". Hahaha..
9 comments:
Mihaha.Jadi bahan uju kaji ye =)
kesian erkk..jadi bahan uji kaji....
ramainyer KERABAT keluarga xD
mst meriah,
visit u back
sian.. hehehe..
tp kn, law situasi beranak dlm kete.. mcm mne dye yea surat branak erk???
haha, psrah je kene jdi cmtu XD
mak saya berankkan saya dekat rumah jugak oh...
Mak bidan jugak yg sambut.. =P
heheh aku pun diberanakkan dlm umh gak. kt kampung. adik ngan abang seme beranak kt sepital. aneh
Owahhh sama kita:)
Jue pon lahir kat umah atok jugak...
What is the biggest problem you face when you are packing
to travel? I don't really have a problem. I've traveled so much over the years that it's pretty much down pat by now.
About the only question is whether or not to take my
cell phone.
Post a Comment