Followers

Wednesday, July 14, 2010

Bulat Sudah Pulang..Hihihihi... Aku Sangat Gembira

Perlu ke nak letak ketawa dalam tajuk entri? Motip? Gembira tak terhingga la... Hahahaha Hihihihi Huhuhuhu.....

Alkisah petang semalam balik kerja bila mak kata bulat tak balik lagi aku macam dah nangis dah. Sedih gila. Aku panggil Bulat.. Bulat... kat longkang depan rumah. Tak menyahut pun.. Memang dah nak redha dah masa tu.

Then malam, dalam kul 11 mak keluar nak kunci pintu, mak panggil lagi Bulat... Bulat... Tetiba bulat menyahut korang! Mak panggil aku keluar. Macam kena sawan si Bulat menyahut tapi bayang tak nampak. Aku suspek Bulat dah kena sorok dek bunian masa tu..

Sambil kesuspekan yang teramat itu, aku jengah-jengah la arah datangnya suara Bulat. My god, dari rumah jiran sebelah aku. Panggil lagi, dia keluar melompat-lompat kau. Tak tentu arah dia macam kucing gila. Then dia panjat tembok umah aku, terus aku terkam bawak masuk rumah.

Dah masuk rumah punye excited berlari ke sana sini. Happy sangat dapat balik rumah. Macam orang kena penjara 100 tahun dapat balik rumah. Kejap mengeliat miang2 kat tempat tidur dia, kejap golek-golek sebelah mak aku. Rindu sangat la tu.

Mak aku cakap dia sesat tak tau jalan nak balik rumah ni. Kau ni tak mencabar langsung la bulat tahap kesesatan kau. Sesat kat rumah sebelah je pun tak reti balik. Tu la.. Harap ekor je cantik, sesat macam tu pun tak reti cari jalan balik.

Apepun, happy gile ko dah balik bulat.. Nanti aku balik kerja aku beli KFC ek, aku makan ayam ko makan tulang..haha..gila kejam. Gurau jek.. Kita makan sesame okeh.. Janji aku semalam kan.. =)

5 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kucing rupanya.hehehe.seb baik balik semula.tapi btol ker, my hubby ckp kucing dia semua kalo nak mati mesti lari dari rumah sebab tak nak tuan dia sedih.wallahualam.

sI tEDI said...

he he he
ALhamdulillah.
dia konpius kot.
selalunya kucing mesti tahu jalan balik.
atau dia tak pernah keluar!

Aini said...

tedi : dia memang tak pernah keluar dari sempadan tembok rumah =)

elismie : Tak suka kucing lari2 depan rumah, jalan besar. Dah banyak kucing arwah depan rumah =(

kodok hijau the ghost writer said...

kodok dah cakap dah..mesti dia pergi mengatal kat mana mana..cuba tanya dah dapat kekasih ker? mesti dia malu nak jawab

Zaharah said...

Alolo...
blanje kucing je ke..
xmo blanje kite kfc skali ke ?? :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails